05 Mac 2010

Pak Lah anggap BN belum kuat walau beberapa MP PKR keluar parti

18 Rabiulawal 1431H
Herman Samsudeen

PUTRAJAYA, 3 Mac: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Tun Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Tun Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi.

Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suatu peringatan yang jelas dari Pak Lah kpd pemimpin UMNO/BN yang masih tak sedar diri. Sayap-sayap UMNO/BN spt PRDM, SPR, SPRM, Utusan Meloya, TV3 Suku dsbnya juga perlu ambil perhatian kenyataan Pak Lah ni krn sejak akhir-akhir ni tindakan dan laporan mereka tak ubah spt sebelum PRU 12 dulu. Mungkin mereka sangka UMNO/BN telah kembali dapat sokongan rakyat dan mereka fikir mereka bebas utk menekan/memfitnah semula pembangkang.

abdullahngah berkata...

Ada benarnya sebutan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana barah yang lama itu kemungkinan belum benar benar sembuh.

Lebih lebih lagi KU LI dah lawan arus Najib dan kerajaan yang memerintah sekarang dengan sebutan bahawa royalti minyak sebanyak 5 peratus itu adalah hak Kelantan.

Walau dengan apa cara sekalipun ia mesti dilaksanakan secara bayaran wang tunai bukan diberi wang ehsan kepada Kelantan.

Faham fahamlah. Kan ini suatu serangan yang boleh membuat barah dalam UMNO/BN akan merebak lebih teruk lagi.

Percayalah serangan yang dilakukan oleh KU LI itu suatu yang sangat berbahaya miskipun sudah ramai orang PKR keluar parti.

Lebih lebih lagi apalah sangat wang ehsan sebanyak RM20 juta itu.

Di Terengganu wang ehsan yang hilang masuk dalam sku pengerusinya sebanyak RM 30 juta.

Kalau RM 20 juta sikit tu. Tak akan kemana, Mungkin akan hilang dalam suku pengerusi dan timbalannya.

Dan jangan lupa wang itu akan masuk suku Datuk Ibrahim Ali juga. Sebab itu dia sokong sangat wang ehsan diberi kepada kelantan.

Kita percaya, tidak lain dan tidak bukan wang ehsan itu ialah untuk raih sempit rakyat disamping untuk membeli rakyat dengan slogan rakyat didahulukan.