30 Mei 2013

Mayat pertama mangsa bot karam ditemui

20 Rejab 1434 H. [MOD] -

Mayat seorang lelaki berumur 44 tahun yang disenaraikan sebagai antara penumpang bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam Selasa lepas, ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata mayat Tujok Lah dijumpai penduduk rumah panjang Uma Tebok, Long Buyun, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat akan dibawa ke Bazar Belaga.

Bakar turut mengingatkan pengguna sungai dan penduduk di sepanjang pinggir Sungai Rajang supaya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan air dari empangan hidroelektrik Bakun akan dilepaskan untuk menaikkan paras sungai.

Langkah itu, katanya, perlu untuk memudahkan kerja mengangkat bangkai bot ekspres itu dan memeriksa sama ada terdapat mayat yang terperangkap.

"Peningkatan jumlah air akan turut menjadikan arus semakin deras dan saya menasihati pengguna serta dan penduduk berhampiran sungai di kawasan ini supaya lebih berhati-hati," katanya.

Sementara itu Bernama difahamkan operasi bot ekspres antara Kapit dan Belaga dihentikan sementara berikutan tragedi itu.

Bot ekspres Kawan Mas dikatakan membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit apabila terlanggar batu lalu karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, antara 8.30 pagi dan 9 pagi Selasa.

Bernama.

-Bernama

Lagi keganasan etnik

Lagi keganasan etnik
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


YANGON - Pelampau Buddha sekali lagi mencetuskan kekacauan di timur laut Myanmar dalam insiden keganasan etnik terbaru menyasarkan orang Islam di negara itu.


Kira-kira 150 pelampau bertindak membakar masjid, rumah anak yatim dan beberapa lot kedai di bandar Lashio, malam kelmarin pada laporan AFP.



Susulan kejadian itu, kerajaan menggesa orang ramai supaya bertenang berikutan keadaan kembali terkawal selepas perintah berkurung dikenakan sepanjang malam di bandar tersebut.



Menurut polis, serangan itu tercetus selepas seorang wanita tempatan diserang dan beberapa bahagian tubuhnya melecur, namun keadaannya tidak begitu serius.



Dalam perkembangan lain, kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) melaporkan sekatan yang dikenakan kerajaan telah menyebabkan puluhan ribu penduduk Islam



Rohingya gagal mendapat perkhidmatan asas dan kesihatan yang sepatutnya. 



"Keadaan itu telah menjejaskan kesihatan banyak penduduk Rohingya dan ada yang terpaksa menanggung sakit tanpa diberikan sebarang rawatan," kata Penyelaras MSF, Ronald Kremer
Sebuah masjid yang hampir musnah akibat serangan pelampau Buddha di Myanmar, Mac lalu.
YANGON - Pelampau Buddha sekali lagi mencetuskan kekacauan di timur laut Myanmar dalam insiden keganasan etnik terbaru menyasarkan orang Islam di negara itu.

Kira-kira 150 pelampau bertindak membakar masjid, rumah anak yatim dan beberapa lot kedai di bandar Lashio, malam kelmarin pada laporan AFP.

Susulan kejadian itu, kerajaan menggesa orang ramai supaya bertenang berikutan keadaan kembali terkawal selepas perintah berkurung dikenakan sepanjang malam di bandar tersebut.

Menurut polis, serangan itu tercetus selepas seorang wanita tempatan diserang dan beberapa bahagian tubuhnya melecur, namun keadaannya tidak begitu serius.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) melaporkan sekatan yang dikenakan kerajaan telah menyebabkan puluhan ribu penduduk Islam

Rohingya gagal mendapat perkhidmatan asas dan kesihatan yang sepatutnya. 

"Keadaan itu telah menjejaskan kesihatan banyak penduduk Rohingya dan ada yang terpaksa menanggung sakit tanpa diberikan sebarang rawatan," kata Penyelaras MSF, Ronald Kremer

sinar/-

Gadis hilang dijumpa mati dalam semak

pix_topright
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


MELAKA: Seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar mengaji ditemu mati di dalam semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, semalam.

Mayat mangsa Aimi Hamizah Mohamad, 14, dari Taman Desa Molek ditemui sekumpulan remaja selepas bermain bola di kawasan berhampiran kira-kira jam 7 malam. 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintedan PR Gunarajan berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya kelmarin di Balai Polis Tiang Dua. 

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang lengkap berbaju kurung merah jambu di atas papan lapis di kawasan pembuangan sampah kira-kira 4 kilometer dari kediamannya.


"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada anggota badan dan mangsa dipercayai mati dua hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula mereput," katanya ketika ditemui di lokasi.


Katanya, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat yang akan dilakukan di Hospital Melaka hari ini untuk mengetahui punca kematian. 

"Kami menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang kemas mangsa masih ada ditubuhnya," katanya. 

Menurutnya kes akan diklasifikasi selepas laporan bedah siasat dierima.

sinar/-

Malaysia tergelincir dalam ranking daya saing

20 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Malaysia jatuh satu anak tangga dari 14 ke 15 dalam ranking daya saing ekonomi antarabangsa, meneruskan trend yang stabil selama tiga tahun semenjak jatuh dari tangga 10 ke 16 pada tahun 2011.
Ini berlaku selepas Putrajaya berjaya menaikkan ranking daripada tangga 16 ke 14 pada 2012 awal tahun ini, termasuk semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kad laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebelum Pilihan Raya 2013.

Dalam laporan sempena ulangtahun ke 25 Ranking Daya Saing Dunia 2012 dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dari Switzerland, Amerika Syarikat (AS) berada pada kedudukan teratas diikuti oleh Switzerland dan Hong Kong. Ketiga-tiga negara berada di kedudukan ketiga teratas tahun lalu.

“Peraturan untuk daya saing adalah mudah: mengilang, mempelbagaikan, mengeksport, melabur dalam infrastruktur, mendidik, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menguatkuasakan disiplin fiskal, dan di atas semua mengekalkan perpaduan sosial," kata Prof Stephane Garelli, pengarah IMD World Competitiveness Center dalam laporan itu.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menggariskan dalam laporan beberapa cabaran yang dihadapi negara tahun ini, termasuk mengurangkan defisit bajet dan mencapai imbangan fiskal untuk kemampanan ekonomi.
Gobenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyuarakan kebimbangan sama bulan ini, menggesa kerajaan untuk menunaikan janji sebelum pilihan raya di dalam bajet.
“Adalah penting untuk merasionalkan bajet defisit kerana Kerajaan juga telah membuat komitmen untuk berbuat demikian dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan bagi menguruskan tahap keberhutangan," kata Zeti selepas membentangkan  4.1 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia untuk suku pertama tahun ini .
Barisan Nasional (BN) telah menjanjikan dalam ikrar pilihan raya untuk kereta lebih murah, harga minyak diturunkan, membina rumah murah dan lebih banyak tunai akan diberikan – dianggarkan lebih kurang RM20 bilion.
Sementara Putrajaya menjangkakan untuk mengurangkan defisit fiskal Malaysia kepada 4 peratus bagi KDNK tahun ini dan 3 peratus pada 2015.
Dalam ranking IMD, negara jiran terdekat Malaysia, Singapura turut jatuh satu anak tangga dari 4 ke 5, sementara UAE meningkat dari 16 ke 8.
Negara lain dalam senarai sepuluh tertinggi termasuk Sweden, Norway, Kanada, Jerman dan Qatar. Taiwan, Denmark, Luxembourg dan Belanda adalah negara-negara lain yang disenaraikan di atas Malaysia.
Apabila ranking dimulakan pada tahun 1989, ia dipecahkan kepada dua kumpulan, dan Malaysia bersama-sama Singapura dan Hong Kong mengetuai senarai pasaran baru membangun.
Kedua-dua senarai digabungkan pada 1997 menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke 14. Malaysia berada di tangga 18 pada 2009 sebelum meningkat ke tangga 10 pada 2010, kedudukan terbaik dalam ranking sepanjang lima tahun lepas.
Antara rakan-rakan di rantau Asia Pasifik, Malaysia telah diletakkan di tangga ke 4 pada tahun 2013, sama dengan tahun lepas.
Pada Mac tahun ini, laporan tahunan ETP 2012 menekankan pengiktirafan daripada organisasi global, di mana kedudukan Malaysia meningkat daripada 18 pada tahun lalu kepada 12 tahun ini dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia, di hadapan Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland.
Indeks keyakinan AT Kearney’s Foreign Direct Investment (FDI) juga menunjukkan Malaysia meningkat dari kedudukan ke 21 pada 2010 ke tangga ke 10 pada 2012.

PAS: Siasat 3 MB, KM Sabah S’wak

20 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang juga bekas Presiden Transparency-International Malaysia (TI-M) terus membuka kertas siasatan terhadap tiga Menteri Besar dan dua Ketua Menteri yang sebelum ini terpalit dalam skandal rasuah.

Tiga Menteri Besar yang dimaksudkan itu adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Khaled Nordin (Johor), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Tan Sri Taib Mahmud (Sarawak).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun nama mereka terbabit ‘dibersihkan’ daripada sebarang dakwaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (RPU13) namun persepsi itu masih wujud.
Menurut Dzulkefly, Najib dan Paul perlu mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus menyiasat pemimpin terbabit demi komitmen untuk memperbaiki persepsi umum terhadap prestasi indeks rasuah negara.
“Kalaulah siasatan itu menemui bukti yang dapat membebaskan mereka daripada tuduhan itu kita minta SPRM supaya nama mereka dipertahankan dan tuduhan disangkal.
“Kalau tidak maka persepsi akan berterusan dan jadi buruk kerana rakyat tak dapat terima kepimpinan ketua negeri seperti ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Musa Aman sebelum ini dikaitkan dengan skandal rasuah balak RM40 juta dan mendapat perhatian Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC).
Begitu juga dengan Ahmad Said yang didakwa terlibat dengan skandal rasuah pengurusan balak, namun beliau menafikannya dan bersumpah tidak melakukan perbuatan itu dalam satu Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan SPRM pada bulan lalu.
SPRM sebelum ini pernah mencadangkan kepada kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon PRU13 untuk tapisan.
Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar berkata ini bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya. FMT/-

Pejabat Palang Merah Antarabangsa diserang, seorang pengawal terbunuh

20 Rejab 1434 H. [MOD] -

JALALABAD, Afghanistan 30 Mei - Seorang pengawal keselamatan terbunuh selepas sekumpulan militan melancarkan serangan ke atas sebuah pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di sini semalam.

Jurucakap kerajaan wilayah Jalalabad, Ahmad Zia Abdulzai berkata, serangan itu bermula apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di pagar bangunan tersebut sebelum beberapa militan menceroboh masuk pejabat ICRC.

Katanya, pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan Afghanistan dengan militan terbabit selama sejam.

Dalam pada itu, Timbalan Polis Jalalabad, Masoum Khan Hashimi berkata, tujuh pekerja asing ICRC berjaya dikeluarkan dari bangunan itu dan dua militan telah dibunuh.

“Pasukan keselamatan masih mengepung bangunan itu dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi militan yang bersembunyi di dalamnya," katanya. - AFP



Bot karam: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini

20 Rejab 1434 H. [MOD] -


BELAGA: Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas bot ekspres karam di Tanjong Giam Bungan, dekat sini diteruskan pada jam 7 pagi tadi. 

Akhbar hari ini melaporkan selepas 33 jam bot ekspres Kawan Mas karam di Tanjong Giam Bungan, operasi mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam bot berkenaan atau lemas ketika menyelamatkan diri. 


Malah usaha untuk menarik bangkai bot ekspres malang itu pada jam 1 petang semalam juga gagal apabila tali yang digunakan oleh sebuah tongkang untuk menariknya, terputus. 


Operasi membabitkan lebih 100 petugas pelbagai agensi termasuk 18 penyelam profesional itu dihentikan sementara pada jam 6 petang semalam, berikutan keadaan arus agak merbahaya, selain keadaan sudah mula gelap dan hanya akan disambung untuk hari ketiga, hari ini.

Black 505 lebih aman dari bola sepak Piala FA

20 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Perhimpunan ‘Blackout 505’ yang dianjurkan rakyat negara ini ternyata lebih aman daripada perhimpunan menonton perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA 2013.


Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Othman berkata, dalam semua siri penganjuran 505 di seluruh negara tidak berlaku sebarang kekecohan meskipun melibatkan pemuda-pemuda yang pro Pakatan Rakyat.

Katanya, sebaliknya perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, berlaku kekecohan sehingga perlawanan tersebut  terpaksa ditunda.

Tambahnya lagi, sedangkan kehadiran kira-kira 40,000 penonton melibatkan penyokong kedua-dua pasukan itu turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat (VVIP), Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.


“Oleh kerana itu tidak ada pihak yang perlu takut dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan mengenai perhimpunan 505 kerana ia berlangsung aman tanpa provokasi termasuk yang berlangsung di Kuantan pada 14 Mei lalu.

“Malah jika kita lihat ada penonton yang membawa kanak-kanak dan bayi ke stadium semalam walaupun berisiko, namun tiada tindakan diambil,” katanya.

Semua media hari ini menyiarkan berita kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur semalam apabila dikatakan dihadiri penonton berlebihan dipercayai akibat penjualan tiket palsu.

Selepas pasukan Johor enggan keluar meneruskan perlawanan, berlaku pula insiden lempar melempar objek sehingga ada penonton yang tercedera dan perlawanan ditangguhkan.

Syed Ali berkata, tahun lalu penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah berceramah juga di Stadium Darul Makmur dengan dibanjiri kira-kira 75,000 orang.

“Tetapi perhimpunan itu aman,” katanya.

Harakahdaily/-

29 Mei 2013

Safwan Anang enggan diikat jamin

19 Rejab 1434 H. [MOD] -
FMT/-
PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
  • Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
  • Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
  • Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Blackout 505 diteruskan, kata pengarah penganjur

19 Rejab 1434 H. [MOD] -



 
Perhimpunan "Blackout 505" akan diteruskan lagi pada bulan depan bagi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata Pengarah penganjur bagi perhimpunan itu, Datuk Johari Abdul.

Katanya, dalam satu laporan dari malaysiakinisebagai berkata, perhimpunan itu akan diteruskan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan mereka. 

parliament briefing 030408 johari abdulTiga tuntutan itu ialah meminta supaya anggota SPR letak jawatan, mengadakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen serta menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula. 

"Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum, latarbelakang dan umur telah menyertai blackout 505.
"Ia menjadi lambang kesedaran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 peratus yang menyokong reformasi dan perubahan di negara ini," kata Johari (atas) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. 

Sehubungan itu, menurut Johari, empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu:
  • 10 Jun - Perlis
  • 11 Jun - Sungai Petani, Kedah
  • 12 Jun - Kota Bharu, Kelantan
  • 14 Jun - Batu Pahat, Johor
Ditanya sama ada bagi perhimpunan akan datang itu, pihak penganjur akan meminta kebenaran daripada pihak polis, Johari dengan ringkas menjawab "Ya". 

Sebelum ini, beberapa siri soal siasat telah dilakukan berhubung perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara. 

Isnin lalu, empat pemimpin Pakatan, dua di Perak dan masing-masing seorang di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505'.

Nasrudin ke Tanah Suci membawa doa TGNA

19 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,29 Mei 2013
(Nasrudin bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu semalam)


TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan merangkap Ahli Parlimen Temerloh akan pergi berumrah hari ini dan membawa bersamanya doa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Makkah.

Minggu lalu, Nasrudin  telah sempat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu.

“Sejurus sampai ke Makkah al Mukarramah nanti anta nak doa apa?” tanya Tuan Guru Nik Aziz  kepada Nasrudin.

Lalu Nasrudin membalas, "Ayah Ziq nak suruh ambo berdoa lagu mana?”

Jawab Tuan Guru Nik Aziz, "Kalau ana, ana nak anta doa supaya Allah swt buka pintu hati semua pemimpin negara ini kembali kepada Islam dan mentaati syariah Allah swt..."

Selain itu, Nasrudin berkata beliau juga akan berdoa untuk seluruh warga Temerloh kepada agar dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat kelak.

“Jua bebaskan seluruh warga Temerloh dari pelbagai musibah atau ujian yang tidak mampu dihadapi. Doa saya jua bersama seluruh warga Dewan Pemuda PAS agar terus thabat dan istiqamah bersama prinsip ilmu dan amal Islami mendepani cabaran perjuangan getir ini,” kata beliau.

Nasrudin akan berumrah bersama tetamu kekolaan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Dewan Pemuda PAS Malaysia di bawah syarikat pelancongan An Nuur Travel.

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita

19 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,29 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.

(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup

19 Rejab 1434 H. [MOD]
Harakahdaily/-

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Empat didakwa, Hishamuddin Rais serah diri

19 Rejab 1434 H. [MOD] -

Empat pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut.

  • Keempat-empat individu tersebut adalah aktivis siswa Safwan Anang, pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan naib presiden PKR Tian Chua.

    Kesemuanya mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dijalankan ke atas mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

    Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

    Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Malaysiakini/-

Kekecohan: Perlawanan Pahang-Johor DT ditunda

19 Rejab 1434 H. [MOD] -

Kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darulmakmur di Kuantan, malam ini menyebabkan ia tidak dapat diteruskan


Pengumuman penangguhan perlawanan itu diumumkan oleh komisioner perlawanan yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud kira-kira pukul 10.30 malam selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan pegawai perlawanan

Beliau yang ditemui pemberita berkata kehadiran penyokong yang dianggarkan berjumlah 40,000 melebihi 35,000 kapasiti tempat duduk yang ditetapkan menyebabkan perlawanan itu tidak dapat diteruskan

Katanya, berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati dua pintu stadium telah dirempuh oleh penyokong sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan di dalam stadium.

"Jualan tiket hanya mencapai 32,000 namun jumlah yang memasuki stadium melebihi daripada yang dibenarkan menyebabkan stadium penuh sesak...kita juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras ke atas kedua-dua pasukan kerana gagal mengawal tingkah laku penyokong masing-masing," katanya.

  • Ahmad Fuad berkata Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan venue dan tarikh baharu perlawanan selewat-lewatnya minggu depan.

    Terdahulu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke trek bagi mententeramkan penyokong Pahang dan meminta mereka mengosongkan kawasan itu bagi memastikan perlawanan berkenaan dapat dimulakan.

    Difahamkan, beberapa penyokong kedua-dua pasukan turut mengalami kecederaan disebabkan balingan mercun dan air botol mineral sehingga terpaksa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan yang bertugas.

    Untuk rekod, Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu lepas.

    Terdahulu, juara bertahan, Kelantan mengalahkan Terengganu dengan agregat 6-5 untuk layak ke final buat kali keempat selepas 2009, 2011 dan 2012.

    Kemenangan 4-2 yang dicatatkan skuad Penyu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini bagaimanapun tidak membantu mereka layak ke final selepas kecundang 4-1 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir pertama di Kota Baharu, Sabtu lepas.

    Final Piala FA 2013 dijadualkan pada 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    -Bernama