20 Rejab 1434 H. [MOD] -
JALALABAD, Afghanistan 30 Mei - Seorang pengawal keselamatan terbunuh selepas sekumpulan militan melancarkan serangan ke atas sebuah pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di sini semalam.
Jurucakap kerajaan wilayah Jalalabad, Ahmad Zia Abdulzai berkata, serangan itu bermula apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di pagar bangunan tersebut sebelum beberapa militan menceroboh masuk pejabat ICRC.
Katanya, pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan Afghanistan dengan militan terbabit selama sejam.
Dalam pada itu, Timbalan Polis Jalalabad, Masoum Khan Hashimi berkata, tujuh pekerja asing ICRC berjaya dikeluarkan dari bangunan itu dan dua militan telah dibunuh.
Pasukan keselamatan masih mengepung bangunan itu dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi militan yang bersembunyi di dalamnya," katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan