20 Rejab 1434 H. [MOD] -
BELAGA: Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas bot ekspres karam di Tanjong Giam Bungan, dekat sini diteruskan pada jam 7 pagi tadi.
Akhbar hari ini melaporkan selepas 33 jam bot ekspres Kawan Mas karam di Tanjong Giam Bungan, operasi mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam bot berkenaan atau lemas ketika menyelamatkan diri.
Malah usaha untuk menarik bangkai bot ekspres malang itu pada jam 1 petang semalam juga gagal apabila tali yang digunakan oleh sebuah tongkang untuk menariknya, terputus.
Operasi membabitkan lebih 100 petugas pelbagai agensi termasuk 18 penyelam profesional itu dihentikan sementara pada jam 6 petang semalam, berikutan keadaan arus agak merbahaya, selain keadaan sudah mula gelap dan hanya akan disambung untuk hari ketiga, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan