BELAGA – Seorang lelaki bukan sahaja trauma, malah terkilan apabila
gagal menyelamatkan isterinya yang sedang mengandung lima bulan apabila
Bot Ekspres Bakun Mas yang mereka naiki karam di Jeram Tukok/Jeram
Bungan kelmarin.
Mengimbau semula kejadian itu, John Soon, 39, memberitahu, sebelum
kejadian, dia bersama isteri, Roslin Jati, 34, dan anak lelakinya, Jacky
Soon, 5, dalam perjalanan pulang dari kem pembalakan Sin Yang, Lakin B,
Bakun ke kampungnya di Nangat Merit, Kapit bagi menyambut Hari Gawai,
Sabtu ini.
Katanya, mereka duduk bersama di dalam bot yang berlepas pada pukul 7
pagi dari Jeti Bakun sebelum singgah di Jeti Belaga kira-kira sejam
kemudian.
“Ketika sedang dalam perjalanan, tiba-tiba enjin bot tersebut senyap
dan kenderaan itu seolah-olah terumbang-ambing sebelum saya terdengar
bunyi seperti sesuatu berlanggar.
“Semasa bot ekspres itu mulai tenggelam sedikit demi sedikit, saya
pegang tangan anak dan isteri untuk bawa mereka keluar, tetapi ketika
keluar melalui pintu depan bot, saya terlepas tangan isteri saya yang
saya agak tenggelam bersama bot,” ceritanya ketika ditemui berhampiran
Rumah Panjang Uma Tevok dekat sini semalam.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan