24 Julai 2013

Hanya Sri Manjung catat IPU tidak sihat pagi ini

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Hanya satu kawasan pagi ini mencatat kualiti udara tidak sihat dalam Indeks Pemcemaran Udara (IPU), iaitu Seri Manjung di Perak. 

Bacaan IPU yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Alam Sekitar di kawasan itu mencatatkan paras 117 pada 6 pagi dan meningkat kepada 120 pada 9 pagi tadi. 

'Saya telah berusaha, kini doa dan berserah'

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof hari ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Long yang mengundi di saluran dua tiba di Pusat Pengundian pada jam 7.54 pagi dengan diiringi oleh pimpinan PAS peringkat pusat dan juga negeri.

Che Long tiba di pusat mengundi jam 7.30 pagi

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Che Long menyantuni pengundi warga emas di SK Kampung Baharu.

BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Peti undi Kuala Besut dibuka

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Haiwan pelik ditemui

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Haiwan pelik ditemui

Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman





















MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Hukuman penjara blogger Sharpshooter kekal

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


PUTRAJAYA - Penulis blog Amizudin Ahmat gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah berhubung artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri (kini Tan Sri) Dr Rais Yatim.


Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah pada 10 Ogos tahun lepas apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais.


Kempen BN, PAS ‘berakhir’ di Zul Ikan Bakar

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Kempen berakhir dengan jentera BN, PAS menikmati kemasyhuran ikan bakar Kuala Besut. Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan DarwisKempen berakhir dengan jentera BN, PAS menikmati kemasyhuran ikan bakar Kuala Besut. Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis















Tepat jam 12 tengah malam tanggal 23 Julai, berakhirlah kempen penyokong dan jentera parti politik yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Mereka kemudian 'bersatu' di bawah satu bumbung sambil menikmati juadah di sebuah gerai ikan bakar berhampiran Jeti Kuala Besut.

Kuala Besut penentu nasib DUN Terengganu.


15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Pengundi Kuala Besut hari ini akan menentukan sama ada mahu mengekal Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan negeri atau menyokong kempen kerajaan setara 16:16 yang diimpikan PAS.
Ia bermula sebaik sahaja pusat mengundi dibuka jam 8 pagi dan ditutup 5 petang bagi 17,679 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

4,800 hektar tanah k'jaan, hutan simpan diceroboh

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Dianggarkan 4,800 hektar tanah kerajaan dan hutan simpan yang telah diceroboh di seluruh Pahang, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Pesawat ringan MFA terhempas di perairan Selat Melaka

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
ANGGOTA bomba membantu Pembantu Juruterbang, Fairol Bamir, 23, salah seorang mangsa pesawat jenis PA28 Pilatus yang terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka di sini, malam tadi. 

Sebuah pesawat ringan milik Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka di Melaka semalam.

Hanya 5 premis jual sejuk beku di S'wak ada sijil halal

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) akan meneruskan siasatan ke atas tiga premis yang menjual produk sejuk beku di Kuching yang mempamerkan tanda halal yang tidak diperakui.

16,534 pengundi tentukan Kuala besut milik siapa ?


15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Jertih: Hari ini, 16,534 pengundi berdaftar diharap menuju ke pusat pengundian sekitar Kuala Besut untuk memilih wakil rakyat baru menerusi proses Pilihan Raya Kecil (PRK) berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, 26 Jun lalu.

Hari ini juga, mereka menjadi penentu sama ada kerusi itu akan terus disandang Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera atau calon PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan dapat melakar sejarah baru dengan menjadi pemenang dalam PRK pertama selepas PRU ke 13 yang lepas.

Pengundi Kuala Besut tentukan corak politik Terengganu hari ini


15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,24 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Umno begitu tertekan dengan keadaan di Kuala Besut ini.  Maklum sahajalah Umno amat takut kehilangan kuasa. 

Bagi Umno untuk berpisah dengan kuasa ibarat hendak memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dengan isi, tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com.





Awas, jangan tertinggal anak dalam kenderaan

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa simpati ke atas tragedi yang menimpa kepada adik Nawal Iris Samsudin, 3, yang meninggal dunia akibat lemas dalam kereta setelah ditinggalkan ibunya secara tidak sengaja di sebuah sekolah di Subang Jaya beberapa hari yang lalu.

Kanak-kanak ini ditinggalkan selama lima jam dalam kereta sebelum disedari oleh ibunya dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Angka kematian akibat gempa meningkat di China

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BEIJING, 24 Julai - Angka kematian dalam gempa bumi kuat yang melanda Wilayah Gansu di barat laut China meningkat kepada 95 orang, dengan seorang dilaporkan hilang, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

Gempa yang membawa kemusnahan itu turut mengakibatkan 1,001 orang cedera manakala kira-kira 127,000 bangunan runtuh.