15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BEIJING, 24 Julai - Angka kematian dalam gempa bumi kuat yang melanda Wilayah Gansu di barat laut China meningkat kepada 95 orang, dengan seorang dilaporkan hilang, kata pihak berkuasa tempatan semalam.
Gempa yang membawa kemusnahan itu turut mengakibatkan 1,001 orang cedera manakala kira-kira 127,000 bangunan runtuh.
Kira-kira 227,000 mangsa telahpun dipindahkan, menurut laporan agensi berita kerajaan, Xinhua.
Gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Gansu pada 7.45 pagi Isnin. Pusat gempa itu dikesan pada latitud 34.5 darjah utara dan longitud 104.2 dajah timur pada kedalaman 20km, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.
Laporan menyebut kira-kira 3,000 anggota polis dan penyelamat ditugaskan di kawasan yang dilanda gempa itu. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan