24 July 2013

Cuaca baik : pratus mengundi mungkin tinggi.

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Cuaca baik memberi kesempatan kepada pengundi di sini untuk keluar mengundi lebih awal dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, tanggugjawab kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Mereka keluar untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru daripada dua patti yang bertanding, BN dan Pas, berikutan kematian Dr. A.Rahman Mokhtar mewakili BN akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu.



Lapan pusat mengundi disediakan iaitu di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Kampung Nail, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri dan Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.

Kesemua pusat mengundi dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kecuali di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ditutup pada pukul 3 petang.

Seramai 16,534 pengundi termasuk 55 peratus adalah pengundi muda berpeluang menunaikan tanggungjawab hari ini manakala Sabtu lalu, seramai 1,148 orang terdiri daripada anggota tentera udara dan isteri mereka telah mengundi.



No comments: