15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kini, sudah menjadi satu tradisi apabila tiba sahaja bulan Ramadan, ratusan bazar akan muncul di seluruh negara.
Bazar-bazar Ramadan ini menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka puasatermasuk berjenis-jenis kueh dan makanan tradisional termasuk pelbagai nasi danlauk-pauk.
Tidak ketinggalan juga terdapat gerai yang menjual pelbagai minuman seperticendol, cincau dan bandung.
Air Tebu
Antara gerai air minuman yang laris di bazar Ramadan di Bandar TasikPuteri, Rawang dekat sini adalah gerai air tebu yang diurus Amran Hamid.
Menurut Amran, 32, pendapatan hariannya hasil jualan air tebu meningkatempat kali ganda di bulan puasa berbanding di bulan-bulan yang lain.
Amran hanya menjual air tebu di bazar Ramadan itu.
"Pada hari-hari di bulan lain, saya cuma dapat dalam RM100 sehari darigerai saya yang terletak berhampiran sebuah sekolah di Batu Arang dengan sayaberniaga dari waktu tengahari hingga petang.
"Kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada pelajar sekolah.
"Tetapi pada bulan puasa, saya boleh terima pendapatan sehingga RM400 seharimenjual air tebu dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, hanya dua jamsehari.
"Ramai daripada pelanggan saya merupakan pekerja pejabat yang mahu pulangberbuka puasa di rumah," beliau memberitahu penulis.
Amran mendapat bekalan batang tebunya dari Kuala Selangor. Bagaimanapun pendapatannya menurun jika hari hujan.
"Walaupun hari hujan (pada bulan puasa) saya boleh dapat lebih kurang RM300sehari," tambah beliau.
Kelebihan Air Tebu
Kenapa ramai yang meminati jus tebu?
Guru Samsul Aziz Baharuddin menerangkan air tebu selain menghilangkandahaga, juga menyejukkan badan mereka yang berpuasa sehari suntuk.
"Saya juga diberitahu jus itu bagus untuk mereka yang mempunyaikandungan kolesterol tinggi dalam badan," terang guru itu lagi.
Menurut Samsul, beliau ada terbaca tentang satu kajian saintifik yangdilakukan Pusat Nasional di Havana, Cuba yang mendapati jus tebu mengandungi'Octacosanol' yang merencat pembentukan kolesterol darah dalam jangka panjang.
"Ada juga yang memberitahu saya air tebu elok untuk penghidap kencing manis,tetapi saya tidak pasti tentang ini," tambah beliau.
Alternatif Sihat
Menurut "Organic Lifestyle Magazine" jus tebu merupakan satu alternatifsihat berbanding gula pasir.
Majalah itu menjelaskan bahawa air tebu mengandungi fruktos dan glukos, yangtidak memerlukan tindakbalas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengangula yang berasaskan sukros.
"Sebabnya badan manusia menjalankan proses metabolisma berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos darijus tebu akan diserap dengan lebih perlahan dibandingkan sukros dan tidakmenyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalahitu.
Pakar kesihatan percaya walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitaminseperti A, C atau E, ianya masih mengandungi anti-oksidan daripada bahanflavonoid dan fenol.
Menurut mereka flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumorserta membawa kesan anti-oksidan dalam manusia.
Jus Diperah Dari Batang Tebu
Jus tebu diperolehi dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnyamenggunakan mesin pemerah atau 'crush roller' yang diputar dengan tangan.
Jus itu lebih enak jika diminum sejuk.
Ianya sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi.
Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di kalanganpeniaga di gerai tepi jalan dan juga di medan selera.
Ianya juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kerana kandungan gulanya, jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untukmembekalkan tenaga. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan