24 July 2013

PRK Kuala Besut: Hampir 78 Peratus Keluar Undi


15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Selepas proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada pukul 5 petang, seramai 13,188 atau 79.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Angka itu melepasi sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah antara 75 hingga 80 peratus.

Jumlah pengundi biasa yang layak mengundi di lapan pusat mengundi dalam DUN Kuala Besut ialah 16,534 orang.
Secara keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di DUN Kuala Besut ialah seramai 17,683 orang termasuk 1,148 daripadanya ialah pengundi awal.
Sehingga kini proses pengiraan undi sedang berlangsung di setiap saluran di lapan pusat mengundi sebelum peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut.
SPR dijadual akan mengumumkan keputusan rasmi PRK Kuala Besut pada pukul 10 malam.
Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu.
PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon.
Mstar/-

No comments: