24 July 2013

Tempoh pengundian tamat. Keputusan sudah berada dalam semua Petiundi.

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

5pm: Tempoh pengundian tamat.

4.40pm: Menjelang 20 minit Sekolah Kebangsaan Nail, Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Sekolah kebangsaan Kampung Nangka, hanya perayu undi PAS sahaja yang masih terus merayu undi berdekatan pondok panas mereka.

Sementara sekumpulan Wanita Umno dilihat masih merayu di Sekolah Keb Alor Peroi. 
Mereka dilihat dalam keletihan dan hanya sekadar mengibarkan poster calon kepada kenderaan yang lalu lalang di situ.

4.15pm: Suasana pengundian semakin lembab di pusat mengundi di SK Kuala Besut dan SMK Kuala Besut. 

Di kedua-dua sekolah, hanya tinggal sekumpulan perayu undi PAS sahaja yang masih giat menjalankan tugas mereka. 


Manakala perayu undi BN tidak kelihatan kecuali beberapa orang dalam pondok panas berhampiran.


Turut hadir di situ 'Aunty Mei' turut berkempen untuk calon PAS Che Long sambil memegang banting calon PAS.


"Saya sudah sampai empat hari. Tinggal bersama Muslimat PAS. Saya naik bas datang sini seorang diri," katanya


3pm: Setakat ini, seramai 12,207 orang (73.93 peratus) telah membuang undi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,127 orang (74.24 peratus) keluar mengundi.

Sementara itu, Pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup. Pulau Perhentian merupakan satu daripada lapan daerah mengundi di DUN Kuala Besut. 


2pm: Jumlah keluar mengundi sehingga waktu ini sebanyak 11,075 orang (66.98 Peratus). Termasuk undi awal 911 undi, jumlah keseluruhannya 11,987 orang (67.79 peratus).

1:00pm: Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi sebanyak 10,160 orang (61.45 peratus), termasuk undi awal 911, sebanyak 11,072 (62.61 peratus)

Sementara itu, di SK Kampung Baharu I, di luar pusat mengundi itu, masih ramai lagi penyokong PAS berbaris di kiri dan kanan jalan raya untuk merayu undi.


Di pusat mengundi SK Kampung Nangka, kedua-dua penyokong tidak lagi merayu undi berbanding gelagat mereka di sebelah pagi. Sebaliknya, hampir keseluruhannya bersurai, mungkin keletihan memandangkan bulan Ramadan.


12.30pm Menurut seorang pegawai SPR, peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari, seramai 9,022 pengundi atau 54.57 peratus sudah keluar mengundi.

No comments: