29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Seratus kenderaan termasuk kereta mewah dan treler musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel membaiki kenderaan dan tempat penyimpanan kenderaan di Muar semalam.
Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmud berkata antara yang musnah dalam kebakaran 9.45 pagi itu ialah 70 kereta, 10 treler, van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Beliau berkata 50 kenderaan lain yang diletakkan di dalam tempat penyimpanan kenderaan dapat diselamatkan.
31 Januari 2014
Budak perempuan mati dikelar bapa kandung
29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai
29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Blog Cina Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, kepada seluruh pembaca blog ini khususnya yang berketurunan Tionghoa.
Harapan kami Semoga Tahun Kuda akan membawa arti yang lebih besar kepada masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Cina . Semuga tahu ini akan membawa keamanan, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia.

Anak pasangan Malaysia diserah kepada kedutaan Malaysia
29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, hari ini diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.
Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.
Hari ini, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
Aliran trafik ke utara & selatan dari KL mulai perlahan
29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai perlahan pagi ini akibat kemalangan dan pertambahan kenderaan.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata terdapat kemalangan di Km448, berdekatan Sungai Buloh menghala ke utara apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan telah terbakar dan menyebabkan kesesakan di laluan itu.
"Api telah berjaya dipadamkan dan kereta tersebut telah dialihkan ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
PRK Kajang: Anak muda mahu lihat pemuafakatan nasional
29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama.
“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.
Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.
Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama.“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.
Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.
Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.
30 Januari 2014
Penempatan Orang Asli Kelantan diwarta
28 Rabiul Awal 1435H.
KOTA BHARU:Mana-mana kawasan yang didiami penduduk Orang Asal akan diwartakan sebagai kawasan penempatan mereka, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Katanya, Kelantan merupakan negeri negeri pertama di negara ini mengambil langkah tersebut bagi memastikan kehidupan masyarakat Orang Asal lebih terbela.
“Sehingga sekarang dua penempatan sudah diwartakan termasuk Pos Jedip di Gua Musang. Dua lagi kawasan yang baru dilulus di peringkat jawatankuasa.
“Kerajaan negeri mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain,” katanya di sini.
KOTA BHARU:Mana-mana kawasan yang didiami penduduk Orang Asal akan diwartakan sebagai kawasan penempatan mereka, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.Katanya, Kelantan merupakan negeri negeri pertama di negara ini mengambil langkah tersebut bagi memastikan kehidupan masyarakat Orang Asal lebih terbela.
“Sehingga sekarang dua penempatan sudah diwartakan termasuk Pos Jedip di Gua Musang. Dua lagi kawasan yang baru dilulus di peringkat jawatankuasa.
“Kerajaan negeri mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain,” katanya di sini.
Mat Sabu: PAS tak akan boikot kempen di Kajang
28 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
- Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.
28 Januari 2014
BN akan tanding DUN Kajang - Muhyiddin
26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil dan pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada Datuk Marina Chin Abdullah pada Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil dan pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada Datuk Marina Chin Abdullah pada Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail4 lelaki larikan van syarikat keselamatan bawa wang tunai RM3.3 juta
26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA SELANGOR: Empat lelaki melarikan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM3.3 juta dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Ijok, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, empat pengawal keselamatan yang berada di dalam van turut dilarikan ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum suspek membakar van berkenaan selepas memindahkan sembilan beg berisi wang ke kenderaan lain.
Sweden: Anak Pasangan Dipindahkan Kepada Keluarga Islam Dalam Masa Terdekat
26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.
Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.
STOCKHOLM: Khidmat Sosial Stockholm akan memindahkan anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa tempatan sebelum ini kepada sebuah keluarga Islam Malaysia dalam masa terdekat.
Kembara dakwah di Tawau dan Sandakan
26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Gerimis menyapa kami apabila tiba menjejak kaki di Tawau, bandar paling jauh dari Semenanjung Malaysia dan bersebelahan dengan Indonesia. Bumi Tawau adalah paling subur dengan pusat pengajian Islam di negeri bawah bayu itu, bermula dengan pusat pra sekolah PASTI sehinggalah madrasah al hidayah yang semakin menampung permintaan anak-anak tempatan untuk menggali ilmu agama. Gerakan Islam juga bertapak subur di Tawau sejak dekad 80an dimana penjawat awam dari Semenanjung telah menyebarkan dakwah dan fikrah kepada anak tempatan.
PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang
26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.
Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.
"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang
26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
27 Januari 2014
Terkini : ADUN Kajang letak jawatan
25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini
Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)