- IDRIS AHMAD
Selain daripada nikmat Iman dan Islam yang merupakan anugerah Allah kepada hambanya, maka nikmat berjamaah adalah yang ketiga. Banyak manusia leka dan lalai tidak sedar bahawa berjamaah juga merupakan tuntutan di dalam Islam. Bukan semua orang dapat menikmati kelazatan berjamaah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud " Wajib atas kamu berjamaah" Maksud hadis yang lain " Berjamaah itu rahmat, berpecah merupakan musibah"Gembiranya bersama PAS kerana dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS, perkara 3 Dasar PAS ialah Islam. Dasar yang tidak pernah dimamah usia, sentiasa relevan dalam semua keadaan, samaada waktu senang atau waktu susah, waktu menang atau waktu kalah. Dasar inilah yang menyebabkan PAS sentiasa segar di dalam mana- mana keadaan.


.jpg)




