10 Februari 2014

Ribut salji landa Tokyo, 11 maut

10 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

TOKYO: Sebelas orang maut manakala ribuan yang lain cedera dan puluhan ribu lagi terputus bekalan elektrik apabila ribut salji paling buruk dalam tempoh beberapa dekad melanda Tokyo dan kawasan sekitarnya sebelum bergerak ke utara dan membadai kawasan pantai Pasifik. 

Semua penerbangan tergendala menyebabkan lobi Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda lobi dibanjiri orang ramai. 


Salji sehingga 27 sentimeter turun di Tokyo pada lewat kelmarin, iaitu yang paling tebal dalam tempoh 45 tahun. 


Lorong di kawasan perumahan masih diliputi salji tebal pagi ini, memaksa orang ramai berjalan dengan berhati-hati untuk ke tempat kerja. 

Namun, pasaran kewangan dibuka seperti biasa biarpun selepas kejadian salji tebal. 

Kemalangan jalan raya dan tergelincir meragut 11 nyawa di seluruh Jepun, termasuk warga emas berusia 78 tahun di Ichikawa di timur Tokyo. 

Lebih 1,000 orang tercedera, termasuk lelaki berusia 69 tahun yang tergelincir lalu terhantuk penyodok salji. 
Lebih 5,000 orang pula tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita apabila salji tebal memutuskan hubungan pengangkutan ke pusat bandar Tokyo. - Reuter
s

Tiada ulasan: