10 Februari 2014

Johari Pilihan Jadi Ketua Menteri

10 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUCHING: Keceriaan dan sikap suka berjenaka Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Bumiputera Bersatu (PBB) pada Ahad menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri.
Johari juga selain itu turut menjadi 'tekaan' media bahawa beliau akan dipilih menggantikan Taib selepas ini.
Bagaimanapun ketika diajukan solan beliau tidak menjawabnya dengan jelas sebaliknya berjenaka bersama pemberita.

Semasa wartawan menemui Johari di antara bilik mesyuarat dan bilik makan, beliau memberi jawapan," Tunggu pengumuman rasmi. Mungkin mereka tidak beri saya makan nanti."
Ketika Ditanya sama ada beliau merupakan pilihan, Johari menjawab bahawa soalan itu sebagai tidak matang dan menambah," Kami sebulat suara bersetuju untuk tidak menyerahkan kepada beliau (Taib tidak diberikan mandat untuk memilih). Ini prinsip kami. Kita mesti ada etika."
Pensyarah Sains Politik Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berpendapat Johari merupakan pilihan untuk menggantikan Taib.
"Ada banyak faktor. Di atas pentas , beliau adalah penceramah terbaik. Untuk memimpin pilihan raya negeri , anda memerlukan seseorang yang bersemangat.
"Daripada nama-nama yang dicadangkan, Johari juga mungkin salah seorang calon terbaik kerana mendapat sokongan daripada masyarakat Cina," katanya
mStar/-

Tiada ulasan: