10 February 2014

Taklimat tertutup Taib Mahmud - Zahid Hamidi hari ini

10 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri taklimat tertutup bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Mengikut jadual awal yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu, taklimat tertutup yang dibuat di Pejabat Ketua Menteri itu berkaitan pilihan raya negeri ke-11.
Namun seorang pegawai KDN yang datang bertemu media memaklumkan perjumpaan itu hanya kunjungan hormat terhadap Taib dan tiada sidang akhbar akan dibuat.
Kira-kira 30 wartawan media cetak dan elektronik yang mula berkumpul di Wisma Bapa Malaysia sejak 9.30 pagi tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan itu dan hanya menunggu di pintu pagar masuk utama bangunan. - Bernama

No comments: