10 Februari 2014

Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak?

10 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perletakaan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dibayangkan hujung bulan ini bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlaku.

Perletakan jawatan itu bermakna Taib akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001.

Mengulas hal itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau ingin bertanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terkejut dengan pemgumuman Taib ini.

Ini kerana dalam kes Kajang, SPR mendakwa PRK yang akan ditandingi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, telah menganggu tugas mereka melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula pilihan raya.


"Kita mahu bertanya kepada SPR, apa sikap dan alasan mereka dalam kes Taib ini. Adakah mereka tidak terkejut?

"Adakah yang ini tidak mengganggu SPR?," soal Ahli Parlimen Tumpat itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini berkata, PRK Kajang yang berlaku akibat perletakan jawatan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh telah mengganggu urusan-urusan yang lain yang sedang diberi fokus oleh SPR.

Ekoran itu juga kata beliau, SPR terpaksa mengubah gear, malah mengubah semua sekali perancangan mereka.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, adalah tidak wajar bagi SPR mengeluarkan alasan berbaur politik atau menegur siapa nak letak jawatan atau tidak dan siapa nak bertanding.

"Tugas SPR hanya menguruskan dengan baik supaya praya berlaku dgn adil dan baik. Yang akan menghukum adalah rakyat. Biar rakyat yang tentukan," katanya lagi.

Beliau memberi contoh, pada tahun 1988 Tan Sri Shahrir Abdul Samad pernah meletak jawatan sebagai ahli parlimen BN Johor Bahru dan bertanding bebas.

Pada pilihan raya yang diadakan 25 Ogos 1988 itu, Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi iaitu lebih tinggi berbanding ketika mewakili BN.

Beliau mendapat 23,581 undi mengalahkan calon BN Masud Abdul Rahman yang memperoleh 10,968.

Tiada ulasan: