17 Oktober 2021

Arab Saudi benar lengkap vaksin tak pakai pelitup muka

 Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam. - Foto AFP

Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam. - Foto AFP

JEDDAH: Menteri Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana semua pengunjung masih wajib memakai pelitup muka, lapor Arab News.

Dos penggalak percuma ringan beban jemaah umrah - PAPUH

 - Foto hiasan.

- Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menyediakan dos penggalak bagi bakal jemaah umrah yang tidak menerima jenis vaksin ditetapkan kerajaan Arab Saudi, sememangnya membantu mengurangkan beban kumpulan sasar yang sebelum ini bimbang tidak dapat melaksanakan ibadat itu.

Mengalu-alukan keprihatinan kerajaan itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata semua agensi di bawah persatuan berkenaan diminta memaklumkan segera mengenai perkembangan terbaharu terbabit kepada bakal jemaah di bawah kelolaan mereka.

"Pengumuman mengenai penyediaan dos penggalak oleh kerajaan ini amat positif dan PAPUH sangat mengalu-alukannya. Ini menunjukkan keprihatian kerajaan kepada bakal jemaah umrah yang sudah lama terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke Tanah Suci.

"PAPUH berharap semua penyedia perkhidmatan umrah mengambil langkah susulan berhubung perkara ini dan bakal jemaah sendiri akan segera membuat permohonan dos penggalak sebaik saja ia dibuka bulan depan," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan individu mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Arab Saudi, boleh memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak.

Razali turut mencadangkan kerajaan mempermudah lagi urusan mendapatkan dos penggalak, termasuk dengan membuka kaunter bagi membolehkan bakal jemaah datang secara 'walk in' tanpa perlu menungu giliran.

"Jemaah mungkin boleh diberi pilihan. Jika mahu mendapatkan dos penggalak dengan segera, mereka perlu membayar kos dos berkenaan dan mengambilnya di fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan itu. Jika mahu mendapatkan dos dengan percuma, boleh menunggu giliran selepas membuat permohonan," katanya.

Sementara itu, bakal jemaah, Roswitawati Azahri, 45, dari Kuala Terengganu, amat bersyukur dengan pengumuman kerajaan mengenai penyediaan dos penggalak berkenaan.

Beliau berharap, hasratnya dan beberapa ahli keluarga yang terpaksa menangguhkan perjalanan ke Tanah Suci sejak Mac tahun lalu akan dapat ditunaikan.

"Saya amat teruja dengan pengumuman itu, malah sejak semalam, saya sudah mula bertanya jika ada klinik yang akan menyediakan perkhidmatan itu di kawasan berdekatan. Saya sendiri dan beberapa ahli keluarga menerima vaksin Sinovac, jadi penyediaan dos penggalak oleh kerajaan tentunya berita amat ditunggu-tunggu," katanya.

bharian.-

16 Oktober 2021

Jantung manusia sangat istimewa

 

PENYELIDIK dari Amerika Syarikat, Gregg Braden memuat naik dalam YouTube klip video kaedah mengharmonikan jantung dengan otak bagi mengurangkan stres akibat pandemik Covid-19. – YOUTUBE


SAUDARA PENGARANG,

APA istimewa jantung manusia, walhal organ itu merupakan segumpal daging sebesar penumbuk tuannya?

Ilmu terkini mendedahkan betapa istimewa jantung manusia yang mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

Ronaldo bakal pecah rekod lagi?

 

CRISTIANO RONALDO

LONDON: Biarpun ramai pemerhati bola sepak melihat kepula­ngan Cristiano Ronaldo ke Old Trafford telah mencipta ‘masalah’ kepada Manchester United, namun peminat tetap teruja dengan kehebatan pe­nyerang Portugal itu.

“Kita akan susahkan kehidupan anti-vaksin” – KJ

 

KHAIRY JAMALUDDIN

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Kadar populasi dewasa lengkap divaksin 91.4 peratus

 

KUALA LUMPUR: Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam tadi, meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus, pada Khamis (14 Okt).

Ahli Parlimen UK maut ditikam bertubi-tubi

 

Ambulans tiba di lokasi kejadian berhampiran Gereja Methodist Belfairs, di mana Ahli Parlimen Konservatif, David Amess ditikam sehingga mati pada Jumaat. (Gambar AFP)

LONDON: Ahli Parlimen Britain, David Amess maut selepas ditikam “bertubi-tubi” ketika menyertai satu acara di kawasan Parlimennya di tenggara England.

Ini adalah kematian kedua membabitkan ahli politik United Kingdom ketika menemui pengundi sejak 2016.

8 jenis makanan terbaik di saat anda jatuh sakit

 

Buah-buahan segar dan sayuran hijau sangat bagus sebagai pilihan makanan untuk orang sakit. (Gambar Rawpixel)

Kita semua mungkin tidak akan selalu sihat dan ketika tubuh badan tidak berada di tahap yang terbaik, kita perlu minuman dan makanan untuk orang sakit.

Ini kerana tubuh badan kita sangat memerlukan nutrien yang baik bagi memberikan lebih tenaga serta menyembuhkan lebih cepat kesakitan yang dialami.

Masjid 300 tahun, Kampung Laut dicalon tapak warisan kebangsaan, UNESCO

 

Keistimewaan projek pembangunan Kampung Laut adalah pembangunan mampan yang turut meraikan dan memelihara budaya, warisan serta tradisi kampung tempatan, menurut ECERDC.

TUMPAT: Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun dan pembangunan Kampung Laut sebagai kampung warisan dekat sini, telah dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan kebangsaan seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Aku kaya RM418 bilion!

 ANTILIA, kediaman keluarga Ambani di Mumbai dikatakan rumah termahal dunia. FOTO AFP

ANTILIA, kediaman keluarga Ambani di Mumbai dikatakan rumah termahal dunia. FOTO AFP

New Delhi: Kedudukan individu terkaya di Asia, Mukesh Ambani kini setara dengan hartawan dunia, Elon Musk dan Jeff Bezos.

Lapor Bussines Today, Mukesh mengikuti jejak langkah Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Musk serta Pengasas Amazon, Bezos yang memiliki nilai kekayaan lebih AS$100 bilion (kira-kira RM415 bilion).

Masjidil Haram, Masjid Nabawi boleh solat dengan kapasiti penuh

 JEMAAH menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan jumlah terhad di Masjidil Haram, Makkah pada 24 Mei 2020 berikutan Covid-19. FOTO AFP.

JEMAAH menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan jumlah terhad di Masjidil Haram, Makkah pada 24 Mei 2020 berikutan Covid-19. FOTO AFP.

Makkah: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Ahad ini.

Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.

Nampak 'seksa' peraga 60kg emas

 PENGANTIN perempuan memakai barangan kemas seberat 60kg.

PENGANTIN perempuan memakai barangan kemas seberat 60kg.

Beijing: Seorang pengantin wanita di Tiongkok, China menjadi perhatian dunia apabila memakai barangan kemas lebih 60 kilogram (kg).

Video perkahwinan dipercayai berlangsung di Tianmen, Hubei, 30 September lalu tular dan heboh di media sosial.

Lombong emas haram lebih 30 tahun dibongkar

 Antara lubang pelombongan emas yang ditemukan di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum dekat sini. (Gambar kecil) Anggota PGA memeriksa lubang lombong yang ditemui. Foto Hazsyah Abdul Rahman

Antara lubang pelombongan emas yang ditemukan di Sungai Bole dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum dekat sini. (Gambar kecil) Anggota PGA memeriksa lubang lombong yang ditemui. Foto Hazsyah Abdul Rahman

Lahad Datu: Aktiviti melombong emas secara haram sejak 90-an berjaya dibongkar pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan WWF serta agensi lain.

Arab Saudi longgar sekatan COVID-19 mulai esok

 Gambar fail (hiasan) - FOTO AFP

Gambar fail (hiasan) - FOTO AFP

JEDDAH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan pelonggaran beberapa sekatan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19, termasuk dari segi pemakaian pelitup muka, berkuat kuasa esok.

Pengumuman itu dibuat, semalam, susulan penurunan kes COVID-19 secara ketara di seluruh negara dan pencapaian kadar vaksinasi yang tinggi.

Bali dilanda gempa bumi, 3 maut

 Tanah runtuh akibat gempa bumi di Bali, hari ini. - FOTO EPA

Tanah runtuh akibat gempa bumi di Bali, hari ini. - FOTO EPA

JAKARTA: Tiga mangsa dilaporkan maut apabila gempa bumi melanda pulau pelancongan terkenal di Indonesia, Bali, hari ini.