16 Oktober 2021

Nampak 'seksa' peraga 60kg emas

 PENGANTIN perempuan memakai barangan kemas seberat 60kg.

PENGANTIN perempuan memakai barangan kemas seberat 60kg.

Beijing: Seorang pengantin wanita di Tiongkok, China menjadi perhatian dunia apabila memakai barangan kemas lebih 60 kilogram (kg).

Video perkahwinan dipercayai berlangsung di Tianmen, Hubei, 30 September lalu tular dan heboh di media sosial.

Menerusi beberapa keping gambar yang tersebar, pengantin wanita yang mengenakan gaun putih kelihatan tidak selesa dengan perhiasan barangan kemas berat yang dipakai pada tangan dan lehernya.

Keadaan itu menyebabkan dia sukar bergerak dan perlu dibantu pengantin lelaki untuk berjalan di depan tetamu.

Memetik portal Saostar.vn, pengantin wanita itu diberikan rantai leher seberat 60kg serta dua gelang besar sebagai hadiah daripada suaminya yang berasal daripada keluarga berada.

Ramai orang menganggap barangan kemas itu digunakan pengantin terbabit sebagai perhiasan ketika hari bahagianya namun ada juga tetamu yang berasa kasihan melihat kesulitannya untuk bergerak.

"Saya baik-baik sahaja," kata pengantin itu sambil tersenyum untuk meneruskan upacara perkahwinan selepas ditawarkan bantuan daripada seorang tetamu.

hmetro/-

Tiada ulasan: