25 Oktober 2021

Abraham Accords pembawa bencana akhir zaman

 

ABRAHAM Accords merupakan perjanjian yang ditandatangani secara bersama oleh beberapa pemimpin negara Arab dengan Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel sebelum ini) dan Presiden Amerika Syarikat yang lalu, Donald Trump. Perjanjian ini dimeteraikan melalui upacara rasmi yang diadakan di pekarangan White House.

Trump dan menantunya, Jared Kushner (berbangsa Yahudi Zionis yang beragenda politik) mengambil kredit sepenuhnya ketika rancaknya kempen Pilihan Raya Presiden Amerika. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi membantu kemenangannya dalam pilihan raya di negara besar itu yang tidak berhasil.

Arab Saudi mansuh tempoh menunggu 14 hari buat umrah

 - Hiasan. FOTO AFP

- Hiasan. FOTO AFP

JEDDAH: Arab Saudi kini memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan perlu menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al Maddah berkata, peraturan itu ditamatkan susulan pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 buka tirai hari ini

  Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 membuka tirainya hari ini dengan tumpuan antaranya membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan ordinan-ordinan darurat.

94.6 peratus populasi dewasa negara lengkap vaksin

  Foto NSTP/Aziah Azmee

Foto NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Sebanyak 94.6 peratus atau 22,143,545 individu dewasa di negara ini menerima vaksin lengkap setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, individu dewasa yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos juga mencapai 97.5 peratus.

Hatrik Salah buat Man United terkedu

 Bintang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan ketika berdepan Manchester United dalam aksi Liga Perdana. FOTO AFP

Bintang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan ketika berdepan Manchester United dalam aksi Liga Perdana. FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Liverpool melakar sejarah menumpaskan Manchester United ketika Mohamed Salah meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 di Old Trafford pagi ini sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan Ole Gunnar Solskjaer.

Buat pertama kali dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, United ketinggalan 4-0 pada babak pertama dan gagal menjaringkan gol dalam aksi dikuasai sebelah pihak.

24 Oktober 2021

Lega SOP larang himpunan berkaitan pilihan raya

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

MELAKA: Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 Nov, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini.

Ini kerana mereka bimbang aktiviti yang dilaksanakan menjelang dan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan mencetuskan gelombang penularan COVID-19 yang akan menyekat kembali 'kebebasan' yang baharu sahaja dinikmati rakyat.

Sabah capai 72.17 peratus dewasa lengkap vaksin

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Sabah mencapai 72.17 peratus daripada penduduk dewasanya lengkap vaksin COVID-19, manakala 74.35 peratus menerima satu dos suntikan setakat semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan seramai 2,050,851 orang penduduk dewasa menerima satu dos vaksin, manakala seramai 1,990,728 orang lengkap vaksin.

Hanya pekerja divaksin boleh ke pejabat mulai 1 Januari

  Foto AFP (hiasan)

Foto AFP (hiasan)

SINGAPURA: Mulai 1 Januari tahun depan, hanya pekerja yang divaksinasi atau pulih daripada COVID-19 dalam tempoh 270 hari dibenarkan kembali ke tempat kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Ini bermakna mereka yang belum divaksin tidak dibenarkan berbuat demikian melainkan mereka diuji negatif COVID-19 dan perlu menanggung kos ujian saringan.

Kerajaan Persekutuan setuju bina lapangan terbang antarabangsa di Gebeng

 Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) pada Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kuantan. NSTP/Asrol Awang

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) pada Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kuantan. NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju meluluskan cadangan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Gebeng, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata persetujuan itu hasil mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), baru-baru ini.

Penunggang motosikal maut ketika berkonvoi

 Seorang penunggang motosikal maut ketika berkonvoi di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

Seorang penunggang motosikal maut ketika berkonvoi di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

SEPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA, berkata identiti mangsa belum diketahui.

23 Oktober 2021

Vaksin AstraZeneca selamat untuk wanita hamil, kesuburan

  Foto fail EPA

Foto fail EPA

CAMBRIDGE: Vaksin AstraZeneca Plc COVID-19 didapati tidak memberi kesan buruk terhadap kehamilan atau menjelaskan kesuburan, menurut data yang diperoleh daripada sekumpulan peserta yang hamil ketika kajian dilakukan.

Kadar keguguran juga menunjukkan hampir sama dengan individu menerima vaksin dan kumpulan yang menerima plasebo, serta tiada kelahiran atau kematian neonatal direkodkan, menurut dapatan analisis diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, Khamis lalu.

Lelaki belum vaksin cuba rentas negeri dikompaun RM5,000

 

JEMPOL: Polis mengeluarkan kompaun RM5,000 terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun yang belum divaksin kerana merentas ke negeri ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata

lelaki itu turut memberi alasan kepada polis vaksin tidak wajib diambil ketika ditahan dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kilometer 35 Jalan Bahau - Kemayan pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Kampung Mangkuk, Penarik diiktiraf kampung pelancongan Terengganu

 

SETIU: Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik di daerah Setiu sebagai kampung pelancongan negeri yang pertama di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata pengisytiharan itu adalah berikutan kedua-dua kampung tersebut masih mengekalkan identiti perkampungan nelayan tradisional dengan pelbagai tarikan dan keunikan tersendiri.

'Vaksin Pfizer lebih 90 peratus berkesan terhadap kanak-kanak'

  Foto fail AFP

Foto fail AFP

WASHINGTON: Pfizer dan rakannya, BioNTech menjelaskan vaksin COVID-19 dihasilkan mereka selamat dan menunjukkan 90.7 peratus keberkesanan terhadap kesan simptomatik bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Syukur, walau penat pertahan 31 tahun Kerajaan Kelantan

 

KOTA BHARU: Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan kerana kejayaannya mengekalkan pemerintahan Membangun Bersama Islam sehingga kini berusia 31 tahun.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kemampuan tersebut merupakan satu kejayaan besar serta sangat istimewa kepada PAS Pusat lantaran mempertahankan sebuah kemenangan yang dicapai lebih sukar.