25 Oktober 2021

94.6 peratus populasi dewasa negara lengkap vaksin

  Foto NSTP/Aziah Azmee

Foto NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Sebanyak 94.6 peratus atau 22,143,545 individu dewasa di negara ini menerima vaksin lengkap setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, individu dewasa yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos juga mencapai 97.5 peratus.

Sementara itu, kanak-kanak dan remaja lengkap divaksin merekodkan 51.6 peratus atau 1,622,869 individu, manakala 81.1 peratus sekurang-kurangnya mendapat satu dos vaksin.

Sejumlah 124,530 dos suntikan diberikan semalam, membabitkan 106,261 dos suntikan lengkap, 9,831 satu dos dan 8,438 untuk dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin kini meningkat 49,069,291 suntikan.

Secara keseluruhannya, populasi penduduk yang lengkap divaksin adalah 72.8 peratus atau 23,766,414 individu.

Sementara itu, setakat jam 11.59 malam tadi empat kematian direkodkan di hospital dengan jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 28,400 orang.

bharian.

Tiada ulasan: