Palembang: Nelayan mula mencari artifak di Sungai Musi sejak lima tahun lalu dan menemukan pelbagai peninggalan zaman terdahulu seperti cincin, batu permata, syiling dan loceng.
Artifak ini dipercayai wujud sejak peradaban Srivijaya, sebuah kerajaan antara abad ke-7 dan ke-13.
Kerajaan itu dikatakan lenyap secara tiba-tiba dan meninggalkan peninggalan dan kekayaan luar biasa.
Sebuah patung Buddha yang dianggarkan bernilai jutaan Pound Sterling itu antara penemuan terbesar yang ditinggalkan empayar berkenaan.
Dr Sean Kingsley, seorang ahli arkeologi maritim dari United Kingdom berkata, sejak lima tahun lalu pelbagai penemuan ditemui di sungai berkenaan.
"Duit syiling, emas dan patung Buddha yang ditemui adalah asli.
"Ramai ahli sejarah yang sedang giat mengesan khazanah Srivijaya sehingga ke Thailand dan India, namun tidak banyak yang ditemui," katanya.
Srivijaya adalah kerajaan maritim antara abad ke-7 dan ke-13 dan kini dikenali sebagai Indonesia.
Empayar itu memperluaskan pengaruhnya dan menguasai Selat Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan