25 Oktober 2021

Ronaldo mohon maaf atas kekalahan United

 Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pemain tengah Liverpool, Curtis Jones pada aksi EPL di Old Trafford, semalam. Ronaldo memohon maaf selepas pasukannya tewas 5-0 pada aksi berkenaan. - Foto AFP.

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pemain tengah Liverpool, Curtis Jones pada aksi EPL di Old Trafford, semalam. Ronaldo memohon maaf selepas pasukannya tewas 5-0 pada aksi berkenaan. - Foto AFP.

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo memohon maaf kepada penyokong Manchester United menerusi laman media sosial selepas pasukan itu dimalukan Liverpool dengan kekalahan 5-0 di Old Trafford, semalam.

Kecuali jaringannya yang dibatalkan, Ronaldo seakan menjadi 'penumpang' pada aksi terbabit apabila mereka tewas di laman sendiri sekali gus menyaksikan jurang yang besar dapat disaksikan antara kedua dua pasukan itu.

Mohamed Salah meledak hatrik selepas membantu mencipta jaringan Naby Keita pada minit kelima dan Diogo Jota turut mencetak nama selaku penjaring.

Lebih malang, United menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Paul Pogba dilayangkan kad merah susulan kekasaran ke atas Keita. Selepas kekalahan itu, Ronaldo meninggalkan mesej berkenaan di laman media sosial.

"Kadang kala kita tidak mendapat keputusan yang kita perjuangkan. Kadangkala keputusan perlawanan itu bukanlah sesuatu yang kita inginkan. Tetapi ini adalah semuanya atas kami kerana tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan."

Penyerang Portugal itu turut menambah: "Sekali lagi penyokong kami sangat hebat dalam memberikan sokongan yang berterusan. Mereka layak mendapatkan (sesuatu) yang lebih baik daripada ini.

"Kini semuanya bergantung di tangan kami untuk membalasnya. Masanya adalah sekarang!"

Mereka perlu bangkit daripada kekalahan ini, namun berdepan jadual yang sukar apabila akan menentang pasukan seperti Tottenham Hotspur, Atalanta, Manchester City dan Chelsea sebelum hujung November.

- AGENSI

Tiada ulasan: