11 Jun 2008

“Kenalilah Allah ketika senang niscaya Allah mengenalmu di saat susah” (HR. Tirmidzi).

Hidup dengan serba kekurangan di tengah-tengah melonjaknya harga barangan asas kesan kenaikan harga minyak memang menyusahkan banyak pihak . Kebanyakan orang merasa tidak cukup kemampuan dan fikirannya untuk memikirkan segala keperluan yang harus dipenuhi. Sehingga tidak mustahil bagi yang berfikiran mudah kadangkala boleh tersilap langkah, sehingga berani mengambil jalan singkat dengan mengakhiri hidupnya secara tidak wajar dengan bunuh diri. Sedangkan Inilah cara yang sangat dilarang dalam Islam,

Allah dan Rasulullah SAW telah menjelaskan cara-cara menghadapi permasalahan hidup dengan baik. Tidak sampai mengambil jalan singkat dan membinasakan diri sendiri.

Yang pertama kita mesti mempunyai suatu keyakinan bahwa Allah sentiasa memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNya yang beriman. Firman Allah, “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. At-Thalaq: 2-3).

Kita juga harus mengingati bahwa akan ada kemudahan setelah ada kesusahan (HR. Imam Ahmad). Tugas kita manusia adalah berusaha mencari jalan-jalan yang dimaksud yang telah dihamparkan di segenap penjuru alam.

Salah satu cara menemukan jalan dimaksud telah disebutkan Rasulullah dalam suatu haditsnya, iaitu dengan menebar salam dan menjalin hubungan silaturrahim. Salam dan silaturrahim memang boleh mengundang datangnya rezeki . Kerana kadangkala ianya diberikan melalui tangan atau mulut orang lain.

Tidak mustahil kita mendapatkan rezeki yang dititipkan Allah kesan ucapan kata orang lain. Ada juga rezeki yang dititipkan Allah kesan usaha gigih yang telah dilakukan orang lain. Oleh kerana itu, mari kita selalu membangun hubungan yang baik dengan sesama manusia, seiring dengan membangun hubungan dengan Allah SWT.

Dewan Pemuda Pas mahu projek pembangunan koridor dihentikan

PUTRAJAYA, 10 Jun - Dewan Pemuda Pas meminta kerajaan menghentikan projek-projek mega termasuk koridor pembangunan wilayah yang didakwanya tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan ketuanya Nasrudin Hassan berkata kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat khususnya di luar bandar kerana masih terdapat lagi kawasan kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan Rabu lalu di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Datuk Ahmad Yacob.

Nasrudin berkata projek berkenaan boleh dibatalkan atau ditangguhkan dengan memberi fokus kepada inisiatif menaikkan taraf hidup rakyat yang kini berdepan dengan kenaikan kos hidup.

Ketua Dewan Pemuda Pas Salahuddin Ayub dalam memorandum itu meminta kerajaan menarik balik semula keputusan menaikkan harga minyak.

Dr. Mujahid dan Drs. Khalil berdailog dengan Guru KAFA Daerah Kerian.

PARIT BUNTAR, 10, Jun :- Kerajaan Negeri perak akan sentiasa berusaha untuk membantu memajukan sekolah agama rakyat (SAR), demikian antara isi kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam dailog bersama lebih 100 orang guru KAFA Daerah Kerian disini hari ini. Drs. Khalil menerima Memorendum dari Tn. Hj. Hamidi sambil diperhatian oleh Dr. Mujahid.

Hadir sama dalam dailog itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid Yusof, dan Pengerusi Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Daerah Kerian (PPSR), Tn. Hj. Hamidi Abd. Hamid.

Kedua-dua wakil rakyat itu telah sudi berdailog dengan peserta dalam tempoh sekitar 3 jam dengan penuh semangat kekeluargaan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Penyelia KAFA Daerah, Ust. Salahuddin bahawa inilah kali pertama program seumpama ini diadakan. Beliau berharap semua yang hadir mengambil peluang keemasan untuk mengajukan soalan-soalan untuk dijawab oleh Dr. Mujahid dan Drs. Khalil.

Dr. Mujahid dalam ucapannya menyatakan pada masa bantuan kepada SAR ditarik oleh pihak kerajaan serentak dengan itu lulusan sekolah agama telah diperkecilkan kononnya sukar mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.

Guru-guru SAR yang hadir dalam dailog tersebut

Namun tegasnya realiti yang berlaku, lulusan sekolah agamalah yang lebih sedikit menganggur berbanding lulusan lain. Paling kurang orang lulusan agama boleh menjadi imam dan mengajar di merata tenpat. "realitinya di Kuala Lumpur golongan berkelulusan agama hidup lebih mewah hasil dari menyampaikan ilmu dimerata tempat", kata Dr. Mujahid.

Antara soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan perlantikan ketua kampung, Jawatankuasa mesjid, tapak SAR, bantuan perkapita SAR, elaun penyelia SAR dan Guru serta soalan-soalan berkaitan dengan SAR di Daerah Kerian.

Diakhir program Penegerusi PPSR Daerah kerian telah menyampai memorendum untuk disampaikan kepada Exco Agama Perak.

Perdana Menteri Republik Korea dan Anggota Kabinetnya Meletak Jawatan

Perdana Menteri Republik Korea, Han Seung-soo dan keseluruhan anggota kabinet semalam menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Lee Myung-bak untuk memikul tanggungjawab terhadap krisis politik yang tercetus oleh keputusan kerajaan melonggarkan sekatan terhadap import daging lembu A.S. pada pertengahan bulan April lalu.

Han Seung-soo mengakui kerajaan tidak mengadakan komunikasi secara berkesan dengan orang awam, dan beliau bertanggungjawab terhadap tunjuk perasaan antikerajaan yang menjadi bertambah hangat.
Menurut sumber Pejabat Presiden, Lee Myung-bak dijangka memilih untuk menerima sebahagian daripada surat peletakan jawatan tersebut. Separuh daripada menteri-menteri yang terlibat dalam memulihkan persetujuan mengenai import daging lembu A.S. mungkin akan digugurkan dari jawatan, termasuk Menteri Luar Negeri dan Perdagangan, Yu Myung-huan, Menteri Pertanian, Chung Woon-chun dan Menteri Pertanian, Kang Man-soo.

Di beberapa tempat di Republik Korea hari ini dirancang diadakan demonstrasi besar-besaran untuk menentang import daging lembu dari A.S., dan penunjuk perasaan tersebut dijangka mencatat 150 ribu hingga 1 juta orang.

10 Jun 2008

Tajol Rosli dianggap tidak gentleman

GERIK ,9 Jun :– Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kecewa dengan sikap Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kerana sehingga kini masih belum menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada beliau.

Menurutnya, Tajol Rosli sepatutnya lebih terbuka dengan datang berjumpa dengannya untuk menyerahkan tugas Menteri Besar itu sebaik sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas.

Kata beliau, sikap bekas Menteri Besar itu yang sehingga sekarang tidak mahu berbuat demikian di- anggap tidak gentlemen (bersifat lelaki budiman) malah jauh berbeza dengan bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

‘‘Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang), bekas Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) dan Menteri Besar lama Kedah (Datuk Seri Mahdzir Khalid) semuanya bersalam dan serah tugas secara rasmi kepada penggantinya. Tetapi sampai sekarang orang ramai tidak pernah tengok pun bekas Menteri Besar Perak bersalam dengan saya serah tugas, apa salahnya jumpa saya seperti bekas Menteri Besar lain,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis jamuan rakyat sempena lawatan kerja ke daerah Hulu Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana masih belum membenarkannya ke udara menerusi saluran radio Perak FM.

Jelas beliau, selaku Menteri Besar dan wakil kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat serta perkenan Sultan Perak, RTM sepatutnya memberi penghormatan kepada kerajaan negeri sekarang.

Ketua Pemuda PAS di TV malam ini

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bicarawara" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak malam ini

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bicarawara" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.

Himpunan bantah kenaikan harga minyak pada 13 Jun

PARIT BUNTAR, 9 Jun:- Suatu himpunan membantah kenaikan harga minyak akan diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat ini, 13 Jun secara besar-besaran, demikian antara ucapan Ust. Azman Shapawi, naib Ketua pemuda PAS Pusat dalam ceramahnya di Kampung Kedah di sini malam tadi.

Beliau juga menjelaskan jangkaan harga minyak akan dinaikan lagi dengan kadar yang lebih banyak pada Ogos akan datang.

Keadaan keselamatan anak-anak kita juga tidak selamat pada waktu ini. Kita ingatkan cuma 3 orang yang hilang seperti yang disiarkan dalam berita iaitu adik Nurin Jazlin, Sharline dan Asmawi, tetapi realitinya di Parlimen telah didedahkan terdapat seratus lebih kanak-kanak yang hilang untuk tahun ini sahaja. Kata Ust. Azman.

Sambil berseloroh beliau mengatakan pihak keselamatan lebih kepada hendak mengawal ceramah PAS, sebagai contoh katanya di Terengganu pernah berlaku satu tempat kematian didatangi oleh FRU yang disangka ceramah PAS dan bertanya ada permit atau tidak.

Ceramah yang dihadiri oleh lebih 1000 orang itu turut mengundang Ahli Parlimen Jerai, Ust. Firdaus Jaafar. Hadir sama dalam ceramah itu ialah YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. harun Hj. Hashim dan ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil idham Lim.

ADUN Titi Serong melawat SRJK(C) Sin Hwa.

PARIT BUNTAR, 9 Jun :- Keselamatan pelajar yang melintasi jalan Kedah yang terletak dihadapan sekolah Rendah Jenis kebangsaan SRJK(C) Sin Hwa mendapat perhatian ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim . Beliau telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku.

Kedatangan beliau telah disambut oleh Guru Besar , Ahli Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah.

Dalam lawatan hampir satu jam tersebut pihak sekolah telah memberikan taklimat mengenai kedudukan tempat letak kenderaan yang akan terlibat dengan projek jenjantas. Oleh itu pihak pengurusan amat berharap dari ADUN Titi Serong mengambil perhatian dengan beberapa cadangan supaya ada tempat baru untuk tempat letak kereta.

Disamping itu beliau juga diberikan taklimat mengenai keselamatan pelajar yang melintasi Jalan Kedah dihadapan sekolah. pihak sekolah mendakwa lori yang mengangkut tanah merah seawalnya sejak jam 6.00 pagi sehingga 6.30 petang kerap menggunakan jalan tersebut.

Paling mendukacitakan mereka tidak mematuhi lampu jalan yang diletakkan dihadapan jalan sebagai tempat melintas pelajar. "Keadaan ini sangat membahayakan pelajar" jelas guru besar dengan nada serius. Demi keselamatan pelajar guru terpaksa turun kelapangan untuk menjadi pengawal lalulintas, kata pengerusi PIBG.

ADUN Titi Serong managgapi permasalah itu dengan berjanji akan mengemukakan surat kepada pihak yang berkenaan sebagai langkah awal mengatasi permasalahan tersebut.

Pada kesempatan yang sama sempat beberapa orang ibubapa yang mengadu kepada beliau mengenai harga minyak yang naik dan membebankan mereka kerana menghantar anak-anak ke sekolah pada tiap-tiap hari.

Mahfuz terllibat dengan kemalangan

IPOH, 9 Jun:- Ketua Penerangan PAS Puat yang juga ahli Parlimen Pokok Sena , YB. Haji Mahfuz Omar terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Bukit Beruntung. Kemalangan itu berlaku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah memberikan ceramah di Kampung Tasek Ipoh malam tadi .




Mahfuz memberikan ceramah sebelum kemalangan(foto:alhusseyn)

Di laporkan beliau tidak mengalami kecederaan serius, Mahfuz cuma mengalami sakit di bahagian rusuknya. . Selepas pemeriksaan doktor didapati tidak ada tulang rusuk yang patah.

09 Jun 2008

Pelaksanaan dasar pintu terbuka China berjaya.

NINGBO, CHINA, 8 Jun:-China merupakan negara membangun yang paling banyak menarik pelaburan asing selama 15 tahun berturut-turut dan berpotensi besar yang mampu melabur di pasaran antarabangsa. China telah mencapai kemajuan yang besar sejak dasar pintu terbuka dilaksanakan.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pusat Pengkajian Pembangunan Dewan Negara China, Zhang Yutai dalam "Forum Buka Pintu Terbuka China 2008" yang diadakan di Ningbo, Provinsi Zhejiang semalam. Katanya, sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun yang lalu, daya saing ekonomi China di pasaran antarabangsa meningkat pesat. China mengimport modal dan teknologi dari luar negara dan ini mempercepat proses pengindustrian. Di samping itu, pembaharuan mekanisme ekonomi juga dijalankan bagi menyempurnakan mekanisme ekonomi sosiolis.

Beliau menambah, China mengambil peluang globalisasi ekonomi dan mengamalkan dasar pintu terbuka. Proses itu selaras dengan keadaan dan daya kawalan risiko China. Kesemua ini merupakan pengalaman China yang amat berjaya.

Isteri mangsa ISA : Terima kasih kepada Kerajaan Perak dan Selangor.

KAMUNTING, TAIPING, 7 Jun :- Rombongan keluarga mangsa ISA telah diberikan kemudahan pengangkutan bas untuk datang ke Taiping oleh Kerajaan Selangor dan telah di sediakan tempat penginapan oleh Kerajaan Negeri Perak. "Saya mewakili semua mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Perak", Kata Puan Norlaila dalam ucapannya di hadapan Kem Tahanan Kamunting disini malam tadi.

Selain itu Puan Sharmila Uthiakumar, isteri mangsa ISA Sanjeev Kumar Krishnan yang didakwa oleh keluaganya dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas.

Sharmila mengatakan dengan nada sedih kini suaminya menggunakan kerusi roda di kem Kamunting," dia dalam keadaan hampir lumpuh sekarang ini".

Sementara GMI dalam memorandumnya kepada pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng , mendakwa tahanan itu telah memaklumkan kepada keluarganya pada 1 Jun bahawa beliau "kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan".

"Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau (sewaktu lawatan keluarga) dan juga GMI. "Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua?" kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam juga telah melawat Sanjeev Kumar dan hospital Taiping pada 7 Mei lalu.

08 Jun 2008

Puan Norlaila : ISA nafikan kehidupan berkeluarga kami.

KAMUNTING, TAIPING, 7 Jun :- Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah sutu akta yang zalim dan telah menafikan kehidupan berkeluarga kami. Demikian antara ucapan Puan Norlaila Othman isteri kepada mangsa kezaliman ISA, Mat Sah bin Mohammed Satray.

Beliau dalam nada kesedihan berkata ,Suami saya telah ditahan sejak 6 tahun lepas dan pada minggu hadapan genaplah 6 tahun beliau ditahan. Saya tidak pasti adakah beliau akan dibebaskan atau terus ditahan lagi selama 2 tahun.

Puan Norlaila menjelaskan beliau telah melakukan berbagi cara untuk memastikan suaminya dibebaskan termasuk ambush PM , bertemu Suhakam dan menggunakan saluran mahkamah namun semuanya masih gagal. "apakah ada cara lain saya akan lakukan"? tanya beliau kepada hadirin.

Bersama Mat Sah adalah 8 orang yang dituduh terlibat dengan JI, dan jumlah tahanan ISA sekarang berjumlah 70 semuanya.

Syed Ibrahim : Kem Kamunting simbol kezaliman

KAMUNTING , 7 Jun :- Kem Tahanan Kamunting yang menempatkan baki 70 orang tahanan tanpa bicara ISA adalah simbol kezaliman yang perlu dihapuskan dari bumi Malaysia ini. Demikian antara ucapan pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam himpunan aman GMI dihadapan Kemta di sini malam tadi.
Peserta himpunan dengan sepanduk mansuhkan ISA


Ucapan sekitar 15 minit yang dibenarkan oleh pihak keselamatan itu dalam keadaan hujan rintik-rintik dan diselang-seli dengan laungan supaya ISA dimansuhkan oleh peserta himpunan.

Sempena hari Keputraan DYMM Yang DiPertuan Agung, TuanKu Mizan yang juga berkebetulan hari himpunan diadakan, beliau memohon restu dari Baginda bagi mewakili semua peserta himpunan.

"Ini adalah sejarah himpunan GMI yang dibenarkan oleh pihak keselamatan", kata Syed Ibrahim dengan penuh semangat sambil disambut oleh hadirin dengan laungan kegembiraan.

Kata Syed Ibrahim, ISA adalah simbol kegelapan oleh itu kita pada malam ini masing-masing menyalakan lilin bagi menerangi kegelapan itu. Sambil mendesak supaya ISA dengan segera dimansuhkan, beliau juga menegaskan bahawa ISA tidak lagi boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Laungan Azan dan hujan renyai-renyai mengiringi perarakan GMI

KAMUNTING, 7 Jun :- Bagaikan suatu petanda yang baik dalam keadaan himpunan pelbagai bangsa demi menuntut undang-undang zalim ISA dimansuhkan. Ianya bermula seawalnya sekitar jam 7 malam dan kehadiran semakin ramai semasa azam maghrib dikumandangkan. peserta berhimpun didalam pagar mesjid tanpa ganguan mana-mana pihak.

Ratusan lilin dinyalakan selama berada di hadapan kemta

Jamaah mesjid seakan merestui kehadiran pelbagai bangsa dan agama untuk mendapat perlindungan dan restu demi sebuah perjuangan yang sekian lama belum selesai dan perlu diteruskan.

ADUN Teja, YB. Chang meminta saya memberi kenyataan akhbar, masa itu iqamah sudah diperdengarkan. lalu saya memohon maaf dengan kata saya " saya nak pergi sembahyang", dengan spontan dia kata" oh maaf kamu mahu pergi solat".

Mereka menunggu sehingga sembahyang maghrib berjemaah selesai. Setelah terdapat sedikit taklimat kami mula berarak sekitar jam 8.00 malam menuju ke kemta.

Melalui beberapa sekatan polis setelah berjalan dalam hujan renyai-renyai sejauh 2 km akhirnya kami sampai di hadapan kemta . Sejurus pembawa pembesar suara mengarahkan semua berhenti kira-kira 100 meter dari pintu kemta seperti diarahkan oleh polis, azan Isya diperdengarkan dari Mesjid Batu 4 yang berdekatan .

Pembawa pembesar suara berbangsa Tionghua sangat faham dengan menghormati azan, sejurus habis azan majlis ucapan yang dibenarkan oleh pihak keselamatan selama 15 minit sahaja dimulai.

Himpunan aman GMI berjalan lancar.

KAMUNTING, 7 Jun :- Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kem Tahanan Kamunting pada malam ini dengan dihadiri oleh hampir 1000 orang dari pelbagai pertubuhan diseluruh negara. Himpunan dalam keadaan hujan renyai-renyai itu dimulai dari waktu maghrib dan berakhir sekitar jam 9.30 malam.

Peserta demonstrasi membawa ratusan lilin sebagai simbol bagi menerangi ISA yang gelap


Himpunan aman tersebut untuk pertama kalinya dalam sejarah dan sebagai hadiah bagi kemenangan Kerajaan Negeri Perak di bawah pakatan Rakyat telah dibenarkan oleh pihak keselamatan. Semua berarak dari mesjid Kamunting sehingga ke hadapan Kem Tahanan kamunting yang teletak kira-kita 2 Km antaranya. YB. Dr. Jeyakumar, YB. Chang, YB. Drs. Lim


Peserta demonstrasi dibenarkan berhimpun kira-kira 100 meter dati pintu kemta dan dibenarkan oleh pihak keselamatan untyuk memberikan ucapan selama 15 minit setelah perundingan Exco Kanan Kerajaan Perak yang hadir sama , Dato Ngeh Koo Ham dengan pihak polis.
YB. Chang dan YB. Drs. Lim dengan kawalan Unit amal Perak

Hadir sama ialah Pengerusi BBC Perak yang juga ADUN Titi Serong,,YB. Drs. Khalil Idham Lim, Adun Teja, YB. Chang Lih Kang,Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.,Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, ADUN Pokok Asam , YB. Yee Seu Kai, ADUN Cangkat Jong, YB. Hj. Mohd. Anuar bin Sudin, ADUN Kuala Kurau, YB. Abdul Yunus Jamahri. Perarakan juga disertai anak mangsa ISA , Sdr. S.Arutchelvan berbaju hitam.


Selain itu hadir sama ialah ramai aktvis GMI seperti S.Arutchelvan dan sdr. Hishamuddin Rais,