07 April 2009

Ceramah terakhir malam ni, 4 tempat sahaja.

Malam terakhir kempen hanya akan diisi dengan Ceramah Perdana setiap satu untuk satu DUN dan satu Debat Perdana yang diadakan di Tapak Ekspo Simpang. Cuaca setakat ini baik walaupun kelihatan sedikit mendung bila hujan mula turun sekitar jam 12.00 tengahhari tadi dan sudah pun berhenti.

Ceramah yang diadakan ini menunjukan semangat berkempen sampai ke saat akhir diteruskan bagi menjamin kemenangan calon PAS, Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin. Berikut ini adalah jadual kempen untuk hari ini:-

JADUAL CERAMAH 6 APRIL 2009

CERAMAH 1
DUN CHANGKAT JERING

PENCERAMAH :
1) YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
2) YB Dato Haji Husam Musa
3) YB Chang Lih Kang


Isnin 9 malam

TEMPAT :
NO 3A 10, Kampung Larut Tin,34000 Changkat Jering


CERAMAH 2
DUN TRONG

PENCERAMAH :
1) Tuan Haji Mohammad Sabu
2) YB Hj Salahuddin Ayub
3) Dato’ Kapten Zahar
4) YB Chan Ming Kai

Isnin 9 malam

TEMPAT :
Permatang Raja Trong





CERAMAH 3
DUN KUALA SEPETANG

PENCERAMAH :
1) YB Dato’ Mahfuz Omar
2) YB Dato’ Dr Hassan Ali
3) YB Dato’ Harun Taib
4) YB Tai Sing Ng

Isnin 9 malam

TEMPAT :
No.3, Jalan Kuala Sepetang, Matang Road, Kuala Sepetang


Debat Perdana :- Ketuanan Melayu, UMNO Pembela, PAS Boneka

YB Dato’ Husam Musa
YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi
YB Ngar Koh Ming
YB Dr Mah Han Soon

Isnin 8.30 mlm

Tempat:
Tapak Ekspo PAS Kawasan Bukit Gantang, Jalan Simpang Kuala Kangsar, 34700 Simpang, Perak

Mahathir: Tolak jawatan menteri kanan, kenapa tidak tawar kepada Pak Lah ?

TAIPING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mahu sebarang jawatan Kabinet termasuk kedudukan sebagai menteri kanan dalam kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebaliknya Dr. Mahathir hanya bersedia untuk diberi tanggungjawab sebagai penasihat tidak rasmi.

"Kalau penasihat tidak rasmi, ya," kata beliau yang kini merupakan penasihat bagi Proton dan Petronas.

Ketika ditanya mengapa tidak mahu memegang jawatan sebagai penasihat rasmi, negarawan berusia 84 tahun itu menjelaskan: "Saya seorang yang sudah bersara dan mahu kekal bersara."

Dalam perkembangan yang berkaitan kita masih tertanya-tanya apakah jawatan itu tidak ditawarkan kepada Pak Lah . Adakah jasa Dr. Mahadhir yang kembali kepangkuan UMNO lebih besar berbanding dengan peralihan kuasa yang lancar oleh Pak Lah kepada Najib.

Beliau telah dilantik sebagai penasihat beberapa agensi awam dan syarikat milik kerajaan sejak bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003.

Malah juga telah menolak syor banyak pihak supaya dilantik ke jawatan menteri kanan sebaik bersara tahun 2003.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri yang diharapkan dalam Kabinet bakal diumumkan Najib kemungkinan minggu ini, Dr. Mahathir berkata, "saya mahukan anggota Kabinet yang bersih dan dipercayai rakyat."

Mengenai pandangan jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilantik menganggotai Kabinet, Dr. Mahathir berkata, "ia bukan untuk saya yang menentukannya."

"Ia terserah kepada Datuk Najib... saya bukan lagi Perdana Menteri, bernasib baik dan tidak bernasib," katanya lagi.

Wajarkah anaknya, Datuk Mukhriz diberikan kedudukan dalam Kabinet Najib, beliau pula menjawab: "Saya selalu bias kepada anak saya. Jadi tidak adil bertanya saya."

Mukhriz telah tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy, menantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan lalu.

Mahathir akan ditelan gelombang amarah rakyat

Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 6 April :- Walaupun kemunculan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Umno di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia tidak sedikitpun mampu menyekat gelombang kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub berpendapat dalam usaha meraih sokongan pengundi terutama golongan luar bandar, BN akan mengetengahkan Mahathir sebagai tokoh yang masih diingati oleh rakyat.

"Kehadirannya tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terutama PAS sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi terdapat di kalangan pengundi yang sebelum ini merupakan ahli BN kini telah beralih kepada PAS dan KeADILan.

"Rakyat mula melihat kesan di sebalik pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan sebelum ini. Perubahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak dapat dibendung walaupun terdapat cubaan untuk mengetengahkan Mahathir berkempen di Bukit Gantang," katanya sewaktu dihubungi.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil menegaskan, berdasarkan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini iaitu pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian.

"Walaupun Mahathir memainkan peranan di sebalik Najib, saya yakin kecerdikan rakyat Malaysia terhadap politik yang bersih daripada rasuah merupakan satu gelombang yang telah terbina hari ini.

"Sebab itu kita lihat pada poster-poster BN tertulis 'kami mohon restu rakyat'. Ini menunjukkan sebenarnya mereka mulai akur dengan mood yang ditunjukkan rakyat hari ini,"katanya.

Sehubungan itu katanya, sekiranya terdapat cubaan Najib untuk mengetengahkan Mahathir bagi menarik sokongan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa kesan yang signifikan terhadap rakyat.

Anggota Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir menyatakan bekas Presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA sebelum pemilih mengundi hari ini.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN. Harakahdaily.

Kenyataan Media jam 11.00 pagi : Undi Melayu memihak kepada PAS.

BUKIT GANTANG : Sidang media yang terakhir oleh jentera piliharaya PAS Bukit Gantang dan ada setelah insyaAllah kita istiharkan menang, demikian secara berseloroh Pegarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dto' Hj. Mustafa Ali yang ditemani oleh Hj. Asmuni Awi dalam sidang akhbar disini sebentar tadi.

Beliau menegaskan tindakan samseng dan kasah oleh petugas BN dan jelas telah berlaku di Kg Jaha di mana satu repot polis dibuat tentang seorang petugas PAS dipukul oleh orang umno, apabila petugas melaporkan kepada pamantau mengenai bendera yang tidak mengikut peraturan, banner yang diletakan tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti bertanding. Apabila pemantau sampai dan petugas umno dapat tahu petugas yang lapor lalu bertindak kasar dan memukul petugas PAS didepan pemantau .Gambar bukit ditunjukan kepada media.

Mohd azmi bin mohd zain, petugas PAS yang di pukul telah membuat laporan polis.

Gambaran yang disebut sebelum ini berkaitan dengan kongsi gelap, Zahid tidak bagi respon menafikan perkara ini. Zahid dikatakan berjumpa dengan kongsi gelap di Legend Inn Taiping dengan ketua kongsi gelap.

Ini sedang berjalan sebagai kesinambungan taktik kotor BN, mereka telah membeli baju t pas for all, antaranya pemuda umno pahang, dia akan menyamar ditempat penyediaan makanan supaya makanan keracunan dan petugas akan gagal melaksanakan tugas seperti cerek berek dan tidak boleh bertugas. Ini kerana t shirt pas for all boleh dibeli dimana dan setakat ini ndapat dikesan mereka telah membeli 400 helai..

Sekarang SB, BTN dan sebagainya digunakan untuk saraf. Pengunaan duit untuk orang ramai yang keliru ialah oleh RISDA, misalnya diveiden diberikan ditengah-tengah pilihanraya ini.

Taktik bakar kereta setakat kerana pas sudah tahu, mungkin tidak jadi tetapi tidak menafikan ia tidak akan berlakau 100 pratus.

Perkembangan yang berlaku bahawa ada bebebrapa pimpinan JKKP masuk PAS,pada masa ini mereka sedang berkumpul di rumah ketua wanita UMNO cawangan Permatang Gelugur, Kak Ton.

Mengenai kedudukan kempen katanya, paling kurang kita seimbang walaupun kita tidak mendahului, sokongan senyap kepada PAS sudah dibertahu kepada kita.

Kita dimaklumkan ramai yang hadir dalam ceramah Tun Mahadhir tetapi kereta Perdana V 6 bersusun, ini diimport untuk gambarkan dia ada umm. ataupun Najib nak uji ramai mana Mahadhir tarik pengunjung. sedangkan Najib juga tidak datang.

Mahyuddin juga ada kes yang besar semasa jadi MB Johor mengkhianati rakyat johor, artinya mengikut track rekod masing-masing tidak ada yang bersih.

Dalam kenyataan bersama Hj. Asmuni mendedahkan UMNO telah menghantar skuad untuk merosakkan poster BN dan menuduh kami yang lakukan.

Mengulas Isu YB Nga Kor Ming membaca Al Quran dengan spontan Hj. Mustafa ali mengatakan "itu bagus, umno pun tidak boleh baca. bukan berbangkit sokong atau tidak dan bukan nak besarkan Nga , ada Melayu yang bodoh Al Quran, tindakan Nga menunjukan dia menghargai Al Quran.

Beliau juga menafikan ada arahan supaya Nga membaca Al Quran.

"Dalam Islam tidak salah orang Islam coba memahami agama lain, Nga bukan mengajar tetapi nak tunjuk dia tahu." katanya.

Apabila masyarakat Islam faham Islam maka itulah tandanya UMNO akan terkubur.
MCA dan MIC selama 50 tahun mereka tidak dapat memberi faham Islam kepada orang lain.

menjawab perekmbangan isu debat, Dato' Husam Musa pada jam 9.00 akan ada ditempat yang ditetapkan untuk menjelaskan isu yang didebatkan. Pengajur Debat iaitu NGO's Jamie difahamkan surat telah dihatar kepada Zahid namun belum ada jawapan.belum ada respon.

klau kita majlis macam tu kita tidak akan hadir .
asmuni...soanya dia kata itu adalah budaya cina dan telah dibantah olah orang cina.

Mengenai berapa jumlah kongsi gelap Asmuni mengatakan "saya difaham ada dua tiga. saya ada had diveden, saya akan dedahkan kalau perlu, termsukkereta apa dan sebagainya"

Mengenai mood orang Melau Hj. Mustafa berkata "satu perkebangan mereka sudah jemu dengan umno , walau ada peralihan kuasa berlaku, mungkin mereka lebih suka pak lah dari najib.

Menjawab tetang pratusan pengundi melayu, " kita sudah mengatasi umno sekarang ini, insyaallah."

Jentera kita tujuk mesra rakyat sungguh-sungguh dan umno dia berlakun sambil merujuk kepada kes seorang orang tua yang buat dan jual ais krim.

Hj. Mustafa juga menejelskan semua pimpin Pakatan Rakyat membantu kempen jentera prk Bukitn Gantang .

06 April 2009

PAS mampu menang dengan pertambahan majoriti .

BUKIT GANTANG, 4 April : - PAS mampu mempertahankan kemenangannya di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 5 April ini walaupun mendapat tentangan yang sengit dari pihak BN.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertuanya Ustaz Nordin Jaafar dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini semalam.

Menurutnya berdasarkan perkembangan terkini, sokongan yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti .
"Kita menjangkakan pertambahan undi dari kalangan kaum Cina dan India, dalam masa yang sama kita cuba meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada calon PAS, dengan ini calon PAS tidak ada masalah besar untuk menang ," ujarnya.

Menurutnya, petugas-petugas parti akan meningkatkan gerak kerja terutama di tiga hari terakhir menjelang hari pengundian, dengan dibantu kelab penyokong PAs dan beliau yakin PAS tidak menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan pada pilihan raya kecil ini.

Tambahnya lagi, tema kempen PAS iaitu 'Mempertahankan Kemenangan Untuk Rakyat' telah menaikkan semangat seluruh petugas Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan pada kali ini.

"Walaupun BN membawa slogan 'Mohon Restu Rakyat', tetapi ternyata pengundi-pengundi di sini tidak mudah terpedaya dengan taktik-taktik BN, bagi mereka BN tidak perlu mohon restu rakyat kerana apa yang dilakukan oleh Umno/BN terutama merampas kuasa di Negeri Perak telah mengguris perasaan rakyat Perak," katanya.

Dalam masa yang saMa beliau mengingatkan pertugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin dengan kemenangan kerana BN boleh melakukan apa sahaja di saat saat akhir menjelang hari pengundian. Harakahdaily.

Solat Hajat, Munajat dan Kuliah Subuh Kubra.

Tarikh: 6 April 2009
Masa : 3.00 Pagi
Tempat : Mesjid Sungai Bemban, Kuala Trong.

Bersama :

1. YAB. Tuan Guru Dato" Nik Abdul Aziz Nik Mat.
2.YB. Ustaz. Mohamad Mustafa (ADUN Demit)
3. Tuan Guru Haji Husin Ibrahim Al- Misri (Pondok Lubuk Tapah)

Muslimin Muslimat Dijemput Hadir.


Sikap penyayang Nizar.

MENYAYANGI KANAK-KANAK...Inilah perwatakan calon Pakatan Rakyat dari PAS ini. Kemana sahaja dia pergi, jika berjumpa dengan bayi atau kanak-kanak dia akan mengangkat, mendokongnya dan menciumnya. Nizar membuat perkara ini tanpa mengira bangsa kanak-kanak itu..Melayu, Cina atau India, semuanya disayangi beliau. Gambar ini diambil di satu majlis yang diadakan di Taman Mewar, Kamunting Stesen 5 April lepas.
Posted by Siasah

Pondok Pak Teh dapat 45 hektar tanah untuk majukan pusat pengajiannya

Sekolah agama rakyat atau Pondok Ad-diniah Al- Latiffiah atau pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Grik memang terkenal. Pondok ini telah melahirkan beribu-ribu pelajar pondok yang sangat berkualiti.

Pondok ini dipimpin oleh seorang tok guru yang dikenali dengan Pak Teh sahaja. Sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Teh memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini berdikari. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar, milik bapa mertua Pak Teh.

Tanah yang dipohon ini mahu ditanam dengan kelapa sawit. Hasilnya diharapkan Pak Teh untuk membiayai pondoknya.

Namun, setelah sepuluh tahun, kerajaan negeri pimpinan Umno tidak pernah meluluskan permohonannya itu.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya ini dipertimbangkan.

Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan mesyarat exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Pak Teh ini.

Selepas berbincang lima minit sahaja, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Pak Teh itu.

Haji Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Pak Teh. Namun, beliau tidak dapat dihubungi ketika itu.

Haji Nizar kemudian menghubungi timbalan Pak Teh, iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kerajaan negeri tersebut. Haji Roslan menangis kegembiraan di atas berita kelulusan itu.

Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Namun, apabila BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika.

“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.

“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan 45 hektar tanah tersebut.

“Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak. Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.”

Demikian kata Haji Nizar ketika berucap di Kampung Kurnia Jaya ketika bertemu penduduk di situ.

Baru-baru ini, kami krew kami ke Pengkalan Hulu untuk berjumpa Pak Teh dan pelajarnya bagi melihat sendiri pondok yang bertuah itu. Memang hebat.

Sekolah pondok ini wajar mendapat 45 hektar tanah itu kerana ia hak mereka dan kerajaan negeri Pakatan pimpinan Haji Nizar telah menjalankan amanah yang diberikan rakyat.

Amanah yang tidak pernah dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri sebelum ini walaupun ia telah dipohon selama 10 tahun oleh Pak Teh.

Posted by Siasah at 2:08 AM

Siapa hina Islam ?

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.

Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.

Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.

Saya sangat terkejut dengan laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini diatas, saya mula memikirkan untuk menjawabnya pada ceramah yang akan saya hadirinya di saat-saat akhir kempen PRK Bukit Gantang.

Malam ini saya menjawab isu di atas di ceramah kelompok di Kampung Tersusun Jelapang . Seingat saya inilah ceramah saya yang saya menggunakan hujah secara serius dalam menjelaskan isu penting ini.

Sebenarnya siapakah yang mempersendakan Islam dan siapakah yang perlu memohon maaf kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia kerana mempersendakan Islam, mereka adalah pemimpin UMNO bukannya dari DAP termasuklah Nga Kor Ming.

Saya memuji dan sanggat kagum dengan YB. Nga yang berusaha gigih untuk memahami Islam sejak kami saling mengenali. Semasa mengadakan kunjungan hormat atas nama Pengerusi BBC, saya terkejut di atas mejanya terdapat senaskah Al Quran terjemahan dalam bahasa mandarin.

Itulah pemimpin DAP yang baru kami kenali dan duduk semeja sudah mereka cuba memahami dan kami ajarkan mereka untuk faham Islam.

Sedangkan UMNO yang kononnya Islam itu, sudah 51 tahun lebih berkawan dengan MCA namun sedikitpun mereka tidak mengajar pemimpin MCA untuk faham Islam. malah setahu saya pemimpin MCA sangat faham apakah perangai pemimpiun UMNO yang tidak mengira halal dan haram itu.

Selain itu saya sangat sedih dengan "bebal"nya pemimpin UMNO mempertahankan tulisan jawi yang ditulis tanpa usaha menukar atau membetukannya. Ia menjadi imej kepada ajaran islam sekian lama walaupun yang mematikan jawi juga pemimpin UMNO. Bayangkan tulisan iklan yang banyak terpampang di banyak tempat mengeja "amalan" dengan alif, mim , alif, lamalif, nun. Jelas kesalahannya sendangkan yang betul ialah ain, mim, lam ,nun.

Banyak ucapan dan tindakan pemimpin UMNO yang sudah sampai kepada peringkat boleh merosakkan akidah. Seingat saya Mahadhir pernah mengatakan bahawa Nabi Muhamamd tidak bercukur kerana mana ada pisau cukur semasa itu, ia menghina sunnah nabi dan sempat ditegur oleh Mufti, akhirnya mufti yang dipecat.

Meraka juga pernah menafsirkan ayat al Quran dengan mempersendakan sehingga ada yang sanggup mengatakan dalam Al Quran da menyabut UMNO iaitu "amanu". Sekali lagi mereka ditegur mufti dengan kebiadaban itu.

Pemimpin UMNO juga yang menghina hukum hudud sehingga dicabar di Mahkamah dan yang paling kemucaknya UMNOlah yang mencipta Islam baru dengan panggilan "Islam Hadhari".

Demikianlah sekelumit bukti dari gunungan bukti bahawa UMNOlah yang menghina Islam dari dulu sehinggalah sekarang. jangan cuba bercakap orang lain dan Yb. Nga menghina Islam sedangkan UMNOlah jaguhnya.

Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!

BUKIT GANTANG, 5 April : - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN.

"Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.

Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu.

"Tujuan kita dedahkan ini kepada media agar pihak polis menyelidikinya agar kejadian itu dapat ditegah dan mengenalpasti pihak mana yang melakukannya," katanya.

PAS tidak akan melakukan sesuatu yang ganas dan tidak bertindak mengikut emosi sebaliknya PAS akan mematuhi undang undang dalam berkempen.

Beliau yakin sekiranya kejadian itu berlaku, BN pastinya menuding jari bahawa PAS yang melakukannya, sekaligus BN berharap pengunbdi pengundi di Bukit Gantang tidak akan memberi undi kepada calon PAS.

Mengenainya pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan daripada digantung selama tiga bulan, beliau menyambut baik tetapi pembebasan itu bertujuan politik menjelang hari pembuangan undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Ketika membuat penggantungan tiga bulan kepada Harakah dan Suara Keadilan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan berbau politik, tidak sampai dua minggu sekatan itu ditarik balik juga ianya mempunyai motif politik," jelas Mustafa.

Selain itu, beliau mengalu-alukan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka sudah lama tersiksa ditahan di Kem Tahanan Kamunting tetapi ianya juga disifatkan sebagai kepentingan politik

Beliau mengingatkan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar jangan tertipu dengan membebaskan Harakah dan Suara Keadilan serta pembebasan 13 tahanan ISA kerana kedua-keduanys mrmiliki kepentingan politik BN bagi meraih sokongan rakyat menjelang hari pengundian 7 April ini. Harakahdaily.

Provokasi BN menjelang hari undi ?

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya ada menerima maklumat bahawa satu usaha sedang dilakukan untuk "mengadakan kejadian membakar kereta polis" bagi memburukkan imej parti menjelang hari pengundian.

"Maklumat yang kami terima menunjukkan ada pihak yang sudah mula mengumpulkan kereta polis yang lama dan membakar dekat kawasan sebuah balai di sini (Bukit Gantang)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan menyebut balai polis dimaksudkan dan sumber maklumat itu.

Maklumat adalah kuat, kata beliau sambil mengakui belum membuat laporan polis lagi.

"Laporan polis belum dibuat tetapi kami mendedahkan lebih awal, minta media melaporkan (dulu) supaya kejadian ini tidak berlaku," katanya.

10 Perangkap Syaitan

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. '' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim). viyamanis.

13 tahanan ISA dibebas Najib, sudah keluar pusat Kamunting

TAIPING: Selepas lebih 40 jam diumumkan pembebasan oleh Perdana Menteri baru Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kesemua 13 tahanan ISA keluar daripada Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini menjelang 1.30 tengah hari tadi.

Tiga orang tahanan - rakyat asing, dipercayai telah keluar seawal 10.43 pagi tadi manakala yang lain sebelum 1.30 tengah hari.

Baki 10 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf yang telah diharamkan dibenarkan keluar pusat tersebut antara pukul 1.15 dan 1.20 tengah hari tadi.

V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan dibawa keluar dengan kereta Proton berasingan manakala lapan tahanan lain keluar seorang demi seorang melalui pintu kecil lalu menaiki dua buah van yang disediakan di luar pusat tahanan Kamunting.

Kenderaan polis yang membawa Ganabatirau dan Kenghadharan kini sedang dalam perjalanan membawa mereka ke rumah masing-masing di Shah Alam dan Kelana Jaya.

Mereka antara lima pemimpin Hindraf ditahan pada 13 Disember 2007.

Isteri Ganabatirau ketika dihubungi sebentar tadi berkata, dia sedang mengekori kereta polis yang membawa suaminya.

"Saya belum sempat bercakap dengan dia lagi... saya sedang mengikuti kereta yang membawa suami saya, saya tidak tahu sama ada saya boleh menemui suami dalam pertengahan jalan ke rumah kami," kata beliau kepada mStar Online.

Selain pemimpin Hindraf, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Tiga rakyat asing pula ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.

Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.

Pusat Kamunting menjadi tumpuan orang ramai termasuk penyokong dan anggota keluarga tahanan-tahanan tersebut.

Bagaimanapun angggota keluarga Darul Islam dan Jemaah Islamiah tidak kelihatan.

BERITA TERDAHULU

Dua pemimpin Hindraf dibebaskan pada pukul 1:20 tengah hari tadi.

Dua pemimpin tersebut, V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan dan dibawa ke rumah masing-masing di Shah Alam dan Kelana Jaya.

Sehingga 1:30 tengah hari, kesemua 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak keluar dari Pusat Kamunting.

BERITA TERDAHULU

Pemimpin Hindraf dibebas dengan syarat, kata isteri

13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini secara berperingkat-peringkat sejak pagi ini.

Kira-kira 10:43 pagi tadi tiga orang tahanan ISA warga asing kelihatan dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dipercayai untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Tahanan itu termasuk dua pemimpin Hindraf yang dijadual dibebaskan 11 pagi tadi.

Bagaimanapun sehingga 1 tengah hari tadi mereka tidak kelihatan dibawa keluar dari pusat tahanan.

Pembebasan mereka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.

Pusat tahanan ini menjadi tumpuan orang ramai selain penyokong Makkal Sakthi dan anggota keluarga tahanan sejak 7 pagi tadi.

Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti mereka sejak 7.30 pagi lagi.

Dalam pada itu, isteri pemimpin Hindraf,V. Ganabatirau, B. Puvaneswary berkata suaminya akan dibawa ke rumah mereka di Shah Alam.

"Dia (Ganabathriu) tidak akan dibebaskan di Kamunting sebaliknya akan dibawa ke rumah kami di Shah Alam.

"Saya diminta berada di rumah, saya akan ikut kereta polis dari belakang sebaik dibawa keluar dari sini," katanya yang hari ini bersama anaknya berusia empat tahun.

Dia mengharapkan suaminya dibenarkan pulang rumah semalam.

Sementara isteri seorang lagi pemimpin Hindraf, R.Kenghadharan, Dr Kalaivani juga berkata, suaminya akan dibebaskan di rumahnya di Kelana Jaya, Selangor.

Kata beliau, menurut suaminya dia dibebaskan dengan syarat tetapi tidak menyebut apa syarat-syarat tersebut.

Tambah, pengurusan pusat Kamunting telah mengambil nombor telefon dan akan menghubungi "saya sebaik sahaja bila memutuskan untuk membawa keluar."

"Saya akan tunggu di sini hingga suami saya dibenarkan pulang," katanya.

Penyokong dan pengikut Makkal Sakthi juga 'berkhemah' sejak lima jam lalu.

Seorang penyokong mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sakthi".

Kawalan keselamatan juga diperketatkan.

Bagaimanapun ahli keluarga tahanan ISA lain dibebaskan tidak kelihatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, selain pemimpin Hindraf, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007. Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.Mstar.

05 April 2009

Naib presiden PPP sertai PKR

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.

Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.Malaysiakini.

HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM AL FATEHAH

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Nukilan: Alang Aminah Mahyudin (a2aminah@yahoo. com.au)
Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad


Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA