30 November 2009

512,000 tidak daftar sebagai pemilih di Perak

IPOH – Lebih satu per tiga daripada jumlah penduduk yang layak mengundi di negeri ini belum mendaftar sebagai pemilih.

Berikutan itu, DAP negeri mengambil inisiatif melancarkan kempen pendaftaran pengundi setelah mendapati 512,000 belum mengambil inisiatif mendaftar sebagai pemilih menjelang Pilihan Raya Umum (PRU 13) yang akan datang.

Naib Pengerusinya, M Kula Segaran berkata, menerusi kempen itu dapat menarik jumlah pemilih untuk mendaftar dan seterusnya memilih kerajaan di negeri ini.

Bukan itu sahaja, katanya, mereka juga berpeluang menentukan wakil rakyat di tempat masing-masing.

“Ada ramai mengatakan pada PRU tahun lalu mereka tidak berpeluang mendaftar dan memilih wakil rakyat. Setiap tahun kerajaan membelanjakan hampir RM100 juta untuk mendaftar pemilih di negara ini.

“Semua program, semua rekod dengan Jabatan Pendaftaran Negara hanya mengemas kini data dengan Pesuruhjaya Pilihan Raya dan secara automatik telah daftar,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Katanya, apabila beliau bangun mengemukakan persoalan itu di Parlimen, menteri yang bertanggungjawab dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab ia tidak adil untuk memaksa mereka berdaftar sebagai pemilih.

Bagaimanapun, menurut Kula Segaran, mereka boleh mendaftar dan pada masa sama boleh memilih untuk mengundi atau tidak.

Semalam, DAP Ipoh Barat melancarkan kempen pendaftaran pengundi di lima kawasan iaitu Pasir Pinji, Jalong, Ipoh Barat, Chenderiang dan Sungai Siput untuk menarik lebih ramai pemilih di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong berharap, lebih ramai pemilih terutama kepada anak muda yang layak mendaftar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Sinar/-

PAS tidak sempurna, jawapan buat Ezam.

Oleh: WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com

AKHBAR Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang sebelum ini begitu lama menyepikan diri. Kali ini raja sesumpah seperti sudah bosan untuk menghentam bekas sifunya DS Anwar setelah kali terakhir beliau menghentam seorang wanita iaitu DS Wan Azizah. Apabila DS Anwar dan DS Wan Azizah tidak berselera untuk menyahut cabaran bodoh dari Ezam, maka Ezam kini beralih pula kepada parti PAS sebuah parti yang dahulunya Ezam sanjung sebagai parti yang layak memerintah Selangor.

Akhbar Sinar hari ini mengeluarkan kenyataan raja sesumpah bahawa parti PAS bukan sempurna. Islam itu sempurna sedangkan Parti Islam adalah satu perkara yang lain dan tentunya tidak sempurna. Saya sendiri tidak tahu semenjak bila kita mengatakan PAS itu sempurna dan bila pula kita menganggap bahawa PAS itu agama? Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS juga bukan maksum dan sudah tentu parti yang diterajuinya tidak sempurna. PAS adalah wadah untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno pula wadah untuk memperjuangkan semangat kebangsaan. Jauh bezanya perjuangan kedua-dua parti ini dan raja sesumpah sanggup menyembah parti yang bersifat kebangsaan dan menentang parti yang memperjuangkan agama.

Oleh yang demikian, tidak hairan apabila Ezam sentiasa mencari kelemahan PAS untuk menghalalkan tindakannya menjilat ludah beliau untuk kembali bersekongkol dengan Umno yang suatu ketika beliau menganggap sesiapa yang menyertai Umno hanyalah untuk kebendaan. Ezam kini tiada arah di dalam perjuangannya setelah terperangkap dengan kebijaksanaan Umno memerangkap beliau dengan umpan keduniaan. Beliau kini terpaksa mencari salah dan silap PAS setelah beliau gagal untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap PKR. Memang benar PAS tidak sempurna tetapi sehingga kini tidak seorang pun pemimpin PAS yang didapati terlibat dengan rasuah atau penyelewengan jauh sekali melakukan kezaliman terhadap rakyat. Bagaimana dengan parti yang dijunjung oleh Ezam? Kredibiliti Presiden Umno sendiri pun dipertikaikan dengan berbagai salah laku.

Rakyat sudah dapat menilai apa yang berlaku terhadap PAS cuma isu kepimpinan di peringkat dalaman dan bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Itu pun isu yang terlalu mudah akan dapat diselesaikan kerana kepimpinan PAS bukan seperti Umno. Umno berebut jawatan kerana inginkan kebendaan dan kepentingan sendiri, sedangkan PAS mahukan perubahan hanyalah untuk memperkuatkan perjuangan membela Islam dan rakyat. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Kelantan amat menakjubkan kita. YB Husam Musa berkeras tidak mahu dicalonkan sebagai MB Kelantan, begitu juga dengan YB Nik Amar. Pernahkah ini berlaku dalam Umno?

Sekali lagi ingin kita nasihatkan Ezam agar berfikirlah dengan hati dan iman jika beliau masih beriman. Tanyalah pada diri Ezam sendiri, antara Umno dan PAS, manakah yang lebih baik dan telus? Jawablah dengan jujur dan jangan menipu diri sendiri. Jika beliau rasa malu dan segan untuk kembali bersama dengan rakyat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sewajarnya beliau diam sahaja kerana apabila beliau bersuara menunjukkan bukti betapa kata-katanya dahulu memang benar bahawa `hanya mereka yang mahu kebendaan sahaja yang sanggup duduk dalam Umno'.

Cuci pinggan......

Musim kenduri tiba lagi, sekali lagi ADUN Titi Serong mempunyai jadual yang padat memenuhi jemputan kenduri khawin di dalam DUN Titi Serong. Gambar Drs. Khalil Idham Lim bersama dengan dua petugas yang sedang mencuci pinggan di kenduri Rumah Hj. Yusof bin Hj. Abdul Rahman, Jalan Bunga Kertas Taman Kerian, Parit Buntar.

Ustaz Ahmad Awang menjalankan ibadah Korban di Balai Kuliah Tasawwur


Sabtu 28 Nov 09 sebanyak 9 ekor lembu telah disembelih pada Hari Raya Idul Adha sebagai satu ibadah Nabi Allah Ibrahim. Ustaz Ahmad Awang sebagai Naqib utama Balai Tasawwur bersama jawatankuasa telah menjadikan ibadah Korban di Balai Kuliah sebagai aktiviti tahunan sejak 9 tahun yang lalu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban pada tahun ini. Baliau mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas yang membantu mengelolakan penyembelihan , melapah, membungkus dan mengagihkan kepada masyarakat setempat khususnya mereka yang selalu hadir dalam program pengajian setiap hari Ahad.

Menurut penyelaras program korban En Al Jafari lebih 500 bungkus daging untuk di agihkan kepada orang miskin sekitar Balai Kuliah Tasawwur. Ibadah korban bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan majlis tahlil dan jamuan makan tengah hari.

Salam 1 Malaysia dipolitik atau dikomersialkan?

http://assakynah.blogspot.com

اللّهُـمَّ أَنْـتَ السَّلامُ ، وَمِـنْكَ السَّلام ، تَبارَكْتَ يا ذا الجَـلالِ وَالإِكْـرام

Allahumma antas Salam,Wa minkas salam,tabarakta ya zaljala li wal ikram.(O Allah, You are As-Salam and from You is all peace, blessed are You, O Possessor of majesty and honour.’ AS-Salam: The One Who is free from all defects and deficiencies.)

Bacaan di atas itu adalah wirid yg biasa lepas solat dari hadis yg sohih. Kalimah " Assalamu 'alaikum" asalnya dari kalimah salam . As-salam adalah salah satu dari 99 nama Allah .

Ada pendapat mengatakan ucapan salam telah dipolitikkan.Siapa yg politikkan salam? Salam satu malaysia adalah ibarat moto bagi era pemerintahan PM yg baru DS Najib Tun RaZak.Sebelum ini kalimah 'salam 1 malaysia" tak pernah kedengaran. Niatnya baik, niat perpaduan. Kalimah "salam 1 malaysia sama dengan kalimah 'salam perpaduan'.Tak perlu cari hadis memang tak ada. Hukumnya harus kerana tidak ada nas yg mengharamkan. Cuma kita perlu beritahu generasi muda yg alpa hukum agama, ucapan salam 'assalamu'alaikum ' itu berpahala, salam 1 malaysia itu hanyalah gimik semata2. Gimik politik.

Apakah isu ini remeh. ? Bagi saya Tidak . "salam 1 Malaysia" malah mungkin akan jadi satu ucapan yg dipandang lebih mulia dan universal dari "assalamu'alaikum" kerana ia boleh diucap oleh seluruh rakyat sedangkan Assalamu'alaikum adalah ucapan sesama muslim. Apakah ini diskriminasi?.Hukum Allah menetapkan ucapan salam sesama muslim adalah berpahala. Salam mengerat pepaduan ummah dengan rahmat Allah. Ucapan salam diambil dari salah satu nama Allah (as-salam). Apakah pilihan kita, pahala atau sekadar omongan kosong tanpa makna.


Apakah matlamat salam 1 malaysia?Matlamatnya baik niatnya baik caranya baik.Boleh lah diberi 'logo halal'. Matlamat/niatnya untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat.
Caranya baik, diucap bila2 masa kepada sesiapa sahaja rakyat malaysia.Diucap dengan dengan senyum mesra. Boleh diucap tanpa was2.Jadi mengapa nak diberatkan kepala memikir hukum hakam? Begitu pendapat segelintir ummat. Mereka kata nak ucap ucaplah, tak mahu tak apa. Jangan dikata nista, jangan diumpat perdana menteri !

Pernah tengok iklan kempen basuh tgn sempena HlNI?Kalau tak pernah tengoklah TV!
Dalam kempen tu ditunjuk cara cuci tgn guna cecair pencuci khas dari satu jenama elok kempen tu, matlamat baik, niat baik cara pun baik/bagus.sekarang dimana2 farmasi ada jual cecair pencuci tangan.semakin laris bahan pencuci tangan.Untung syarikat pengeluarnya.Macam reqki 'durian runtuh'. Inilah reqki kalau kita pandai mengampil kesempatan atas kesempitan/kesusahan orang lain !!.

Suatu hari nanti mungkin org jijik jika melihat orang Islam makan pakai tangan dan jilat jari sebab mereka tak basuh tangan macam dalam TV. Umat Islam pula cuci najis mughallazah dgn tanah bukan dengan cecair pencuci telah diluluskan oleh kementerian malaysia dan atau badan dunia seperti WHO. Kini minda umat Islam dari kecil sudah diasuh melalui iklan supaya cuci tangan dgn sabun/cecir pencuci. Tanah itu dianggap najis/kotor.

Suatu ketika topeng H1N1 laris.Sepupu saya yg tinggal di Jeddah beristighfar panjang bila beliau cerita masa Ramadhan tahun ini, masjidil haram lengang.Orang Islam takut nak keluar ke masjid takut wabak H1N1.Tahap tawaqqal ummat susut beberapa persen. hanya kerana kempen besar2an walhal yg mati tak sampai 1 % dari penduduk dunia. Musim haji tahun 1990 ummat Islam yg mati perpuluh ribu akibat bersesak di Muassim bukan sebab H1NI. Kempen siapakah ini hingga umat Islam sanggup tinggallan pahala berjemaah di Masjid semata2 takut kena wabak (takut mati)?

Apakah kemudaratan kempen ucapan "salam 1 malaysia"?
Ada yg anggap mereka yg mempertikaikan atau memberi penerangan mengenainya sebagai bermain politik kotor?Kini kalimah "salam 1 malaysia" disohorkan melalui pembaca berita TV dan Deejay radio.Ia sudah jadi iklan secara tak langsung. "wajib' ucap "salam 1 malaysia", kalau tak sebut mungkin di'pecat'. Kalimat itu sudah jadi semacam skrip 'wajib' sekarang, assalamu'alikum sudah jadi kalimah pilihan bagi orang Islam(option).

Ibarat air yg menitik satu titis satu saat, lama2 batu pun akan mengecil akibatnya. Akibat popularnya salam satu malaysia, keberkataan dan kebaikan salam sesama muslim akan dianggap remeh atau mungkin dianggap kuno . Mungkin generasi ummat Muhammad akan datang akan merasa janggal mengucap salam sebaliknya merasa selesa dengan ucapan 'salam satu malaysia". Sebaris ucapan salam, Allah beri pahala. Allah janjikan ikatan ukhwah, kasih sayang yg dimeterai oleh ucapan salam yg ringkas. Salam adalah doa. Kalimah 'salam 1 malaysia pula' ibarat cek kosong,sedap disebut tiada nilai yg boleh dituntut. Selamat berfikir.

29 November 2009

Kisah Ibrahim Adham

http://yaneyms.blogspot.com/

Diceritakan ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Adham: "Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku". Ibrahim bin Idham pun menjawab: "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan:

Pertama: Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata" Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah " Ibrahim idham mencelah " Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak" jawabnya.

Baiklah Yang kedua: Ibrahim menerangkan lagi: "Bila engku hendak menderhaka kepda Allah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana atas dunia ini. Lelaki itu pun berkata: "Ini lebih hebat lagi dari yang pertama". kalau timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah, maka dimana pula aku akan tinggal. Ibrahim mencelah: " Hai pulan, adakah engkau patut makan rezeki Allah, tinggal dibumi Allah dan kemudian engkau menderhaka kepadanya." Tidak, jawabnya.

Yang ketiga: Ibarahim menerangkan lagi: Kalau engkau mahu menderhaka, sedangkan engku makan rezki Allah dan tinggal dibuminya, maka carilah tempat yang berkira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintah Allah. Kalau engku sudah temui, nah engkau lakukan maksiat tersebut." Lelaki itu pun berkata " Hai Ibrahim!. Bagaimana aku dapat berbuat demikian, sedangkan Allah maha mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?. "Ibrahim menjawab Hai pulan: Adakah engkau patut makan rezekinya, tinggal dibuminya, menderhaka kepadanya, walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engku lakukan secara terang-terang? " Tidak jawabnya, "

Yang Ke Empat: Apa dia tanya lelaki itu. Jawab Ibrahim " Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawa mu, maka katakan padanya: " Berikan aku tempoh untuk bertaubat Nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah" Takkan dia mahu menurut perintahku" Jawab lelaki itu. Hai pulan " Kata Ibrahim: " Apakah dalam kedaan engkau tidak terdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak terdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul, maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan Maksiat mu)?" Lelaki itu bertanya lagi:

Yang kelima: Ibrahim menerangkan: Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawa mu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!. "sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku atau menerima permintaan ku: sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim " Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?." Lelaki itu pun berkata, Wahai Ibrahim cukuplah, cukuyplah" Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadanya. Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama ibrahim hingga mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin)

ADUN Titi Serong puji usaha mengumpulkan keluarga keturunan Janggol dan Normah

ADUN Titi Serong memberikan ucapan sekaligus merasmikan himpunan hari keluarga Keturunan Janggol dan Normah .


TITI SERONG, 28 Nov :- Usaha mengumpulkan keturunan keluarga yang dilakukan oleh waris keturunan Janggol dan Normah merupakan satu usaha yang baik dan perlu dicontohi oleh semua pihak khususnya warga setempat, kerana itu saya ucapkan tahniah diatas kejayaan usaha murni ini. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Majlis Korban dan Hari Keluarga Keturunan Janggol dan Normah yang diadakan di Dewan Sek.Men.Agama Al Falah disini.

Himpunan keluarga keturunan Janggol dan Normah itu dikendalikan oleh sebuah Jawatan Kuasa yang dipengerusikan oleh Waris ke 3, Ust. Hj. bahruddin bin Sulaiman. Satu kejayaan yang ditunjukkan oleh program yang julung kali diadakan dalam usaha mengumpulkan keluarga itu apabila sekitar 700 orang memenuhi dewan dan dijamu dengan 2 ekor lembu korban.

Sebahagian dari muslimat keluarga Janggol dan Normah yang hadir.


"Manusia dijadikan oleh Allah dengan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku namun yang paling mulia disisiNya ialah yang paling bertakwa, termasuklah dalam keturunan Janggol dan Normah, mereka menjadi mulia disisi Allah adalah kerana takwa". Jelas Drs. Khalil.

"Saya berharap dengan usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mengeratkan hubungan kekeluargaaan sesama kita, usaha ini penting kerana generasi masakini dilihat telah terhakis dari mengamalkannya" Ucap Drs. Khalil.

Bagi merealisasikan dan meneruskan aktiviti pada masa akan datang, Drs. Khalil menyarankan kepada Jawatankuasa pengelola supaya mewujudkan sebuah Website dan menubuhkan khairat kematian.

Sementara itu semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Pengerusi jawatankuasa Program, Ust. Hj. Bahruddin Sulaiman menjelaskan himpunan melibatkan keturunan ke 3 hingga ke 6 sahaja.

Beliau juga menjelaskan usaha jawatankuasa menghubungi mereka dengan berbagai cara termasuk mengiklankan dalan akhbar Sinar Harian. Mereka ada yang tinggal di Johor, Pahang, Sabah dan semuanya dijemput untuk hadir.

"Air dicincang tidak akan putus" Demikianlah harapan akhir kepada keluarga Janggol dan Normah, ucap Ust.bahruddin mengakhiri ucapannya.

“Kembali ke ajaran Islam”

ARAFAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh semalam mengingatkan hadirin bahawa masalah serius yang dihadapi umat Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada penyimpangan fahaman Islam sebenar.

“Penyimpangan ini mengetepikan prinsip yang benar dalam Islam dan mengangkat kepercayaan yang salah,” katanya.

Menurutnya, kepatuhan kepada kepercayaan Islam sebenar adalah sangat penting bagi seseorang penganut Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah di masjid Namira di Arafah sebelum mengimamkan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Abdul Aziz turut mengecam serangan pengganas dan operasi berani mati kerana menyebabkan kematian ramai orang awam yang tidak berdosa.

“Operasi berani mati dicela di tanah orang Islam. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada hadirin supaya tidak menjadi alat kepada musuh Islam yang tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan agama suci itu.

“Musuh Islam pada zaman moden ini tidak jauh berbeza dengan musuh pada zaman lampau. Apa yang berbeza hanya strategi yang diubah mereka supaya bersesuaian dengan peredaran masa,” katanya. Sinar/-

Tiga Lagi Mayat Tragedi Bot Karam Di Jumpai

KUDAT: Tiga lagi mayat tragedi bot karam dekat sini dijumpai dengan mayat terbaru dikesan kira-kira pukul 4 petang ini, kata Ketua Polis Kudat DSP Dawi Ossen.

Katanya mayat pertama dijumpai kirakira pukul 1 tengah hari dan yang kedua ditemui kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, Dawi berkata identiti dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti dan satu daripada mayat itu dipercayai kanak-kanak.

"Sekarang ada sembilan lagi mangsa yang hilang dan gerakan mencari masih diteruskan," katanya.

Ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Kudat.

Pada kejadian petang Khamis lalu, sebuah bot, yang membawa 28 penumpang, karam kira-kira pukul 5.30 petang, sejam selepas bertolak dari jeti Kudat ke Pulau Banggi.

Dawi berkata gerakan mencari melibatkan pelbagai agensi kerajaan, termasuk Unit Udara Polis dan Tentera Darat, tertumpu di perairan Pulau Banggi dan sebuah pulau kecil iaitu Pulau Muli Angin kira-kira 20 batu nautika dari Kudat.

BERITA TERDAHULU

KUDAT: Jumlah mangsa yang hilang dalam tragedi bot karam di Pulau Banggi dekat sini adalah 12 orang dan bukannya empat orang seperti yang dilaporkan semalam, kata Ketua Polis Kudat DSP Dawi Ossen hari ini.

Katanya jumlah penumpang yang terlibat dalam tragedi bot karam itu adalah seramai 28 orang.

"Angka terbaru ini mengikut maklumat yang kita terima daripada keluarga yang membuat laporan polis.

Katanya angka mangsa terselamat masih 13 orang manakala tiga mangsa yang meninggal sudah ditemui.

Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan melibatkan pelbagai agensi seperti polis Marin, Unit Udara polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Darat, katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kudat di sini.

Beliau berkata pencarian tertumpu di perairan dekat Pulau Banggi dan sebuah pulau kecil iaitu Pulau Muli Angin kirakira 20 batu nautika dari Kudat.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri, yang juga Anggota Parlimen Kudat, berkata beliau akan meminta laporan daripada semua agensi terlibat mengenai kejadian itu bagi mencari jalan memperbaiki perkhidmatan feri antara Pulau Banggi dan Kudat.

"Pengangkutan feri amat penting terutamanya bagi penduduk pulau itu untuk berulang-alik ke pekan Kudat.

"Kita perlu pastikan perkhidmatan feri mencukupi dan penyelengaraan feri yang berterusan kerana pengangkutan laut adalah pengangkutan utama penduduk pulau itu dan akan kekal begitu untuk tempoh yang lama di masa hadapan," katanya.

Abdul Rahim diberi taklimat oleh Dawi mengenai kejadian itu dan sempat menemui mangsa yang terselamat Yahya Othman, 61, yang turut berada di ibu pejabat polis berkenaan.

Pada kejadian petang Khamis lepas, sebuah bot yang membawa penumpang dari jeti Kudat ke Pulau Banggi karam kirakira pukul 5.30 petang selepas sejam bertolak dari jeti Kudat.

Kebanyakan penumpang merupakan anggota sebuah keluarga iaitu seramai 21 orang dari Papar yang pulang ke Pulau Banggi untuk merayakan Hari Raya Aidiladha serta beberapa penumpang lain.

BERITA TERDAHULU

KUDAT: Jumlah mangsa tragedi bot karam di sini kini dilaporkan seramai 28 orang, kata Ketua Polis Kudat DSP Dawi Ossen hari ini.

Beliau berkata angka mangsa yang hilang kini meningkat kepada 12 orang daripada empat orang seperti dilaporkan semalam."Angka terbaru ini mengikut maklumt yang kita terima daripada keluarga yang membuat laporan polis.

Katanya angka mangsa terselamat masih 13 orang manakala tiga mangsa yang meninggal sudah ditemui.

Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan melibatkan pelbagai agensi seperti polis Marin, Unit Udara polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Darat, katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kudat di sini.

Beliau berkata pencarian tertumpu di perairan dekat Pulau Banggi dan sebuah pulau kecil iaitu Pulau Muli Angin kira-kira 20 batu nautika dari Kudat.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri, yang juga Anggota Parlimen Kudat, berkata beliau akan meminta laporan daripada semua agensi terlibat mengenai kejadian itu bagi mencari jalan memperbaiki perkhidmatan feri antara Pulau Banggi dan Kudat.

"Pengangkutan feri amat penting terutamanya bagi penduduk pulau itu untuk berulang-alik ke pekan Kudat.

"Kita perlu pastikan perkhidmatan feri mencukupi dan penyelengaraan feri yang berterusan kerana pengangkutan laut adalah pengangkutan utama penduduk pulau itu dan akan kekal begitu untuk tempoh yang lama di masa hadapan," katanya.

Abdul Rahim diberi taklimat oleh Dawi mengenai kejadian itu dan sempat menemui mangsa yang terselamat Yahya Othman, 61, yang turut berada di ibu pejabat polis berkenaan.

Pada kejadian petang Khamis lepas, sebuah bot yang membawa penumpang dari jeti Kudat ke Pulau Banggi karam kira-kira pukul 5.30 petang selepas sejam bertolak dari jeti Kudat.

Kebanyakan penumpang merupakan anggota sebuah keluarga iaitu seramai 21 orang dari Papar yang pulang ke Pulau Banggi untuk merayakan Hari Raya Aidiladha serta beberapa penumpang lain. BERNAMA

Kerajaan Sarawak arah siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dijalankan

MIRI: Kerajaan Negeri Sarawak telah mengarahkan satu siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa berlaku penyalahgunaan dana dalam tuntutan untuk projek-projek infrastruktur negeri itu antara tahun 2002 hingga 2008 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan projek tersebut.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, jabatan audit negeri akan menjalankan satu siasatan terperinci terhadap tuduhan-tuduhan itu bagi mencari kebenaran berhubung isu berkenaan.

"Kami juga mahu SPRM memberikan taklimat penuh dan terperinci berhubung tuntutan yang telah dibuat oleh pihak yang terbabit.

"Kami (kerajaan negeri) memandang serius masalah tuntutan yang dikemukakan itu.Jika benar masalah penyalahgunaan dana ini telah berlaku, kami akan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.

"Kita bercakap mengenai wang kerajaan yang diperoleh daripada pembayar cukai. Sekiranya peruntukan untuk mengadakan projek untuk rakyat dan golongan miskin telah dilesapkan bermakna kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera untuk menghentikan masalah penyalahgunaan dana itu.

"Dana yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur awam perlu memberi manfaat kepada kumpulan sasar. Sebarang penyalagunaan dana ini tidak boleh diterima. Pendirian kita amat jelas dalam hal ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pesuruhjaya SPRM Negeri, Datuk Zakaria Jaffar bahawa SPRM berjaya mengesan kes di Sarawak bahawa 60 peratus peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat telah 'dilesapkan' daripada projek yang telah ditetapkan itu.

Baru-baru ini, Zakaria telah membuat pendedahan yang mengejutkan itu dalam satu seminar anti-rasuah di Kuching.

Beliau mendakwa,masalah penyalahgunaan dana itu telah berlaku pada tahun 2002 hingga tahun 2008 dan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh pegawai penyiasat SPRM mendapati hanya 40 peratus peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat itu telah dibelanjakan dalam projek-projek tersebut, manakala baki, 60 peratus telah lesap ke tempat lain.

Zakaria bagaimanapun, tidak mendedahkan identiti dan nama-nama projek itu termasuk jumlah keseluruhan peruntukkan yang terlibat serta nama-nama agensi atau jabatan yang bertanggungjawab dalam projek-projek tersebut.

Beliau hanya memberitahu bahawa projek-projek yang terlibat ialah projek pembinaan infrastruktur yang melibatkan pembinaan jalan raya, kawasan perumahan dan pembinaan masjid di sekitar negeri itu dari tahun 2002 hingga 2008.

Zakaria berkata, daripada siasatan yang dijalankan oleh SPRM mendapati kebanyakan daripada projek itu tidak dijalankan dengan sempurna sementara ada juga projek yang terbengkalai dan ada juga projek yang masih belum dilaksanakan walaupun kerajaan pusat telahpun menyalurkan dana kepada pihak yang berkenaan.

"SPRM telah berjaya mengenalpasti bahawa wujud tuntutan-tuntutan palsu yang dibuat oleh pegawa-pegawai dan kontraktor yang terbabit dalam projek-projek yang dijalankan itu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkean, Dr Chan yang juga Menteri Pembangunan & Perindustrian negeri hari ini berkata, kerajaan negeri sentiasa tegas dalam soal pengagihan dan penggunaan peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada mereka.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak sentiasa telus dalam soal penggunaan wang daripada pembayar cukai.

"Saya gembira dengan pendedahan oleh pihak SPRM dalam isu ini. Jika mereka melakukan kerja mereka dengan betul, kami sangat bersyukur ini kerana projek tersebut adalah demi kepentingan rakyat. Sebarang pembaziran dana mesti dikawal," tegasnya.

Sementara itu, Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg mahu SPRM memberikan butir-butir yang lebih jelas berhubung projek-projek perumahan yang terjejas akibat penyalahgunaan wang kerajaan.

Katanya, SPRM mesti memberi butiran yang lebih jelas mengenai jumlah projek yang terlibat kerana Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri turut terlibat sama dalam isu pembinaan kawasan perumahan. Mstar/-

Pegawai Polis Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Gerik

GERIK: Tiga orang termasuk seorang pegawai polis maut manakala lima cedera apabila dua buah kereta bertembung dalam kemalangan di KM 35.6 Jalan Kuala Kangsar-Gerik semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira kira pukul 4 petang semalam ialah Mat Saufi Mohamad, 28, isterinya Fuziani Abdul Latif, 28, dan Halijah Hamzah, 57, yang menaiki sebuah kereta lain.

Mat Saufi, yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong, manakala isterinya dan Halijah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, kata Mahad Nor di sini hari ini.

Beliau berkata Mat Saufi yang berpangkat Inspektor bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, manakala isterinya seorang jururawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berasal dari Kampung Permatang, Pasir Putih, Kelantan.

Halijah berasal dari Felda Lawin Selatan, Gerik.

Semasa kejadian, kereta jenis Proton Perdana yang dipandu Mat Saufi dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Gerik apabila bertembung dengan kereta jenis Nissan Bluebird yang dipandu suami Halijah dari arah bertentangan, kata Mahad Nor.

Pemandu kereta itu, Mohamad bin Man, 60, dan dua anaknya Norazira, 20, Norzaihan, 18 dan dua anak saudaranya Norhanim Yakob, 25, dan Noradrina Alisa Hairul Azuddin, 2, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Taiping.

Siasatan awal polis mendapati kereta, yang dipandu Mat Saufi dalam perjalanan ke Gerik untuk menyambut Hari Raya, dipercayai gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan kanan jalan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Mohamad.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit, katanya. BERNAMA

Penyokong Liow sedia letak jawatan, desak pemilihan parti

Anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berikrar untuk meletak jawatan bagi mendesak supaya pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu diadakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Liow berkata, 13 daripada anggota CC yang dipilih, telah menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkannya kepada parti.

Tiga belas anggota CC yang menyokong naib presiden MCA itu, turut menghadiri sidang akhbar tersebut seleps sesi taklimat kepada perwakilan parti itu di ibupejabat MCA hari ini.

Tetapi mereka perlu meyakinkan tujuh lagi daripada 30 anggota CC - bagi mendapatkan jumlah satu pertiga - bagi memaksa pemilihan baru dapat diadakan.

Awal pagi ini, lebih 1,600 penyokong Liow meluluskan satu deklarasi di sesi taklimat khas hari ini, menggesa pucuk pimpinan parti itu membenarkan pemilihan baru diadakan bagi menyelesaikan krisis parti.

Menurut mereka, krisis itu dianggap berpunca daripada kegagalan pucuk pimpinan parti untuk menerima dan melaksanakan resolusi mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lalu.

Liow berkata beliau dan penyokongnya berharap pemilihan baru dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.

Katanya, apabila peletakan jawatan dibuat, pihak parti mesti mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa pusat dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Menurut Liow, kata sepakat telah dicapai dengan puak yang menyokong presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan penyokong timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa pemilihan baru adalah penting.

Liow bagaimana tidak bersedia untuk menyatakan sama ada Ong dan Chua bersetuju atau tidak, atau sekurang-kurangnya telah dimaklumkan mengenai cadangan pemilihan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak terbabit dalam membantu menyelesaikan krisis MCA dan meminta pemberita merujuk kepada Muhyiddin.

Satu halangan kepada usaha puak Liow itu adalah mesyuarat agung (AGM) parti pada 5 Disember ini, yang mereka harap dapat ditangguhkan supaya pemilihan baru dapat diadakan sewaktu AGM pada tarikh kemudiannya.

Liow berkata tidak timbul soal perundangan untuk menangguhkan AGM tahun ini - dengan mengadakan dua AGM dalam satu tahun - kerana Umno telah pernah berbuat demikian dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Semalam, ketua penerangan MCA, Heng Saei Kee berkata parti itu tidak menangguhkan AGM pada 4-5 Disember dan mendakwa mereka yang mendakwa ia ditangguhkan, berniat untuk menimbulkan kekeliruan.

Para pemerhati berpendapat, puak Liow berusaha supaya pemilihan baru
parti itu diadakan segera untuk memanfaatkan gelombang tidak pua hati terhadap Ong.

Manakala Ong pula mahu pemilihan itu diadakan selepas pertengahan tahun depan untuk memberinya masa meminda sistem pemilihan parti, bagi meluaskan jumlah pemilih, yang tidak terhad kepada 2,400 perwakilan sahaja.Malaysiakini.-

Lebih 1,000 hadiri taklimat Liow


Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.

Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan baru'.

Kerusi yang disediakan tidak mencukupi dan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk ke dalam dewan tersebut untuk menampung jumlah hadirin.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai perwakilan yang hadir kerana sesi taklimat itu bukan perhimpunan agung, maka para hadirin tidak perlu mendaftar.

Selain pemimpin yang menyokong Liow dan serta tiga pemimpin yang meminta EGM diadakan, turut kelihatan ialah beberapa pemimpin lain termasuk naib presiden, Tan Kok Hong yang dilihat mengambil bersikap 'atas pagar' dalam krisis MCA, serta bekas setiausaha agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Malah, Ong turut menyediakan ucapan bertulis dalam bahasa Cina yang bertemakan "MCA melangkah ke hadapan'.

Kandungannya sepeti manifesto pemilihan. Sebelum ini tercetus spekulasi beliau akan bertanding jawatan tinggi parti dalam pemilihan baru yang akan diadakan nanti, dan perhimpunan hari ini menjadi gelanggang yang paling sesuai untuk beliau melancarkan "kempennya".

Perhimpunan itu juga meluluskan satu deklarasi menggesa pucuk pimpinan parti supaya mengadakan pemilihan baru parti dalam tempoh 60 hari.


Liow berkata beliau terharu apabila kira-kira 1,600 "perwakilan" menghadiri sesi taklimat tersebut, tetapi pengiraan secara bebas mendapati jumlahnya hampir 1,100 orang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai antara mereka adalah perwakilan.

Orang pertama berucap ialah bekas setiausaha agung MCA, Datuk Seri Ong Ka CHuan, yang memberi ucapan panjang lebar bertajuk"MCA melangkah ke hadapan".

Manakala dua penyokong kuat Liow - Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datuk Paduka Chew Mei Fun pula mengecam Ong kerana memecat mereka dari majlis presiden, untuk menutup mulut mereka yang menentangnya.


Sehubungan itu, mereka menggesa supaya perlembagaan parti dipinda bagi menghadkan kuasa presiden.

"Kita perlu meminta Artikel 46 perlembagaan parti supaya majlis presiden mesti dianggotai empat naib presiden yang dipilih dan dua lagi yang dilantik.

"Ini bagi mengelak berulangnya pucuk pimpinan (bertindak sendiri) dengan mengetepikan dua sayap parti dan menjadi diktator 'yang tidak bersayap'," kata Chew.

Wee pula berkata pindaan itu juga bagi memastikan penyandang jawatan awam - terutama menteri dan timbalan menteri - menjadi anggota majlis presiden.

"Rakan-rakan seperjuangan, bangunlah dan jangan biarkan presiden berbuat sesuka hati," kata Wee kepada para hadirin,


Liow yang terakhir berucap, menyifatkan MCA seperti kapal yang tidak berkemudi sejak dilanda krisis kepimpinan dan hanya boleh diselamatkan melalui pemilihan parti yang baru.

"MCA telah hilang haluan seperti kapal yang tidak berkemudi. Bolehkah kita biarkan parti berterusan seperti ini? Kita mesti bawa MCA balik ke pangkal jalan," katanya.

Beliau meletakkan kesalahan itu terhadap keenganan presiden MCA, Tee Keat, mengosongkan jawatannya selepas kalah dalam undi tidak percaya terhadapnya bulan lalu, walaupun sebelumnya berjanji untuk berbuat demikian walaupun kalah dengan satu undi.

Sesi taklimat tersebut berjalan selama hampir dua jam. Malaysiakini/-

28 November 2009

Dr.Mujahid dan Drs. Khalil raikan petugas Korban PAS Kawasan Parit Buntar.

Drs. Khalil bersama melapah kulit lembu dalam program Korban anjuran PAS Kawasan Parit Buntar yang diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong pada Hari Raya pertama.



TITI SERONG, 27 Nov:- Kemeriahan Hari Raya Korban pada tahun ini diteruskan oleh program rutin tahunan anjuran PAS Kawasan Parit Buntar iaitu Ibadah Korban di mana pada tahun ini sebanyak 7 ekor lembu telah dapat dikumpulkan dari pelbagai pihak. Keadaan lebih meriah dengan kehadiran Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sebagai peserta korban dan sekaligus meraikan petugas dalam program tersebut.

Mereka yang melakukan Ibadah korban termasuklah PAS Kawasan Parit Buntar sendiri , Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Titi Serong.

"Saya sangat kagum dengan golongan pelapis dikalangan pemuda yang berkerja keras untuk menumbangkan lembu, melapah dan mengagihkan daging korban pada hari" Demikian pujian yang diberikan oleh salah seorang peserta korban tersebut.



Semua daging korban telah diagihkan kepada semua cawangan PAS dalam Parlimen Parit Buntar.


Drs. Khalil : Cawangan PAS perlu bersiap untuk hadapi pembubaran DUN

ADUN Titi Serong sedang memberikan taklimat pembubaran DUN kepada petugas parti di Cawangan Parit Kasa.

TITI SERONG, 27 Nov.:- Cawangan PAS perlu bersiap lebih awal untuk menghadapi pembubaran DUN kerana isu pembubaran adalah sesuatu yang wajar berlaku bila-bila masa dengan suasana politik Perak yang tidak menentu. Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini .

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga" Jelas Drs. Khalil sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.


Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihanraya dikalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya" jelas Drs. Khalil.

Drs. Khalil juga mengharapkan Cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti cula undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawagan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan" jelas Drs. Khalil.

ADUN Titi Serong juga mengingatkan bahawa PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihanraya apalagi kita berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jabatan kerajaan yang ada.

Pada kesempatan itu beliau juga menjelaskan kemelut politik yang berlaku dan membuat kesimpulan krisis yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN. Kata Drs. Khalil " Hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini" tegas nya.