28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
CinaIslam mengucapkan kepada semua pembaca kami khususnya kaum India, Selamat Menyambut Perayaan Deepavali yang melambangkan kemenangan yang baik ke atas kejahatan, cahaya ke atas kegelapan.
Semoga cahaya daripada perayaan Deepavali akan membawa kaun India ke arah masa depan yang lebih terang dan baik dan ia diraikan dengan semangat muhibah antara kaum.
Sesungguhnya manusia dijadikan dari satu keturunan Adan dan Hawa, itulah asas dan lambang perpaduan yang sejadi yang perlu kita amalkan di negara yang berbilang kaun seperti Malaysia. Semuga kita semua selamat dari kumpulan yang sentiasa mencari peluang untuk melaga-laga sesama bangsa dan mengambil kersempatan untuk terus berkuasa.
Dengan semangat itu harapan kami semuga kaum India memilih sebuah kerajaan baru bagi menjamin masa depan kaum India yang memerlukan pembelaan dan perhatian yang sekian lama dinafikan haknya.
13 November 2012
India lancar komputer tablet termurah di dunia
28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
NEW DELHI 13 Nov. - India semalam melancarkan sebuah lagi komputer tablet terbaru dan mungkin yang paling murah di dunia apabila dijual pada harga AS$20 (RM62).
Tablet yang diberi nama Aakash 2 (gambar) itu mensasarkan golongan pelajar di negara ini sebagai pembeli utamanya.
Pembuat Aakash 2, Datawind menjelaskan tablet tersebut menggunakan perisian yang mampu berfungsi tiga kali ganda lebih cepat berserta skrin besar dan banteri yang mempunyai jangka hayat lebih lama. - AFP
Emirates A380 patah balik ke Sydney, alami masalah enjin
28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SYDNEY: Masalah enjin yang dialami pesawat Emirates A380 mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik ke Sydney ketika difahamkan penumpang terdengar bunyi kuat serta ternampak pancaran cahaya, demikian menurut syarikat penerbangan itu.
Juruterbang pesawat Airbus berpangkalan di Dubai itu bersama 380 penumpang membuat keputusan untuk berpatah balik sejurus berlepas pada malam Ahada.
"Penerbangan Emirates EK413 dari Sydney ke Dubai pada 11 November terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana masalah enjin.
"Pihak Emirates meminta maaf atas kesulitan yang disebabkan kepada penumpang. Bagaimanapun, keselamatan penumpang kami dan krew adalah keutamaan dan kami tidak akan bertolak ansur," katanya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan di sini, hari ini. - AFP
12 November 2012
Kembara Oren: PAS cadang ambil tindakan
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
IPOH:
PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak
yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan
Felcra baru-baru ini.Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara.
Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan.
Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi.
Sementara itu, peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu.
Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes itu apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis.
Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.
“Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih,” katanya.
Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil.
“Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda.
“Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil,” jelas beliau.
Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam.
harakahdaily/-
Jam tangan platinum RM12.6 juta
|
|
GENEVA - Seutas jam tangan milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton
dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu
lelongan di Switzerland.
Menurut akhbar MailOnline, jam kronograf jenama Patek Philippe
yang diperbuat daripada logam platinum itu akan dilelong oleh firma
Christie di sini hari ini.
Hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.
Barangan itu adalah antara 310 jam eksklusif dengan harga keseluruhan
mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan dilelong oleh firma
berkenaan.
Berita berhubung jualan jam tersebut disiarkan selepas sebuah lukisan
oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual £21.3 juta dalam satu
lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal di dunia bagi
seseorang pelukis yang masih hidup.
Clapton yang popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam tahun 2001. - Agensi
Zakat online cara mudah tunai tanggungjawab zakat
KUALA LUMPUR - Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (PPZ-MAIWP), menerusi www.zakat.com.my , bukan sahaja mampu
memperkenalkan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat secara dalam
talian (online) malahan meningkatkan jumlah pembayar zakat.
Sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas, Portal PPZ-MAIWP yang boleh dilayari di www.zakat.com.my nampaknya berjaya menggunakan teknologi ICT bagi memberi kemudahan kepada pembayar zakat, yang tidak berkesempatan mengunjungi kaunter zakat, menunaikan tanggungjawab zakat mereka pada bila-bila masa .
Ini berdasarkan statistik pembayaran zakat melalui potongan gaji zakat (Skim Thohir) atas talian dari Ogos-Disember 2011. PPZ menerima jumlah bayaran zakat sebanyak RM266,638.28 daripada 740 pembayar. Ia menyumbang sebanyak 10 peratus daripada kutipan zakat di portal PPZ-MAIWP.
Lebih mengembirakan, Januari-Ogos tahun ini sahaja, jumlah pembayar zakat potongan gaji melalui atas talian terus meningkat seramai 613 pembayar dengan kutipan sebanyak RM75,878.
SKIM THOHIR
Menurut Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan perkhidmatan potongan gaji zakat itu dinamakan Skim Thohir (suci).
"Thohir bermaksud suci dan membabitkan skim potongan gaji zakat berjadual. Portal ini menyediakan kemudahan pembayaran ke atas semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat saham dan zakat KWSP."
Kemudahan Skim Thohir secara online diperkenalkan bagi memudahkan lagi pembayar zakat. Pengguna dan pembayar zakat dialu-alukan menggunakan kemudahan Skim Thohir online ini kerana mereka boleh mentaksir zakat dan taksiran tersebut akan disimpan dalam Rekod Taksiran.
Pengguna juga boleh mencetak, memadam atau membayar zakat yang telah ditaksir kerana ia mengandungi jumlah taksiran tahunan dan bulanan.
Mohammed berkata langkah untuk membuat pembayaran zakat secara pemotongan gaji menerusi skim yang diperkenalkan PPZ-MAIWP ini sangat mudah.
Pembayar hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara online dan pihak PPZ-MAIWP akan membuat susulan kepada bahagian gaji atau majikan pembayar. Proses ini mengambil masa dalam tujuh hari bekerja untuk tindakan selanjutnya.
KELEBIHAN POTONG GAJI ZAKAT ONLINE
Beliau turut menyenaraikan faedah yang diperoleh pengguna menerusi skim berkenaan. Selain membolehkan taksiran zakat dilakukan sendiri secara online, pembayar zakat juga boleh mengisi borang potongan gaji secara online.
Manakala segala urusan potongan gaji akan dikendalikan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP dengan pihak majikan. Pembayar juga boleh melakukan semakan penyata secara online.
Bagi pembayar yang telah membuat bayaran zakat di kaunter-kaunter zakat di Wilayah Persekutuan, mereka juga boleh membuat semakan pembayaran rasmi dengan cara mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan.
Kemudahan lain, pembayar boleh memohon salinan resit dan penyata melalui e-mel dan akan dipos ke alamat yang didaftarkan. Malah pembayar juga boleh mencetak rekod bayaran yang telah dibuat.
KEWAJIPAN BERZAKAT
Zakat diwajibkan ke atas setiap umat Islam yang mencukupi syarat-syarat berzakat iaitu Islam, merdeka, milik yang sempurna, cukup nisab, cukup haul dan niat untuk berniaga.
Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran: "Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan." Al-Baqarah: 110
Sebagai satu daripada rukun Islam yang lima, kewajipan menunaikan perintah dan ibadah kepada Allah ini bertujuan untuk memberi ketenangan serta pendapatan yang berkat kepada si pembayar zakat. Manakala di pihak yang layak menerima zakat(asnaf) pula, hasil kekayaan itu dapat dirasai bersama dan membantu mengurangkan beban kesusahan mereka.
Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan adalah pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini.
Menurut Mohammed, pihak PPZ-MAIWP turut berharap dengan kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian ini, mereka yang layak membayar zakat dapat segera menunaikan zakat yang wajib ke atas mereka. Ia sekaligus dapat meningkatkan kutipan zakat dan membantu mereka yang memerlukan terutama di Wilayah Persekutuan.
BAYARAN ZAKAT DAN CUKAI INDIVIDU
Beliau turut menjelaskan bahawa mereka yang membayar zakat boleh mendapat rebat cukai pendapatan individu seperti yang terdapat dalam akta Rebat Zakat Individu (Mastautin).
Bayaran zakat dibenarkan potongan sebagai rebat di bawah Sek 6A (3) ACP 1967 yang berkuatkuasa mulai tahun 1978:
'Rebat hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.'
Beliau menambah, bagi kemudahan rebat bulanan atas Potongan Cukai Berjadual (PCB), majikan boleh menyelaraskan potongan cukai bulanan zakat daripada potongan cukai bulanan membayar cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Penyelarasan terus hendaklah dibuat dengan mengambilkira amaun zakat dan mengurangkan daripada PCB sesuatu bulan.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PPZ nombor 1-300-88-5757 atau layari laman web www.zakat.com.my . - Bernama

Pembangkang Syria bersatu di bawah pimpinan baru
QATAR:
Pembangkang Syria akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang mendalam
antara mereka dan menyokong pemimpin baru dalam pakatan yang diharapkan
oleh Barat dan Arab dapat menjatuhkan kerajaan Syria dan mengambil alih
pentadbiran negara tersebut.
(Mouaz al-Khatib, seorang aktivis dan imam, dipilih untuk menerajui kumpulan pembangkang)
Selepas beberapa hari rundingan dijalankan di Qatar di bawah pengawasan pelbagai pihak termasuk wakil-wakil kumpulan termasuk kumpulan penentang, kumpulan pembangkang veteran dan minoriti etnik serta agama bersetuju Ahad lalu untuk menyertai kumpulan baru yang membentuk kerajaan dalam buangan.
Mereka secara sebulat suara memilih pemimpin reformis Damsyik, Mouaz al-Khatib, sebagai presiden.
Khatib, 50, dijatuhkan hukuman penjara beberapa kali kerana mengkritik Bashar al-Assad, presiden Syria. Beliau akhirnya hidup dalam buangan tahun ini.
Khatib, seorang pendakwah yang pernah menjadi imam di Masjid Umayyah di Damsyik, segera menyeru kepada semua askar untuk berhenti dari menjadi tentera Syria dan juga menyeru kepada semua kumpulan untuk bersatu.
"Kami menuntut kebebasan untuk Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismail [Syiah], Kristian, Druze, Assyria dan hak untuk semua rakyat Syria," katanya.
harakah/-

umah kapsul popular di Wuhan
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai
pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan
di sini, dalam wilayah Hubei, lapor akhbar New York Daily News.
Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi.
Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya.
Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu.
Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya.
Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu
berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang
amat mahal di sini. - Agensi
S'gor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Kerajaan
negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian
Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem
penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.

Anggota
exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa
setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya
kementerian gagal berbuat demikian.
Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.
Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.
Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

sinar/-
Telefon awam: Terbiar tanpa penyelenggaraan
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Keadaan telefon awam di sekitar bandar Pekan.
Keperluan telefon awam kian terhakis dek arus kemodenan sekali gus
membawa kepada cara berkomunikasi lebih mudah melalui lambakan peralatan
jauh lebih canggih.
Kewujudan telefon bimbit pelbagai bentuk dan warna, ringan serta mampu dibawa ke mana sahaja, selain harga mampu milik menjadikan ia pilihan utama sekali gus meminggirkan kewujudan pondok telefon yang fungsinya kini boleh dikatakan tidak lebih sekadar hiasan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, pondok awam di sekitar bandar dan perumahan seakan terbiar tanpa penyelenggaraan, malah ada di antaranya menjadi sasaran pelaku vandalisme.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi dan Usahawan, Datuk Ishak Muhamad berkata, gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja perlu dibanteras sebelum ia menular dan menjadi budaya.
Menurutnya, kebanyakan remaja tidak menghargai harta benda disediakan kerajaan seperti telefon awam yang perlu dijaga demi kebaikan bersama, malah ada di antara mereka menjadi perosak.
“Saya hairan dengan sikap sesetengah remaja yang masih tidak mengetahui kepentingan kemudahan seperti telefon awam yang semakin dipinggirkan, malah mereka sanggup merosakkannya.
“Pada saat-saat kecemasan, masyarakat terutama mereka yang tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah terpaksa bergantung kepada perkhidmatan awam tersedia,” katanya.
Ishak berkata, jika telefon awam rosak dan tidak boleh digunakan lagi, keadaan itu akan menyusahkan masyarakat terutama golongan berada dalam kesusahan kerana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera.
“Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting untuk mendidik anak di awal usia dan mendedahkan keburukan kegiatan vandalisme kepada diri masyarakat.
“Jika ibu bapa tidak menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak, bagaimana mereka mahu menjadi anggota masyarakat yang baik dan tidak terbabit dengan masalah sosial?" katanya.

Menurutnya, masalah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak di mana
usaha untuk membanterasnya perlu dilakukan bagi mengelak kerosakan harta
benda awam terus berleluasa pada masa akan datang.
“Saya berharap perkhidmatan awam dapat dijaga dengan baik. Semua pihak
perlu mengambil tindakan terhadap perbuatan vandalisme di sekeliling
kita,” katanya.
Tidak lapuk dek zaman
Walaupun telefon bimbit kini menjadi keperluan utama masyarakat, namun masih ada pihak memerlukan telefon awam sebagai kemudahan berikutan faktor kemiskinan dan kedudukan tempat tinggal di pedalaman.
Penduduk di Kampung Sungai Miang misalnya, kecewa kerana kampung itu masih belum disediakan kemudahan telefon awam walaupun mereka sudah membuat permohonan sejak sekian lama.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Omar berkata, ketiadaan telefon awam menyukarkan mereka menghubungi pihak-pihak tertentu sewaktu kecemasan.
“Kemudahan alat telekomunikasi awam masih penting, tambahan pula kampung ini berada agak jauh dari bandar.

“Bukan semua penduduk memiliki telefon bimbit. Keadaan itu menyukarkan
kami menghubungi pihak tertentu seperti polis, bomba atau ambulans pada
waktu kecemasan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno cawangan Sungai Miang, Fadzilah Awang Ibrahim berkata, penyediaan perkhidmatan tersebut wajar diberi perhatian sewajarnya.
Menurutnya, pihak berkenaan diminta supaya memasang semula perkhidmatan telefon awam di kawasan tersebut.
“Saya difahamkan wayar di sini sudah putus dan berharap pihak berkenaan dapat menyediakan kembali perkhidmatan telefon awam untuk memudahkan penduduk di sini.
“Pembangunan dan kemodenan tidak seharusnya menjadi penyebab untuk pihak berkenaan melupakan serta meminggirkan keperluan penduduk memerlukan,” katanya.

Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Ayah Muhammad Dhiya’ menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.
Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim. -halimislam
Penduduk diancam gajah lag
KUANTAN- Penduduk di sekitar Sungai Lembing di sini tidak lagi boleh
tidur lena, gara-gara gangguan sekumpulan gajah memusnahkan tanaman
mereka.
Ketua Kampung Kuala Kenau, Niyamil Hassan berkata kebun dan tanaman
penduduk musnah apabila sekumpulan gajah liar itu datang mencari
‘rezeki’ dari hutan bersebelahan kampung.
Menurutnya, serangan itu merupakan kali kedua setelah tanaman mereka dirosakkan haiwan berkenaan tiga bulan lalu.
“Tiga bulan lalu kami sudah diancam gajah yang masuk ke kampung ini, nasib baik hanya tanaman yang dirosakkan," katanya.
Bagaimanapun kata Niyamil pada serangan itu sebuah rumah penduduk
hampir roboh setelah dinding bergesel dengan dua ekor gajah setinggi
rumah tersebut.
Katanya, setiap kali kemunculan sang belalai ini bukan tanaman yang
dirisaukan tetapi keselamatan penduduk di kampung ini yang lebih
penting.
"Kami amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah bagi
mengatasi masalah yang mengancam keselamatan kami di sini," katanya.
Kampung itu mempunyai banyak kebun pisang, ladang kelapa sawit yang menjadi tumpuan sekumpulan gajah.
Selain itu katanya, kebanyakan penduduk di sini yang gemar bercucuk tanam di halaman rumah juga menyebabkan kawasan kediaman mereka menjadi tumpuan gajah untuk mendapatkan makanan.

Kata Niyamil, beliau mendapati gajah yang menyerang kampung itu bukannya daripada kumpulan yang sama.
"Saya dapati gajah yang datang daripada kumpulan yang berlainan berdasarkan saiz dan jumlah mereka," katanya.

Bimbang akan keselamatan penduduk dan tidak sanggup lagi menanggung
kerugian setelah beberapa kali tanaman dimusnahkan, penduduk merayu
pihak berkenaan melakukan pemantauan di kampung mereka dari masa ke
masa.
sinar/-
Bedah perut keluar sudu
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.
TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki
secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika
memakan nasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa
seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital
Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang
ditelannya itu.
Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu
ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang
terasa gatal.
Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
sinar/-
Warga emas mati terkejut selepas lihat puting beliung
ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga emas menemui ajal dipercayai akibat
terkejut selepas melihat puting beliung di rumahnya di Kampung Telok
Gong, Masjid Tanah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Hasan Olok, 70, meninggal dunia
dalam keadaan terbaring sejurus melihat angin puting beliung dari arah
laut yang turut menerbangkan zink 33 buah rumah di kampung itu.
Menurut anak mangsa, Mohd. Azri, 26, beberapa minit sebelum kejadian,
bapanya yang mahu mengambil angin telah pergi ke pantai yang terletak
kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
"Selepas dia keluar, saya terdengar bunyi angin kuat lalu panggil
ayah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, saya sempat lihat angin seperti
puting beliung sedang bergerak laju menuju ke pantai dari arah tengah
laut," katanya ketika ditemui di sini semalam.
metro/-
Pas: Umno punca Melayu-Islam berpecah
27 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Khalid Samad
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid
Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk
menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional
(BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas
rakyat.
Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat.
Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini.
“Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah.
“Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah
agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang
kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung
tenaga.
“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin.
Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi.
Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu.
“Sebab kenapa orang Melayu Islam berpecah pada masa Umno memerintah ialah kerana mereka berdiri atas dasar yang batil.
“Nak Melayu Islam bersatu, cuba serah pada Pas dan kita zahirkan cara penyatuan yang berasaskan kepada sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH. Itu kita yakin boleh berlaku,” katanya lagi ketika ditemuinya di pejabatnya, di sini, hari ini.
Tambah beliau, dalam hal penyatuan Pas dan Umno, apa yang lebih mustahak ialah berpatah balik kepada ajaran agama di mana keikhlasan harus menjadi tunjangnya.
“Dalam Pas kita yakin bahawa dasar yang boleh menyatupadukan manusia ini khususnya orang Islam ialah apabila manusia khususnya orang Islam ikhlas dalam soal politik mereka kepimpinan mereka, pemerintahan mereka adalah untuk mencari keredhaaan Allah Taala,” ujarnya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya adakah mustahil Umno dan Pas bersatu berkata, "tak lah hendak kata mustahil, tak ada benda yang mustahil tapi, dalam konteks sekarang ini, Pas bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Umno.”
“Jadi kita bersaing untuk sokongan masyarakat yang sama. Umno mereka hendakkan kepimpinan Melayu, memimpin masyarakat Melayu atas dasar politik mereka.
"Pas bersaing dengan Umno hendakkan kepimpinan bagi masyarakat Melayu atas dasar politik kita. Dia (Umno) nak bawa ke kiri, kita hendak bawa ke kanan,” jelas beliau lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

.jpg)