![]() |
| AZIZULHASNI Awang menamatkan acara keirin Sukan Olimpik dengan memenangi pingat perak di Velodrom Izu hari ini. - - AFP |
![]() |
| AZIZULHASNI Awang menamatkan acara keirin Sukan Olimpik dengan memenangi pingat perak di Velodrom Izu hari ini. - - AFP |

Sedar tidak sedar, virus Covid-19 telah meragut banyak nyawa orang-orang tersayang di keliling kita. Tidak mengenal usia mahupun pangkat semuanya tidak terkecuali.


KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan individu lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau, bermula Selasa ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

KUALA LUMPUR: Individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula Selasa ini.

KUALA LUMPUR: Individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk 'dine-in' atau makan direstoran bermula Selasa ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata kebenaran ini hanya untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada dibawah fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PN).

KUALA LUMPUR: Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

RIYADH: Arab Saudi akan mula menerima jemaah asing yang sudah divaksinasi ke kota suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah, lapor media kerajaan hari ini.
Negara terbabit sebelum ini menutup sempadannya sejak tempoh 18 bulan lalu berikutan penularan pandemik COVID-19.

KUALA LUMPUR: Harapan negara meraih emas pertama terus menyala selepas Datuk Azizulhasni Awang layak ke final acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat pertama saringan separuh akhir di Velodrom Izu.

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu, Tokyo bangkit mempamerkan kebangkitan menakjubkan di perlumbaan repechages pertama, sebentar tadi.

BEIJING: China semalam melaporkan jumlah harian tertinggi kes COVID-19 dalam gelombang penularan terbaru wabak itu, disebabkan lonjakan jangkitan tempatan.
Negara itu melaporkan 124 kes baru kelmarin, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional, meningkat daripada 85 kes sehari sebelumnya.

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir selepas menamatkan saringan keirin dalam kedudukan kedua terbaik pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.
Mengikuti langkahnya ke suku akhir yang dijadual berlangsung esok adalah Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat Malaysia dapat menterjemahkan solidariti dengan mengibarkan Jalur Gemilang, sempena bulan kemerdekaan sebagai tanda bersatu-padu melawan pandemik COVID-19.