11 Februari 2011

Jerebu di Pulau Pinang akibat pembakaran jerami

08 Rabiul Awal 1432 H.

GEORGE TOWN - Pulau Pinang dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan berpunca daripada aktiviti pembakaran jerami di beberapa kawasan sawah padi di negeri ini.

Pegawai di Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Badlishah Ahmad berkata, keadaan jerebu semakin buruk dengan cuaca kering dan panas sejak seminggu lalu.

"Bagaimanapun jerebu di negeri ini hanya pada tahap sederhana dan tidak membimbangkan dan keadaan ini akan berubah apabila berlaku perubahan tiupan angin yang membentuk awan tebal dan hujan," katanya hari ini.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat di beberapa kawasan meningkat dengan bacaan antara 60 dan 75 hari ini berbanding bacaan antara 50 dan 65 semalam.

Bacaan IPU di Seberang Jaya hari ini adalah 75 dengan jarak penglihatan 5 km, Perai (63) (6km) dan Universiti Sains Malaysia (61) (7km).

Sinar Harian/-

Isa Samad Perlu Cermin Diri

08 Rabiul Awal 1432 H.

SHAH ALAM 10 FEB : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Tan Sri Isa Samad mencerminkan dirinya sebelum mempertikaikan hak orang lain bagi membincangkan perlantikan seorang yang terbukti terpalit dengan rasuah dalam institusi penting di negara ini.

Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi FELDA hari ini mempertikai kritikan Angggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC) Zainal Aznam Yusof yang menyifatkan perlantikan itu sebagai hari sedih, kerana bekas Meteri Besar Negeri Sembailan itu terpalit dengan tuduhan rasuah.

Bagi Abdullah Sani perkara ini perlu dipertikai kerana ia membabitkan masa depan orang Melayu.

"Perlu dipertikaikan kerana ini masa depan orang Melayu yang khususnya bergantung sumber rezeki kepada kelapa sawit yang dikategorikan sebagai sumber kedua terbesar dalam negara.

"Persoalan untuk beliau mempertikaikan orang yang membincangkan soal itu boleh dianggap biadap dan ini telah melanggar etika demokrasi, bahawa orang boleh memberikan pandangan," kata Abdullah lagi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata Isa jangan melihat teguran itu bersifat peribadi.

Menurut Wan Saiful, soalan yang diajukannya pada forum anjuran IDEAS itu kepada Zainal, adalah bersabit bagaimana individu yang bergelar ahli politik boleh dilantik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Namun malangnya ujar Wan Saiful, dalam konteks itu, Isa adalah orang yang menerima jawatan itu dan beliau sememangnya seorang pemimpin yang terpalit dengan salah laku rasuah yang membelit dirinya.

"Saya rasa pandangan itu mungkin diambil bukan dengan cara yang sepatutnya. Mungkin beliau ambil (pandangan) itu sebagai kritikan terhadap dia. Jadi yang saya hendak jelaskan ialah, kita bukan hendak mengkritik dia.

"Dalam hal ini saya harap Tan Sri Isa tidak ambil secara peribadi sebab kritikan itu bukan kritikan secara peribadi tetapi adalah kritikan dari sudut proses perlantikan beliau yang dibuat oleh orang lain, bukannya beliau yang melantik diri sendiri.

"Jadi rasanya target sebenar Datuk Zainal Aznam dan saya pada program yang sama, target kami adalah proses itu, bukan kepada Tan Sri itu sendiri," jelas Wan Saiful yang berada di New Delhi ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Terdahulu, kemuraman pasaran saham yang menjadi tidak menentu dengan perlantikan Isa juga dipersetujui oleh ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Zainal pada forum itu menyifatkan keterlibatan Isa dengan beberapa siri rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Isa terpalit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disiplin Umno pada 2005.

Malah menurut Zainal, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

Namun Isa yang mendengar pandangan pakar ekonomi ini pantas melenting kerana mungkin rasa tersindir dengan pendapat itu.

Tv Selangor/-

Pusat Darah Negara Perlu Darah Jenis 'A' Dan 'O'

08 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR 11 FEB: Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan antara 400 hingga 500 unit darah terutama jenis 'A' dan 'O' untuk menampung keperluan darah di hospital-hospital sekitar Lembah Klang.

PDN dalam kenyataannya hari ini, berkata simpanan darah itu bagi menampung bekalan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah pada Mac ini.

"Simpanan darah ini amat diperlukan bagi rawatan kes seperti pemindahan organ, pesakit Thalasemia, Haemofolia, denggi berdarah dan sebagainya," kata kenyataan itu.

PDN juga akan beroperasi pada hari Maulidur Rasul yang jatuh pada Selasa ini, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Operasi pada hari-hari bekerja pula dilanjutkan sehingga pukul 8 malam dari pukul 7.30 pagi, dan hari Sabtu dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PDN di talian 03-2695 5557 atau 03-2695 5558

Enam maut pesawat terhempas di Ireland

08 Rabiul Awal 1432 H.

BEBERAPA anggota jabatan bomba memeriksa pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Cork, selatan Ireland semalam.

DUBLIN - Sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Cork, di selatan Ireland semalam dengan menyebabkan enam orang terbunuh manakala enam yang lain cedera, kata beberapa pegawai.

Nahas berlaku ketika pesawat berenjin kipas itu yang membawa 12 orang, cuba mendarat untuk kali ketiga dalam cuaca berkabus selepas ia bertolak dari Lapangan Terbang Belfast, di Ireland Utara.

"Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat enam kemalangan jiwa dan enam lagi mangsa dirawat di hospital," kata jurucakap daerah Cork, Tom O'Sullivan.

Gambar-gambar yang dirakamkan beberapa saksi menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan Manx2 itu berada dalam keadaan terbalik dengan bahagian hadapannya hampir musnah sama sekali selepas kemalangan dahsyat tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland pula memberitahu, pesawat jenis The Fairchild Metroliner SW4 berkenaan membawa 10 penumpang dan dua krew apabila ia terhempas dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad.

"Terdapat api dan serpihan berselerakan di atas landasan," kata kenyataan pihak berkuasa tersebut.

Metro/-

Hosni Enggan Undur, Obama Kecewa, Mesir Bakal Meledak

08 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH 11 FEB: Keengganan Presiden Mesir Hosni Mubarak berundur dengan menolak tuntutan penunjuk perasaan terus menimbulkan ketegangan di negara yang bergolak itu.

Tunjuk perasaan kini masuk hari ke-17.

Hosni berkata beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.

Selepas itu, beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.

“(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur),” katanya.

“Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan,” kata Hosni lagi.

Sejurus selepas ucapan Hosni, penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.

Sementara itu, rakan sejawatnya iaitu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dilaporkan tidak gembira dengan pendirian terbaru Hosni.

Beliau mengeluarkan kenyataan segera selepas 17 minit Hosni menyatakan pandangannya.

Dalam satu kenyataan, Obama menegaskan kerajaan Mesir belum mengetengahkan laluan yang 'berwibawa, konkrit dan jelas' ke arah memulihkan demokrasi.

Menurut Obama “rakyat Mesir masih belum yakin bahawa kerajaan (mereka) serius mengenai peralihan tulen untuk (melaksanakan) demokrasi.”

“Rakyat Mesir telah dimaklumkan adanya satu peralihan kuasa, tetapi ia masih belum jelas sama ada peralihan ini segera dilaksanakan, bermakna atau mencukupi,” kata Obama.

Tv Selangor/-

Banjir Johor Semakin Baik

08 Rabiul Awal 1432 H.

JOHOR BAHARU 11 FEB: Keadaan banjir di Johor semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan kini berkurang kepada 7,958 orang, demikian lapor portal rasmi negeri Johor.

Laporan di www.johordt.my. itu berkata sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 459 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini masih terdapat 37 pusat pemindahan dibuka meliputi daerahMuar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Batu Pahat kekal masih mencatatkan teramai dengan 5,384 orang daripada 1,179 keluarga, diikuti Ledang (1,180 orang daripada 231 keluarga), Muar (1,091 orang daripada 228 keluarga), dan Segamat (303 orang daripada 74 keluarga).

Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter sepanjang satu kilometer.

Tv Selangor/-

Kuasa rakyat Mesir 'mimpi ngeri' Mubarak, AS

08 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Nazri Abdullah.

KUALA LUMPUR, 11 Feb: PAS yakin kuasa rakyat Mesir yang berada di kemuncak pada waktu ini, mampu mengubah lanskap politik negara teluk itu dalam masa terdekat.

Biarpun Presiden Mesir, Hosni Mubarak dalam ucapannya yang disiar televisyen negara itu semalam sekali lagi memberikan harapan palsu kepada rakyatnya, namun bantahan berterusan dari rakyat sekurang-kurangnya telah menekan Mubarak dan menggugat pengaruh Amerika Syarikat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, bantahan rakyat sejak 28 Januari lalu bagai mimpi ngeri kepada Amerika Syarikat sehingga kini mereka hilang arah.

Katanya, ianya boleh dibuktikan dengan beberapa kenyataan dari pemimpin negara barat itu yang dilihat 'flip-flop', ada ketikanya menggesa Mubarak kekal dan ada pula mahu presiden Mesir itu berundur segera.

"Saya yakin dengan kuasa rakyat Mesir dan Amerika sekarang sangat terkejut dengan fenomena kebangkitan besar-besaran rakyat Mesir ini.

"Mereka pun tidak dapat menentukan apa lagi yang akan berlaku.

"Saya percaya, Amerika tidak ada kekuatan lagi untuk mempertahan regim Mubarak yang ada ini," katanya.

Mubarak muncul melalui siaran televisyen seluruh negara dan berucap kepada rakyat yang membantahnya.

Rakyat yang sebelum ini diberitahu akan ada berita gembira tentang pengumuman pengunduran Mubarak, bagaimanapun kecewa apabila presiden yang dibantah itu memaklumkan akan terus berada di pejabat presiden sehingga pemilihan September depan.

Beliau juga memberitahu telah mengalihkan sebahagian kuasanya kepada Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dan mengarahkan perlembagaan negara itu dipinda.

Berita itu bagaimanapun ditolak rakyat yang mahu bukan sahaja Mubarak, tetapi seluruh kerajaan regim berundur segera tanpa syarat.

"Media cuba gambarkan rakyat hanya tolak Mubarak.

"Rakyat Mesir sebenarnya bukan hanya tolak Mubarak, tetapi seluruh aparatus kerajaan regim itu," kata Syed Azman lagi.

Mengulas himpunan besar-besaran rakyat Mesir selepas Jumaat hari ini beliau berkata, rakyat Mesir sebenarnya sudah nekad, tidak akan berundur ke belakang lagi, sama ada menang dalam tuntutan ini ataupun mati syahid.

Dijangkakan 20 juta rakyat Mesir akan berhimpun selepas solat Jumaat hari ini dan akan berarak ke Istana Mubarak di Abdeen, Kaherah.

Difahamkan, Istana Presiden tersebut adalah kawasan larangan dan tidak pernah ada mana-mana pihak dibenar masuk ke istana itu sejak sekian lama pemerintahan regim.

Harakahdaily/-

Tanggung sendiri kos

08 Rabiul Awal 1432 H.

SHAH ALAM – Kos kembali semula ke Mesir membabitkan pelajar yang dibawa pulang ke tanah air oleh kerajaan berikutan krisis politik negara itu, perlu ditanggung keluarga masing-masing. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, kerajaan menerusi Ops Piramid menetapkan misi hanya untuk memindahkan dan membawa pulang mereka ke tanah air atas sebab keselamatan kerana itu tanggungjawab pemerintah.

"Tetapi untuk kembali semula ke Mesir, kenalah keluar belanja sendiri," katanya. Shahlan berkata, operasi membawa pulang semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelajar yang masih berada di pusat transit di Jeddah, Arab Saudi akan diselesaikan selewatnya Ahad. Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan sentiasa memantau keselamatan mereka yang masih berada Mesir dalam keadaan krisis politik negara itu masih belum pulih.

Menurutnya, kerajaan menghormati pendirian kumpulan berkenaan yang enggan keluar dihantar pulang ke tanah air berikutan kedudukan mereka yang jauh dari lokasi krisis. "Mereka ada sebab untuk membuat keputusan demikian.

Bagaimanapun kita harap mereka sentiasa jaga diri dan pihak kedutaan juga akan sentiasa memantau keadaan mereka. "Kumpulan itu juga jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh mengundang risiko," katanya. Shahlan berkata, antara alasan utama kumpulan itu ialah mereka mahu menamatkan pengajian yang dijadualkan berakhir bulan depan.

Sinar Harian/-

Ribuan pekerja mogok

08 Rabiul Awal 1432 H.

KAHERAH - Ribuan pekerja di seluru:h Mesir mogok, kelmarin, sekali gus membuka dimensi baru rusuhan di mana rakyat beralih kepada harta keluarga Presiden Hosni Mubarak sementara hampir setengah penduduk negara itu terpak:sa hidup dalam kemiskinan.

Mogok itu dilaporkan tercetus di pelbagai jenis sektor, antaranya pekerja kereta api dan bas, juruteknik di Terusan Suez, pekerja kilang pembuatan tekstil, baja dan minuman serta pekerja hospital.

Pada masa yang sama sekitar 8,000 penunjuk perasaan, kebanyakannya petani, membuat sekatan lebuh raya dan landasan kereta api ke Kaherah dari Assiut, menggunakan pokok palma yang dibakar.

Laporan menyatakan, rusuhan berlaku kerana penduduk tidak berpuas hati kerana kekurangan bekalan roti di daerah itu manakala ratusan lagi di bandar Terusan Suez membakar sebahagian ibu pejabat gabenor kerana kekurangan tempat tinggal.

Seorang pemimpin rusuhan, Kamal Abbas berkata, pekerja terdorong mengadakan mogok selepas mendengar berita mengenai harta keluarga Mubarak yang mencecah puluhan bilion dolar.

Laporan pemerhati menunjukkan, sekitar 40 peratus daripada 80 juta penduduk di negara itu kini hidup di bawah atau berhampiran garisan kemiskinan dengan hanya menerima upah sebanyak AS$2 (RM6) sehari.

Sinar Harian/-

30,000 pemuda PAS berhimpun di Alor Setar

08 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Khairul Izwan.

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah bersiap sedia menjadi tuan rumah Himpunan 30 000 Pemuda PAS seluruh negara yang akan diadakan pada 19 Februari ini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya (gambar) ketika di hubungi Harakahdaily hari ini berkata, persiapan untuk menganjurkan himpunan tersebut telah dilakukan dengan baik.

"Kita (Pemuda PAS Kedah) dah buat beberapa persiapan dan sekarang hampir 70 peratus persiapan itu dah siap.

"Antaranya kita buat persiapan dari segi tempat berhimpun, dan kita juga membuat persiapan dari segi tempat tinggal peserta himpunan yang datang dari jauh. Makan minum juga kita sediakan untuk makan tengahari," ujar Ustaz Ahmad.

Menurut Ustaz Ahmad, Negeri Kedah di jadikan tuan rumah perhimpunan ini adalah sebagai isyarat bahawa Kedah mesti di pertahankan pada PRU-13 nanti.

Himpunan 30 000 Pemuda itu merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat adalah untuk menyemarakkan semangat jihad pemuda dalam menghadapi PRU-13 serta menonjolkan kekuatan pemuda.

Himpunan tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Negeri Kedah, Simpang Empat pada hari Sabtu, 19 Februari nanti menggunakan tema 'Masa Untuk Berubah'.

Pelbagai program telah dirangka untuk program ini untuk dijadikan pengisian.

Harakahdaily/-

Cadang calon Rosmah tidak masuk akal

08 Rabiul Awal 1432 H.

MERLIMAU – Tindakan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah tidak masuk akal.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

“Ia jelas menunjukkan sikap tidak rasional pemimpin pembangkang terutama PKR yang sebenarnya hanya mahu menarik perhatian rakyat.

“Sebenarnya ini cara lapuk yang digunakannya dan pasti hanya membuatkan rakyat menyampah terhadap kepimpinan PKR sedia ada," katanya.

Menurutnya, sepatutnya Zuraida membawa idea dan usaha untuk membawa perubahan kepada Wanita PKR ke arah lebih positif.

"Saya harap, Zuraida menghentikan kenyataan yang tidak signifikan terhadap golongan wanita, sebaliknya berusaha membangunkan rakyat di kawasan beliau," katanya.

Sinar Harian/-

Ikhwan risau tentera ambil alih

08 Rabiul Awal 1432 H.

PENUNJUK perasaan ceria mendengar pengumuman tentera mengambil alih pemerintahan.
Anggap Hosni Mubarak bukan masalah tetapi keseluruhan pentadbiran

KAHERAH: Seorang pegawai kanan pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, menyuarakan kebimbangan dengan tindakan tentera Mesir mengambil alih pemerintahan dengan merampas kuasa.

“Ia nampaknya satu rampasan kuasa tentera. Saya bimbang. Masalahnya bukan presiden tetapi rejim yang memerintah,” kata Essam al-Erian.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Demokratik Kebangsaan (NDP), parti yang memerintah pula bersetuju supaya Mubarak berundur selepas penunjuk perasaan menuntutnya meletakkan jawatan.
“Saya jangka presiden akan memberi jawapan kepada tuntutan rakyat kerana apa yang penting bagi beliau ialah kestabilan negara. Jawatan tidak penting baginya,” kata Hossam Badrawi.

“Saya berpendapat, tindakan paling tepat ialah menghantar surat meminta Perlembagaan dipinda, meletak jawatan dan memberi kuasa kepada Naib Presiden serta meminta pilihan raya segera diadakan selepas pindaan diluluskan.
“Saya tidak fikir beliau akan tinggalkan negara. Beliau wira dan banyak melakukan kebaikan mahupun kesilapan,” katanya lagi.

Awalnya, Kerajaan Mesir memberi amaran tentera akan bertindak keras kepada penunjuk perasaan yang membantah Presiden Hosni Mubarak tetapi protes diteruskan dan diperhebatkan mogok pekerja pada hari ke-17 bantahan antikerajaan, semalam.
Penunjuk perasaan juga berkumpul sambil menjerit slogan bantahan di depan Parlimen, bangunan Kabinet dan Kementerian Kesihatan tidak jauh dari Dataran Tahrir selain menyekat Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada tiba di pejabatnya.

“Mubarak, beritahu kami di mana kamu dapat AS$70 bllion (RM210 bilion),” laung berpuluh-puluh penunjuk perasaan di depan Kementerian Kesihatan, merujuk kepada laporan pemimpin itu mengumpul kekayaan besar sejak memerintah.

Laporan mengenai ramai penunjuk perasaan ditahan tentera dan didera turut luas tersebar. Ratusan penunjuk perasaan berarak ke parlimen dari tempat perhimpunan di Dataran Tahrir sehari selepas protes besar-besaran sejak kebangkitan bermula di seluruh negara.

Menteri Luar, Ahmed Abul Gheit memberi amaran, tentera masih tidak menyokong mana-mana pihak tetapi akan campur tangan jika protes terhadap pemerintahan 30 tahun Mubarak yang turut disokong Amerika Syarikat itu menjadi ganas.

“Jika kekacauan berlaku, pasukan bersenjata akan campur tangan, langkah yang mungkin membawa kepada situasi yang lebih bahaya,” lapor agensi berita MENA yang memetik temuramah Abul Gheit di saluran televisyen al-Arabiyah.

Kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden, Omar Suleiman memberi amaran rampasan kuasa kemungkinan berlaku jika peralihan kuasa secara aman gagal dilaksanakan. Abul Gheit turut menyelar Amerika kerana mahu pembaharuan segera.

“Amerika memaksa negara besar seperti Mesir ini mengambil tindakan segera sedangkan selama ini, Mesir berkawan baik dengannya,” katanya.

Penunjuk perasaan bagaimanapun tidak menunjukkan tanda untuk berundur dan ratusan ribu terus membanjiri Dataran Tahrir.
Sinar Harian/-

Nik Aziz rasmi Markas Induk PAS Merlimau esok

08 Rabiul Awal 1432 H.

JASIN, 11 Feb: Perasmian Markas Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadualkan pagi ini ditunda pada jam 11.00 pagi esok (12 Februari).

Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, lain-lain program yang melibatkan Tuan Guru termasuk menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau pada 8.00 malam ini tidak berubah.

Tambahnya, Tuan Guru juga akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam esok di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Harakahdaily/-

Pelajar ucap jutaan terima kasih

08 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Arfah Mawaddah .

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada:

1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)

4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)

5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah)

6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura

7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi

Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini. Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian.

Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam.

Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur" amin.

Harakahdaily/-

Pelajar kembali dari Mesir perlu kemuka maklumat

08 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR - Semua pelajar universiti di Mesir yang kembali ke tanah air diminta mengemukakan maklumat peribadi kepada Bahagian Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, segera.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini, antara maklumat yang perlu dikemukakan ialah nama, nombor kad pengenalan, nama universiti di Mesir, pengajian, tahun pengajian dan alamat serta talian telefon yang boleh dihubungi di Malaysia.

Maklumat peribadi itu boleh dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi di e-mel zarida@mohe.gov.my atau alwee@mohe.gov.my dengan kadar segera, menurut kenyataan itu.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Prof Madya Dr Zarida Hambali di talian 012-330 0651.

Kenyataan itu menyebut maklumat tersebut sangat diperlukan oleh kementerian untuk membuat penyelarasan bagi segala aktiviti berkaitan pelajar berkenaan.

Sinar Harian/-

Kempen moral pemuda Pas petanda awal pelaksanaan dasar negara Islam

08 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR - Langkah Pemuda Pas untuk menjalankan kempen membendung gejala tidak bermoral pada sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih Isnin ini adalah petanda awal pelaksanaan dasar negara Islam DAP-Pas-PKR, kata Pemuda MCA hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP-Pas-PKR di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu membuat pendirian berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hasan Tantawi mengenai perkara itu.

Nasrudin pada Selasa lalu berkata, Pemuda Pas akan melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan ketiga-tiga parti itu sempena sambutan Hari Kekasih.

Sinar Harian/-

10 Februari 2011

DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi

8 Rabiul Awal 1432H.

IPOH, 10 Feb.:- DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.

Perkara ini dinyatakan juga oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya.

Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini.

"Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.

Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil.

Berita gembira peniaga kecil Kelantan esok

8 Rabiul Awal 1432H
Harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting esok yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok.

Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun.

Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun.

"Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam.

Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan.

"Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam.

Low Yat Kelantan

Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma.

"Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia.

"Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam.

Tanah Arked Uda

Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu.

Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang.

"Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja.

"Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam.

Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka.

"Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam.

Mesir, AS bertikam lidah ketika ketegangan memuncak

7 Rabiul Awal 1432H

WASHINGTON: Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit, menuduh Amerika Syarikat cuba memaksakan kehendaknya ke atas sekutunya ketika Rumah Putih memberi amaran bahawa Kaherah gagal mencapai "tahap minimum" pembaharuan.

Abul Gheit berkata demikian dalam temubual bersama stesen televisyen PBS selepas Washington mengkritik Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman, yang bertanggungjawab mengadakan dialog dengan kumpulan pembangkang. Beliau membidas apa yang disifatkannya sebagai retorik AS terhadap krisis yang dicetus penunjuk perasaan di Mesir itu. “Apabila anda berbicara mengenai 'segera', 'serta merta', 'sekarang', seolah-olah anda memaksakan kehendak anda terhadap negara hebat seperti Mesir, negara sahabat yang sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan AS.

“Mesir dan Presiden Mesir, kerajaan Mesir sudah memulakannya," katanya merujuk pelan untuk rundingan peralihan kuasa kerajaan Hosni Mubarak.

Bagaimanapun, Washington menegaskan penunjuk perasaan yang berhimpun di Medan Tahrir akan menentukan masa depan Mesir, bukannya AS.

“Kami tidak cuba menentukan apa-apa," kata jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley. - AFP

Mahkamah Persekutuan tolak petisyen ketiga bekas Sultan Kelantan

7 Rabiul Awal 1432H.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu difailkan atas alasan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan petisyen itu dan forum yang betul untuk membuat keputusan terhadap pertikaian itu ialah Mahkamah Khas. Ini kerana Tengku Muhammad Faris ialah Sultan Kelantan dan permohonan tuntutan mempertikaikan pelantikan seorang Sultan perlu dibuat di Mahkamah Khas.

Panel hakim menyampaikan keputusan itu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra.

Peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra sebelum ini, Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili baginda pada 18 Januari laluselepas mahkamah menolak permohonan mereka supaya petisyen itu didengar pada pertengahan Mac kerana Raja Aziz perlu menyelesaikan rawatan perubatannya di sebuah hospital di Singapura pada awal Mac.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Mahkamah Rayuan Hasan Lah menolak petisyen itu tanpa mengeluarkan perintah mengenai kos.

Petisyen ketiga itu difailkan pada 20 September tahun lalu, memohon pendapat Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perundangan berhubung pindaan ke atas perlembagaan negeri dan pelantikan tengku mahkota sebagai Sultan.

Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009.

Pada 26 November tahun lalu, dua petisyen yang mempersoalkan tahap kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota semasa Sultan mengalami ketidakupayaan yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan, dalam dua petisyen itu telah memutuskan bekas Sultan tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk merujuk persoalan berkenaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk diputuskan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V memaklumkan mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Tuanku Ismail Petra mengenai tarikh perbicaraan hari ini melalui sepucuk surat pada 28 Januari tahun ini.

Beliau berkata salinan hujahan beliau bagi permohonan beliau untuk membatalkan petisyen itu turut dikepilkan dalam surat itu.

Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili responden kedua, kerajaan negeri Kelantan. - BERNAMA

Dua lelaki, seorang wanita ditahan ISA

7 Rabiul Awal 1432H

PUTRAJAYA: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan ISA di sekitar Kuala Lumpur semalam, dipercayai ketua sindiket jenayah rentas sempadan termasuk dadah dan penyeludupan manusia.

Seorang daripada mereka adalah rakyat Indonesia. Penahanan mereka diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi. Hishammuddin berkata, penahanan mereka yang berusia antara 33 hingga 48 tahun itu hasil soal siasat pihak berkuasa terhadap sembilan individu, termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan ISA antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu berkaitan kegiatan penyeludupan warga asing.

Katanya, pegawai imigresen yang ditahan ISA berhubung kegiatan penyeludupan warga asing itu kemungkinan besar dibebaskan secara bersyarat atau didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Mengenai permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, supaya negeri itu dibenarkan mewujudkan pasukan polis bantuan, Hishammuddin berkata tiada peruntukan undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, soal keselamatan dan polis adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat mengikut Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan.
"Tidak ada kes di mana polis bantuan diberikan kepada kerajaan negeri, diupah majikan untuk menjaga aset mungkin (ada) tetapi dibiayai majikan bukan duit rakyat.

"Saya melihat ini adalah untuk menidakkan usaha Polis Diraja Malaysia selama ini khususnya dalam konteks Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang jelas (ada) penurunan kes dan indeks jenayah di negeri berkaitan termasuk Selangor, jadi alasan Menteri Besar Selangor tidak berasas," katanya.

Selasa lalu, Khalid dilaporkan berkata beliau menulis surat kepada Hishammuddin untuk memohon penubuhan pasukan polis bantuan itu dengan dakwaan sebagai reaksi terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di Selangor. BH/-

Saya akan ikut semua arahan MB, kata Khusrin

7 Rabiul Awal 1432.

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata, beliau akan mengikut segala arahan dan bidang tugas yang ditetapkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepadanya.

Beliau juga berharap isu kontroversi antaranya dengan Menteri Besar tidak dipanjangkan kerana ketika ini harapannya adalah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. "Cukuplah publisiti yang saya dapat selama ini dan biarlah saya buat kerja saya dulu. Menteri Besar pun banyak beri kerja kepada saya dan semuanya kerja yang penting," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Pegawai Daerah mengenai isu pasir, di sini, sebentar tadi.

YBUDR ALAT PEMUDA UMNO PERAK: JELAS SALAHGUNA KEWANGAN YBUDR

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh safarizal saleh.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan andaian sebelum ini bahawa kedudukan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) telah dijadikannya sebagai alat politik Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang mana ketuanya juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR. Ianya boleh dilihat dalam satu program baru-baru ini yang telah dianjurkan atas nama Skuad Ikon Bina Upaya (IBU) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit Buntar. Bagi DPPN Pk, jelas program ini merupakan program Pemuda Umno.

Persoalan yang timbul, adakah Pemuda Umno tidak mampu menjalankan program seumpama ini atas nama mereka sendiri? Adakah program tersebut ditaja oleh YBUDR dan Pemuda Umno telah menumpang segala perbelanjaannya? Bagi DPPN Pk jelas bahawa YBUDR telah disalahgunakan oleh Pemuda Umno dan jelas YBUDR adalah alat politik Pemuda Umno. Apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah adakah sumber kewangan YBUDR telah disalahgunakan?

DPPN Pk mendesak penjelasan YBUDR di dalam perkara ini dan mendesak agar kedudukan Khairul Azwan di dalam YBUDR dikaji semula. Jika kedudukan Khairul Azwan masih dikekalkan, DPPN Pk bimbang Pemuda Umno akan menyalahgunakan kewangan rakyat melalui YBUDR ini.

Anak lelaki Presiden Mesir, Gamal, larikan diri ke London bawa 100 bagasi

07 Rabiul Awal 1432 H.

Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam. Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sejumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilham dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan. Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir. Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran. Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.

Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta. Beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam. Kehadiran Elbaradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni, lapor Agensi.

Mubarak's Defeat Is US-Zionist Defeat

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh Nash Ar-Rawy.

The Aggression Of Zionist US Terrorism By : Nash Ar-Rawy
Zionist and US imperialism have been the word aggressor, suppressor and oppressor towards the third world and under-developed countries. Japan was bombed by US nuclear bombs in Hiroshima and Nagasaki .

Vietnam was destroyed for ten years. Somalia was attacked by US aggressions. Afghanistan being occupied by US military . Iraq, ten of thousands died in US conquest and aggressions . All these never occurred in US but in the poor and under-developed countries. US is save! Palestine for decades has been a battle-field of Israel and US supports killing innocent civilians. Israel is the reputation of US.

Thus, US and Zionist have caused mass destructions and chaos in this world. UN and most of the OIC are subordinates of US and the victims of Zionist conspiracies. The greed of the world old giant is oil as in Iraq where no nuclear plant was found and Afghanistan oil wells by killing the people with the military occupation.

The latest being Egypt as a satellite of Zionist-US to take control of the Middle East and the muslim world as a whole. The defeat of the murderous autocrat Mubarak-Suleiman’s Pharaoh dictatorial regime is the defeat of Zionist-US for good.

Warships of 800 troops were sent by US to the land of the Pharaoh so as to sustain Mubarak’s aggressions. Behind Mubarak –Suleiman is Zionism and US aggressions and terrorism. But US-Israel hypocrisy shows by its dramas of portraying ‘Policeman of the world” which is in actuality is the WORLD GANGSTERISM, TERRORISM and IMPERIALISM .

Who was behind the late Shah Iran if not Zionist and US . Likewise, US should liberate itself from the Zionist conspiracies and stop becoming its subordinate controlling UN and the Middle-East because history has proven that US-Zionist was chased away in Iran by the Islamic Revolution .

US was also driven off from Somalia an underdog country which is not a super power . At the end of the day US had left Vietnam after killing millions of innocent civilians and innocent young American soldiers died for nothing being forced by the imperialist nation to die for imperialism and terrorism in the Vietnam War.

US should take all these as a lesson not as a license to kill. Back off from Egypt and stop supporting autocrats and making them as its subordinates. In this cyber era; slavery is no more a tradition of the third –world. US as a sick old giant and is dying and the whole world is against US now.

No country wants to be the subordinate or a slave of another country. If this happens , look what happened to Iran . The whole masses chased away the autocrat regime, security force , CIA , Zionist and US. North Korea, Venezuela, Cuba, Russia, China ,Iran ,Turkey, Sudan , and Syria don’t give a damn to America.

Suleiman the puppet of US-Zionist won’t stay long and his days are numbered. For the reformist, it’s better to die as martyrs in dignity rather than to live in slavery and embarrassment . Let there be a new nation of Independent Egypt being born in peace, harmony , dignity , solidarity and sovereignty.

Tahrir Square and Alexandria Liberation Square will liberate the masses, the protesters and the reformist demonstrators through out the world for the true meaning of freedom, liberation , democracy and the people’s sovereignty once and for all.

Suleiman –Mubarak have lost their legitimacy and it’s time for them to leave, resign and dissolve the parliament immediately and call for a fair and free election. Let the world defeat Zionist-Israel and US imperialism and terrorism in Egypt now and forever!. And let there be peace and harmony in this world.

Down with Suleiman, down with Mubarak’s regime, down with US terrorism and Zionist conspiracies in Eqypt as a starting point to liberate the Middle-East , Arab World and the Muslim World as a whole and defeat the imperialist–terrorist-zionist in Egypt for good. If Iran’s Islamic Revolution succeeded in doing so and Tunisia began it . Why not Egypt as one of the world’s oldest civilization as Persia/ Iran is succeeds as well by His Grace.
GOD IS THE GREATEST!

"Dewa Puisi" Li Bai (5)

07 Rabiul Awal 1432 H.

Kebetulan, seorang tukang sampah yang bertugas menjaga kebersihan di Taman Liang menampak puisi itu, dan menganggap tulisan pada dinding itu sebagai tulisan cakar ayam. Beliau cepat-cepat bertindak mahu menghapuskan "kekotoran" itu. Tetapi, Ci Zong yang sudah tertarik oleh puisi itu enggan karya yang dianggap cemerlang itu begitu cepat dihapuskan.

Cuma, permintaannya sukar disetujui oleh si tukang sampah itu, kerana dia akan didenda gajinya jika gagal memelihara kebersihan pada dinding dalam taman itu.
Dengan demikian, Cik Zong yang begitu suka puisi "Liang Yuan Yin" terpaksa membeli tembok yang tertulis puisi itu dengan membelanjakan seribu unit emas.

Begitulah datang pepatah "Membeli tembok dengan seribu unit emas".

Menurut catatan dari banyak buku sejarah, Cik Zong disifatkan sebagai seorang gadis yang cantik lagi berpengetahuan luas, tambahan pula, seorang penganut agama Tao yang berbakti. Beliau dan Li Bai mempunyai kepercayaan dan minat yang hampir serupa, khususnya pada aspek kesusasteraan. Ini merupakan percintaan yang sebenar yang pertama yang dialami Li Bai.

Bagaimanapun, barang kali kepercayaan lebih penting daripada percintaan, menurut pandangan Cik Zong. Ini dicerminkan dari tindakannya pada tahun 761 Masehi. Beliau memutuskan untuk berpisah dengan Li Bai, lalu bertolak menuju ke Gunung Kuang untuk melanjutkan pengajiannya tentang Taoisme.

Li Bai yang terpaksa tinggal kesendirian, berasa begitu sepi, lalu memutuskan tidak berkeluarga lagi. Mungkin bagi seseorang lelaki, sekali sahaja percintaan yang sejati sudah cukup untuk sepanjang umur hidupnya.

Ketika berumah tangga dengan Li Bai, Cik Zong telah beberapa kali bertindak menyelamatkan Li Bai, khususnya apabila suaminya terperangkap dalam kes tentang perkhidmatannya dalam kerajaan Li Lin. Memang tiada apa-apa rasa kesal lagi bagi Li Bai sepanjang umur hidupnya disebabkan mendapat seorang perempuan yang begitu mengambil kira keselamatannya, dan pernah menumpukan segala cinta terhadapnya.

Seawal tahun 725 Masehi, iaitu tahun ke-13 pemerintahan Raja Kaiyuan Dinasti Tang, Li Bai memutuskan untuk meninggalkan kampung halamannya di Shu (Provinsi Sichuan sekarang, bahagian barat daya China), lalu memulakan penjelajahannya ke tempat-tempat yang beliau meminati. Li Bai memilih jalan melalui Tiga Gaung di Sungai Yangtze dengan menaiki kapal. Semua pemandangan yang dilaluinya lama-kelamaan menjadi asing belaka, kerana kampung halamannya sudah jauh ditinggalkan. Yang masih mengiringi Li Bai itu hanya air sungai Yangtze sahaja, yang mengalir deras mendorong kapal yang dinaikinya ke bandar pertama yang beliau singgah, iaitu Jiangling.

Li Bai memang tidak menjangka dapat bertemu dengan seorang tokoh ternama di bandar Jiangling. Tokoh itu bernama Sima Zhen, seorang penganut agama Tao yang amat dihormati oleh tiga raja secara turun temurun ketika itu. Sima Zhen yang tinggal di Gunung Tiantai, bukan sahaja hafal ilmu Taoisme dan ilmu ghaib yang berkaitan, tetapi juga cemerlang pada aspek kaligrafi dan puisi. Puisi yang dihasilkannya bercorak romantik seolah-olah ciptaan dewa-dewi.

Raja Xuanzong yang amat menghormati Sima Zhen pernah memanggilnya ke ruangan kediaman di istana untuk meminta tujuk ajar tentang ajaran dari Kitab Tao. Selain itu, baginda masih membina satu kuil yang disebut "Yang Tai Guan" untuk digunakan Sima Zhen dan mengatur adik perempuan ipar baginda mengikuti beliau mempelajari kitab Taoisme.

CRI/-

KETUA KAMPUNG: KESAL TIDAK BUAT KERJA

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh safarizal saleh.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal Kerajaan Negeri Perak di bawah Barisan Nasional (BN) meneruskan perlantikan Ketua-ketua Kampung yang tidak memberikan rekod yang bersih dan banyak menerima aduan tidak baik daripada masyarakat kampung akibat sikap tidak bertanggungjawab mereka dan terlalu sibuk berpolitik kepartian.

Ini ditambah pula dengan adanya beberapa Masjid dan Surau juga menjadi medan yang digunakan oleh Ketua Kampung tertentu untuk campur tangan di dalam urusan Jawatankuasanya yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk).

Terdapat juga beberapa kes akibat terlalu sibuk dengan program harian di luar daripada mukim atau kampung yang diuruskannya, sebagai contoh satu kes kematian tidak dapat diuruskan segera kerana pihak simati tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah tersebut.

Oleh kerana kos menguruskan jenazah hingga ke kubur telah mencecah hampir RM1,500, terdapat sebuah keluarga di sebuah perkampungan di Ipoh tidak dapat menyegerakan pengebumian jenazah daripada waktu pagi hinggalah ke petang dan hanya dapat dikebumikan setelah mendapat sumbangan orang ramai.

DPPN Pk boleh membuktikan kes seumpama ini dan amat kesal penjawatan mereka terus disambung tanpa mendapat pandangan daripada masyarakat setempat. Tidak seperti pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dahulu yang menyerahkan semua proses perlantikan melalui pemilihan peringkat kampung tersebut.

Dengan cara tersebut barulah suara atau pandangan setiap penduduk akan diambil kira kerana Ketua Kampung bukan hanya menjalankan tugas mereka kepada Kerajaan Negeri bahkan menjalankan tugas mereka untuk rakyat!

"Dewa Puisi" Li Bai (4)

07 Rabiul Awal 1432 H.

Isteri pertama Li Bai adalah diperkenalkan oleh dua orang kawannya, Hu Ziyang dan Ma Zhenggong ketika Li Bai berjelajah melalui Anlu, Provinsi Hubei pada tahun 727 Masehi. Isteri itu sebenarnya adalah cucu bekas Perdana Menteri, Xu Weishi.

Dalam tempoh selama 10 tahun selepas Li Bai memperisterikan Xu, penyajak itu terus tinggal di rumah orang mentua. Rasanya tertekan disebabkan bukan tinggal di rumah sendiri.

Beliau menunjukkan sikap yang bertanggungjawab terhadap perkahwinan pertama itu yang mendatangkannya dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Li Bai mempunyai kekasih pertama pada tahun 739 Masehi, iaitu 12 tahun selepas pernikahan pertamanya,

atau setahun selepas isteri pertamanya meninggal dunia. Beliau hidup bersama-sama dengan kekasih yang bernama Liu itu, dan pernah membeli sebuah rumah di Provinsi Anhui untuk Liu. Tetapi, kedua-dua mereka berpisah tidak lama kemudiannya dengan alasan yang kurang jelas.

Isteri kedua Li Bai adalah seorang penduduk bandar Rencheng, Provinsi Shandong. Li Bai menjelajah di sana pada tahun 745 Masehi. Pada masa itu, Li Bai baru meninggalkan ibukota Chang'an dengan membawa sekantung besar intan emas.

Beliau bersama-sama dengan Du Fu dan Gao Shi, dua orang penyajak yang tersohor ketika itu, memilih berjelajah melalui Shangqiu, Provinsi Henan, lalu menginap di situ dalam jangka masa yang agak panjang.

Setelah berpisah dengan kedua-dua orang kawan tersebut, Li Bai bertolak ke Gunung Tai di Provinsi Shandong untuk menduduki ujian Daolu. Ketika melalui Bandar Rencheng, Li Bai berasa agak sepi dan kebetulan dapat berjumpa dengan seorang perempuan yang beliau cepat jatuh cinta dengannya.

Mereka terus mendaftar untuk menikah dan perkahwinan turut membawa seorang anak lelaki kepada mereka. Kemudian, Li Bai membeli banyak tanah di bandar Yanzhou, Provinsi Shandong, dan memberikan mandat kepada isteri keduanya untuk mengendalikan tanah itu ketika beliau menjelajah di tempat lain.

Ini mencerminkan bahawa Li Bai amat mempercayai isteri kedua itu. Cuma, malangnya isteri itu meninggal dunia hanya lima tahun sahaja selepas mereka berumah tangga.

Isteri ketiga Li Bai bernama Zong, cucu Zong Cheke, iaitu Perdana Menteri semasa pemerintahan Ratu Wu Zetian. Li Bai mengenalinya ketika menjelajah di bandar Kaifeng, Provinsi Henan pada tahun 750 Masehi. Kononnya, pengalaman Li Bai mengenali isteri itu bercorak romantik.

Pada masa itu, Li Bai minum terlalu banyak arak hingga menjadi mabuk di Taman Liang. Tiba-tiba, beliau mempunyai rasa mahu menghasilkan sesuatu dalam bentuk puisi, lalu menulis "Liang Yuan Yin" pada dinding taman itu. "Liang Yuan Yin" ialah sebuah puisi yang dapat tersebar dalam lingkungan yang luas pada zaman berikutnya.

Setelah menulis karyanya pada dinding taman itu, Li Bai barang-kali buang air kecil di satu sudut dinding, kemudian, baru meninggalkan tempat itu dalam keadaan mabuk.

Tidak lama selepas itu, Cik Zong dan pelayannya berjalan melalui tempat itu, dan turut terpikat oleh puisi "Liang Yuan Yin" yang ditulis oleh Li Bai pada dinding itu. Cik Zong sangat suka puisi itu dan membacanya berulang-kali, dengan hanya berdiri di sana, tidak mahu berjalan lagi.

CRI/-

18 maut dalam serangan bom di Pakistan

07 Rabiul Awal 1432 H.

PESHAWAR: Serangan berani mati yang mensasarkan perarakan tentera hari ini mengorbankan kira-kira 18 askar di bandar barat laut, Mardan, kata polis hari ini.

"Ia adalah serangan berani mati. Pengebom remaja berjalan kaki dan memakai pakaian seragam," kata Pegawai Kanan Polis di Mardan, Abdullah Khan. Dua pegawai tentera di Peshawar mengesahkan serangan itu dan jumlah kematian. Mardan terletak kira-kira 30 kilometer di timur laut bandar Peshawar.

Berita Harian/-

Rundingan tentera Korea Utara-Selatan gagal

07 Rabiul Awal 1432 H.

SEOUL: Rundingan membabitkan tentera Korea Utara dan Korea Selatan yang bertujuan mengendurkan ketegangan kedua-dua negara berjiran, semalam gagal selepas delegasi Korea Utara meninggalkan meja perbincangan.

Kedua-dua pihak duduk berunding untuk kali pertama sejak tentera Korea Utara melancarkan serangan artileri terhadap pulau Korea Selatan di Laut Kuning, 23 November lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, rundingan itu gagal mencapai persetujuan mengenai tarikh yang sepatutnya perjumpaan itu diadakan semula. “Mengikut keadaan semasa, kami boleh menyatakan bahawa rundingan itu sebenarnya sudah gagal," katanya.

Sementara itu, Washington berkata, keputusan Pyongyang untuk meninggalkan meja rundingan dianggap 'mengetepikan peluang' dalan konteks mengukuhkan hubungan kedua-dua negara berjiran itu.

Selepas dua hari perbincangan di peringkat jawatankuasa kerja yang bertujuan menetapkan agenda untuk mesyuarat peringkat tertinggi tentera, ia bagaimanapun tidak mampu dicapai kedua-dua pihak.

Berikutan insiden serangan ke atas Pulau Yeonpyeong di perairan Korea Selatan yang mengorbakan empat orang termasuk orang awam itu, Seoul menuntut agar jirannya itu memohon maaf.

Korea Selatan juga menuduh Korea Utara menembak kapal perangnya pada Mac tahun lalu di perairan sempadan yang menyebabkan 46 maut tetapi ia dinafikan Utara.

Berita Harian/-

Seksinya........

7 Rabiul Awal 1432H.

Kadang-kadang apa yang kita lihat bukan seperti yang sebenarnya kita sangkakan. Sepertilah dalam karikatur yang kami pilih hari ini membuktikan sebenarnya andaian kita kepada sesuatu sebenarnya banyak yang meleset. .

Keperluan media bersama PR

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Li Fook Gao.

Minda Naib Presiden PAS ke 22 bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Jika anda mempunyai soalan khas untuk ditujukan untuk ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila emailkan kepada sembangnaibpresidenpas@gmail.com

Soalan 1:

Berikan penilaian terhadap jentera PAS dan Pakatan Rakyat di PRK Tenang. Apa kekurangan yang harus diatasi sebelum PRK Merlimau?.

Tuan Ibrahim:

Pada keseluruhannya jentera parti PAS telah melakukan kerja yang sangat baik, dan penghargaan harus diberi kepada mereka bahkan seluruh jentera dari DAP dan PKR. Kita boleh lihat bagaimana mereka telah memulakan tugasan seawal pengistiharan kekosongan kerusi DUN Tenang.

Pada peringkat awal kita memang menjangkakan agak sukar untuk memenangi kerusi Tenang, kerana kelemahan jentera dan organisasi PAS di sana; dan majoriti yang melebihi dua ribu dalam mana-mana PRK adalah sesuatu yang sukar di atasi.

Kelemahan utama ialah kerja yang bersifat umum, dan tidak fokus kepada undi sasaran. Oleh kerana terdapat kawasan yang dianggap kubu bagi BN, (Felda , Felcra dan kampung tradisi), maka jentera parti banyak menumpukan di kawasan ini, dan kegagalan mendapat undi sasaran menyebabkan kita gagal.

Di samping itu, faktor banjir juga menyebabkan ada pengundi yang tidak dapat ke tempat pengundian dan kesibukan menghadapi banjir disebabkan ketidakmampuan kita dalam menyediakan boat dan kenderaan yang sesuai.

Salahuddin Ayub:

Saya rasa PRK Tenang telah memberikan suatu gambaran yang jelas bahawa walau apapun yang cuba digambarkan media tradisional kerajaan, PR masih utuh dan ketiga-tiga pimpinan parti telah menunjukkan satu kombinasi, iltizam dan komitmen yang begitu tinggi.

Cuma saya rasa pada masa-masa akan datang, gandingan ketiga-tiga tokoh ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Guru Presiden dan YB Lim Kit Siang harus dilihat lebih mantap dengan gerakan bersama yang dilihat sebagai lambang kekuatan dan keutuhan PR.

Mahfuz Omar:

Isu di Tenang bukan masalah dari segi kekuatan bilangan jentera. Jentera kita cukup kuat tetapi kelemahan kita ialah dalam mengkomunikasikan segala dasar dan polisi yang ingin dibawa PAS dan PR itu sampai kepada rakyat.

Di samping itu, kita juga kena memikirkan cara untuk berkomunikasi terhadap segala persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara dapat difahami sepertimana yang kita kehendaki.

Ini merupakan kelemahan-kelemahan dalam konteks ini kerana kita kadang-kadang terlalu leka untuk menyampaikan sesuatu dasar dan polisi yang kita nak bawa dalam pemerintahan kita.

Kita harap orang akan faham apa yang kita kehendaki, tetapi kita pula jarang memahami ada perkara yang kita bercakap “A”, orang lain akan faham “B”. Ini persoalan yang harus dikaji oleh PAS dan PR supaya frequensi komunikasi itu sama, di mana apabila kita bercakap “A”, orang akan dapat “A” dan bukannnya “B” kerana ini antara kelemahan kita di PRK Tenang.

Tidak dinafikan juga, propaganda BN walaupun dengan menggunakan segala dana rakyat melalui media tradisional dan sebagainya, ini berjaya berpihak kepada BN.

Akan tetapi, kita harus fikirkan cara atasi masalah ini dari sudut kelemahan media yang tidak berpihak pada kita ini. Kita harus fikirkan cara bagaimana untuk mengheret dan mengumpan media tradisional ini supaya akhirnya tindakbalas dan reaksi mereka akan membawa manfaat kepada kita.

Soalan 2:

Apakah pendekatan berbeza yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat kali ini untuk menonjolkan kelainan PR daripada BN dalam menghadapi PRK Merlimau?

Salahuddin Ayub:

Saya rasa kita harus ada pendekatan-pendekatan baru yang inovatif, dan kita boleh cuba kaedah-kaedah dan pendekatan baru khususnya bagi mendekati pengundi-pengundi muda.

Dan kita harus lebih banyak menonjolkan kebersamaan dan komitmen ketiga-tiga parti dalam blog, Facebook dan juga Twitter supaya akses pada generasi ini lebih cepat.

Yang ketiga saya ialah sentuhan-sentuhan baru dengan menggunakan teknologi IT juga harus dipertingkatkan di samping kita mencari kaedah terbaik mengekalkan sokongan undi bukan Melayu dan juga meraih sokongan daripada pengundi Melayu.

Mahfuz Omar:

Kita tidak boleh melihat dengan kaca mata yang sama apabila kita turun dengan full force sebagai satu strategi dan taktikal yang bijak bukan dalam semua keadaan.

Kita juga perlu wujudkan kelainan daripada sudut tenaga jentera kita yang sedikit dan dana kita yang lebih kecil tetapi penghasilan kita lebih baik dan mantap.

Pakatan Rakyat kena tanya diri sendiri, apakah yang kita hendaki atau objektif kita di PRK Merlimau?

Ini yang harus diletakkan sasaran supaya kita tahu apa yang terbaik yang boleh kita perolehi.

Strategi dan taktikal yang betul juga bukan bermakna semua PRK kita kena sertai. Tidak sertai satu-satu pilihanraya mungkin juga ialah satu strategi dan taktikal yang baik.

Strategi dan taktikal yang betul itu bukan bermakna semua PRK kita seharusnya turun dengan kewangan yang besar dan full force kerana strategi itu tidak semestinya sesuai dengan semua masa dan keadaan.

Ada masa dan keadaan di mana kekuatan kita lebih kecil daripada biasa namun kita mencapai hasil yang boleh dibanggakan juga merupakan satu strategi dan taktikal untuk memperlihatkan kelainan kita kepada masyarakat dan rakyat selepas daripada keputusan PRK itu dicapai.

Secara ringkasnya, kita tidak boleh berfikir untuk menyertai PRK dengan cara biasa, kita mesti menyertai pilihanraya ini dengan cara luar biasa – luar biasa itu bukan bermakna dulu jentera kita sedikit, kini kita kena banyak.

Jika kita inginkan hasil yang luar biasa, kita kena berfikir cara luar biasa kerana jika kita sentiasa guna cara biasa, hasil kita akan seperti biasa. Harap direnungkan….

Tuan Ibrahim:

Untuk Merlimau PAS dijangka menghadapi suasana lebih agresif berbanding Tenang; akan tetapi itu bukanlah masalah.

Mekanisma kita untuk menghadapi mereka perlu fokus kepada undi sasaran dan hadapi pengundi secara berhemah. Masyarakat akan menilai dan tidak perlu menggunakan pendekatan agresif bagi menghadapi mereka.

Pendekatan ziarah dan kunjungan pimpinan di samping pengedaran risalah agar maklumat sampai kepada pengundi sasaran perlu dipastikan berjalan lancar. Suasana agresif di hari pengundian juga perlu dielakkan, kerana provokasi akan menakutkan pengundi, khususnya kaum Tionghua.

Soalan 3:

Perlukah Pakatan Rakyat mewujudkan satu media bersepadu berperanan seperti Bernama untuk menyebarkan berita-berita Pakatan Rakyat ke semua media/suratkhabar/laman web berita alternatif supaya berita mengenai Pakatan Rakyat tidak diputarbelitkan dan dibuat dalam konteks yang betul?

Mahfuz Omar:

Itu satu perkara yang sangat wajar bagi saya bahawa satu agensi berita rasmi PR perlu diwujudkan.

Selain itu, satu sekretariat media rasmi PR perlu diwujudkan yang berfungsi menyalurkan semua maklumat, pendirian terhadap segala persoalan dan pergolakan dan juga mengkomunikasikan dasar dan polisi yang dibawa Pakatan Rakyat kepada semua media rasmi kita, media alternatif dan media-media terutamanya blog-blog yang mendokong cita-cita PR ini.

Akan tetapi, kebergantungan kita terhadap media adalah satu bab lain, satu perkara yang lebih penting ialah kebijaksanaan cara pemimpin-pemimpin kita dalam mengeluarkan kenyataan dan menjawab soalan-soalan media perlu harus difikirkan oleh PR.

Kita tidak boleh sewenang-wenang mengeluarkan atau memberikan respons kepada apa yang diperkatakan dan dihulurkan soalan oleh media tanpa melihat kepada situasi politik secara menyeluruh – ini sangat bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk mengelak sendiri daripada diumpan media ke jerat kontroversi.

Kadang-kadang (kenyataan diputarbelitkan) bukan kerana kita tidak mempunyai media bersepadu yang melibatkan orang tidak mendapat maklumat atau kita dieksploitasi media lawan ini – tapi kerana kesilapan kita.

Kita juga harus memanfaatkan peluang dalam media tradisional lawan dalam rancangan-rancangan berbentuk forum yang boleh kita buat panggilan – jadi perlu ada petugas-petugas khas yang membuat panggilan yang cepat untuk memintas segala propaganda yang cuba dibawa oleh panel-panel talkshow forum dan media tersebut.

Ini yang dikatakan strategi “monkey ranching” untuk kucar-kacirkan media tradisional yang juga perlu ada pada PR.

Tuan Ibrahim:

Cadangan ini sangat baik, kerana ianya akan lebih tersusun, menjimatkan kos dan tenaga.

Walaupun ianya adalah sesuatu yang agak sukar, tetapi lujnah penerangan di setiap parti mampu melakukannya; di samping mekanisma pengedaran yang lebih bersistematik khususnya untuk PRK Merlimau.

Dalam konteks parti PR, setiap parti perlu menyalurkan mesej bersifat kepartian masing-masing, dan ini adalah hak parti, tetapi bagi menyalurkan maklumat umum ianya perlu diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah akhbar PR yang bersifat dwi bulanan, dan adanya web khusus bagi saluran rasmi PR.

Salahuddin Ayub:

Saya rasa itu satu cadangan yang cukup proaktif dan cukup mencabar, walau apapun PR mesti berfikir ke arah itu supaya kita dapat memiliki sendiri pusat berita kita, dan kita lihat lebih berupaya untuk menyebarkan maklumat kita dalam acuan kita sendiri.

Harakahdaily/-

Rayuan Derma Idham Care (IDCARE)

7 Rabiul Awal 1432H.

Saya merayu kepada semua pengunjung Blog Cina Islam untuk menyumbang ZAKAT/DERMA ke dalam NGO Idham Care (IDCARE) untuk menampung perbelanjaan kegiatan kebajikan dan kemasyarakat.

Dengan penubuhan IDCARE maka akaun Tabuan Amal DUN Titi Serong yang menjadi tabung untuk menyalurkan sumbangan pelbagai pihak sebelum ini , adalah dalam proses di non aktifkan.

Insya Allah kami akan mengagihkan semua sumbangan tersebut untuk membiayaan kegiataan bagi memenuhi hasrat penubuhan Idham Care seperti berikut :-

1. Menyatukan semua golongan masyarakat .
2. Menganjurkan sebarang aktiviti bagi faedah masyarakat khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf hidup, pendidikan, kemahiran dan integriti/jatidiri.
3. Memperbaiki rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak dan iktisad masyarakat.
4. Memperbaiki semangat persahabatan dan persefahaman seluruh masyarakat.
5. Menggalakkan masyarakat bertanggungjawab didalam hal ehwal tatarakyat dan kemasyarakatan dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat.
6. Mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada seluruh masyarakat.
7. Menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada Negara.
8. Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan NGO sama ada diperingkat daerah, negeri dan peringkat nasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.

Antara kegiatan yang kami rasakan memerlukan bantuan segera adalah seperti berikut dan ianya dapat direalisasikan dengan sumbangan yang disalurkan oleh pelbagai pihak.

1. Bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal
2. Bantuan mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banjir.
3. Lawatan kepada warga terlantar, fakir miskin, sakit dan sebagainya
4. Bantuan peralatan sukan dan yang berkaitan untuk remaja.
5. Bantuan untuk megadakan perayaan hari besar Islam seperti ceramah dan sebagainya.
6. Segala kegiatan yang difikirkan bersesuai dengan keadaan semasa bagi membantu pelbagai pihak dengan program yang bersesuaian.

Salurkan sumbangan ikhlas tersebut ke Akaun berikut :

Nama Akaun : IDHAM CARE
Nama bank : Maybank
No. Akaun : 558417102650.

40 terbunuh di Kharga

07 Rabiul Awal 1432 H.

KUMPULAN penentang kerajaan Hosni Mubarak menunjuk perasaan di luar bangunan Parlimen negara itu di Kaherah, semalam.

PENUNJUK perasaan antikerajaan berkumpul berhampiran kereta kebal yang mengawal Muzium Mesir, berhampiran Medan Tahrir, semalam.

KAHERAH: Kumpulan pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin berkata semalam, sekurang-kurangnya 40 penunjuk perasaan terbunuh di Kharga, selatan negara itu ketika revolusi rakyat di seluruh Mesir masuk hari ke-16 semalam.

Ikhwan, dalam kenyataannya berkata, pasukan keselamatan Mesir mensasarkan penunjuk perasaan antikerajaan di daerah itu dengan peluru hidup.

Sementara itu, Medan tahrir di Kaherah terus sesak dengan penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sehingga ini, pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, hampir 300 orang terbunuh akibat tunjuk peerasaan itu, se selepas pegawainya melawat sembilan hospital. Dalam pada itu, Naib Presiden, Omar Suleiman berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertolak ansur dengan tunjuk perasaan yang sudah berlarutan begitu lama.

Omar berkata demikian ketika 50,000 penunjuk perasaan menghalang Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada memasuki pejabatnya di Kaherah sambil mendesak beliau meletak jawatan bersama-sama anggota Kabinetnya yang lain.

Orang ramai juga berarak ke Kementerian Dalam Negeri dan bangunan Parlimen di ibu negara itu meskipun kerajaan berjanji untuk melakukan pembaharuan pada perlembagaan dan menaikkan gaji kakitangan awam.

Omar juga berkata, kerajaan mempunyai rancangan dan jadual untuk pemindahan kuasa secara aman.

Di Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir, ramai penunjuk perasaan meluahkan rasa marah terhadap sikap Amerika Syarikat dalam menangani revolusi di negara itu.
Sementara itu, beribu-ribu pekerja di bandar Suez dan Ismailia melancarkan mogok.

Metro/-

Pulau Pinang anjur perarakan Maulidur Rasul

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

PULAU PINANG, 10 Feb: Seperti biasa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1432H/2011M bertempat di Padang Kota Lama pada 15 Februari ini bermula jam 7.00 pagi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagaimana tahun lalu temanya tetap sama iaitu 'Wasattiyah Tunggak Kecemerlangan Ummah' yang menjurus kepada maksud melahirkan kesederhanaan dalam Islam.

Menurutnya, memandangkan program ini merupakan kesinambungan kepada program tahun lepas kebanyakan pengisianya tidak berubah, cuma individu yang terbabit sahaja yang berganti contohnya ceramah Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Sheikh Faisol Omar dari Jabatan Agama Islam Kedah dan persembahan nasyid dari Jabatan Penjara Pulau Pinang iaitu johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010.

Katanya lagi, bacaan kitab Bidayat As-Sul Fi Tafdil Rasul selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri tetap disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa dan Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang, Rosli Othman bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang pada 12 dan 13 Februari.

Ia, tambahnya akan diikuti Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada 14 Februari di Masjid Negeri bermula jam 7.00 malam yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, seramai 4,000 peserta pembarisan dijangka akan mengambil bahagian pada perarakan tahun ini yang melibatkan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta lain-lain.

Pada hari yang sama juga, katanya diadakan Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang di mana antara pengisiannya ialah anugerah khas Maulidur Rasul kepada personaliti yang mencipta nama peringkat negara dan antarabangsa, pelancaran Dana Wakaf oleh Yang Dipertua Negeri, ceramah Maulidur Rasul serta persembahan nasyid.

Katanya, kali ini juga Radio Pulau Pinang (Mutiara FM) telah mengadakan jalinan kerjasama untuk menyiarkan ceramah agama dari tokoh agama dari negeri atau kebangsaan selama 10 siri yang bertemakan Maulidur Rasul bermula dari 10 hingga 20 Februari di samping memperkenalkan Pameran Tamadun Islam pada 15 Februari di tempat yang sama.

"Dengan pemberitahuan ini tiada lagi mana-mana pihak mengambil peluang menghentam kerajaan negeri kononnya tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sepertimana kekecuhan di tahun lepas," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.
Harakahdaily/-

Kelantan beri jaminan tidak naik tarif air

07 Rabiul Awal 1432 H.

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS hari ini memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air kerana mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikkan beberapa barangan keperluan harian.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memberikan jaminan itu berkata, kerajaan negeri sepatutnya menaikkan tarif air pada Oktober tahun lalu.

"Bagaimanapun setelah mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan beberapa barangan lain antaranya petrol, kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan menaikkan tarif air," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tempoh jaminan kerajaan negeri untuk tidak menaikkan tarif air itu.

"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan tarif air, walaupun kita mengakui bahawa kita memikul bebanan yang berat kerana untuk pam air ke tangki memerlukan penggunaan elektrik dan untuk menyalurkan bekalan air yang bersih perlu menggunakan klorin, yang kos kedua-duanya juga telah meningkat," katanya.
Individu berkuasa

Mengenai isu debat berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS itu menjelaskan kesediaannya untuk berdebat dengan "individu berkuasa" merujuk kepada Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat.

"Kalau ada orang nak berdialog dengan saya mengenai Islam, saya nak orang berkuasa, tidak orang biasa...kalau dalam negeri Menteri Besar, kalau pusat Perdana Menteri," katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun, semalam Nik Abdul Aziz menafikan beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya itu sebaliknya berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak berkuasa yang lain dan bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Harakahdaily/-

Hormati larangan umat Islam rai Valentine Day

07 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan Valentine Day.

“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” ujarnya.

Harakahdaily/-

CUEPACS dakwa gaji kakitangan awam tak naik

7 Rabiulawal 1432H.[MOD]-

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Beliau berkata, sewajarnya isu anjakan gaji bagi mereka yang lulus PTK aras empat diselesaikan awal bagi mengelak masalah teknikal pada masa depan berikutan pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. (Berita Harian)