06 Julai 2011

Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

Ketua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.

"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.

Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.

Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.

"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.

Jimadie Shah Othman
malaysiakini/-

Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia tersedak susu

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU 6 Julai – Seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak ketika minum susu di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini hari ini.

Bayi itu disahkan meninggal dunia pukul 9.55 pagi ini di sebuah klinik berdekatan di mana dia dihantar untuk mendapatkan bantuan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. – Utusan

Kepala gadis tersepit pada pintu bas

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

GADIS malang ini terpaksa menahan sakit apabila kepalanya tersepit di pintu sebuah bas.

ANHUI - Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.

Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.

Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.

Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan. - Agensi

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02
Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka

4 Syaaban 1432H. [MOD] -



Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.

NONE
Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Israel bedil militan di sempadan Gaza

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

GAZA: Tentera udara Israel membedil Semenanjung Gaza menyebabkan dua lelaki bersenjata daripada kumpulan Palestin yang ada kaitan dengan al-Qaeda, terbunuh ketika menghampiri pagar sempadan, menurut sumber tentera dan militan.

Kedua-dua yang terbunuh itu serta seorang rakan mereka adalah anggota kumpulan radikal yang menentang pemerintahan Hamas di Gaza.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel menyatakan pihak tentera udara menyerang "sepasukan pengganas yang bersiap sedia untuk melancarkan roket" menyeberangi sempadan. - Reuters

Pakatan: Bebaskan semua tahanan, tarik balik haram Bersih 2.0

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pakatan Rakyat menggesa Putrajaya harus melepaskan semua tahanan yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti Bersih 2.0 serta menarik balik semua bentuk pengharaman terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk kemeja-T.

Selain itu, tegas pemimpin Pakatan Rakyat, enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, juga perlu dilepaskan.

Tindakan harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Selain itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat, langkah Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pemandu Bersih termasuk pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan membuktikan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Kementerian Dalam Negeri.

“Ya, sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dan memberi pandangan baginda dalam isu ini dan baginda tidak mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram malah baginda juga meminta kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara ini secara baik.

“Kalau Bersih ini pertubuhan haram, mengapa Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan berunding untuk mencari jalan penyelesaian? Malah baginda juga perkenan untuk membenarkan Bersih menghadap baginda untuk berbincang.

“Jadi atas hujah ini tidak timbul Bersih adalah pertubuhan haram atau sebagainya dan apa jua tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sangat bertentangan dengan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu semua mereka yang ditahan perlu dibebaskan serta-merta dan semua pengharaman yang dibuat ke atas Bersih harus ditarik balik.

“Sesiapa sahaja yang ditahan dalam isu Bersih ini harus dibebaskan serta-merta kerana ia bertentangan dengan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Malah semua pengharaman termasuk kemeja-T Bersih 2.0 juga harus ditarik balik,” katanya.

Minggu lalu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.

Lebih 200 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.

Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda.

Malah Yang di-Pertuan Agong bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Semalam, Bersih 2.0 mengumumkan perhimpunan akan diadakan di stadium seperti mana yang dicadangkan kerajaan.

Menurut Ambiga, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N. Surendran berkata Putrajaya sepatutnya secara serta-merta membebaskan kesemua individu yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0.

Selain itu, tegas beliau, semua pengharaman terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T harus ditarik balik.

“Pandangan saya jelas semua mereka yang ditahan termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat mesti dilepaskan dengan serta-merta kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mengatakan Bersih dan Himpunan Bersih 2.0 adalah haram.

“Sepatutnya selepas titah Yang di-Pertuan Agong kerajaan harus membebaskan mereka semua dan semua pengharaman termasuk baju Bersih 2.0 ditarik balik malah ia dibenarkan dipakai secara terbuka,” katanya.

Tambah peguam hak asasi itu, namun sehingga kini Putrajata melalui Kementerian Dalam Negeri polis masih belum membebaskan semua tahanan sambil menyifatkan “melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.”

“Sekarang Himpunan Bersih 2.0 akan dibuat di stadium, sepatutnya polis dan Kementerian Dalam Negeri melepaskan semua tahanan, tarik balik pengharaman dan ia jelas dalam mesej yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong tapi mereka enggan ikut.

“Yang paling penting adalah titah Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak kata Bersih 2.0 ini pertubuhan haram... Agong kata ia harus diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyerahkan keputusan kepada polis untuk menentukan nasib kesemua individu yang ditahan.


PAS Sarawak Condemn Zulhaidah Arrest for Wearing BERSIH T-Shirt

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

MIRI: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH yang disifatkan sebagai mempromosikan perhimpunan haram 9 Julai ini, sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Ling Sie Kiong yang bertindak sebagai peguam beliau turut mengesahkan mengenai penahanan Zulhaidah, ketika ditemui di Balai Polis Pusat Miri di sini petang semalam,Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.

Menurut Ling, Zulhaidah dihadap ke Mahkamah Majistret jam 8.30 pagi ini untuk ditahan reman. Berdasar maklumat terkini,Zulhaidah ditahan reman selama tiga hari lagi. Ketua Penerangan PAS Sarawak,Sdr Azwani dan Ketua Pemuda ;Mohd Arif;turut berada di perkarangan Kompleks Mahkamah pagi ini.

Dalam kenyataan ringkas,Ketua Penerangan PAS Sarawak kesal dengan tindakan penguasa menahan seorang wanita dan berstatus ibu hanya sekadar kerana memakai T-Shirt kuning.Ini merupakan satu usaha menakutkan rakyat,namun beliau yakin desakan dan ugutan sebegini akan meningkatkan simpati dan sokongan rakyat pada BERSIH dalam memperjuangkan satu pilihanraya yang adil dan bersih

Bagi beliau,Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Maka sewajarnya tangkapan sebegini tidak berlaku dan PAS Sarawak menuntut segera pembebasan Puan Zulhaidah.

pas miri/-

Apa penduduk dapat Najib ke Jengka esok

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 6 Julai: Kunjungan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ke Bandar Pusat Jengka esok untuk mengisytiharkan nama baru Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka dijangka tidak akan membawa banyak manfaat kepada penduduk-penduduk bandar tersebut.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Pertukaran nama itu, kata beliau hanyalah sebagai satu perisytiharan bagi membina reputasi dirinya di sebalik kejayaan bekas Perdana Menteri dan arwah ayahnya Tun Abdul Razak kerana hakikatnya nasib penduduk di Bandar Jengka sememangnya jauh ketinggalan dengan apa yang cuba dipamerkan kepada Najib.

“Kini, di serata tempat daripada jalan masuk ke Bandar Jengka, terpampang gambar Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengembalikan nostalgia tersebut.

Sempena kunjungan PM kali ini, Bandar Jengka dihiasi dengan pelbagai daya tarikan dengan tersergamnya khemah, jalan-jalan diturap, longkang dibersihkan dan pelbagai gambaran seolah-olah ia sebagai sebuah bandar serba canggih dan menarik.

Beginilah pembohongan dan gambaran palsu yang sering dihidangkan kepada pemimpin-pemimpin setiap kali mereka berkunjung atau mengadakan lawatan rasmi,” kata Tuan Ibrahim.

Muslihat melawat

Lawatan Najib ke Bandar Jengka esok, Tuan Ibrahim berpendapat lebih menjurus kepada keadaan terdesak bagi menarik dan mengekalkan sokongan peneroka kepada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Lawatan ini dilakukan di saat Felda berhadapan dengan pelbagai saman daripada para peneroka yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan yang tidak telus, menekan dan menipu mereka sekian lama,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Isu utama di Jengka

Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai isu utama yang masih belum selesai seringkali menghantui penduduk, sebagai contoh, isu utama ketiadaan bekalan air bersih bagi penduduk Bandar Jengka masih belum selesai.

Beliau memberikan contoh kawasan Matau yang terletak di Bandar Jengka di mana tempat ini merupakan pengasas kepada pembentukan Bandar Jengka, sehingga kini masih tidak mempunyai bekalan air bersih.

“Penduduknya masih menggunakan air telaga sebagai kegunaan seharian mereka. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi di saat negara diwar-warkan akan mencapai status negara maju menjelang 2020,” bidas beliau.

Nasib penduduk Matau

Matau sebagai sebuah penempatan utama dan asas kepada Bandar Jengka kini masih terbiar sebagai kawasan setinggan, dedah Tuan Ibrahim, sambil berkata bahawa sehingga kini penduduk di situ masih mengharapkan agar mereka diberikan geran kekal.

“Mereka sememangnya layak untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut, memandangkan merekalah generasi awal yang meneroka kawasan itu.

Kini setelah Bandar Jengka membangun, nasib mereka masih belum berubah. Hampir setiap tahun, mereka mendapat surat arahan pindah, ugutan rumah mereka akan dirobohkan, dan di atas alasan itu jugalah mereka tidak diberi kemudahan bekalan air bersih hingga kini,” terang beliau dengan kesal.

Keadaan di Bandar Jengka dan janji

Walaupun Jengka merupakan kawasan Felda yang paling luas di Malaysia, namun kata Tuan Ibrahim kawasan tersebut masih dibelenggu dengan terlalu banyak kemudahan asas yang belum disempurnakan.

Isu air bersih menjadi isu utama hampir di semua kawasan Felda bahkan Bandar Jengka seringkali berlaku gangguan bekalan air walaupun setiap kali kunjungan para pemimpin ke kawasan Jengka, mereka mengisytiharkan peruntukan bagi mengatasi masalah bekalan air, tambah beliau.

Terakhir, kata Tuan Ibrahim, ialah semasa kempen pilihan raya di Kerdau di mana beliau ialah Pengarah Pilihanraya untuk PAS ketika itu di mana PM telah mengisytiharkan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi mengatasi masalah bekalan air.

Sebelum itu, sewaktu kunjungan PM menghadiri program korban Perdana beberapa tahun lalu di sini, isu bekalan air turut disentuh, tambah beliau.

“Namun janji hanya tinggal janji, sekadar pemanis bicara. Kini kunjungan beliau pada 7 Julai ini (esok), rakyat akan sekali lagi akan mendengar pelbagai perisyhtiharan projek untuk memancing undi rakyat, namun selepas program beliau selesai, segalanya akan kekal sebagaimana sebelumnya,” beliau memberikan ingatan.

Harapan penduduk Bandar Jengka

Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan mesej kepada PM bahawa penduduk Jengka mengharapkan agar jalan utama yang menghubungkan Bandar Jengka dengan Kampung Awah serta jalan utama dari Jambatan Kuala Krau ke Bandar Jengka dilebarkan.

“Jengka yang didiami oleh ratusan ribu penduduk, kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama mengharapkan kunjungan PM kali ini memberi harapan baru kepada masalah yang mereka hadapi,” kata beliau yang juga bekas Adun Jengka.

harakahdaily/-

Baju Bersih: Ahli MPP PKR ditahan polis

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

SUBANG JAYA, 6 Julai: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di sini.

Harakahdaily difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju Bersih di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditangkap polis sejak minggu lalu kerana memakai baju Bersih atau berwarna kuning.

Mereka yang membawa atau menjual baju T Bersih juga ditangkap.

Semalam, seorang peniaga Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju T Bersih.

harakahdaily/-

Ulama terkenal Indonesia Zainuddin MZ meninggal dunia

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

JAKARTA, 5 Julai — Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan panggilan “Dai Sejuta Umat” Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital Pusat Pertamina di sini hari ini akibat serangan jantung.

Zainuddin (gambar), 60, yang suatu ketika dulu pernah menceburkan diri dalam dunia politik tetapi kemudiannya kembali aktif berdakwah, meninggal dunia pada pukul 9.22 pagi.

Laporan Bernama Online menyebut ribuan masyarakat menziarah jenazah beliau di kediamannya di Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah antara yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut anak pertamanya Haikal Fitri, Zainuddin semalam mengeluh pening kepala kerana tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya pergi ke Blitar, Jawa Timur untuk berdakwah, dan beliau sendiri telah menggantikan bapanya ke majlis itu

Zainuddin dikebumikan di halaman belakang Masjid Jame Fajrul Islam, dekat rumahnya petang ini, sebagai menunaikan hajat beliau.

50 Individu Nyala Lilin Depan Bukit Aman

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 individu mengadakan perhimpunan aman dan menyalakan lilin di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini malam ini bagi menuntut polis membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka mula berhimpun sejak 8.15 malam dan antara yang hadir termasuk kaum keluarga enam aktivis terbabit, ahli politik, anggota Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan anggota Lawyers for Liberty.

Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim berkata pihaknya telah pun menyerahkan bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perkara ini dan memohon kerjasama polis agar kesemua enam aktivis itu dibebaskan.

Kumpulan itu bersurai secara aman kira-kira setengah jam kemudian.

Keenam-enam anggota PSM yang ditahan itu, termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.

Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.

Polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.- BERNAMA

Bekas ketua IMF berdepan tuduhan baharu

4 Syaaban 1432H. [MOD] -



PARIS - Seorang penulis Perancis berusia 32 tahun, Tristane Banon akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn kerana cuba merogolnya.
Perkembangan tersebut berlaku beberapa hari selepas Kahn dibebaskan daripada tahanan rumah di New York atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di New York.
Penulis tersebut memfailkan aduan cubaan merogol kepada pihak pendakwa raya Perancis, kata peguamnya, David Koubbi kepada majalah berita L'Express.
Menurutnya, cubaan merogol itu itu berlaku pada tahun 2003 ketika anak guamnya mewawancara Kahn di sebuah apartmen di Perancis.
Koubbi memberitahu, anak guamnya berasa sakit hati melihat Kahn terlepas begitu sahaja daripada dakwaan melakukan serangan seksual. Apatah lagi, apabila dia melihat bekas ketua IMF itu menikmati makanan di restoran mewah bersama rakan-rakannya.
Bagaimanapun, Kahn dilaporkan akan menyaman Banon yang mendakwanya melakukan cubaan merogol dengan tuduhan memfitnah.
Kahn telah mengarahkan peguamnya, Henri Leclerc dan rakan sekutunya, Frederique Baulieu memfailkan dakwaan ke atas penulis itu.
Kahn yang meletak jawatan daripada IMF selepas menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual di hotel Sofitel, New York pada Mei lalu, menolak dakwaan Banon dengan menganggapnya cuma satu imaginasi. - AFP

Sakit mental punca askar marin mengamuk

4 Syaaban 1432H. [MOD] -



SEOUL - Seorang askar marin Korea Selatan memberitahu dia berang kerana dipulau, selain mempunyai tanda-tanda sakit mental sebelum dia membunuh empat rakan sekerjanya di sebuah pangkalan barisan hadapan, kata beberapa pegawai tentera semalam.
Askar marin berusia 19 tahun berpangkat koperal itu yang dikenali sebagai Kim, turut mencederakan seorang askar marin lain kelmarin apabila dia melepaskan tembakan di pangkalan tentera Pulau Ganghwa di selatan sempadan maritim dengan Korea Utara.
Ketua penyiasat insiden berkenaan, Kwon Yeong-jae memberitahu wartawan bahawa Kim mengalami masalah psikologi sambil merujuk kepada sekeping nota yang menunjukkan Kim kecewa dengan hidupnya.
Menurut pegawai berkenaan, Kim cuba untuk membunuh diri dengan meletupkan sebutir bom tangan selepas dia mengamuk, tetapi percubaannya gagal.
Insiden tembakan rambang itu merupakan yang terburuk pernah dialami tentera Korea Selatan sejak 2005, apabila seorang askar membaling sebutir bom tangan dan melepaskan tembakan rambang yang meragut lapan nyawa askar dan mencederakan beberapa yang lain. - AP

Nik Aziz berdoa untuk Agong di depan Kaabah

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Julai: “Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Bot flotila Perancis belayar ke Gaza

4 Syaaban 1432H. [MOD] -



ATHENS - Sebuah bot Perancis berjaya menyelinap keluar dari perairan Greece semalam dalam percubaan untuk mematahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza, sekali gus menghidupkan semula kempen antarabangsa yang tergendala.
Bot yang dikenali sebagai Dignite - Al Karama setakat ini merupakan satu-satunya bot daripada flotila yang melibatkan kira-kira 11 buah kapal kumpulan aktivis pro-Palestin yang berjaya belayar keluar dari Greece, selepas pihak berkuasa negara itu menghalang kapal-kapal lain daripada keluar dari pelabuhan Piraues, Athens.
Bot sepanjang 19 meter itu dinaiki lapan penumpang. Ia dijangka berada di perairan Gaza dalam masa sehari dua lagi, jelas seorang jurucakap kempen flotila Gaza, Jean-Claude Lefort.
Menurutnya, bot Dignite dapat membolosi kawalan pihak berkuasa Greece kerana ia tidak dapat dikesan berikutan bot berkenaan bukan berada di Piraeus tetapi di tempat lain.
Terdahulu, pihak berkuasa Greece menyatakan, ia menguatkuasakan larangan belayar ke atas flotila ke Gaza demi keselamatan sejumlah aktivis pro-Palestin di atas kapal-kapal berkenaan. - AFP

Mohon maaf berulang kali

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

KETERANGAN...Suzana memberi keterangan ketika ditanya Ishak.

HADIR...Erni Dekritawati bersama bapanya, Buhari Mohamed hadir di mahkamah.
SHAH ALAM: Panggilan telefon secara tergesa-gesa oleh pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad untuk memohon maaf berulang kali kerana tidak dapat pulang ke rumah selama tiga hari atas alasan mahu menolong jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menimbulkan kemarahan isterinya.

Ia menyebabkan Suzana Radin Pangat, 39, menghantar SMS kepada Noorhisham yang dianggapnya sanggup meninggalkan mereka sekeluarga pada Ramadan semata-mata mahu membantu orang lain dan panggilan telefon daripada suaminya itu sejurus pesanan teks itu dihantar, turut diabaikannya.

Apa yang Suzana tidak tahu itulah panggilan telefon terakhir daripada Noorhisham, pasangan hidupnya selama 16 tahun sebelum suaminya disahkan meninggal dunia.

Dengan nada yang sebak dan air mata yang bergenang, Suzana yang bertugas sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, memberi keterangan pada prosiding perbicaraan kes pembunuhan ngeri membabitkan Noorhisham, 38; Sosilawati, 47; pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44; dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Menurut Suzana, sebelum itu pada 30 Ogos 2010, jam 8 pagi, ketika Noorhisham menghantarnya ke tempat kerja, suaminya memberitahu mahu ke Banting pada sebelah petang bersama Ahmad Kamil atas urusan perniagaan membabitkan Sosilawati.

Katanya, itulah kali terakhir dia bertemu suaminya.

“Ia menjadi kebiasaan kepada Noorhisham maklumkan kepada saya jika dia balik lewat atau berjumpa pelanggan. Pada sebelah petang jam 4, ketika berada di pejabat, saya menerima panggilan telefon daripada Noorhisham memberitahu dia dalam perjalanan ke Banting bersama Ahmad Kamil dengan menaiki kenderaan milik rakannya itu.

“Kira-kira jam 8 malam selepas berbuka puasa, Noorhisham sekali lagi menghubungi saya. Dia (Noorhisham) maklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari sebab ‘ada hal’.

“Apabila saya tanya kenapa, dia kata nak selamatkan Sosilawati. Kamal ada ambil gambar ‘tak elok’ dan mahu sebarkan. Dia dan Ahmad Kamil terpaksa bantu Sosilawati,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yussuf.

ISHAK: Boleh beritahu mahkamah apa lagi yang berlaku?

SUZANA: Dia (Noorhisham) minta saya faham keadaan itu. Dia minta maaf pada saya banyak-banyak. (Ketika itu Suzana terus menangis. Apabila ditanya Hakim Datuk Akhtar Tahir sama ada dia mahu meneruskan atau diberi ruang bertenang, sambil mengangguk dia minta diteruskan).

Noorhisham kata dalam masa tiga hari dia balik dan ceritakan semuanya. Saya tanya dia di mana, dia tidak jawab, tanya dia berbuka (puasa) di mana pun dia tidak jawab dan terus matikan telefon. Dia nak cepat.

Saya tidak sempat bertanya apa-apa. Pada kebiasaannya kami akan bertanya satu sama lain di mana dan makan apa, tapi pada hari itu dia tidak jawab soalan saya.
ISHAK: Berapa lama perbualan itu berlaku?

SUZANA: Saya tidak ingat tetapi sekejap sangat.

ISHAK: Ketika itu ada kamu dengar apa-apa dalam telefon?

SUZANA: Tidak ada, suasana di sebelah sana sunyi.

ISHAK: Puan pasti yang menelefon puan itu adalah suami puan?

SUZANA: Ya, saya pasti sebab ada menyimpan nombor suami di telefon bimbit dan apabila dia membuat panggilan akan tertera namanya lagi pun saya pasti itu memang suara dia.

ISHAK: Selepas dia putuskan talian, apa tindakan puan?

SUZANA: Sebaik meletakkan telefon, saya menghantar SMS kepada Noorhisham. Masa itu saya cakap kenapa sanggup hendak bantu orang dan sanggup tinggalkan saya serta anak-anak.

ISHAK: Apa perasaan kamu ketika itu?

SUZANA: Pada masa itu saya marah, sebab itu saya SMS. Ketika marah saya tidak bercakap, hanya SMS. Selepas SMS itu dihantar Noorhisham ada menelefon saya kembali, tetapi dalam keadaan marah saya tidak mengangkat panggilannya.

ISHAK: Pada 30 Ogos 2010, semasa Noorhisham hantar kamu ke pejabat, dia memakai baju apa?

SUZANA: Memakai kemeja CIMB Islamic berwarna hijau.

ISHAK: Bagaimana dengan jam?

SUZANA: Ada, dia memakai jam jenama Longines.

ISHAK: Bagaimana kamu tahu?

SUZANA: Ia ganjaran CIMB kepada kakitangan berdasarkan pencapaiannya pada 2008.

ISHAK: Jam itu mempunyai kotak?

SUZANA: Ada termasuk kad jaminan tetapi diserahkan kepada pegawai penyiasat.

ISHAK: Apa jenis telefon bimbit yang digunakan Noorhisham dan bagaimana ia diperoleh?

SUZANA: Telefon pintar BlackBerry Bold, ia dibeli suami saya setahun lalu.

ISHAK: Masih ada kotak?

SUZANA: Ada dan ia diserahkan kepada polis.

Suzana yang juga saksi kelapan pihak pendakwaan memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Akhtar di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bagi kes pembunuhan membabitkan Sosilawati serta tiga individu lain yang didakwa dibunuh empat tertuduh iaitu bekas peguam, N Pathmanabhan, 42; T Thilaiyalagan, 20; R Matan, 21 dan R Khatavarayan, 31.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang di Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, Selangor, antara jam 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Suzana berkata, laporan polis dibuatnya tidak mengandungi maklumat berhubung masalah ‘gambar’ dihadapi Sosilawati kerana fikirannya yang ketika itu bercelaru.

metro/-

Rakyat Libya kekurangan makanan

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

GENEVA 6 Julai - Berpuluh ribu penduduk Libya yang tinggal di kawasan pergunungan yang terletak di barat Libya dilaporkan semakin kekurangan makanan dan kini bergantung kepada bantuan makanan untuk meneruskan hidup, lapor Program Makanan Dunia hari ini.

Menurut jurucakap agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Emilia Casella, misi yang dijalankan oleh pegawai PBB di situ mendapati makanan menjadi masalah utama mereka sekarang.

“Mereka kini bergantung sepenuhnya terhadap bantuan makanan untuk meneruskan hidup,” katanya.

Ketika menjalani misi ke Nalut, Wazin, Jadu dan Zintan, pegawai PBB mendapati hanya dua ekor lembu sahaja yang ditemui di sana malah kambing serta kambing biri-biri tidak kelihatan. - AFP

Banduan Tunisia larikan diri, 2 orang terbunuh

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

TUNIS 6 Julai - Seramai dua orang terbunuh apabila sekumpulan banduan di dalam penjara Tunisia membakar tilam sebagai cubaan melarikan diri, hari ini.

Berpuluh-puluh orang turut cedera dalam kebakaran di penjara di Gassrine, 300 kilometer dari barat Daya Tunis namun tiada maklumat tentang bilangan banduan yang berjaya melarikan diri setakat ini.

Bilangan kes banduan melarikan diri di Tunisia semakin meningkat termasuk jenayah lain sejak protes secara besar-besaran berlaku. - Reuters

Tindakan Tuanku Mizan hentikan penyalahgunaan kuasa melampau oleh BN

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menjunjung kasih dan merakamkan rasa terima kasih terhadap DYMM Tuanku Mizan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan tepat kepada hasrat dan suara rakyat melalui BERSIH 2.0 yang memerlukan kepada perhatian jitu dari seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Tindakan baginda yang sudi untuk menerima mengadap rombongan dari Bersih kelmarin adalah gambaran yang sangat jelas tentang keperihatinan Tuanku Mizan kepada suasana politik negara yang bagi saya sangat pincang dengan penyalahgunaan kuasa yang melampau oleh UMNO dan BN bagi kekal berkuasa.

Sesungguhnya seruan dari Baginda supaya kedua pihak berunding untuk menyelesaikan masalah adalah nasihat yang terbaik untuk pihak kerajaan BN yang telah menutup pintu rundingan dengan berdepan dengan rakyat secara kekerasan serta boleh mengundang kepada suasana tegang yang tidak diingini oleh semua pihak.

Sebaliknya saya beranggapan Najib tidak bertanggung jawab terhadap Yang Dipertuan Agong sebagai penasihat utama Tuanku Mizal Zainal Abidin apabila reaksi negatifnya yang melampau terhadap BERSIH 2.0 yang disifatkan sebagai mengeruhkan lagi keadaan.

Najib Razak dilihat sebagai seorang pemimpin yang bukan berjiwa rakyat dan tidak mampu memimpin rakyat yang mahukan perubahan dalam Negara khususnya dalam tuntutan piliharaya yang dikemukakan oleh Bersih

Penasihat yang peka dan berkhidmat secara penuh dedikasi sepatutnya peka dengan kehendak rakyat yang mahukan pembelaan yang sewajarnya, bukan mengarahkan seluruh media dan jentera kerajaan supaya membenci BERSIH 2.0.

Perdana Menteri sebagai Penasihat Utama kepada Tuanku Mizan telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan memfitnah BERSIH 2.0 dan mencetuskan rasa benci rakyat yang tidak tahu isu perhimpunan ini sehingga membawa kepada tindakan zalim kepada rakyat yang memakai baju bersih dengan ditangkap Polis secara sewenang-wenangnya..

Najib Razak telah melakukan kesilapan besar terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila hanya bersikap membisu dengan kenyataan Hisyamudin Hussien yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH 2.0 adalah pertubuhan haram dan segala yang berkaitannya haram.

Dalam hal ini Tuanku Mizan telah menilai hal serta isu yang diperjuang seluruh NGO-NGO yang bernaung dibawah BERSIH 2.0 dengan penilaian yang adil lagi saksama.

Rakyat seharusnya menilai reaksi Perdana Menteri yang tidak betul ini apabila timbul rasa tidak setuju dikalangan rakyat terhadap dengan tindakan kerajaan dalam pengurusan pilihan raya melalui BERSIH 2.0.


DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 5 JULAI 2011.

Kelulusan bersyarat bagi BERSIH berdemo di stadium

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


NONE"Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan.

“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman.

“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Tepati janji

Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan berharap pihak penganjur akan menepati janji mereka supaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebrang kejadian yang tidak diingini.

NONEPerdana Menteri juga melahirkan ucapan junjung kasih kepada Seri Paduka di atas rasa keprihatinan yang amat berat baginda untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh menganggu gugat keamanan dan keselamatan negara kita.

“Di atas rasa yang bertanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi mendalam maka baginda telah titahkan supaya semua pihak tidak mengadakan demonstrasi jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini,” katanya.

Sebelum ini selain BERSIH, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan bagi memprotes tindakan tersebut.

Ucap terima kasih

“Saya ucap terima kasih semua pihak (yang) menghormati titah baginda. Dengan ini maka tidak akan diadakan sebarang perhimpunan jalanan 9 Julai nanti,” katanya.

NONEPada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

NONESejak BERSIH 2.0 mengumumkan perhimpunan itu, pihak berkuasa khususnya polis terus menghambat rakyat yang menyokong pertubuhan itu.

Mereka yang memakai baju BERSIH atau memilikinya ditangkap manakala pejabat NGO itu juga digeledah dan barangannya dirampas.

Malaysiakini/-

BERSIH setuju berdemo di stadium

4 Syaaban 1432H. [MOD] -

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

NONEBagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (kanan), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

NONEMenurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Pertemuan cukup baik

Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

NONESebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

Malaysiakini/-


05 Julai 2011

Undi Pos Hanya Relevan Ke Atas Petugas Di Luar Negara - MAFREL

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 5 JULAI : Undi pos masih relevan hanya ke atas anggota keselamatan yang bertugas di luar negara sahaja dan bukannya terpakai kepada semua anggota yang bertugas didalam negara.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai pilihan melainkan mencari alternatif lain untuk memastikan anggota keselamatan dapat membuang undi tanpa menggunakan saluran undi pos.

"Mereka sepatutnya boleh mendaftar dan mengundi secara biasa, undi pos ini hanya untuk mereka yang memenuhi krateria untuk undi pos, masalahnya sekarang ini SPR pukul rata sama ada yang tidak berada di sempadan mahupun ahli keluarga mereka di kem pun dikategorikan sebagai undi pos," katanya.

Sistem undi pos ini akan digunapakai kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos.

SPR dilaporkan sebagai berkata sekiranya mereka tidak diberikan peluang mengundi secara pos, hak mereka dinafikan untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan dangkal Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof itu mudah dipatahkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini, memerincikan kenapa sistem pilihan raya di Turki, telus dan adil.

Antaranya adalah tiada istilah undi pos di negara itu.

Para anggota keselamatan dikehendaki mengundi ditempat mengundi dan rakyat yang berada diluar negara diberi tempoh sebulan untuk pulang mengundi.

Untuk tujuan itu, tempoh kempen pilihan raya akan diadakan selama dua bulan bagi memberi masa dan ruang kepada rakyatnya pulang melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berbanding dinegara ini, kempen pilihan raya hanya diberikan sembilan hari walaupun untuk pilihan raya sebesar pilihan raya umum.

Di Turki juga, setiap rakyat akan diberikan slip mengundi setelah membuang undi yang mustahil dapat dilaksanakan SPR ekoran daftar pengundi dicemari dengan senarai pengundi hantu dalam jumlah yang melampau.

Dalam pada itu Syed Ibrahim mengesa institusi bebas di negara ini, termasuk SPR memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan tanpa memihak kepada mana- mana parti politik.

Ia penting bagi mengelakkan imej SPR daripada terus tercalar dan tidak lagi dipercayai rakyat.

"Ianya ada kena- megena dengan tanggapan yang diberikan sendiri oleh institusi ini, pegawai-pegawainya itu perlu hadir dari kalangan yang dipercayai oleh masyarakat dan rakyat supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan amanah dalam keadaan tidak ada kepentigan lain selain memnuhi objektif ia ditubuhkan.

"Tanggapan ini sentiasa akan ada, orang akan kata mereka berpihak kepda kerajaan, sekirannya mereka melawan kerajaan, orang akan kata mereka berpihak kepada pembangkang," katanya lagi.

tv selangor/-

Wartawan tidak dibenar sertai lawatan inkues

3 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 5 Julai: Para wartawan dan jurugambar yang hadir bagi membuat liputan lawatan Pasukan inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ke lokasi kejadian, tidak dibenarkan masuk.
Larangan menyertai lawatan pasukan inkues untuk masuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane itu difahamkan arahan dari pihak atasan.
Lawatan pagi ini disertai Koroner Aizatul Akmal Maharani, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas; peguam pemerhati, Datuk Seri Dr. Mohammad Shafee Abdullah dan Awtar Singh.
Turut serta ialah pakar forensik Makmal Bukit Aman, Deputi Supritendan Shahrul Othman Mansor dan ahli keluarga Ahmad Sarbani.
Lawatan tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung kematian Allahyarham Ahmad Sarbini.
Sementara itu, bernama semalam melaporkan isteri Ahmad Sarbani, Masiah @ Maziah Manap, 50 semalam memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri pada 6 April lepas.
Beliau yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.
"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.
Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.
"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.
"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.
Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.
"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.
"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.

Diterima mengadap Agong bukti Bersih bukan haram

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.

Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin

Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.

"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.

Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.

"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.

Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.

"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya.

harakahdaily/-