25 April 2008

Mesyuarat di Kuil Cina membawa seribu makna.

Malam tadi saya hadir dalam satu pertemuan dengan persatuan kuil Cina Parit Buntar di dalam bilik mesyuarat yang terletak di bahagian belakang kuil tersebut. Seawalnya sekitar jam 8.00 malam saya telah berada disana untuk membincangkn masalah satu tapak perkuburan yang sekian lama digunakan di Denisstown. Kehadiran saya bersama pembantu peribadi, En Tajuddin Hawari dan En. syamsul Md. Isa.

Ucapan awal saya dalam pertemuan itu, ialah saya rasa gembira kerana berada di dalam satu kuil di mana sebelum ini juga saya penah hadir ditempat sebegitu di Kelantan sehinggalah saya memeluk Islam 22 tahun yang lepas. Kalau dulu saya pergi ke kuil untuk sembahyang sebagai penganut Buddha tetapi sekarang saya berada di sini sebagai wakil rakyat untuk menyelesaikan masaalah kaum tionghua dan penganut Buddha.

Penjelasan juga saya berikan bahawa tidak timbul masalah perselisihan antara bangsa dan kaum kerana dalam keyakinan orang Islam asal manusia adalah dari satu keturunan Adam dan Hawa seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran. Namun kerana kedudukan pertempatan dalam keadaan geografi dan iklim yang berbeza meraka berbeza warna kulit dan sebagainya.

Saya menjelaskan di negara China terdapat sekitar 100 juta penganut Islam dari 1.3 billion jumlah keseluruhan penduduk China. Kebanyakan di Wilayah Lanzhou, Xinjiang, Xian dan semua tempat yang kita sampai di negara China pasti kita akan bertemu dengan orang Islam.

Ditegaskan juga dalam ucapan saya bahawa di negara China terdapat 56 suku dan saya adalah dari dari suku "Han" yang kebanyakan mereka telah berhijrah keluar termasuk ke Tanah Melayu suatu masa dulu. Asal orang Han adalah bukan beragama Islam. Kalau yang beragama Islam adalah bersuku" Hui" dengan nama belakangnya ditambah "Ma" . Bermaksud umat Nabi Muhammad S.a.w.

Termasuk apa yang saya jelaskan berkaitan perlaksanaan hukuman sebat oleh Maharaja Shi Huang Ti pada tahun 216 M telah melaksanakan hukum sebat/rotan seperti yang disebutkan dalam ajaran Islam kepada pesalah. Jadi tida ada alasan kaum lain takut kepada ajaran Islam dan penganutnya.

Pada pertemuan tersebut saya memberi kenyataan resmi kepada dua orang wartawan akhbar Cina yang hadir mengenai masalah parking.

"Sebagai wakil rakyat yang berada di kawasan parking di bandar Parit Buntar, saya tetap menyedari masaalah parking adalah masaalah utama yang perlu diselesaikan dan berharap semua penduduk bersabar dan bertenang sebelum keputusan resmi berkaitan parking diselesaikan. Semua keputusan akan diambil apabila kita telah meneliti segala unsur yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, perjanjian dan bidang kuasa yang diberikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya tegaskan semua keputusan yang akan diambil nanti sangat berkait rapat dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat iaitu "negeri berkebajikan". Saya yakin dengan kerjasana yang baik dari semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini"

9 ulasan:

Idham berkata...

org cina berasa takut dengan 'negara islam' kerana BN telah memberi gambaran yag buruk mengenai Islam dan perlaksanaannya. Kita bersihkan percemaran oleh BN.
http://idham-xpression.blogspot.com

Idham Lim (林川興) berkata...

sama-sama kita usahakan.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Bukan BN memberi gambaran buruk tetapi UMNO . UMNO ialah orang Melayu ,namanya inggeris ( united malays national organisation).Nama Melayunya ialah PKMB .

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

As-Salamu 'Alaikum YB Drs,
Saya berpendapat bahawa YB mempunyai banyak keistimewaan yg ALLAH kurniakan. Manfaatkanlah untuk membimbing manusia ke jalan ALLAH. Jelaskanlah kepada mereka tentang salah faham mereka terhadap Islam.
Semoga YB menjadi contoh "khaira ummatin tukhrijat lin-nas.."
SUBHANALLAH!
Salam.

Nurfirdaus berkata...

AlhamdulilLah,... SubahnalLah,...
AlLahu akhbar,..

Saya bersyukur dan merasa amat terharu apabila mengetahui saudara seislam dengan saya dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi da'i ilalLah.

Semoga lebih ramai dari kaum Tionghua dan India yang mendapat hidayat dari Allah SWT di samping orang melayu mendapat taufiqNya dengan asbab anta melaksanakan dakwah.

Ya, mari kita bersama menyahut seruan sdr KI untuk kita bersihkan pencemaran aqidah oleh BN di bumi Malaysia yang tercinta ini...

Ya Allah,... berilah taufiq dan hidayatMu kepada kami, kepada kaum keluarga kami, kepada orang2 Melayu, Cina, India, mahupun peribumi yang lain.

Kukuhlah ukhwah di antara kami dan satukanlah hati-hati kami dalam melaksanakan amanah yang telah pikulkan ke atas kami.

Berilah kebaikan kepada kami di dunia dan di akhirat serta jauhilah kami dari azab nerakaMu.

Idham Lim (林川興) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Idham Lim (林川興) berkata...

berkat doa dan harapan semua sahabat, InsyaAllah kita semua mampu melaksanakan segala amanah ini.

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

As-Salamu 'Alaikum YB Drs,
Untuk makluman YB saya mendaftar sebagai ahli PAS sejak Jun 1968 dan sentiasa patuh terhadap perjuangan. Bekerja di IPTA dengan perjuangan cara tertentu. Sekarang bersara dan baru memulakan cara yang ini pula:

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/

Apa pendapat YB?
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN!

BH Rahmat berkata...

Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh


ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

-- BERNAMA