22 Februari 2009

JKKK pertahan Pakatan Rakyat.

Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG, 21 Feb.:- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pakatan Rakyat di seluruh Perak disyor supaya mengadakan mesyuarat untuk mewujudkan permuafakatan bersama memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Setiausaha JKKK Kampung Luat, Mohd Rashidi Yusuf, berkata permuafakatan seluruh pemimpin peringkat akar umbi yang dilantik kerajaan Pakatan Rakyat sejak Ogos tahun lalu dari seluruh pelusuk negeri mampu menjadi suara yang kuat untuk mempertahankan kerajaan pilihan rakyat.

"Sepatutnya sejak awal lagi JKKK di seluruh negeri mewujudkan permuafakatan supaya gemblingan tenaga dan buah fikiran dapat menjadi pemangkin supaya kerajaan Pakatan Rakyat terus utuh. "Bagaimanapun dalam keadaan sekarang tindakan bersama masih boleh diwujudkan

Mohd Rashidi berkata, permuakatan juga wajar menjadi suara bersama untuk merayu supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mempertimbangkan semula untuk memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Katanya, dalam keadaan apa jua, lebih-lebih lagi ketika suasana bercelaru seperti sekarang ini, suara padu permuafakatan sangat perlu kerana ada kekuatan padanya berikutan ia adalah suara dari peringkat akar umbi.

Mengenai kenyataan akhbar Menteri Besar Kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta JKKK meneruskan khidmat sebagai pimpinan peringkat akar umbi, beliau berkata ketua kampung dan seluruh JKKK lantikan kerajaan Pakatan Rakyat memang meneruskan khidmat mereka.

Katanya, tempoh penamatan jawatan untuk pemilihan atau lantikan baru belum tiba, tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan dan tidak pula penerusan khidmat dibuat berikutan kenyataan Zambry.

"Kami berkhidmat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kefahaman politik, ikhlas kerana amanah Allah. "Kalau kami diminta meletakkan jawatan (mungkin juga atas sebab arahan pimpinan kami sendiri), kami sedia kerana kami tidak gila kuasa, tidak mabuk kuasa.

"Kalau kami diminta meneruskan khidmat tanpa sebarang elaun pun kami sanggup kerana bukan itu matlamat kami," katanya.

Mohd Rashidi berkata, sebagai pemimpin peringkat akar umbi, beliau melahirkan rasa sedih kerana agenda pembangunan yang telah disusun untuk peringkat berkenaan semuanya terbantut kerana rampasan kuasa kerajaan negeri.

Katanya, walaupun dengan peruntukan yang sedikit, banyak perubahan dasar telah, sedang dan akan dilaksanakan di peringkat akar umbi hanya dalam masa tidak sampai setahun.

"Sekiranya diberi masa sekurang-kurangnya satu penggal, mungkin rakyat akan nampak lebih ketara perubahannya berbanding lebih 50 tahun BN memerintah negeri ini.

"Walau apa pun, saya percaya Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti Pakatan Rakyat akan menang lebih besar kerana imej BN, terutama Umno sudah dinampak terlalu buruk dan hodoh," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Sapi, Mohd Husaini Ismail, berharap Yang Dipertua PAS dapat memanggil semua ketua kampung dan JKKK dalam Kawasan Parlimen Lenggong bagi mengadakan mesyuarat untuk selaras semula tindakan.

Beliau juga berharap semua JKKK dalam Parlimen Lenggong meneruskan program munajat setiap malam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

InsyaALLAH, ALLAH bersama2 pejuang Islam & kebenaran!

Tanpa Nama berkata...

dalam solat sendiri pun diwajibkan dilakukan secara jamaah,mengambil iktibar dari solat jamaah untuk menyembah Tuhan Pencipta(ALLAH).dan untuk merafak sembah rayu pada Tuanku juga harus dilakukan secara jamaah/bermuafakat/bersatu dan melibat keseluruhan JKKK/PAS Negeri,Kawasan dan Cawangan/DAP Negeri dan peringkat kawasan/PKR Negeri dan Bahagian2.jika dapat dilaksanakan ia akan membawa suara/keinginan yang kuat untuk merafak sembah rayu pada duli tuanku mengusahakan pembubaran yang akan membawa jalan keluar kepada kemelut/krisis ini dari terus berpanjangan.Allahuakhbar...3x..-Setiausaha PAS Cawangan Kampung Luat(difie_xp@yahoo.com.my.).

fadiga fahmi berkata...

demi kesejahteraan bersama akan kuturuti segala kebaikan...