22 Februari 2009

Pakatan Rakyat tuntut bubar DUN.

IPOH, 20 Feb.:- Pihak kami menyeru Zambry Abdul Kadir demi mengutamakan demokrasi di Negeri Perak dan juga kepentingan rakyat bahawa sepatutnyya memohon pembubaran DUN dalam masa 24 jam. Tidak ada cara lain melainkan dengan pembubaran DUN. Demikian antara Kenyataan Exco Kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat, Nga Kor Meng dalam sidang akhbar sini.

Beliau juga berkata pakatan Rakyat sekarang memiliki 28 ahli dan BN 21 ahli dalam DUN. Oleh itu demi kepentingan rakyat inilah masanya Zambry menunjukkan sikapnya.

Nga Kor Meng juga menjelaskan reaksi pelbagai pihak di kalangan pemimpin UMNO dan PM menunjukkan penghinaan kepada Dewan dan Speaker. " Dalam aspek pengasingan kuasa Speaker adalah ketua keluarga, di mana keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar. Kita percaya kepada Rukun Negara iaitu Kedaulatan undang-undang termasuklah Perintah Tetap DUN Perak" Katanya.

Katanya juga Speaker hendaklah merujuk kepada jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan kenyataan menghina DUN Perak termasuk Perdana Menteri.

Keputusan Speaker merujuk kepada Perintah Tetap DUN Perak perkara 72, 78(3) dan 89 adalah secara jelas dan ketara kuasa speaker melakukan mengikut peraturan.

Beliau juga menyatakan menerima banyak aduan dari seluruh negeri Perak mengenai pemberiaan hak milik kekal yang te3lah ditangguhkan. "Saya mencabar BN samada nak terima atau tidak dasar ini" kata Nga.

"Sedangkan dia ada penasihat India dan Cina, Jika ya kata ya dan jika tidak kata tidak" Tegasnya.

Sedangkan pada Jumaat lepas Zambry mengatakan semua dasar yang baik dia akan teruskan.

Beliau juga menjawab tohmahan dalam SMS yang tidak bertanggungjawab mengenai Speaker yang kononnya ditangkap ISA. "Dia selamat dan ditempatkan ditempat yang selesa". Jelasnya.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alamak...ni apa ni, cakap tak serupa bikin? kenapa nak zambry mohon bubar DUN? dia bukannya MB. hanya MB yang boleh mohon bubar DUN. kalau dah tak iktiraf zambry sebagai MB, jangan lah pulak mengada-ngada seru dia bubar DUN. takkan psychology macam ni pun tak faham?

Budak Perak berkata...

bubar jgn x bubar...
rakyat perak nk ngundi lg skali..
hdupkn dem0krasi di bumi malaysia khususnya di perak..
hancurkn umn0..

Tanpa Nama berkata...

MB boneka ameno laaaaa jgn perasan rakyat tak sokong ponnnnnnnnn.....be end jer yang ia ia

Tanpa Nama berkata...

dia bukan MB (menteri Besar) tapi MB - Man in Black je

Idham Lim (林川興) berkata...

yang halang pembubaran DUN adalah najib dan kuncu-kuncunya.

Tanpa Nama berkata...

lepas ni penyokong PAS boleh baring atas jalan lagi ye tak.

dah siap bendera gaza ? ada monyet PAS yang baring atas jalan lagi pegang bendera gaza

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya mb zambri bukanlah melayu tetapi mamak yang memimpin UMNO dan org melayu..cmne org melayu nak sokong...?BN penakut bacul dan takde telor dlm berhadapan dgr rakyat sebab tu takmau cadangkan utk bubarkan DUN.Monyet UMNO yang berarak kat jalan2 tu kata jgn derhaka pada sultan sampai ada satu banner tu tulis kami sanggup mati demi tuanku...apa punya bangang org2 UMNO apa punya akidah tah...dasar bodoh dan bebal

Tanpa Nama berkata...

la...monyet je perasan monyet...kami tak nampak monyet...pun..kami nampak manusia yang merayu kepada sultan untuk keadilan...tak tau la..anonim 19.27 nampak monyet...macam saya kata..monyet sajalah yang nampak monyet.

Tanpa Nama berkata...

Betul...betul..hanya monyet nampak monyet.monyet=monyet,...yg saya nampak org yg berani mengatakan yg salah itu salah, yg betul itu betul..betul..betull...

Tanpa Nama berkata...

Mari lah kita berdoa semoga pembubaran DUN Perak dilaksanakan demi memberi kuasa kepada rakyat dan menjaga nama baik tuanku sultan Perak.
YB jangan lupa kita memohon kepada ALLAH sehingga berlaku nya pembubaran dewan dengan segera.
Insya'ALLAH, pembubaran ini akan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu membuka blog YB, banyak maklumat yang berbeza dari media arus perdana yang boleh difikirkan, cuma saya ingin membuat pandangan dan cadangan.

Saya lihat banyak perkataan yang YB tulis berlaku kesalahan ejaan.Kebanyakan kesilapan perkataan yang dieja dalam bahasa Indonesia.

Contoh bulan Jun bukan dieja dengan bulan Juni.Cuba bukan coba, dan banyak lagi.
Harap YB prihatin terhadap kesilapan ini kerana secara tidak langsung ianya akan mengambarkan diri YB.

Tanpa Nama berkata...

pemerhati, ko ni..xde masalahnye sbb YB bukan pure malay..tersalah ejaan xpe,janji sampai mesej tu..

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul...
kite nie bukan nyer pemeriksa kertas SPM pon...
hehehe...