22 Februari 2009

Nik Aziz enggan komen kemelut PAS, Ibrahim Ali

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan memberikan sebarang ulasan berhubung PAS Kelantan yang mahukan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan ekoran tindakannya yang sering mengkritik parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu juga enggan memberikan komen ketika ditanya berhubung permintaan Ibrahim supaya beliau mengesahkan sendiri bahawa PAS Kelantan mahukannya meletak jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri di sini, hari ini.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu telah diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.mstar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta bagi dia mampuih cepat saja

Tanpa Nama berkata...

lompat si katak lompat
lompat lah tinggi tinggi
cepat lah berahim cepat
PAS dah tertipu lagi

Budak Perak berkata...

mmang x kenang budi..
kal0 PRU ari2 PAS ltak cal0n n berahim tanding bebas..
bpe undi jer le yg die dpt..
kal0 da tanding ats tiket PAS npe tmpat kat PARLIMEN cal0n bebas..

Tanpa Nama berkata...

kepada penyokong pas dan pkr usah dikesalkan dengan perkara lepas, jadikan ianya sebagai ikhtibar, alkataki memang haiwan amfibia yang tidak punyai perasaan dia hanya menyambar mangsa dengan lidahnya sahaja, kalau tak berjaya berpuasalah dia.

Tanpa Nama berkata...

brehem ali ramai pengikut kat pasir mas.. tu hok aku dgr2 jer..

Tanpa Nama berkata...

ALLAH lah sebaik2 perancang ...
mungkin ada hikmah besar di sebalik hal yang berlaku.
sama2 kita tunggu komen bernas dari TG N.A.