22 Februari 2009

Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok

IPOH, 21 Feb.:- YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok. Kata beliau semasa Ketika kepada pemberita di sini Sempena majlis Kesyukuran dan majlis makan tengah hari bersama pemimpin dan penyokong PAS di sini, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi yang berdekatan pagi esok.

Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu antara 10 dan 11 pagi."Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini" Kata Nizar.
"Saya mempunyai tujuh orang anak, yang perlu bawa dari sini," kata beliau sambil bersenyum.

Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan pada 6 Febuari lalu, Nizar berkata, beliau dan PR membuat keputusan tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi menghormati atas permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memohon rumah itu dikosongkan paling lewat pada 27 Februari ini.

Sebelum itu dalam ceramah ringkas setelah majlis doa selamat yang diadakan ditempat yang saama, Nizar menjelaskan tarikh sebenar akan diserahkan kediaman itu ialah pada 27 Februari.


Majlis tahlil dan doa selamat.

Sementara itu, Pegawai Khas Nizar, Amran Harun berkata, penyerahan kunci berkenaan akan dibuat seperti yang diarahkan melalui surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkenaan sampai, pelbagai program keilmuan seperti sembahyang hajat, tahlil dan aktiviti keagaaman akan diadakan.

"Kita akan menggunakan sepenuh masa yang ada ini sebelum menyerahkan kunci kediaman seperti dalam surat yang dihantar minggu lalu," katanya.

Amran berkata, Nizar akan berpindah ke rumah baru yang disewa di bandar raya ini.

"Biarlah lokasinya dirahsiakan... untuk keselamatan dan menghormati keluarga beliau," katanya.

Beliau berkata, operasi memindahkan perkakas rumah milik bekas Menteri Besar telah dijalankan sebelum ini.


Amran berkata, satu majlis khas akan diadakan 10 pagi esok bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan mengenai rampasan kuasa kerajaan negeri Perak.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat," katanya.

7 ulasan:

hadi berkata...

Allah Hu Akhbar Allah Hu Akhbar Allah Hu Akhbar

Manusia merancang Allah Jua merancang ,
Perancangan Allah Yang Terbaik.

Berhijrah bukan kita mengaku kalah. Dengan penghirahan Rasulullah Islam mencapai kemenangan. Allah tetap bersama orang yang benar.sabar itu sebahagian daripada iman.
Teruskan perjuangan walau dimana kita berada, insya Allah kemenangan milik islam.

Tanpa Nama berkata...

pindah lah ds, buat malu je duduk rumah orang, kita kutip derma dari rakyat dan buat rumah lebih besar lagi

Tanpa Nama berkata...

matsabu perak? duit derma rakyat bukan utk buat rumah besar tapi untuk kepentingan umum..
awak kena selalu pegi usrah dgr kuliah tok guru, belajar politik Islam

bluehope berkata...

Pindah je...itu yg tbaik drpd btekak dgn mereka2 tu tpi masih tak dpt nak selesaikan apa2 pun. wat bisnes lain je la...lebih menguntungkan, rezeki halal...

Tanpa Nama berkata...

Rumah tu rumah rakyat Perak, SUK tu tukang jaga je, tak pe pindah dulu, biar orang yang baru masuk nanti tukar semua barang baru, lepas tu pindah sana balik, bisnes Dato Seri ni lagi untung bro, tanam kredit untuk disana nanti, untung dunia je tak lama bro.

cakap-lepas berkata...

takpe la tak duk umah tu yeop.biarkan MB kudeta tu merasa umah MB

Power Renjis berkata...

sikit lg semua klua kat paper perdana..mb baru masuk umah baru..hihi..dah dapat agak la wahai umno