22 Februari 2009

UMNO makin terdesak.

IPOH, 21 Feb.:- Sejak semalam tersebar mengenai satu sms dari pihak tertentu yang memaklumkan UMNO dan BN sedang merancangkan untuk menggunakan mimbar masjid untuk membela tindakan rakus dan jahat yang dilakukan.

Apabila melihat tindakan yang tidak halal itu gagal dihalalkan dengan berbagai cara, maka kita melihat mereka ingin menghalalkan dengan menyalah gunakan mimbar masjid di seluruh Perak.

Inilah gambaran dan sikap UMNO dengan menyalahgunakan Masjid yang terkeluar dari fungsinya sebenarnya .

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zamry pakai kopiah putih konon!!!! nak buat macam Ir Nizar....konon...sudahlah mamak...nak minta simpati rakyat...meluat dan menyampah lagi ada la...Tukar taktik pulak dah....peri jahanam lah kau mamat Hitam...

Tanpa Nama berkata...

jangan la marah...anonim 23:04 ...doakan dia semoga dapat hidayah... dia nak guna mimbar untuk sampaikan dakwah apa salahnya...cuma jgn sampai dakwah berbaur politik. Sebab sah-sah tak de orang nak dgr. Kalau dia nak berdakwah ok..dan berharap la dengan dakwahnya tak seberapa tu...dapat memulihkan akidah para pengikut UMNO totok ni...

TGNA kata boleh guna mimbar utk tujuan politik kan..memang tak salah...tapi kalau takat bercakap..semua orang leh buat..semoga Zam ni akan sedar juga tindakan dia tu..dan semoga dengan solat jemaah setiap waktu termasuk subuh dapat membuatkan dia faham apa yang rakyat mahu sebenarnya..."Mampu ke ???"

Budak Perak berkata...

zanbri x setanding nizar dlm smue perkara..
antara langit dgn bumi bezanyer...
2 psl r ALLAH s.w.t uji nizar cmni..
tp tg0k nizar rilek jer..
tenang hadapi smue ni..
ak respek nizar..
nizar is my mb..

Tanpa Nama berkata...

sekali aku tgk zamry teringat aku kat sorang bangla yg aku tangkap sebab mencuri motosikal..
cuma yg ni curi negeri perak..
tp sama la tu..

sb putrajaya

Tanpa Nama berkata...

semua rakyat tahu bahawa umno bukan parti islam apatah lagi memperjuangkan islam. umno parti yang langsung tidak islamik, kerana pegangan melayu umno bukan islam. maka itu orang yang faham tentang islam mustahil menyokong umno.

kalau mereka memperdaya mimbar masjid sebagai jalan umno menarik orang melayu kapada umno, sudah pasti rakyat faham bahawa hanyalah lakonan mereka umtuk meraih sokongan.

makin hari rakyat memiminggirkan umno, malahan rakyat hari ini begitu cenderung kapada islam, makin banyak pengetahuan sasaorang itu islam, makin menjauh dari umno, itu adalah hakikat perkembangan kehendak ilahi.

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah mula ingat nak matilah tu sampai terpaksa guna mimbar masjid...
Pastu berapa kerat je ahli2 UMNO yang pi masjid tu?
dah x mampu ke tv, radio s/khabar UMNO/BN nak lawan PR?
Itu petanda UMNO/BN x de sokongan.. expired!
Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya.. biarkan

fikrah islamiah berkata...

Mimbar masjid untuk menyampaikan mesej agama agar umat bersatu mengamalkan ajaran Islam, bukan untuk mempurak perandakan umat. Kalau sebelum ini mereka tidak benarkan masjid digunakan sebagai markaz politik, itulah yang seharusnya diamalkan kini.