BERIKUT intipati pakej rangsangan kedua yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.
* Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Kedua berjumlah RM60 bilion
* pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun * tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah * dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan.
* RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan
* RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan * Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion diterbitkan tahun ini * RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan mission school
* RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak
* RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar
* Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAs) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak
* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak
* RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi membantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah TEKUN
* Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
* RM20 juta untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak
* Pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan * Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta
* Kerajaan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bonbon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan
* Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
* Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad
* Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk * Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori
* Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki aset bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan berkemahiran tinggi
* Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama
* Berkuat kuasa 1 Februari, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik
* Berkuat kuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun
* Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;
* Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;
* Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbangn syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion * RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang * Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April
* Untuk pelaburan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun * bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan di bawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010
* Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.
* RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong
* Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
* RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur
* Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awamswasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu * Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan
* Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan
* Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya
* Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing
* Radio Televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;
* Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam keskes khusus.

6 ulasan:
Bajet untuk siapakah ini sebenarnya?
Drs,Terangsang kah ekonomi tika Belanjawan defisit?YB..Mohon se ulas pandangan.. Nona Ratana Chulaborn.
nampak cam byk duit...byk la rasuah lps ni..semua berebut tender kerajaan..
BUDGET RAKYAT ka BUDGET UMNO...
kenapa suruh pergi ambil kat TEKUN
nak pohon TEKUN kena ada no. ahli UMNO...
nie kira macamana nie....
mini bajet ini masih lagi tidak objektif langsung kepada warga Malaysia. Ia tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. Tiada kebajikan khusus kepada individu yang dapat melegakan bila didengarinya. Contohnya Insuran kenderaan diturunkan 50 peratus, subsidi beras dinaikkan, peruntukan khas kepada para petani yang mengusahakan tanaman kontan (asyik2 FELDA),
Peruntukan khas untuk para pelajar yang belajar di sekolah kerajaan (utk beli buku2 yang berfaedah)Harga elektrik diturunkan 20 peratus, Setiap rakyat di Malaysia diberikan insuran percuma secara kelompok keluarga bagi menjamin keselamatan keluarga, Peruntukan khas kepada Jawatan keselamatan setempat yang membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan kampung/ taman.
MACAM ITU BARULAH BAJET UNTUK RAKYAT
BUKAN BAJET UNTUK KRONI AJE
Najis Tuya luluskan 5 lesen judi baru...
sapa nak jawap!?
Catat Ulasan