Cubaan mengemukakan usul supaya persidangan Dewan Rakyat membincangkan tindakan pasukan keselamatan menghalang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada Pakatan Rakyat memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas tidak kesampaian apabila usul itu ditolak di dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dalam surat penolakan usul yang dikemukakan oleh Nga Kor Ming (DAP Taiping), Pandikar Amin berkata, beliau mendapati usul mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) itu kini dalam pertimbangan mahkamah dan belum diputuskan.
"Perkara-perkara yang berhubungan dengan persidangan Dewan Negeri Perak juga menjadi hal perkara tindakan mahkamah.
"Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar," kata Pandikar Amin dalam surat jawapannya berhubung usul yang dikemukakan oleh Nga dalam surat bertarikh 4 Mac.
Nga yang juga exco kerajaan Perak dan Ketua Pemuda DAP melahirkan rasa kecewa dengan penolakan usulnya itu.
Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita di lobi Parlimen, Nga mendakwa bahawa apa yang berlaku di Perak memperlihatkan bagaimana doktrin pengasingan kuasa di negara ini telah dicemari.

2 ulasan:
sebelum usul tu dikemukan,dah tau dah jawapanya...tapi kalu puak2 deme..sah diterima bahasnye...betul kata2 Yb Nga semasa ceramahnya dspg 4 baru2 ni,UMNO tak jumpa dan tak tau ada dalam quraan ayat bab kena berlaku adil dan jangan zalim...
sebelum soalan dikemukakan,dah tau dah jawapanya..mesti kantoi punya..tapi kalu deme..subuh2 sepeii lagi dah terima,betul kata YB Nga semasa ceramah di spg 4 baru2 ni,UMNO tak jumpa ayat bab Adil dan jangan zalim dalam quraan..aduuuhh malunya...kalu pada cina islam boleh tahan lagi ,ni cina yg tak Islam lak tuu..
Catat Ulasan