PUTRAJAYA: Semua visa kemasukkan pekerja asing dari Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta merta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, beliau berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektorsektor tertentu yang kritikal.
"Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini.
"Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," katanya.
Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata, kerajaan akan mengembalikan wang para majikan untuk bayaran levi pekerja berkenaan.
"Kerajaan memberi jaminan bahawa wang levi itu akan dikembalikan semula kepada majikan dalam jangka masa terdekat dan berharap, isu ini tidak dipolitikkan oleh pihakpihak tertentu yang ingin menangguk di air keruh," katanya.
Syed Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Talat Mahmud Khan pada Ahad lepas bahawa lebih 70,000 pekerja Bangladesh akan datang ke Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja di dalam pelbagai sektor.
Membetulkan angka berkenaan, Syed Hamid berkata, berdasarkan kepada kelulusan kerajaan hingga 31 Disember 2007 jumlah sebenar pekerja yang diberikan kelulusan untuk memasuki negara ini tetapi masih belum berbuat demikian hanyalah 55,147 orang.
"Tidak ada kelulusan baru yang diberikan selepas tahun tersebut dan saya tidak tahu bagaimana angka itu diperolehi.
"Saya akan memanggil Konsul Bangladesh untuk berjumpa dengan Jabatan Imigresen bagi menjelaskan perkara ini.
"Keputusan untuk mengambil pekerja asing selepas tempoh tersebut akan ditentukan dengan teliti oleh kerajaan untuk sektor yang diklasifikasikan sebagai 3D (berbahaya, sukar dan kotor). Itupun jika ia benar-benar perlu," katanya. BERNAMA

6 ulasan:
Agak MB Nizar dapat perkenan mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke hari ni? Takde perkembangan pun.
kaji semula pengambilan tenaga asing atau hapuskan terus dari bumi malaysia.... biar rakyat malaysia sendiri yang membangunkan negara,skrg ni pun ramai 'anak sendiri yg mati kelaparan' ...apakah menteri 'menyusukan kera dihutan' kerana ada habuan lumayan?
Drs,Kalau lah Isham boleh contohi Pak Habib,terus respon tentu PPSMI tak kecoh mcm ni kan..... Cura Sicuit cuit.
First time aku dengar menteri kerajaan malaysia ni buat kenyataan dan arahan 'pakai otak'... aku ckp ni bukan pasal aku org UMNO..aku org PAS,, so org umno jg ingat org PAS jumud...kalau betul kami kata betul ..kalau adil kami kata adil...masaalah sekarang kerajaan umno/bn tak pernah betul dan adil...
hamid temberang
Inilah dia pemimpin UMNO/BN kini...semalam cakap lain, hari ini lain pulak cakap dia...semalam kata begini, hari ini kata begitu...tak konsisten...sebab tu lah pemimpin UMNO/BN ni kuat temberang, penipu, laknat, pembohong....
Tentang bangla nak masuk tu...hah..biarlah diorang masuk beramai-ramai sambil kebas duit Malaysia, kebas pekerjaan di sini...biarlah, nape di 'cancel'kan plak...kan UMNO/BN suka foreign workers dpd rakyat sendiri...Rakyat sendiri berhenti kerja, pergi mamposlah....hampeh UMNO/BN...
Catat Ulasan