Oleh : Ismail Hashim
BUKIT GANTANG, 20 April: Kerjasama antara parti-parti politik yang berjuang menegakkan kebenaran dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu diperkukuhkan bagi menghadapi segala situasi politik yang tidak konsisten mutakhir ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bentuk kerjasama yang dijalin antara PAS dalam PR sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dalam BN sejak sekian lama.
Menurutnya, PAS tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangan parti tanpa sedikit pun menggadai prinsip tidak seperti mana Umno yang bergabung dalam BN tetapi langsung tidak menguntungkan bangsa Melayu, Islam dan masyarakat terbanyak.
Umno selama lebih 50 tahun, hujahnya, berkawan dengan parti bukan melayu gagal memberikan gambaran salah terhadap Islam sehingga mereka langsung tidak dapat mengenali agama suci ini dengan pandangan positif dan betul.
"Dalam feqah politik Islam, kerjasama wala’ diharamkan kerana menggadai prinsip, tidak istiqamah dan konsisten seperti mana yang dilakukan oleh Umno dalam BN, PAS pula dalam PR menjalin kerjasama tahalluf yang tetap pegangan, prinsip dan sikap,” tegas beliau lagi.
Presiden PAS sekali lagi menyatakan kejayaan PR selama ini adalah masing-masing dapat menerima fitrah manusia kerana sememangnya itu adalah kurniaan Tuhan yang mesti diterima semua pihak.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis ceramah perdana sempena majlis kesyukuran kemenangan calon PAS, Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April baru lalu.
Turut berucap dalam Majlis yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Chempedak dekat sini adalah Naib Presiden PAS juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Haji Nizar, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, Adun Hutan Melintang, K Kasavan dan YDP Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin.
Dalam mesyuarat bulanannya baru-baru ini, Jawatankuasa PAS Pusat menarik balik idea membentuk kerajaan perpaduan ketika di bawah Datuk Seri Abdullah sebaik sahaja Datuk Seri Najib naik menjadi PM ke-6, awal April lepas.
Sementara itu, orang ramai bertali arus di Dataran Nik Aziz, Simpang, dari pagi hingga petang 19 April, baru-baru ini bagi memeriahkan lagi majlis meraikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili calon PAS, Dato’ Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil (PRK) 7 April lalu.
Sejak jam 12 tengah hari sehinggalah menjelang 4 petang, majlis berjalan dalam keadaan baik dan teratur meskipun berlaku hujan di kawasan-kawasan sekitar sebelum itu; kemeriahannya berlangsung dalam suasana sangat memberangsangkan.
Orang ramai secara bersama dan mewakili semua kaum di dalam kawasan mengundi Parlimen Bukit Gantang; dengan jelas memberikan isyarat terhadap kehendak anggota masyarakat dalam negara ini.

6 ulasan:
Sememangnya Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan. Elok sangatlah jika Datuk Presiden peka akan perbezaan antara PAS dan UMNO, yang tidak mungkin menemui titik pertemuan.
Saya harap ini bukan sekadar cakap-cakap pra-pemilihan. Jangan nanti sekiranya frakas JIM-IRC menang dalam pemilihan, menyambung semula usaha untuk bekerjasama dengan BN.
Tahniah YB.TG HHA yang amat tegas dengan pendirian misi PAS. Amatlah diharap mereka yang masih was-was terus beristiqamah dengan misi, visi perjuangan PAS. Rakyat marhin perlu jitu bertongkat dam bersuluh bersama walaq jangan sekali-kali mudah lemah dengan dakyah yang tidak ada sanad sehingga melemahkan jemaah.
Sayangilah harakah jemaie lebih dari menyayangi diri sendiri.
Bagi pejuang-pejuang teruskan tekad berimamkan walaq dan sekali-kali keluar dari jemaah kelak bagaikan seekor biri-biri sesat mudah menjadi mangsa serigala lapar.
salam. yang duk bising dalam pas adalah golongan yang tidak dapat wala' dan taat pada puncak pimpinan parti je YB, terutama anai2 yang berada dalam PAS sekarang.
sama2 kita benteras anai-anai dalam perjuangan PAS ini. moga PAS terus mantap dengan mereka yang betul2 ikhlas dalam perjuangan. moga mereka yang jadi anai2 ini insaf dan kembali kepada perjuangan yang satu.. takbirrrrrrrr
Ikuti wawancara penuh presiden di
www.terengganukini.net
salam ustaz....
sy ingin nyatakan disini minta supaya ustaz tlg siarkan kenyataan lanjutan dr saudara ustaz hairul nizam mantan presiden PMRAM berkenaan dgn tarian di Mesir haritu sbb blog ustaz ramai pengunjung salah sorangnya sy...supaya ia jelas.
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
wallahualam.
Mengambil sikap 'pukul rata' bahawa setiap kritikan adalah dakyah yang destruktif suatu tindakan yang naif. Pada masa yang sama, mengambil kira semua kritikan yang hanya bermaksud untuk menyelewengkan kita dari perjuangan sebenar juga tidak bijak.
Tahukah kita cara anai-anai ini beroperasi? Kalau kita tidak kenal siapa mereka dan cara mereka beroperasi, kita tidak boleh membanteras mereka. Ahli-ahli yang telah terkena 'penangan' taktik-taktik kotor mereka sahaja yang tahu kebolehan mereka berlakun dan memanipulasi. Yang tak 'kena', takkan tahu dan takkan percaya.
Catat Ulasan