23 April 2009

Sebelum dan selepas.

Sebelum dan selepas pilihanraya di Bukit Gantang banyak yang ingin diperkatakan. Nampak kosong tapi ada benda yang tersirat lagi tersurat. Sebelum pilihanraya projek mee segera begitu banyak dan berjalan selancar-lancarnya hingga tidak sempat tar nak kering ditambah lagi dengan tar lain.

Hebat sungguh hingga mengalami kesesakan lalulintas tidak kira tempat masa dan keadaan. Selepas pilihanraya cogankata mee segera terus bertukar jadi JANGAN KERJA RAJIN (JKR). Pergilah jalan dari Simpang hendak ke Taiping sebelum Petronas dan Mobil, lihat sendiri apa yang diperkatakan. Siapa yang ingin dipersalahkan? Peristiwa ini sudah berlanjutan lebih seminggu.

Sempat juga saya meninjau di jalan kampung di Bukit Gantang untuk ke hentian rehat Bukit Gantang tempat menjual buah-buahan. Jalanrayanya penuh dengan lubang. Bila ditanya kepada pekerja di situ mereka berkata situasi tersebut telah lama berlaku dari BN memerintah.

Bila arwah YB Roslan mula hendak memperjuangkannya beliau telah dipanggil oleh Ilahi. Justeru, tanggungjawab ini hendaklah diteruskan oleh MB Nizar selaku ahli parlimen baru Bukit Gantang. Diharapkan MB Nizar dapat tunjukkan kepada BN bahawa masalah ini boleh diatasi segera.

Bukannya susah sangat hanya tambak dan turap jalan sedikit sahaja. Kasihan lihat penduduk kampung yang melalui jalan di situ untuk menjual buah-buahan mereka. Saya yakin MB Nizar boleh kerana sepanjang 11 bulan beliau memerintah Perak banyak sudah kemajuan yang beliau lakukan.

Namun begitu, kepada para penduduk Bukit Gantang haraplah bersabar kerana perkara ini bukannya silap mata, sekejap sahaja boleh berubah.

Terpegun saya melihat kenduri kesyukuran yang dibuat di Dataran Tok Guru di Simpang masyarakat berbilang bangsa,kaum dan agama penuh meraikan majlis tersebut. Perkara ini telah kurang wujud di dalam majlis BN yang tidak rasmi..

Teringat saya bila menziarahi saudara di Banggol Nering, mereka kata ada orang BN yang buat kenduri menang saluran UPU. Kalau saluran 1 menang, mereka buat kenduri,kalau saluran 3 upu lain menangpun buat keduri dan begitulah seterusnya. Agaknya dah tak tahu nak buat apadah...Marilah sama2 kita renungkan Firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud: DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU KEPADA TALI ALLAH DAN JANGANLAH KAMU BERCERAI BERAI..

ANAK KOMANDO REJIMEN 1.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga mb nizar mampu menunjukkan contoh ahli parlimen yg terbaik pula. mulakan di bukit gantang. kami setia menyokong

Tanpa Nama berkata...

SYABAS MB NIZAR! walaupun masih belum angkat sumpah menjadi ahli parlimen b.gtg, yb telah mula menjalankan tugas.

BumiPerak berkata...

Selepas pilihanraya cogankata mee segera terus bertukar jadi JANGAN KERJA RAJIN (JKR).

Bukan begitu YB.. JKR adalah, "Jasa Kepada Rakyat"