06 April 2009

Siapa hina Islam ?

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.

Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.

Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.

Saya sangat terkejut dengan laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini diatas, saya mula memikirkan untuk menjawabnya pada ceramah yang akan saya hadirinya di saat-saat akhir kempen PRK Bukit Gantang.

Malam ini saya menjawab isu di atas di ceramah kelompok di Kampung Tersusun Jelapang . Seingat saya inilah ceramah saya yang saya menggunakan hujah secara serius dalam menjelaskan isu penting ini.

Sebenarnya siapakah yang mempersendakan Islam dan siapakah yang perlu memohon maaf kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia kerana mempersendakan Islam, mereka adalah pemimpin UMNO bukannya dari DAP termasuklah Nga Kor Ming.

Saya memuji dan sanggat kagum dengan YB. Nga yang berusaha gigih untuk memahami Islam sejak kami saling mengenali. Semasa mengadakan kunjungan hormat atas nama Pengerusi BBC, saya terkejut di atas mejanya terdapat senaskah Al Quran terjemahan dalam bahasa mandarin.

Itulah pemimpin DAP yang baru kami kenali dan duduk semeja sudah mereka cuba memahami dan kami ajarkan mereka untuk faham Islam.

Sedangkan UMNO yang kononnya Islam itu, sudah 51 tahun lebih berkawan dengan MCA namun sedikitpun mereka tidak mengajar pemimpin MCA untuk faham Islam. malah setahu saya pemimpin MCA sangat faham apakah perangai pemimpiun UMNO yang tidak mengira halal dan haram itu.

Selain itu saya sangat sedih dengan "bebal"nya pemimpin UMNO mempertahankan tulisan jawi yang ditulis tanpa usaha menukar atau membetukannya. Ia menjadi imej kepada ajaran islam sekian lama walaupun yang mematikan jawi juga pemimpin UMNO. Bayangkan tulisan iklan yang banyak terpampang di banyak tempat mengeja "amalan" dengan alif, mim , alif, lamalif, nun. Jelas kesalahannya sendangkan yang betul ialah ain, mim, lam ,nun.

Banyak ucapan dan tindakan pemimpin UMNO yang sudah sampai kepada peringkat boleh merosakkan akidah. Seingat saya Mahadhir pernah mengatakan bahawa Nabi Muhamamd tidak bercukur kerana mana ada pisau cukur semasa itu, ia menghina sunnah nabi dan sempat ditegur oleh Mufti, akhirnya mufti yang dipecat.

Meraka juga pernah menafsirkan ayat al Quran dengan mempersendakan sehingga ada yang sanggup mengatakan dalam Al Quran da menyabut UMNO iaitu "amanu". Sekali lagi mereka ditegur mufti dengan kebiadaban itu.

Pemimpin UMNO juga yang menghina hukum hudud sehingga dicabar di Mahkamah dan yang paling kemucaknya UMNOlah yang mencipta Islam baru dengan panggilan "Islam Hadhari".

Demikianlah sekelumit bukti dari gunungan bukti bahawa UMNOlah yang menghina Islam dari dulu sehinggalah sekarang. jangan cuba bercakap orang lain dan Yb. Nga menghina Islam sedangkan UMNOlah jaguhnya.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...tahniah ana ucapkan kpd YB Nga kerana menghayati Al-Quran. Walaupun tersilap menyebut nama Surah tersebut. ayat yg di baca oleh YB ni ialah dari Surah Al-Nahl awalan ayat ke 90:-

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya"

kpd puak2 umno yg jahil lagi sombong...ana nak cabar antum semua!!
kalo pandai sgt bab Al-Quran sila jawab soalan ana ni!!
pada waktu bila ayat ini sering di baca di seluruh pelusuk malaysia??? kpd puak2 UMNO yg kononnya memperjuangkan Islam SILA JAWAB!!! JAWABBB!!!

-Pemuda PAS Indera Mahkota

Hamba berkata...

Najib yg membenarkan 10 lagi cabutan utk perjudian 4D dan Toto tu bukan menghina Islam ke?

Tanpa Nama berkata...

Secara umunya, tidak salah untuk orang bukan Islam mengambil al quran sebagai hujjahnya, kerana dalam Al Quran memang terdapat kebenaran yang mutlak. Kemungkinan kesilapan sebutan dari a'raf kepada urah adalah disebabkan lughat atau kekurangan kefahaman, tetapi sekurang2nya dia sudah mula menerima kebenaran Al Quran. Kalu kita lihat pun ada jugak orang menyebut 'Allah' dengan 'alah','tuhan alah' dan sebagainya. Apakah itu kesalahan yang besar sedangkan kalimah itu adalah dimaksudkan dengan Allah jugak. Kalu seseorang itu merujuk kepada undang2 luar dalam sesuatu urusan, pihak yang dirujuk akan mearasa gembira, apakah kita tidak gembira jika orang bukan islam menggunakan islam sebagai bahan rujukannya selagi ia tidak lari dari maksud sebenar? Kalu kita bersikap menghalang orang bukan Islam menggunakan Al Quran sebagai rujukan, ia akan menyempitkan skop dakwah dan tasawwur Islam dalam kehidupan masa depan. Ini lah akibat dari sikap Islam Hanya Untuk Orang Islam, bukan Islam Untuk Semua. - aiman rizal

Kekacang berkata...

UMNO dan ahli UMNO, sikap kamu memang nak menghalang orang lain dari memahami Islam. Sekiranya YB Nga salah pun sepatutnya boleh ditegur dengan ikhlas kerana ia bukan seorang Islam. Tetapi sikap membuat lapuran polis ini akan menakutkan orang bukan Islam kepada agama Islam. Mungkin tindakan politik ini menguntungkan UMNO tetapi akan merugikan Islam. Atau memang niat UMNO tidak ingin melihat orang bukan Islam memahami Islam.
Wahai UMNO letakkan kepentingan Islam di atas. Islam bukan untuk UMNO sahaja, bukan untuk PAS sahaja, bukan untuk apa bangsa semata - mata, tetapi untuk keseluruhan manusia. Tolaklah semangat Assobiyyah yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Kami menyokong YB Nga kerana menggunakan hujah dari Al Quran untuk kepentingan umum.
Wallahu alam

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dengan anggota PDRM dan anggota tentera yang bukan beragama Islam tetapi di talipinggang/lencana yang dibekalkan oleh kerajaan mempunyai kalimah ALLAH dan Muhammad. Tidakkah ini juga menghina ISLAM apabila yang bukan beragama ISLAM ini memasukki tandas. Kita yang beragama ISLAM ini pun akan merasa berdosa membawa kalimah ALLAH ke dalam tandas. Harap perkara ini dapat diketengahkan oleh YB.

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan.
Almarhum datuk hamba yang tercinta kembali ke rahmatullah ketika berusia hampir 90 tahun. Pemergian beliau diiringi hujan renyai-renyai dan angin sepoi bahasa ketika talkin dibaca di kawasan perkuburan sedangkan lokasi yang hanya 100m dari kawasan kubur panas terik. Sewaktu hayatnya beliau adalah seorang imam surau, pendakwah dan guru agama.

Beliau pernah memberitahu satu amanat penting yang saya ingati hingga kini.....

"Amri, hang jangan dok pi pangkah lambang kati tak guna tu , tu la dajjai bekandaq kalau hang nak tau"

Saya mohon maaf kerana amanat beliau diperdengarkan dalam loghat utara tetapi mesej beliau amat jelas bahawa sesungguhnya UMNO dan BN adalah manusia bertopengkan syaitan yang sesat lagi menyesatkan !!!

Al-fatihah untuk beliau ! ALLAHUAKBAR !!

Sayanik berkata...

wow..Naina merican melenting! sampai tahap tindakan Nga itu penghinaan terbesar hingga peringkat dunia. Ayat paling last skali aku nak tergelak..malah ada sedikit perasaan bengang:

Katanya," Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama."

rasa macam tak kena pulak. Biasanya, selama saya baca kisah muallaf ni, dia baca Al-quran dulu dengan terjemahan, barulah peluk Islam.

Adui..jahilnya beliau.. kalau macam ni lah, susah orang bukan islam nak masuk islam.

Tanpa Nama berkata...

Tolong ulang tayang video UMNO hina Islam terutama seklai oleh Mahathir!!!

zakwan berkata...

Bukankah Islam agama universal dan boleh diterima dan diamalkan oleh manusia sejagat tidak kira bangsa atau warna kulit?

Saya rasa tidak wajar bagi Badan Bertindak Perpaduan Melayu menggesa wujudkan fatwa mengharamkan golongan bukan Islam menyebut ayat Quran

Kalau macam tu,bagaimana nak harapkan golongan bukan Islam utk memahami Islam

Syabas kepada Saudara Khalil,saudara Nizar serta PAS Perak kerana mendidik DAP Perak mengenai keindahan Islam

Semoga diteruskan usaha mewujudkan persefahaman di antara parti2 Pakatan Rakyat

Brahim Nyior berkata...

Bayangkan, seorang bukan Islam, mampu mengambil petikan ayat daripada kitab suci kita. Jika kesalahannya menyebut ayat, boleh dimaafkan sebab yang penting ialah isi yang diterimanya.

Jika YB Nga membaca kandungan Quran, pasti dia mengetahui betapa Islam sangat murni dan sesuai untuk semua masyarakat. Ini mengurangkan pandangan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap agama ini.

Malangnya, ada pihak memperbesar-besarkan kesilapannya, sehingga mengetepikan isu sebenar.

Saya rasa kecewa apabila ada pemimpin kita, yang mengapi-apikan sentimen ini seolah-olah Islam hanya untuk orang Melayu...

lebai kampung berkata...

Itulah kebangangan orang umno. Tok Mufti Perak pun sama. Nasib baik dia tak hantar protes kat Lim Guan Eng kerana nak tiru kepimpinan Umar Abd Aziz, saya rasa ramai pemimpin umno tak tau siapa Umar Abd Aziz, mungkin dia tau Umar Al Khatab saja. Kalau Umar Al Khatab hidup lagi, saya rasa dah lama janggut Tok Mufti tu ditariknya atau dilibas dgn pedang beliau. Mahathir pun tak kenal Syaidina Hamzah ketika mengulas peristiwa Memali dulu. Salah ke YB Nga baca ayat Quran tu? kalau salah sebut surah atau tak betul sebutan pun, dia dah tunjuk boleh hafal ayat tu dan sudi menggunakannya depan bukan Islam. Adakah Najib, Mahyudin, Mahathir mampu buat macam itu?

Sepatutnya jejuak umno malu sebab orang bukan Islam dah mula hendak kepada kebaikan Islam.

lebai kampung berkata...

Nasib baik dia tak buat report polis bila YAB Lim Guan Eng kata nak ikut Umar Abd Aziz. Saya rasa ramai orang umno tak kenal Umar Abd Aziz sebab Mahathir pun tak kenal Syaidina Hamzah yang jadi ketua para syuhada' ketika cuba mengulas syuhada dalam peristiwa Memali. Najib pun belum tentu boleh baca dan hafal ayat yg dibaca oleh YB Nga. Betul ke Najib kalau baca yassin guna tulisan rumi?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.
Memang orang-orang UNO dan yang seangkatan dengannya tak mahu ada orang bukan Islam mendekati apalagi menyokong perjuangan Islan.
sebab jika mereka ini(orangg bukan Islam)mengenali dan cuba menghayati Islan maka perjuangan UMNO dan yang sewaktu dengannya akan di tolak oleh mereka.oleh itu untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam dari mendekati islam berbagai-bagai cara dilakukan,termasuklah buat lapuran-lapuran polis.sedangkan al-Quran boleh dibaca dan dihayati oleh seluruh manusia,telah terbukti ramai orang bukan Islam memeluk Islam kerana mulanya mereka cuba mengenali Islam melalui terjemahan al-Quran atau bacaan al-Quran termasuk Khalifah Omar bin al-Khattab,Saya raza YB Ustaz juga menagalami atau mengingati (YB ustaz berasal dari Jelawat)' beberapa ramai anak-anak Cina dan Siam belajar mengaji al-Quran bersama anak-anak Melayu,dan Berapa ramai anak-anak bukan Islam mengambil mata pelajaran pendidikan Islam untuk SPM mereka,adakah mereka ini tidak membaca al-Quran,kena selibus pendidikan Islam dalam SPM ada terdapat ayat al-Quran untuk diajari dan dipelajari.
Alhamduliiah.

Tanpa Nama berkata...

UMNO LEBIH DAHULU BIADAP TERHADAP AL-QURAN...SEBAB?HUDUD KATANYA KEJAM..SEDANGKAN DALAM SURAH AN-NUR ALLAH BERFIRMAN BAHAWA SEGALA HUKUM YANG ALLAH DA TETAPKAN DALAM AL-QURAN INI WAJIB DLAKSANAKAN..KNAPA TOLAK??DULU LIM GUAN ENG MENYEBUT DIA NAK CONTOHI KEPIMPINAN UMAR ABDUL AZIZ..UMNO KATA LIM GUAN ENG KURANG AJAR..SAPA KURANG AJAR?UMNOLA YG KURANG AJAR..UMNO PATUT RASA MALU SEBAB ORANG BKN ISLAM NAK CONTOHI KEPIMPINAN PEMIMPIN ISLAM,UMNO?DA LA X NAK CONTOHI,MENENTANG PLAK TU,BUAT HUKUM BARU..ISLAM HADHARI..APA LAGI NAK BNGGA DGN BNGSA MELAYU?KONON KATA ISLAM,TP TOLAK HUKUM ALLAH..TU SELAM JE...SEDARLAH WAHAI UMNO

Bangsa Cina Malaysia berkata...

Asalamualaikum (may peace be upon you)

InsyaAllah (God willing) MB nizar akan menang besar dengan sokongan melayu cina india.

Ameen.