11 Mei 2009

Benarkah media buat laporan tidak adil seperti dakwa Zambry ?

Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan kononnya segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu.

"Laporan dan gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan... saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif, dakwa Zambry seperti yang dilapor oleh Bernama hari ini.

Namun persoalannya adakah benar dakwaan itu dan salahkah media melaporkan apa yang disakssikannya sendiri walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan sekali ini kena ke atas "batang hidung" BN.

Sejak awal kita menyaksikan Bangunan Dewan Negeri Perak telah dikepung dan diceroboh oleh pihak keselamatan yang begitu ramai. Sehinggakan menyebabkan menimbulkan perasaan syak dan wasangka yang tidak baik apakah yang sebenarnya yang diingini oleh pihak yang menjaga bangunan tersebut. Bukankah itu adalah penyebab awal yang mencetuskan ketegangan di bangunan dewan negeri.

Banyangkan kami ADUN yang sah dipilih oleh rakyat terpaksa melalui kawalan yang paling ketat lebih ketat dari menaiki kapal terbang. Pengalaman saya menaiki kapalterbang yang paling ketat adalah di China tetapi saya rasa peristiwa di DUN Perak lebih ketat dari itu.

Sebelum masuk ke dalam dewan, ADUN diwajibkan mendapatkan pas berwarna merah dan ini sangat menyusahkan kami sebagai orang yang diaamahankan untuk datang bersidang . Inilah dalam pengalaman saya setelah Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Perak sejak Mac 2008 kawalan seketat itu diadakan di Dewan Negeri.

Saya yakin ADUN BN bukan dalam keadaan tertekan kerana mereka sangat mengetahui dia ada pengawal yang diimport begitu ramai dari seluruh negara. Malah saya mempunyai maklumat jelas seorang polis dari Pahang didatangkan untuk menjayakan kerja jahat ABN di Dewan Negeri.

Mangsanya kami ADUN Pakatan Rakyat, sabotaj terhadap kami sampai kekemuncaknya dengan perencanaan yang sangat teliti. Segala jenis plan A hingga Z difikirkan sehingga ada bukti menyatakan boleh kita lihat dibeberapa gambar semacam pistol telah dibawa masuk ke dalam dewan.

Penyokong kami dinafikan hak, sebenarnya dialah "pengawal" dan peniup semangat yang mahu masuk kedewan dengan aman dan damai, namun semua tempat duduk yang kosong telah diisi oleh pasukan polis termasuklah galeri pemerhati juga dipenuhi dengan polis.

Sebenarnya BN sudah takut untuk berdepan dengan ADUN Pakatan rakyat dan penyokongnya. Ketakutan itu kata anak saya yang berumur 10 tahun adalah di tahap "gaban" maksudnya melampau.

Sekarang Zambry takut kepada Media termasuk milik BN. Di pagi Jumaat selepas sidang saya sempat melihat berita di tv 1 yang sebelum ini jadi pengampu BN ditahap gaban. Terkejut saya dengan gambaran yang menunjukkan kepada saya cukup adil dan menggambarkan suasana yang sebenar.

Maka tunggulah hayat BN yang semakin pendek dan siap untuk dikuburkan dalam Pilihanraya apa saja. Media pun sudah bosan untuk menjadi "pengampu" BN seumur hidup, nanti orang pun tidak beli macam mana nak bayar gaji pekerja.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam buat YB..
semua kuasa ALLAH..tak ada gambar yg boleh memihak kepada UbN pada kejadian tersebut. Sebab itu media kerajaan tidak berapa minat menayangkan berita tersebut. Yang benar akan tetap benar. harapan pak lang pada YB..berjuang lah demi kebenaran dan untuk rakyaat...

zizi3131 berkata...

Hati Zambry mula gulah gulanda fikiran mula berkecamok disebabkan makan duit gaji MB haram.bukan saja zambry makan duit gaji haram malah dia telah bagi anak isterinya duit haram.itu lah nasib nya orang makan duit haram.Hati Zambry lebih hitam daripada hati YB Speaker Siva.YB Speaker siva makan duit haram tu hatinya tak hitam macam hati Zamry

Tanpa Nama berkata...

Zambry talking rubbish. Rakyat tahu yang mana benar dan yang mana salah.

dukun misai berkata...

Bila terkena batang hidung sendiri,mula la kata media tak adil,jika difikirkan semula,siapa keh media media itu? bukankah mereka tu penyokong propaganda kera..jaan. Zambry zambry berani buat berani tanggung la...

bapak mamak berkata...

kepada yb zamri bn (be end), your political will go to hell!!!!!!!!! perosak dan pelacur demokrasi

bukit teluk sera berkata...

pelik nih. amat ajaib puak BN kata media tidak adil dan objektif.

selama hari media tu adil ka pada pembangkang? ada ka walau sehari dalam 52 tahun ianya adil?

kalau ada 'adil' tu bermakna berita tu betul-betul fakta la tu. :D

Tanpa Nama berkata...

mamat mb baru tu jagan layan lah kita buat krrja kita dekat lagi ngan masyrakat,orang dah boleh menilai tempat ku tiggai sorang je org umno tu pun dah tua pru13 dah takde dah,tapi yb lagi krisis kita lagi ok apa aku harap game ni jgn cepat habis.

Tanpa Nama berkata...

betul sy sokong apa yg zambry dakwa.. Laporan media mmg tidak adil.. hanya berpihak pada BNatang Umno sahaja hehehe

Tanpa Nama berkata...

tuan

dedahkan identiti seorang polis dari pahang tu supaya dapat kami pastikan dakwaan tuan di atas
itu benar

TokAwangP6Merah berkata...

Alhamdulillah...Akhirnya kebenaran menyebelahi kita...hari ini media sudah muak dengan UMNO/BN mereka terpaksa menipu fakta...tunggu lah sehari dua lagi...mereka-mereka yang menjadi kuda tunggangan UMNO/BN akan berpaling tadah...mereka akan sedar...insyaAllah.

musafirlalu berkata...

Apapun yang dilaporkan oleh media massa kerajaan yang didokong oleh UMno tentang pakatan rakyat hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sendiri.Kerana mereka tahu apapun yang dilaporkan oleh media cetak atau eletronik,rakyat tak akan percaya."Kamu kena laporkan apa sahaja yang boleh menyedapkan hati aku walaupun rakyat tak percaya".Kerana itulah rakyat sekarang lebih mempercayakan internet daripada media massa prokerajaan.Sebab itulah apabila berita yang tidak memihakkan mereka,mereka akan kata lapuran itu berat sebelah.Itu tandanya UMno sedang dalam persiapan untuk ditalkinkan.Kubur dah digali cuma tunggu jenazah aje.....Sayonara UMno.

Unknown berkata...

Asslamualaikum YB,

Kalau zaman dulu-dulu bolehlah tipu rakyat. sekarang media alt dah banyak...blogger pun banyak...

www.duniacacamarba.blogspot.com

anakjatiperak berkata...

media mana yang mamak zambry kata tak adil?atau saje nak buat isu supaya menggambarkan kononnya media bebas dan tidak menyebelahi BN? sudah lah..kong kali kong???????
Harakah lapor tak adil?memang ler..sebab harakah surat khabar parti. berbeza dengaan utusan kununnya penyebar fikiran rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kita tgk la nanti silap haribulan, mana2 wartawan yang sebarkan berita yang benar dan betul akan dipecat macam imam jugak.

Tanpa Nama berkata...

malu yoep, aku kata pembangkang ikut undang-undang rimba, zam alakazam kedebom, tup-tup media tunjukkan aku pulak macam ungka, adoyaiii.

pakjol64 berkata...

Hoi Zambry Kuta Kinte.
Kalau hang dah percaya surat habaq, nanti hang pi tengok vcd pula.
Puak surat habaq ni pun dah tak larat nak cover hang, bengong ooooi

Tanpa Nama berkata...

Drs,Perangai bebudak betul lah si MB kudeta ni.Dia tumbuk orang last last dia menangis kata orang tumbuk dia.Apa punya kelam! Nona Ratana Chulaborn.

kim berkata...

siapa yang takut sebenarnya? kalau sivakumar benarkan undi dilakukan, mesti adun pakatan pembangkang tak terlompat2 macam kera, siap lompat2 naik atas meja lagi.