11 Mei 2009

Krisis politik Perak: Campur tangan Sultan penentu penyelesaian?

Di sebalik krisis politik Perak yang telah masuk bulan ketiga sekarang, penganalisis-penganalisis berpendapat parti-parti politik perlu berkompromi manakala Sultan perlu campur tangan walaupun raja "berada di atas politik".

Penganalisis politik Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Khamis lalu tidak sepatutnya berlaku dalam konteks demokrasi diamalkan di negara ini.

“Kita tak seharusnya sampai ke tahap mentaliti politik yang negatif seperti yang berlaku dalam Parlimen di Taiwan,” katanya.

Jelasnya, imej negara tercalar atas kekecohan yang berlaku dan kemelut politik yang melanda Perak tidak akan selesai sehingga pilihan raya umum yang ke-13 jika tiada langkah segera diambil.

“Sudah tiba masanya baginda (Sultan Perak) campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini.

“Saya melihat Sultan wajar mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan pendirian baginda berhubung keputusan yang telah dibuat (melantik Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir).

“Walaupun Sultan berada di atas kuasa politik tapi dalam situasi seperti ini, saya melihat campur tangan itu perlu untuk meredakan kemelut politik di Perak,” kata beliau kepada mStar Online.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia berkata, baginda boleh mengisytiharkan darurat di Perak dan menyerahkan urus tadbir negeri itu kepada kerajaan Persekutuan untuk sementara waktu. “Langkah ini boleh diambil kerana pentadbiran di Perak telah menjadi kucar-kacir dan rakyat yang mangsa. Pemimpin politik ini perlu berhenti bertelagah,” katanya.

“Rakyat Perak dijangka menterjemahkan melalui pilihan raya, mereka akan undi Pakatan Rakyat sebagai undi protes kepada BN yang dilihat merampas Perak daripada Pakatan Rakyat,” katanya.

Tambahnya, bagi menyelesaikan konflik politik itu salah satu pihak perlu mengalah, tetapi sama ada BN mahupun Pakatan kelihatan tidak akan mengalah dengan mudah.

“Jalan penyelesaian terbaik adalah kita harus serahkan kepada mahkamah. Sememangnya akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Isnin ini.

“Amalan berpolitik keterlaluan yang berterusan hanya merugikan negara dan rakyat akan terus mangsa,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin pula menyifatkan insiden tersebut sebagai satu lagi rampasan kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Februari lalu.

“Apa yang berlaku semalam tidak betul dan salah dari sudut perlembagaan. Mereka (kerajaan Barisan Nasional) tidak boleh memecat Speaker dan pelantikan penggantinya yang baru (dari BN) juga tidak sah," katanya.

Jelasnya, kekecohan itu juga memberi tanggapan negatif masyarakat luar negara terhadap negara ini.

“Bukan sahaja ekonomi Perak akan terjejas, malah ada kemungkinan pelabur-pelabur asing akan was-was mengenai kestabilan politik di negeri itu.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada industri pelancongan ekoran urus tadbir yang tidak sempurna,” katanya. Sumber dengan edit dari Mstar.

9 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

YB,Saya teringat peribahasa Melayu masa di Sekolah dulu,berbunyi.

Apa di harap padi di seberang,
Entahkan jadi entah kan tidak.,

Maksud nya bolih lah di reka sendiri mengikuat Kesesuain keadaan dan suasan nya.

Dlm hal ini jelas jika Duli Tuanku hendak melakukan seperti yg.di saran,sasungguh nya di peringkat awal lagi ia sudah di bubarkan.

Jadi tak payah kita ulangi kata kata yg.tidak memberi sebarang kesan.

Melainkan Berusaha dgn penuh tekun sabar dan berserah kepada Allah s.w.t.

Hanya orang orang yg sabar dan bertaqwa(Beriman) yang akan mendapat kemenagan-itu Janji Allah.

zizi3131 berkata...

Diharap semua rakyat malaysia buat solat hajat dan munajat malam ni untuk keputusan mahkamah esok.

zizi3131 berkata...

Anjurkan programe Solat Hajat Dan Munajat Besar besar serentak seluruh malaysia agar DUN Perak Dibubarkan Biar terbuka pintu hati Sultan nak bubarkan DUN

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

WAHAI SELURUH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT MARILAH KITA SAMA2 BERDOA MOGA SULTAN BERSETUJU MEMBUBARKAN DUN DANJUGA MAHKAMAH MEMUTUSKAN MB NIZARLAH MB PERAK YG SAH. BAGI YG BERUGAMA ISLAM MARILAH KITA SOLAT HAJAT, INGAT KITA ADA ALLAH, DAN ALLAHLAH YG MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU.

Tanpa Nama berkata...

Dr Sivamurugan tidak faham situasi sebenarnya;
Komen penyelesaiannya tidak melambangkan bahawa beliau mengikuti senerio yang sebenarnya. Untuk menyerahkan kuasa ke Kerajaan Persekutuan memang telahpun dilakukan oleh DS Najib dengan melantik Zamri sebagai MB Kudeta; Kan BN tu pemerintah perseketuan.

Yang jadi masalahnya rampasan kuasa secara tidak demokratik dengan memperalatkan institusi raja dan yang berpuncanya pula ialah 3 katak (Behrang, Ckt Jering dan Jelapang). Sebenarnya penyelesaian telahpun diajukan kepada tuanku yakni membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula kerana mejoriti yang memperlengkapkan BN mengambil alihpun tidak akan kekal kerana 2 diantara tiga katak tu dalam kes mahkamah apa jadi kalau mereka didapati sabit dengan kes tidakkah akan berlaku pengosongan kerusi dan tinggal satu Katak Jelapangpun goyang. Biasanya orang yang suka melompat tanpa perinsip tu tak kekal.. tanya DAto' Nasirudin.

Dr Sivamurugan harap jagalah PHD tuan agar tidak dipanggil Prof Kangkong.

Tanpa Nama berkata...

buat mcm kelantan satu ketika dulu,istiharkan darurat,biar tentera memerintah,lagi puas hati

Tanpa Nama berkata...

..betul tu ana setuju...kt nk mngamuk pn semua umNO yg bayar gaji...mcm sial mrk tu semua brhikmat utk unNO bkn utk rakyat...semuany termasuk media KERAjaan...PRU13 akan jd medan PEMBALASAN bt tangan2 yg DURJANA.....ingatlh wahai saudaraku,jgn krn kain batik kt lupa atas segala perbuatan mrk...!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Lepas 100 hari ini, hanya tender jualan camry yang dibuat oleh Zambry dan kerajaan BN. Inilah manusia munafik yang tamak kuasa daripada parti rasuah (UMNO). Dah 100 hari, apa yang dia buat untuk rakyat selain daripada buat kecoh sahaja. Apa salah hormati mandat rakyat dan minta DYMM Tuanku untuk bubarkan DUN. Apalah sangat jasa 10 bulan Pakatan Rakyat berbanding dengan 51 tahun jasa UMNO/BN di Perak. UMNO/BN perintah Perak selama 51 tahun, tiada peristiwa seperti ini kerana PAS & DAP hormati rakyat dan demokrasi. Tapi, hanya 10 bulan PR memerintah, UMNO/BN dah buka jalan belakang untuk perintah Perak.

Tanpa Nama berkata...

Fikirkan hikmah perkara tersebut atau dalam kata lain 16 sept dalam skala kecil. cuba fikirkan kalau 16 sept tu jadi.