Keputusan perbicaraan kes siapakah MB Perak yang sah akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pukul 2.30 petang ini.
Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.
Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangngi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan.
Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.
Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangngi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan.
21 ulasan:
boleh percaya ker????
Berdoa dan bertawakal sahaja lah yang mampu kita buat. harap-harap hakim yang terlibat merupakan seorg yang bermaruah...
yb tolong masokkan link saya dlm blog yb
saya pengundi dun titi serong.
biar apa pon terjadi Nizar tetap MB di hati saya
We the Perakians are law abiding citizens. we can accept whatever the verdict will be, but we hope for the best. Hidup Datuk Seri Nizar, we want you to be our MB, because you are really great.
Kalau Hakim Adil Lagi Bijaksana... YB Nizar akan diisytihar sebagai MB yang sah..lantas YB Nizar akan memohon Tuanku Bubar Dewan.. Sebulan Dua selesailah kemelut tempoyak di Perak.
Kalau Hakim Cap Ayam maka di isytiharkan Mamak Zambry sebagai MB... dan Perak akan terus menerus dalam keadaan tempoyak sampailah pilihanraya ke 13. Kerana Mamak Zambry sama sekali tidak akan bubar DUN..(@ bunuh diri)... Maka DUN tak boleh bersidang dengan jayanya kerana ada dua Speaker pulak satu yang halal satu speaker cap tempoyak...
keputusan mesti memihak pda MB haram tu zambry ...rakyat dah boleh baca dah sistem kehakiman kita sudah lama berkubur dah
Saya sependapat dengan YB yang mengatakan Mahkamah di Malaysia masih boleh dipercayai namun kita janganh terlalu mengharap. Cuma kita boleh berdoa dan bertawakal kepada Allah swt agar hakim akan membuat keputusan yang adil iaitu kemenangan kepada DS Nizar.
Andaikata DS Nizar menang maka DUN Perak akan dibubarkan maka satu pilihanraya umum akan diadakan sekali lagi. Saya ingin tengok wakil rakyat yang melompat itu akan kalah terok kalau boleh kalah deposit.
Kalau tuan Hakim tu bijak, berani serta jujur sudah tentulah keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Nizar.
Bagaimanapun kita sama2 berdoa dan jika keputusan adalah sebaliknya, seperti kata YB Drs kita tetap akan bersama2 terus berjuang.
Nak pie tgk tapi kaki pulak sakit.. adiuh.. dugaan..
kat malaysia ni macam2 bole jadi.. semua org diperbodohkan oleh umno..
peduli apa dengan Perak. Hakim2 ni nak jaga isi perut aja. depa pun nak tengok 'what's next?'.
pasti banyak lagi cerita thrill akan keluar. rakyat pun ada peluang tahu sikit2 soal perlembagaan.
jadi para penyokong PR, tok sah dok berangan DS Nizar akan menang.
yelah, kat malaysia byk hakim cap ayam je, berterabur. nak cari yg baguih macam tun salleh abas memang susah, macam tarik rambut dalam tepung.
harap-harap macha zambry yang akan menang.hope sangat mahkamah akan memberi kemenangan kepada BN. Jika BN menang,insyaALLAH PRU-13 rakyat akan balas dendam untuk DS Nizar. Teruskan sokong agar BN menang agar kite dapat tonton satu persatu kebodohan macha n da geng.
ya ALLAH..berikan DS nizar meng dlm kes ini..
Masa berharga dibazirkan begitu sahaja sehingga PRU 13. Banyak perkara terjadi dalam jangkamasa tersebut. Proses pendoktrinan akan berlaku dengan giat di Perak and remember hati manusia mudah tersentuh....
Siapa menang tak penting, keutamaan kita adakan kemenangan mereka itu mampu membawa apa yang mereka janjikan... baik Nizar atau Zambry kedu2nya hanya sekadar memperjuangkan demi kepentingan diri...kita sebahagian masyarakat perlu sedar akan kesilapan kita yang terlalu fanatik. Andai zambry menang kita cubala lihat pada permulaannya dan bantu beliau untuk memakmurkan perak...andai nizar menang kita harapkan kesilapan beliau yang lalu tidak diulangi dan pimpinla perak berlandaskan Islam yang sebenar....
Siapa menang tak penting..yang penting adakan kemenangan mereka itu membawa erti kebenaran buat perak..baik nizar mahupun zambry mereka hanya perjuangkan sekadar untuk kepentingan mereka sahaja..kita yang fanatik pula masih lagi dipersepsi yang sam..tiada perubahan atau perkembangan...jadi nasihat saya sekiranya zambry menang kita tengok apakan kemampuan dia manakala jika nizar menang maka berharap agar kesilapan beliau yang lalu jangan diulangi....berfikirlah kita ke arah kepentingan Islam dan juga masyarakat kita sendiri...pergaduhan antara kita membuka pekung snediri buat bangsa lain mengambil kesempatan....jadi waraskan diri kita...lakukan yang terbaik buat negara kita sendiri,,,
dah sah nizar MB
Dan akhir nya YB Nizar di sah kan masih MB perak yang SAH...takbirrr.
Ye la tu..hakim semua x betul.kerajaan semua x betul.yg betul anwar je la...
pemikiran sempit betulla pakatan rakyat ni..
cuba lihat apa yg anwar buat semasa dalam kerajaan, cuba imbas masa zaman anwar jadi TPM... lepas tu fikir balik..berbaloi ke sokong anwar,lebih baik PAS bergabung dengan Umno demi Bangsa Melayu..dari bergabung dgn DAP yang terang terang bencikan orang melayu dan Islam
pilihan raye ari tu rakyat perak dah pilih pakatan rakyat sebagai pemerintah tapi kenapa bn tak boleh tunggu pilihan raya akan datang untuk mengambil alih perak secara sah??? bn tolong jangan permainkan rakyat!!! rakyat sekarang bukannya bodoh macam dulu!!! fitnah orang sane sini, jenayah meningkat, gejala sosial berleluasa(islam hadhari), ekonomi raruk... hidup 1 malaysia..
sama2 lah kita berdoa kepada ALLAH agar YB Nizar di isyhtarkan Menteri Besar Perak yang sah dan seteruanya dapat menyelesaikan krisis di Perak kerana YB Nizar akan memohon Tuanku Bubar Dewan dan adakan pilihanraya seumula.... Berjuang lah kerana ALLAH,sokonglah parti dasar islam.. Takbir!!!
Catat Ulasan