11 Mei 2009

Hee Yit Fong Mencemari Dewan

Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak. Beliau telah bertindak di luar bidang kuasa. Selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya. Orang lain, termasuk menteri besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu.

Inilah merupakan satu amalan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak. Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah) telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontroversi. Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut. Ini adalah tidak rasional. Dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker. Dimanakah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian.

Ini merupakan tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan. Beliau telah mencerobohi bidang kuasa Speaker. Ini merupakan satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

Hee Yit Fong telah melakukan kesalahan dalam usahanya mempengerusi dewan sewaktu Tuan Speaker masih menduduki kerusinya. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang tidak senonoh dan keji?

Beliau cuba mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia ini. Dia dan kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus cuba membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru. Bagaimanakah kita boleh menganggap tindakan beliau itu adalah sah? Ia adalah menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan-amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel. Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain. Bolehkah kita mengawalnya jika kita membenarkan ' duluan' seperti yang berlaku di Dewan negeri Perak? Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain.

Tambahan pula, mengikut Perintah-perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan-persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut .........

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis. Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sebagai kesimpulan, oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah. Tambahan pula, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009. Blog speaker Suara Perak.
Blog Suara Perak.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak komen artikel awang selamat mingguan malaysia 10.5.09 mengenai perkara yang sama spt berikut:
‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,”
Awang Selamat dengar ke titah Sultan. Nizar, Ngeh dan Raja Muda di atas pentas di Raja jauh daripada media. Saya berada ditempat media, tak nampakpun Awang Selamat. Awang jangan jadi batu api. Jgn main serkap jarang. Zaman IT ni tak boleh tipu pembaca. Saya menyaksikan BN buat sidang sendiri. lantik Ganeson berlari-lari masuk dewan apabila dilantik. macam mesyuarat budak sekolah. selepas lantik Ganeson pakai jubah speaker dan songkok yang sengaja dibawa oleh BN. Angkat sumpah depan Hee. Kemudian kendalikan sidang haram itu dengan membaca skrip. Ganeson baca skrip pun tak betul...Awang sudahlah jangan memfitnah..tak elok..jangan busuk hati..tak elok.

Tanpa Nama berkata...

itu lah umno.......sejak dr dulu hingga skrg x berubah2.kalau dia mencabul undang2 dia kata betul.......aku ni makin meluat dgn umno

Ahmad Syafiq berkata...

Saya bersetuju dengan pandangan YB Khalil dalam isu Speaker ini.

musafirlalu berkata...

Cacat anggota badan dan terecat akal adalah perkara biasa tetapi yang luar biasa ialah apabila kita mencacatkan akal kita sendiri.Seperti kerajaan kudeta DS Zambry mengula-gulakan akal YB Hee.Kita tidak menghina orang OKU malah kita menyanjungi mereka,tapi kita menghina orang seperti YB Hee dan juga puak-puak kudeta.Orang yang cuba mencacat akal rakyat malaysia seperti kerajaan kudets DS Zambry adalah amat-amat malang sekali.Usahlah mencacat akal rakyat,biarkanlah puak-puak kamu ajelah yang cacat akal.Rakyat malaysia dah matang sekarang untuk digula-gulakan oleh kamu.Usahlah kamu mengakali rakyat kerana rakyat sendiri yang akan mengakali kamu.

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi ahli UMNO kena bodoh tentang undang-undang dan cerdik bab pekena orang atau langgar undang-undang. Walau salah tetap mereka kata betul..apatah lagi kalau betul. Perangai serupa dari pemimpin sampai pengikut

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi rekod dunia tercipta di Perak.. mampuih UMNO dan Bee End .. Depa ingat Malaysia ni mak bapak depa punya ka... Ikut dan depa saja nak buat macam mana pun.. Saya pun setuju dgn pabndangan tuan YB...

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah)...dia ingat rakyat bodoh macam dia...pastikan PRU13...jangan bagi peluang lagi kat dia baik PR @ BN...Katak..ong..ong..ong

anakjatiperak berkata...

artikel awang selamat ni kalau siapa baca memang tak selamat dunia akhirat. Usah risau, sebab yang baca dan beli utusan ni cuma piau ameno saje. orang pas dah lama tak beli utusan meloya ni..

Tanpa Nama berkata...

Oh by the way, Rocky too play batu api. Ini Derhaka kan?

ibnusiddiq berkata...

apa nak jadi dengan malaysia sekarang???lepas satu..satu kejadian pelik berlaku...

Tanpa Nama berkata...

meluat dan semakin benci aku dengan be-end sekarang nie...

dulu aku bodo gak...
skrg baru ake pikir... betapa teruk perangai org2 be-end...

Tanpa Nama berkata...

masyaallah

Tanpa Nama berkata...

Tahukah zamberok dan kuncu-kuncunya bhw ada kehidupan selepas mati? tidak takutkan mereka dengan neraka? Tahukah dia amalan dia dicatat didunia ini? Bengon lah puak puak berok nasional ni..

Puan Ainon Mohd. berkata...

Ganesan angkat sumpah di depan Hee. Hee itu Sultan Perakkah?

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sokong tidakan adun-2 PKR terutama tuan SPEAKER kita.... dia memang berani...orang macamnilah patut kita sokong dan pertahankan...tak apalah.....kita tunggu prk 13...kita kasi lemas itu BN KAT Perak....Kalau boleh jangan kasi itu mamat balik PANGKOR kita kasi benam dia kat jeti Lumut......

melayu berkata...

Nak ku cela , BN ni manusia seperti aku jugak. Tapi sikap mereka tu teruk dari beruk. Tapi yang penting, next election jangan undi BN. Kasi 'The End' sama dia.

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke Malaysia skrg ni jadi Pengerusi Parlimen Komenwel, boleh tak bawa isu ni ke peringkat komenwel?

Tanpa Nama berkata...

Awang Selamat pi mengadap Raja Muda dan tanya apa Raja Muda cakap kat DS Nizar kot, atau Awang Selamat tu bagi skrip kat Raja Muda suruh Raja Muda cakap macamtu kat DS Nizar kot? Udah le nak membodohkan orang, kalau orang UMNO tak tau ler, bagi deme semua betoi, sampai nak makan mintak sedekah pun UMNO semua betoi, sebab dah kena bodoh dengan sekupang dua.

Tanpa Nama berkata...

PM kesayangan kita tu takkan senyap jer...dh timbulkan masalah pepandailah settelkan...yg kene tempais rakyat marhainlh
agak2nya berani x nk turun ke perak? takut kene lempar ngan kasut...
apepun klu kalah hari pn x per asalkan bermaruah..selagi kita dipihak yg betul insyaallah kita sentiasa di bawah lindungan Illahi...PRU13 adalah penentunya

Tanpa Nama berkata...

Drs,Arakian bermula segala sengketa di Darul Ridzuan berpunca dr tiga mahkluk mangkuk berayun ini.Kata orang nak ubat penyakit cari ibu nya.Apa kalau DYMM Sultan tak dpt bubarkan semua DUN. rakyat buat referendum tiga ekur unggas bebas ini diminta lepaskan jwtn ADUN masing masing dan buat Pilihanraya Kecil semula.Biar rakyat buat keputusan.Tapi hendak kah Sultan berpandangan sama dgn rakyat! Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Awang Selamat pandai lip-reading