30 Jun 2009

Kerajaan digesa beri biasiswa pada semua

NIBUNG TEBAL, 29 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kerajaan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang berjaya ke menara gading tanpa memperkenalkan konsep merit sepertimana yang dikehendaki menerusi 'Biasiswa Nasional'.
Katanya, kerajaan tidak rugi apa-apa untuk membiayai bidang pendidikan kepada keseluruhan bakal mahasiswa atau mahasiswi kerana mereka merupakan aset penting untuk membina sebuah kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Kerajaan tidak rugi untuk pelaburan itu kerana selepas berjaya mereka akan membantu pentadbiran dengan membangunkan negara ke arah yang lebih stabil dan baik. Saya rasa sistem merit tidak sesuai sebaliknya berikan pada mereka yang layak melangkah ke univesiti, " ujarnya selepas menyampaikan ceramah sempena Makan Malam Bersama Pimpinan di Dewan Serbaguna JKKK Sungai Chenaam, Nibung Tebal semalam.

Menurutnya, sistem merit dilihat kurang adil terutamanya pelajar yang datang daripada sekolah di luar bandar sedangkan mereka melepasi tahap atau syarat ke univesiti.

Tentunya terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar sekolah luar bandar dan dalam bandar kerana bergantung pada segi infrastruktur.

"Jika pelajar luar bandar berjaya melepasi syarat yang dikehendaki bagi kita mereka layak menerima biasiswa daripada kerajaan. Di sini pastinya terdapat perbezaan pencapaian mereka di luar bandar dan dalam bandar sedangkan mereka berkelayakan dengan syarat yang ditetapkan. Tetapi kerana adanya merit mungkin pelajar ini terkandas daripada menerima biasiswa untuk membantunya membiayai pembelajaran di menara gading, " tegasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Jelasnya, berlainan pula dalam dunia perniagaan seperti kontraktor di mana kerajaan memerlukan merit untuk memilih syarikat mana yang terbaik baru boleh mengamanahkan pelaksanaan projek yang ingin dilaksanakan.

Kata beliau, tentunya ramai pihak menyokong sekiranya kerajaan mengutamakan sisitem merit pada sektor pembangunan kerana kesanya cukup mengembirakan.

"Merit dalam memberikan kontrak saya raya perlu kerana kita mesti memilih yang terbaik bukan yang kurang menyerlah dan kemampuan. Jika kita abaikan merit tersebut tidak hairanlah ada rosak atau runtuh dalam jangkamasa yang singkat, " tambahnya.

Mulai tahun depan kerajaan akan memperkenalkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkelayakan 100 peratus berdasarkan merit.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan semula biasiswa JPA itu hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperolehi biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

Kerajaan bertindak demikian berikutan Menteri Pelajaran yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan had 10 mata matapelajaran yang perlu diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

"Justeru itu kerajaan mahukan sesiapa yang mendapat biasiswa ini adalah pelajar terbaik. Ini hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat keseluruhanya, " jelas Najib ketika berucap dalam majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam negara oleh MCA dan Pertubuhan Komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebelum ini. - mks.-HarakahDaily.net

Kelantan Guna Saluran Politik,Diplomasi Tuntut Royalti Minyak

Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan dari beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal, namun langkah itu masih di peringkat strategi.

Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi, lapor Bernama.



"Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya menjawab soalan ADUN
Pengkalan Kubor (PAS), Datuk Noor Zahidi Omar di sidang DUN Kelantan hari ini.

Husam berkata, beliau yakin kerajaan pusat akan mempertimbangkan pemberian royalti itu kerana Terengganu, yang pelantar minyaknya terletak 220 kilometer di perairan negeri itu menerima bayaran royalti minyak.

Katanya, pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer dari perairan Kelantan, maka jarak lebih dekat itu mewajarkan kerajaan pusat membuat bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata nama pelantar minyak berkenaan juga menggunakan nama bahasa Melayu, iaitu antaranya pelantar bunga raya, pelantar cakerawala dan pelantar bintang.

Katanya kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan
ia milik syarikat Malaysia, sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya meminta antara RM850 juta dan RM1bilion dari kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.-malaysiakini

CERMINLAH DIRIMU ANAK KU

Oleh : Mohd Nizam Bin HJ. Badaruddin

Anakku cerminlah dirimu sebelum kamu disuruh mencermin diri mu. Lihat dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat. Dapatkah kau memahami dan menerangkan dengan kata-kata apa yang terbayang dihadapan mu. Ingatlah anakku. Jangan kau tertipu. Apa yang kau lihat hanyalah sisi sana wajah mu.

Apa itu SISI SANA WAJAH MU. Ayuh berhenti membaca catatan ini anak ku biar ku terangkan apa kah itu sisi sana wajah mu. Cuba kau ambil sehelai kertas yang mempunyai coretan. Bolehkah kau membacanya.
Sekarang bawalah kertas itu kehadapan bingkai cermin yang kau tatap sebentar tadi. Dapatkah kau baca tulisan itu didalam bingkai kaca tersebut. Tidak mudah bukan!!. Apa yang kau lihat didalam cermin itu sebanarnya merupakan pandangan sisi sebelah sana lembaran tulisan itu.

Sekarang sudah faham bukan apa itu sisi sebelah sana wajah mu di dalam cermin. Lihat semula dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat.
Wajah yang bujur sirih
Wajah yang hitam legam!!??.
Wajah yang bulat putih gebu!!??
Wajah yang berseri, ada pancaran di mata yang dianugerahkan Allah!!??

Ingat anakku bukan itu yang kau kusuruh perhatikan. Kau ku suruh melihat lebih jauh kedalam dari wajah yang kau nampak. Lihat kedalam hati mu. Putih bersihkah. Hitamkah tebalkah salutan sifat mahmudan atau mazmumah. Tidak apa anak ku nanti akan ku bicarakan akan hal ini dengan lebih halus lagi.

Sekarang marilah kita kembali kepada apa yang kita bicarakan anak ku. Cerminlah diri mu. Ini bukan sindiran anak ku jauh sekali kejian.. sesiapa yang terasa cili apa mambaca catatan ini silalah bermuhasabah diri apabila terasa pedasnya.

Satu pesan ku kepada anak-anakku. Jika kau lihat wajah yang hitam legam, Nampak hodoh dimata manusia di dunia. Kita siapa yang berani sungguh memberi markah kepada ciptaan tuhan. Hakikatnya dalam setiap ciptaan ilahi itu ada tersembunyi keindahan dan ujiannya. Dalam hitam itu ada manisnya. Dalam legam itu akan datang dengan serinya. Hanya akan kelihatan jika kita basahkan dengan zikir dan kilatkan dengan Iman yang tinggi kepada allah. Semakin tinggi iman yang kau miliki, semakin serilah wajah yang kononnya hitam dan legam itu.

Seperkara lagi anak ku, jangan sekali-kali kau persoalkan tindakan tuhan . jangan kau tangiskan Kada dan Kadar tuhan terhadap mu. Kau tidak tahu apa rahsia yang Allah sembunyikan dari mu. Kau tidak tahu apakah hikmah disebalik ujian yang ditimpakan kepada mu. Jadi apa pilihan mu. Satu kecewa dengan takdir yang ditimpakan kepada mu: menangis siang dan malam mengenang nasib diri tanpa mampu mengubah apa-apa dan biarkan diri terus hanyut ke lubuk kegagalan atau dua, kau lihat hidup ini dengan penuh keyakinan akan Kudrat serta Iradat Allah , dan melangkah terus mengharungi hidup ini dengan penuh gagah dan semangat dengan bergantung harap kepada Allah dengan merayu serta merintih didalam doa dan memohon agar Allah menguatkan tali simpul mu dengan Allah.

Anak ku, jika lihat wajah didalam cermin itu yang putih gebu. Jangan rasakan diri dah hebat. Sudah anggun dan tercantik hingga rasa layak untuk menjadi sombong dan takabur. Kerana disisi Allah cantik itu tiada sekelumitpun makna kerana itu hanyalah bersifat sementara: merupakan ujian dalam bentuk fitnah dunia, jika kau tergelincir, ruginya tidak lain selain dari kau juga. Anakku, yang putih gebu itu lagi mudah nampak buruknya jika tidak disiram dengan zikrullah dan dibasuh dengan air sembahyang.

Ingat anak ku, putih gebu itu sebarangan jadinya. Itulah merupakan ujian Allah yang amat mudah menyesatkan manusia. Hidup ini hanya ada dua pilihan tidak ada pilihan ketiga. Pilihan pertama pilihlah jalan yang lurus. Jalan yang ditunjukkan Allah. Walaupun kelihatannya penuh ranjau dan berduri, tapi itu hanyalah fatamorgana semata. Itu hanyalah bayangan dan biasan bertujuan untuk melemahkan jiwa. Jika kau dapat kuatkan jiwa dan tidak putus-putus mohon perlindungan Allah, rintangan yang kau lihat itu mudah kau terjah dan harungi dengan mudah.

Pilihan kedua, kelihatannya jalan itu luas terbentang, penuh dengan keindahan yang mengamit jiwa. Hakikatnya anakku itulah seburuk-buruk jalan. Penuh dengan ranjau sepanjang jalan yang menyesakkan jiwa. Semakin jauh kau memasukinya, semakin kau hilang punca dan merasakan kekontangan jiwa dan berserabut kepala yang semakin bertambah dari masa kesemasa. Itulah jalan ke neraka yang tidak menjanjikan keuntungan atau kejayaan sebaliknya hanyalah menjanjikan kerugian dan kesesatan semata.
Sebarang komen dan maklumbalas yang membina adalah amat dialu-alukan
Boleh emailkan ke sahaniza@oum.edu.my

29 Jun 2009

BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.


PETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini. Diberitakan ceramah raja sesumpah sering disambut dengan ejekan oleh penyokong-penyokong PR yang turut hadir untuk mengikuti ceramah beliau. Seperti yang dijangka, setiap kali berlakunya pilihanraya, sudah pasti raja sesumpah akan muncul dan membuat kenyataan cuma kali ini beliau mungkin terlupa untuk bersumpah.

Apabila kita melihat kenyataan beliau di atas, ternyata Ezam raja sesumpah hanya mahu menenggek di dalam Pas apabila Pas dilihat benar-benar telah kuat. Persoalannya mahukah Pas menerima orang seperti itu? Ini bermaksud, Ezam tidak mahu bersusah payah seperti pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain untuk berjuang bertahun-tahun untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap Pas sehingga berjaya mendominasikan sokongan rakyat untuk Pas memerintah negara ini. Beliau hanya berjanji akan sertai Pas apabila Pas telah dilihat dapat menjadi tunjang di dalam PR. Inilah mentaliti ahli politik yang haprak yang hanya mahu mencari makan dan tidak mahu berjuang. Sebab itulah kita tidak hairan mengapa Ezam raja Sesumpah sanggup keluar dari PKR dan memasuki Umno walaupun beliau pernah berjanji tidak akan sertai Umno. (Lihat video klip Ezam di dalam blog saya).

Pada saya Ezam raja sesumpah ini ada kualiti sedikit sahaja dari Ibrahim Al-Kataki, itu pun kerana beliau pernah dididik oleh DS Anwar sebab itulah nampak lebih berakal sikit dari raja katak Pasir Mas. Namun, apabila menyertai parti yang pernah `diludah'nya dulu, Ezam raja sesumpah telah tertutup hati dan kini cakap-cakapnya tidak berkualiti lagi. Soal asas bangsa, ketuanan Melayu dan sebagainya yang sering dicanang oleh Ezam telah dimusnahkan sendiri oleh Najib dengan konsep `One Malaysia'nya. Dan, yang terbaru Najib sendiri berjanji akan menghapuskan sistem kuota kerana sistem ini sebenarnya banyak menipu, katanya. Ucapan Najib tersebut dibuat di dalam satu perhimpunan masyarakat Cina dan disiarkan di dalam berita TV hari ini. Apa pula komen Ezam lepas ini? Di mana NGO-NGO yang terlalu taksub dengan keMelayuannya itu selama ini? Di mana Perkasa, Pewaris, Pesaka dan entah apa-apa nama lagi tu? Mengapa membisu seribu bahasa?

Usaha Najib sudah terlewat kerana dasar mengamalkan keadilan untuk semua telah dipraktikkan oleh PR, sedangkan Umno baru sekadar berjanji dan berjanji. Di hadapan masyarakat Cina rentak pemimpin Umno lain, di depan masyarakat Melayu lain lah pula bunyinya. Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam parti yang dianggotai oleh Ezam raja sesumpah. Beliau telah kehabisan modal untuk memburukkan PKR, DAP dan kini beliau cuba pula untuk memburukkan Pas. Yang terbaik bagi raja sesumpah ini hanyalah Umno sahaja. Kita harap raja sesumpah sudi untuk hadir berceramah di Manek Urai nanti kerana di sanalah gelanggang terbaik buat Ezam untuk mengerjakan Pas. Tapi saya yakin, Ezam tidak akan berani menyentuh Pas seandainya beliau hadir di Manek Urai sekalipun kerana Ezam hanya mensasarkan DS Anwar sahaja walau di mana beliau berada. Tapi, Alhamdulillah, usaha raja sesumpah ini tidak pernah berjaya walau bersusah payah beliau membawa bukti, bersumpah bertegang urat lehernya, namun sokongan terhadap DS Anwar dan PR lagi bertambah kuat.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, saya ucapkan tahniah kepada Ezam raja sesumpah yang akhirnya mendapat simpati dan dilantik menjadi Ketua Penerangan di PJ tempat lubuknya dahulu. Walaupun nasib beliau tidak sebaik Lokman Noor Adam yang juga bekas musuhnya di dalam KeAdilan dahulu tetapi memadailah sebagai sagu hati dari Umno untuknya. Mudah-mudahan dengan jawatan tersebut boleh juga Ezam raja sesumpah bertemu dan berganding bahu dengan Khir Toyo di Selangor dan bergurulah dengan Khir Toyo bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bersih dan telus. Saya teringat kata-kata Ezam dahulu, "tolong bagitahu saya, mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?" Mungkin Ezam setuju juga apa yang diperkatakannya dulu. /wfauzdin.blogspot.com

DEBAT BUANG MASA?

ASSALAMUALAIKUM YB!

DEBAT BUANG MASA? Itulah yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Beliau juga berkata tidak ada faedah debattu berlangsung malah membuang masa saja. Najib cakap Inggeris dan Tok Guru cakap Arab, jadi dua-dua xfaham. Debat di Malaysia katanya tidak sama dengan di Amerika dan juga Indonesia yang berdebat untuk calon Presiden, jadi ia akan buang masa saja...jadi satu hiburan, KITA BUKAN LANTIK PEMIMPIN UNTUK MENGHIBUR...begitulah kata2 seorang bekas PM Malaysia pada satu majlis di Kedah hari ini.


Wahai bekas PM, Kami rakyat Malaysia yang menyokong PAS dan PR, bukannya lantik pemimpin2 yang boleh mewakili suara hati kami ini untuk menghibur. Kalau macamtu baik cari penari2 ala separuh bogel waktu majlis Zahid Hamidi di Kuala Sepetang sewaktu pilihanraya Parlimen B.Gantang tempohari. Terhibur sungguh kalau Tun xpercaya tanya si Zahid. Sewaktu buletin tv3 malam ini Tun juga ada menyatakan akan datang ke Manik Urai jika dipinta oleh UMNO. Datanglah Tun ke sana kerana memang kedatangan anda dialu2kan oleh rakyat MELAYU di sana. Hari ini juga media2 pro UBN sibuk dok kata Tok Guru nak berdebat kerana isu kerajaan perpaduan tempohari. Isu Melayu juga dimainkan oleh media2 UBNni. Kalau betullah Umno ni Melayu kembalikan hak royalti rakyat Kelantan yang tidak dibayar sejak 2004. Royalti Trengganupun xbayar habis lagi wahai Umno. Sesungguhnya Kelantan dan Trengganu penuh dengan Melayu disitu tetapi hak Melayu dipinggirkan oleh Umno terutama di Kelamtan. Janganlah setiap kali nak berlaku pilihanraya sibuk dicanangkan nak buattu nak buat ini untuk Melayu, selepas pilihanraya Melayu masih dok macamtuje di Kelantan. Alhamdulillah dengan adanya kepimpinan Tok Gurulah Melayu dibela disana dan ekonomi di Kelantan terus meningkat. Kalau waktu Bn perintah 20 tahun yang lepas Kelantan terletak dalam kategori negeri termiskin sekarang tanyalah Menteri Penerangan siapa pulak negeri yang termiskin? Teringat saya majlis kesyukuran di rumah Mukhriz anak Melayu bernama Mahathir, ada majlis bacaan doa, lepastu menari...nilah menghibur TUN! Tanya mufti Perak apa hukum majlistu?

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

ZAMBRY PERLU BERSEKOLAH SEMULA

Oleh: WFAUZDIN NS

APALAH malang nasib orang Perak. Sudah ada MB yang dipilih oleh majoriti rakyat Perak dirampas pula secara tidak demokratik. Jika yang menggantikan MB yang dirampas itu lebih cerdik sedikit tidaklah rugi sangat rasanya, tetapi yang dilantik pula teramatlah rendah akal dan fikirannya. MB Perak yang mahkamah pilih ini langsung tidak faham apa itu kiasan atau perumpamaan. Cuba baca kenyataan Zambry terhadap apa yang disebut oleh Mursyidul Am Pas terhadap Umno, di sana jelas membuktikan Zambry ini tidak memahami apakah itu kiasan.


Tuan Guru Nik Aziz di dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini menyebut Umno adalah parti sesat sama seperti komunis dan ajaran Ayah Pin. Apabila kenyataan ini dihebahkan, maka ramai yang bodoh totok di dalam Umno tidak mengerti apa maksud Tuan Guru tersebut. Bagi mendidik mereka yang bodoh totok tersebut, Tuan Guru menyatakan bahawa kenyataannya itu adalah `kiasan' atau juga perumpamaan. Adakah Tuan Guru menarik balik kenyataannya itu yang menyatakan Umno sama seperti Komunis dan ajaran ayah Pin? Sudah tentu tidak, sebaliknya Tuan Guru memperjelaskan lagi kenyataannya untuk lebih mudah difahami oleh mereka yang bodoh sombong ini.

Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, "kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika". Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

Oleh kerana kedangkalan otak beliau, beliau menganggap Tuan Guru telah mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kita ingin bertanya, di mana dan bila masa Tuan Guru Nik Aziz menarik kembali kenyataannya? Bukankah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang memperjelaskan bahawa apa yang diucapkannya itu adalah kiasan hanyalah untuk mengajar orang-orang yang pendek akal seperti Zambry? Itulah akibatnya apabila mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak sehingga ditertawakan orang.

Dan yang terbaru juga, Zambry minta agar Mufti Perak jangan diperlekehkan dalam soal Kerajaan Perpaduan Umno-Pas yang digilakan sangat oleh Umno itu. Beliau berkata Mufti tersebut bukan orang politik. Persoalannya, jika sudah rasa diri bukan orang politik kenapa gatal-gatal mulut campurtangan di dalam perancangan mana-mana parti politik? Atas dasar perpaduan Islam? Masakan Mufti tidak tahu perpaduan dalam Islam bukan seperti perpaduan sesama golongan penyamun dan perompak untuk merampas negeri orang. Perpaduan dalam Islam hendaklah berpaksikan Al-Quran. Sekiranya Mufti Perak sanggup beri jaminan bahawa Umno sedia untuk meletakkan Al-Quran di tengah-tengah sebagai hakim, penentu dan rujukan ke arah mencari perpaduan dengan Pas, saya gerenti Pas akan sebulat suara sanggup untuk berbincang ke arah perpaduan yang dihajati itu. Tetapi, jika tangan ingin berjabat salam dalam masa yang sama kaki memijak Al-Quran, lebih baik kita terus bertentangan.

Saya fikir lebih baik Zambry dan Mufti Perak berbincang samada kerajaan yang beliau bentuk sekarang ini di Perak menepati Al-Quran atau tidak. Jika tidak mahu jadikan Al-Quran sebagai rujukan, boleh juga memikirkan samada bertepatan dengan demokrasi atau tidak. Jika kedua-duanya tidak bertepatan dengan apa yang telah mereka lakukan, maka kita tidak tahu kerajaa apakah yang telah terbentuk di Perak sekarang. Islam pun bukan, ikut demokrasi pun jauh sekali. Mungkin kerajaan seperti ini ada di belantara, itu mungkin. /wfauzdin.blogspot.com

12 lagi kes H1N1 disahkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lagi kes H1N1 dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, menjadikan keseluruhan 124 kes sehingga jam 8.00 pagi pagi tadi.

Kes terbaru itu membabitkan 11 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.

Namun belum ada kematian dilaporkan.

Sumbangan kepada Tabung amal DUN Titi Serong

Sehingga hari ini saya menerima dua email dari pihak Maybank memaklumkan terdapat dua orang penyumbang yang menyalurkan sumbangan sebanyak RM 300 dan RM 1000. Terima kasih kepada kedua Hamba Allah tersebut, semuga segala jasa baik anda semua mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT jua.


Seterusnya saya terus menyeru kepada semua pengunjung blog ini untuk sudi kiranya menyalurkan dana anda untuk membantu kegiatan kemasyarakatan DUN Titi Serong sebagaimana yang disiarkan dalam posting sebelum ini.

Manek Urai: Pengurus Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat calon BN

KUALA KRAI: Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Kelmarin Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Hj. Fauzi Abdullah , seorang peniaga sebagai calon yang akan mewakili PAS.

Permohonan Nizar Panel penuh 11 hakim -- Mahkamah Persekutuan tolak tanpa sebab

Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.

Peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.



"Surat yang difaks ke firma saya semalam (kelmarin), jawapan kepada permintaan kami ialah (panel) Mahkamah Persekutusan hanya akan terdiri daripada lima orang hakim.

"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.

Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.

Sehubungan itu, Leong memberitahu:

“Barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.”

Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.

"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.

Pimpinan PAS Perak sesi 2009-2011

IPOH, 28 Jun : - Teka-teki siapakah barisan kabinet PAS Perak bagi sesi 2009 - 2011 terjawab akhirnya apabila Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru, Ustaz Abu Bakar Huseein mengumumkan senarai kabinetnya selepas menyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di Pejabat PAS Negeri semalam.

Seperti yang dijangkakan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, manakala Dr. Khairudin Dato' Abdul Malik kembali ke posisi asalnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Sebelum ini Dr. Khairudin memegang jawatan Bendahari.


Timbalan Pesuruhjaya 3 merupakan muka baru iaitu Ustaz Mustafa Shaari yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga memegang Lajnah Pendidikan PAS Negeri.

Sebelum ini jawatan Setiausaha disandang oleh Abdul Rahim Mat Arip, tetapi kini jawatan itu disandang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Misbahul Munir Masduki.

Jawatan Penolong Setiausaha disandang oleh muka baru, Asmad Shahril Che Mat yang juga bekas pembantu khas kepada Exco Agama Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS kawasan Kuala Kangsar.

Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha PAS kawasan Gelang Patah, Johor dari tahun 2001 - 2003 serta bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Kangsar.

Manakala jawatan Bendahari menyaksikan Abdul Rahim Mat Arip kembali ke posisi asalnya.

Ketua Penerangan sebelum ini disandang oleh Misbahul Munir Masduki, kini disandang oleh muka baru yang juga Adun Titi serong, Khalil Idham Lim.

Pesuruhjaya PAS Perak yang baru turut memberikan amanah kepada penyandang jawatan Pengarah Pilihan raya Negeri (JPN) yang lalu Asmuni Awi untuk meneruskan tugasnya di posisi tersebut.

Empat daripada tujuh Ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan muka baru, iaitu Azhar Rifaie dari Teluk Intan dan memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Teluk Intan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Jawatan Dewan Pemuda PAs Perak selama 15 tahun, dan jawatan terakhirnya dalam Dewan Pemuda PAS Negeri sebagai ketua penerangan. pada tahun 2007. Dr. Najitossoleha Ahmad merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pusat yang juga Naib Dewan Muslimat PAS Negeri, disamping itu memegang jawatan Ketua Muslimat PAS kawasan Parit.

Seorang lagi muslimat yang dilantik, Hamizan Baharuddin merupakan bekas Naib Ketua Muslimnat PAS Negeri. kini menjawat jawatan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri. Beliau bergiat cergas dalam Dewan Muslimat PAS Negeri sejak tahun 1995 lagi.`

Di peringkat Dewan Muslimat PAS kawasan, beliau merupakan Timbalan Ketua Muslimat PAS kawasan Bukit Gantang.

Puan Hamizan juga pernah menjadi Pengarah Nisa' Negeri Perak.

Seorang lagi muka baru iaitu Khairul Anuar Ismail. Beliau merupakan salah seorang tenaga penggerak Jabatan Pilihan raya PAS (JPN) PAS kawasan Bukit Gantang.

Muka lama yang dilantik, Aminudin Zulkifli, Muhamad K. Y. Tiang Abdulah dan Osman Meseri.

Pada sesi lalu lalu Aminudin menjawat jawatan Ketua Lajnah Undang Undang PAS Negeri. Manakala Mohamad K.Y Tiang pula pada sesi yang lalu menjawat jawatan Timbalan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri.

Osman Maseri pula muka lama dalam PAS Negeri dan pada sesi lalu memegang jawatan Ketua Lajnah Ekonomi dan Usahawan. Beliau juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tapah. Harakahdaily.

PAS Kedah: Ustaz Taib dilantik TPJ III

ALOR SETAR, 28 Jun :- Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009 ? 2011 selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, di Seri Mentaloon, di sini semalam.

Pada pengumuman dibuatnya itu menyaksikan rombakan kecil dibuat kepada Jawatankuasa Dewan Harian apabila Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya III yang sebelum ini disandang Ustaz Hassan Abdul Razak.


Sementara, Timbalan Pesuruhjaya I dan II dikekalkan masing-masing kepada Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dato' Mahfuz Omar.

Turut dikekalkan ialah Setiausaha, Senator Muhamad Yusuf Husain; Bendahari, Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul dan Ketua Penerangan, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Manakala tujuh lagi dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa sesi ini iaitu Ustaz Abu Kassim Abdullah, Sheikh Ismail Kamis, Ustaz Mohamad@Fauze Husin, Zakiah Baharom, Sobri Othman, Che Had Dhali dan Mohamed Hisham Mohamed Nordin. Harakahdaily.

Salah laku polis, Suhakam digesa siasat segera

KUALA LUMPUR, 28 Jun : - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa agar segera mengadakan siasatan awam (public inquiry) berhubung insiden keganasan ketika pelancaran kempen mogok lapar dan puasa sunat, di Wisma DAP, Ipoh, 26 Mei lalu.

Gesaan itu dibuat 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat ketika menyerahkan memorandum yang memuatkan salah laku polis pada program tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato' S. Sivasubramaniam dan Tan Sri Simon Sipaun, di pejabat Suhakam, baru-baru ini.


Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, yang mewakili mereka berkata program tersebut diadakan di Wisma DAP yang merupakan premis persendirian, selain ia tidak langsung mengganggu ketenteraman awam.

Bagaimanapun, sebelum sempat majlis pelancaran dijalankan, pihak polis bertindak menahan beberapa Adun dan petugas parti tanpa sebab munasabah dan walaupun perundingan diadakan.

Selain Adun Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum serta melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak polis, mereka turut menyediakan dua klip video dan beberapa gambar yang menunjukkan tindakan keterlaluan polis ketika menahan mereka.

Menyaksikan dua klip video tersebut, Simon kemudiannya memberikan respons bahawa gambaran yang ditunjukkan pada kedua-dua video itu menyamai insiden 'Perarakan 100,000 Jalan Kebun', di Lebuhraya Kesas pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan membawa aduan insiden ini ke mesyuarat bulanan badan itu awal bulan depan, sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung perkara ini.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan Pakatan Rakyat selepas majlis itu, Pengerusi DAP Perak, yang juga Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham secara sinis menyatakan polis di negara ini bukan lagi 'Polis DiRaja Malaysia' tetapi 'Polis Raja Di Malaysia'.

"Masalah yang melanda Perak selama ini telah digalakkan lagi kerajaan BN, dengan menjadikan pihak polis sebagai alat untuk mengelirukan rakyat serta mengasari orang awam dan Adun-Adun. Polis bukan lagi Polis DiRaja Malaysia, tetapi 'Polis 'Raja' Di Malaysia'," kata beliau, sinis.

Justeru, mereka mengharapkan Suhakam dapat meneliti perkara itu dan membuat siasatan awam berkenaan insiden tersebut, selain berjanji akan terus bekerjasama dengan Suhakam bagi membekalkan fakta dan maklumat berkenaan isu ini sekiranya diperlukan.

Selain Idham dan Ngeh, Speaker Dun Perak, Dato' Sivakumar; Adun Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Teja, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran; dan beberapa Adun lain turut hadir pada majlis itu. Harakahdaily.

Berita luar negara: China Tidak Akan Laksanakan Perlindungan Perdagangan

Alif H'ng
2009-06-27 16:01:45 Agensi Berita Xinhua China

China sentiasa menentang perlindungan perdagangan, dan tidak akan melaksanakan perlindungan perdagangan yang mendiskriminasi syarikat asing dan produknya.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Chen Deming ketika ditemui oleh Menteri Ekonomi yang Berasaskan Pengetahuan Republik Korea, Lee Youn-Ho di Beijing semalam.


Baru-baru ini, beberapa media menyatakan, kerajaan China akan melaksanakan dasar pembelian produk domestik dalam pakej rangsangan ekonomi. Chen Deming menyatakan, peraturan tentang kerajaan membeli produk domestik hanya dikuatkuasa dalam pembelian kerajaan yang menggunakan peruntukan kerajaan. Produk domestik juga termasuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat pelaburan asing di China. Beliau juga berharap agar anggota utama Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menurunkan piawaian, dan menyediakan syarat kepada China untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Kerajaan WTO agar menggalakkan pembukaan pasaran pembelihan kerajaan masing-masing.

Lee Youn-Ho menyatakan, Republik Korea bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Dasar perdagangan China adil dan telus.

Berita luar negara: Bank Komersial Perlu Kawal Penggunaan Pinjaman untuk Cegah Risiko

Alif H'ng
2009-06-26 17:18:24 Agensi Berita Xinhua China

Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Perbankan China (CBRC) mengeluarkan arahan baru-baru ini, meminta supaya pemberian pinjaman daripada bank komersial memenuhi permintaan ekonomi sebenar, dan mencegah pinjaman disalahgunakan di pasaran saham dan sektor hartanah. Penilaian terhadap bank-bank komersial dari segi jumlah dan proses pemberian pinjaman juga menjadi lebih longgar. Pakar yang berkaitan menyatakan bahawa arahan CBRC itu adalah untuk mencegah bank-bank komersial daripada memberikan pinjaman secara mendadak pada penghujung suku ini dan mencegah risiko kewangan.


Untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa, China telah mengambil dasar mata wang yang agak longgar sejak awal tahun ini. Ini menyebabkan pinjaman wang banyak bertambah sehingga mencapai jumlah 5840 bilion yuan RMB dalam tempoh lima bulan lalu. Angka ini sudah melebihi rancangan pinjaman untuk sepanjang tahun ini, iaitu 5000 bilion yuan RMB. Pertumbuhan pinjaman yang terlalu pesat telah meningkatkan risiko kewangan.

Naib Ketua Pengarah Penyelidikan Pasaran Kewangan Akademi Sains Sosial China, Yin Zhongli menyatakan bahawa "Sekiranya dana pinjaman memasuki pasaran saham dan hartanah, ia akan menghadapi risiko yang besar, kerana harga saham dan hartanah tidak mungkin naik selama-lamanya. Sekiranya ia berturun, kerugian pelabur akan menjadi sangat besar, dan ini mengakibatkan risiko pinjaman pihak bank. CBRC selalu berwaspada terhadap hal itu."

Semalam, Jabatan Audit Negara menunjukkan bahawa pada tahun lalu, badan-badan kewangan seperti Bank Perindustrian dan Perdagangan China (ICBC) telah memberikan pinjaman sebanyak 21.5 bilion yuan RMB kepada syarikat hartanah, tindakan ini telah melanggar peraturan berkenaan. Penganalisis berpendapat bahawa dana spekulasi ini telah mengganggu penurunan harga hartanah kea rah yang rasional. Pada bulan April dan Mei yang lalu, penurunan kadar hartanah telah menjadi perlahan, dan indeks di bursa saham Shanghai juga meningkat lebih 50% dibandingkan dengan masa yang sama tahun lalu. Kelonggaran dana yang memasuki bidang bukan ekonomi sebenar telah mendatangkan risiko terhadap ekonomi sebenar. Yin Zhongli berkata, "Pertumbuhan pinjaman pada bulan Mac lalu banyak yang melebihi jangkaan. Sebab utamanya ialah bank komersial memberikan pinjaman secara besar-besaran pada hujung suku tahun untuk meningkatkan jumlah pinjamannya. Terdapat juga unsur manusia di dalamnya. Jadi, CBRC telah mengeluarkan arahan sebelum penghujung bulan ini untuk mencegah keadaan yang berlaku pada bulan Mac itu daripada berulang."

Kerana saiz pinjaman meningkat dengan besar 6 bulan pertama tahun ini, kecairan pasaran di China agak menjadi-jadi. Bank Pusat China dikatakan akan mengadakan Sidang Kerja Presiden Bank Cawangan untuk menetapkan kerja berkait dengan rancangan pinjaman pada setengah tahun kedua ini. Yin Zhongli menyatakan, "Ditinjau dari keadaan sekarang, masih belum sampai waktunya untuk penyesuaian dasar mata wang. Pada 17 Jun, Perdana Menteri Wen Jiabao mengadakan sidang Dewan Negara dan menerangkan pendiriannya untuk terus melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar mata wang yang longgar sederhana. Pelabur tidak perlu bimbang terhadap penurunan kecairan pasaran, malah patut memberikan perhatian kepada perubahan dasar makro."

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Alif H'ng

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.

Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.

Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.

Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.

Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.

Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.

28 Jun 2009

Kematian Michael satu peringatan Allah

oleh Ahmad Baei Jaafar

Saya berpuas hati dengan kenyataan abang Michael Jackson, Jermaine bahawa jenazah Michael akan dikebumikan secara Islam. Semoga Allah menerima jasad dan rohnya sebagai orang Islam yang bertaubat dan beriman.


Cuma dengan kematiannya saya ingin mengingatkan umat Islam terutama wanita di negara ini yang suka sangat membuat pembedahan muka atau juga yang serupa dengannya supaya berhenti segera. Ingatlah selain mengubah ciptaan Allah, perbuatan itu mambawa kesan negatif kepada tubuh manusia. Lihatlah barah yang dihidapi Michael, lihatlah penderitaannya sebelum meninggal dunia.

Hari ini wanita kita mudah terpengaruh dengan usaha merosakkan tubuh mereka. Apabila ulama menentang, mereka dakwah apa yang mereka buat itu halal, bukan botok dan bukan itu. Ingatlah apa namapun yang kita lakukan terhadap wajah kita dalam keadaan wajah kita sudah sempurna ciptaanya adalah merubah ciptaan Allah.

Hal ini tentu tidak sama dengan mereka yang cacat sebab kemalangan. Mereka boleh buat pembedahan untuk memulihkan kecerderaan itu.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Ceramah Naib Presiden PAS




APABILA MENTERI EXPIRED LEBIH GEMARKAN BABI

oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

Apa punya bahlol menteri penerangan yang separuh terang ni, dia dah jadikan kementeriannya sebagai markas politik diri, dengan sombong mengetepikan keputusan yang telah dibuat oleh kementerian kesihatan dengan berkeras nak juga pakai nama Selesema Babi bagi Influenza A (H1N1).


Si botak luput tarikh lupa kot dia sepatutnya akur dengan keputusan kementerian kesihatan yang sudah umum guna H1N1, itu keputusan kerajaan BN jugak, yang dia ngok sangat nak pakai juga Selesema babi tu apa hal? Kira nak tunjuk lagak bahawa kementerian penerangan boleh buat apa saja termasuk menolak apa-apa yang diputuskan oleh kementerian lain.

Badut tua ni memang lupa daratan, kementerian awak tu adalah penyalur maklumat, penyebar maklumat kerajaan BN kepada rakyat, maka maklumat tu kenalah dibawa secara tepat, bukan ikut kehendak hati kamu saja. Sekarang ni, rakyat pun naik resah, sama-sama kementerian dalam BN tapi buat benda yang bertentangan, tak sekata. apa punya menteri kamu ni, botak luput tarikh?

saya was-was awak ni dr fotostate ke dr kaki lima, dah kalau kemneterian yang terbabit kata guna H1N1, satu dunia pun sebut gitu, awak pula nak sebuat cara awak. minat sangat ke dengan perkataan babi tu? atau saja awak nak kenakan menteri kesihatan kerana dia Cina dan makan babi? kalau menteri kesihatan tu Melayu dan nak kekal sebut selesema babi, agaknya awak si badut orang pertama akan sanggah marah menteri tu sebab cuba hina masyarakat islam dengan namakan penyakit ada kaitan babi.

Kalau esok lusa ditakdirkan awak badut tua kena jangkitan (maklumlah suka nak melawat luar negara)H1N1, nak ke orang sebut Menteri Penerangan, Rais Tua Lagi Yatim kena penhyakit Selesema Babi, tak ke pasal-pasal budak kecil salah anggap awak terjangkit kerana makan babi kot? nak ke macam tu????

Kalau deme yang tak faham lagi apa saya cakapkan ni, baca apa yang badut ni kata pada laporan bernama nih, sombong gila, tak jaga perasaan kementerian lain. Leow Tiong Lai, kalau awak dok senyap dengan pendirian Rais Badut ni, lebih baik awak bungkus balik jual kacang rebus kat Raub ka Kuala Lipis pun ok.

[ KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk terus mengguna istilah selesema babi dalam laporan dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) walaupun berlaku perbezaan pendapat dengan Kementerian Kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penggunaan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) oleh RTM adalah bersesuaian untuk menegaskan maknanya kerana ia lebih mudah diterima penduduk negara ini, khasnya orang kampung.

Rais turut menafikan penggunaan istilah itu boleh menimbulkan perbalahan dan kekeliruan kerana yang penting masyarakat memahami maksud yang ingin dinyatakan.

"Perkara ini (penggunaan istilah selesema babi) tidak timbul sebagai isu langsung. Pokoknya masyarakat harus faham selesema itu bukan selesema gajah tetapi selesema babi...jadi sekiranya H1N1 digunakan maka RTM akan gunakan selesema babi untuk menegaskan ertinya.

8 sifat pakaian wanita

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a ¿ Sesungguhnya, Asma¿binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ¿ Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda ¿Wahai Asma¿ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya¿


2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

¿Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh¿(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , ¿Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!¿ Lalu seseorang berkata ¿ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .¿ selanjutnya Umar berkata, ¿Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak¿

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

¿Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ¿
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru ¿niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : ¿Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki¿
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

KERUSI BANDAR TUN RAZAK KOSONG?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA ura-ura kononnya kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang oleh MB Selangor Tan Sri Khalid bakal dikosongkan. Kononnya percaturan ini dibuat adalah untuk memberi laluan kepada Zaid Ibrahim bekas menteri yang baru menyertai PKR untuk berada di dalam Parlimen. Aku sebenarnya setuju sangat jika Zaid Ibrahim berada di Parlimen agar Umno/Bn akan lebih tertekan berhadapan dengan PR di Parlimen. Tetapi aku sangat tidak setuju jika percaturan ini dilakukan kerana pada aku Tan Sri Khalid telah menunjukkan prestasi beliau yang cemerlang di Parlimen setakat ini.

Seandainya terdapat mana-mana calon dari PR yang terbukti menunjukkan prestasi yang lemah, kurang efisyen atau diragui kejujurannya, saya tidak kisah jika kerusi yang diwakilinya itu dikosongkan. Kita perlukan Wakil Rakyat yang bukan sahaja jujur, tetapi menampakkan kejujuran mereka. Justeru itu, tidak releven buat Tan Sri Khalid untuk mengosongkan kerusi tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan ura-ura berkenaan hanya khabar-khabar angin malah pimpinan di dalam PKR dan PR sendiri tidak tahu perkara tersebut.

Bagi saya, sudah cukup dulu setakat ini kita `memalukan' Umno. Biarlah di Manek Urai yang akan datang ini kita `pacakkan nisan' buat Umno untuk terakhir setakat tahun 2009 ini. Lainlah jika ada sesuatu yang terpaksa kita buat pilihan untuk `memalukan' Umno lagi. Walaupun kita tahu Umno umpama `nyawa-nyawa ikan' sekarang ini tetapi kita juga perlu kumpul segala tenaga untuk bertarung di dalam `peperangan' yang lebih besar nanti pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Sementara menanti detik bersejarah itu, lebih baik kita menyambung usaha yang telah diasaskan oleh DS Anwar iaitu menarik sokongan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno di setiap peringkat untuk menyokong PR. Tidak perlu kita culik atau sorokkan mereka, tidak perlu kita tawarkan apa-apa jawatan atau bentuk kewangan, cuma kita perlu yakinkan mereka bahawa perjuangan mereka di dalam Umno/Bn sudah tidak releven lagi. Jangan contohi apa yang berlaku di Perak kerana Umno berkuasa di sana hanya bergantung kepada `spesis katak' yang tidak bermaruah.

Sekali lagi diharapkan, jika benar ada niat atau perancangan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak maka eloklah dihentikan. Bukan kerana kita takut kalah, tetapi buat apa mengganti kereta yang baru sedangkan kereta tersebut masih berfungsi dengan baik. Soal takut kalah tidak timbul kerana selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, semenjak bila Umno/Bn menang di Semenanjung? / wfauzdin.blogspot.com .

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat

KOTA BHARU, 27 Jun : - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. Harakahdaily

ADUN Titi Serong dilantik Ketua Penerangan PAS Perak.

IPOH, 27 Jun :- Badan Perhubungan PAS Perak yang bermesyuarat pada hari ini telah memeutusakan perlantikkan penjawat penting sebegai peneraju PAS Perak bagi sesi 2009 hingga 2011.

Bagi jawatan Timbalan Pesuruhjaya, DS. Nizar Jamaluddin kekal sebagai TPJ 1 dan sebaliknya menyaksikan perlantikan Bendahari sesi yang lalu, Dr. Khairuddin Dato' Abdul maleh sebagai TPJ 2 dan YDP PAS Pasir Salak, Ust. Mustafa Shaari sebagai TPJ 3.

Bagi jawatan Setiausaha,Ketua penerangan sesi lalu, Ust. misbahul munir dilantik kejawatan itu dan tempatnya diambil oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim.

Senarai lengkap jawatan yang lain diumumkan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini itu.

PERLANTIKAN AHLI BPP PERAK 2009-2011

Ahli-ahli BPP Perak

PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN

TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA
1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK
3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI

SETIAUSAHA : SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI

PENOLONG SETIAUSAHA : SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT

BENDAHARI : TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP

PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI : TN. HAJI ASMUNI AWI

KETUA PENERANGAN : YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH

AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK :
1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI
2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH
3. TUAN HAJI OSMAN MASERI
4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI
5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN

Taktik Peperangan pada zaman purba China iaitu "Wanita Cantik"

Taktik Peperangan: Wanita Cantik

Dalam Taktik Peperangan pada zaman purba China, taktik "Wanita Cantik" digunakan ketika seseorang itu menghadapi situasi yang tidak menguntungkan.

Taktik "Wanita Cantik" bermaksud menggunakan wanita cantik untuk menggoda dan melemahkan musuh. Pada zaman purba, ahli strategi China berpendapat bahawa dalam situasi yang tidak menguntungkan, ada tiga cara untuk bertolak ansur. Cara yang paling buruk adalah dengan menyerahkan tanah, tetapi ini akan meningkatkan kuasa musuh. Cara yang sederhana adalah dengan memberikan wang, barang kemas dan sutera kepada musuh, tetapi ini akan meningkatkan kekayaan musuh. Cara yang paling baik adalah dengan menggunakan wanita cantik untuk mengurangkan semangat dan melemahkan tenaga musuh dan dengan itu menjadikan diri sendiri semakin kuat.



Keistimewaan taktik "Wanita Cantik" adalah: risikonya rendah, pulangannya tinggi, manakala kesannya baik. Tambahan lagi, pada zaman purba, wanita tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam masyarakat.

Pada tahun 770 Sebelum Masihi hingga 476 Sebelum Masihi, Raja Negeri Yue, Gou Jian telah kalah dalam peperangan dengan Raja Negeri Wu, Fu Chai. Selepas itu, Gou Jian memilih dua orang wanita yang amat cantik, iaitu Xi Shi dan Zheng Dan sebagai cenderamata kepada Fu Chai. Kerana Fu Chai mabuk akan wanita cantik, maka beliau tidak mentadbir negerinya dengan baik. Pada tahun 482 Sebelum Masihi, Negeri Wu mengalami bencana kemarau, Gou Jian telah menyerang terhadap Negeri Wu ketika itu dan berjaya mengalahkannya.

Umumnya, pahlawan tidak dapat menahan godaan wanita cantik. Lengkapan ini wujud kerana taktik "Wanita Cantik" menyerang nafsu manusia, dan kebanyakan orang tidak boleh menahan nafsu.

Taktik "Wanita Cantik" digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang, seperti bidang diplomatik, perniagaan, hubungan awam, iklan dan perisikan.

Inilah cerita terkenal tentang Taktik Peperangan "Wanita Cantik".

27 Jun 2009

10 fitrah manusia cantik

anuarani

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.


4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

HIKMAT PENCIPTAAN MATAHARI

hazlan hj. mohammad

ALLAH berfirman yang bermaksud:

'' Dan ALLAH menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita" ( Nuh:17)

ALLAH menciptakan ini untuk kepentingan manusia, namun hanya ALLAH yang mengetahui segala ragam dah hakikatnya. Kita dapat menikmati indahnya suasana ketika matahari mulai terbit dan tenggelam.Dari terang menjadi gelap. Di siang hari manusia bertebaran dimuka bumi ini dengan aktiviti masing- masing. Dan di waktu malam dapat merasakan ketenangan dan kesunyian untuk berehat merasakan ketenangan dan dapat mengembalikan kekuatan fizikal setelah letih beraktiviti dalam satu hari mencari dan mendapatkan apa yang di perlukan.


Matahari akan sentiasa berfungsi dan memberikan manfaat pada makhluk di dunia ini. Terbit tenggelam silih berganti,akibat putaran matahari dalam rangka memberikan kemaslahatan pada alam. Fenomena tersebut telah di terangkan oleh ALLAH S.A.W dalam firman yang bermadsud; " Katakanlah, terangkanlah kepadaku jika ALLAH menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain ALLAh yang akan mendatangkan sinar terang kepada mu. Oleh itu, apakah kamu tidak mendengar?".
( Al-Qashash;71)

Perhatikan bagaimana ALLAH mengatur terbit matahari bagi kepentingan alam dan jarak waktu yang terjadi antara siang dan malam. Dan ALLAH jadikan gerhana matahari ada hikmahnya. kita sebagai manusia menikmati ciptaan ALLAH yang tiada tandingnya untuk merenung kerana setiap yang ALLAH cipta dan kejadian-kejadian yang berlaku ada tersembunyi sesuatu dan ada yang tak tercapai oleh akal akal manusia untuk menghuraikan secara terperinci. Tiada yang kekal melainkan ALLAH, Hanya amal kita yang baik akan berkekalan hingga ke akhirat nanti.

Rahasia Kedua Sayap Seekor Lalat

Al-Irsyad Surabaya

Sabda Rasulullah saw :

“Jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, lalu keluarkan, sungguh disalah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sebelah sayap lainnya kesembuhan” (Shahih Bukhari)



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Limpahan Puji Kehadirat Allah Swt Yang Maha Luhur, Maha Raja langit dan bumi, Penguasa Tunggal dan Abadi sebelum alam semesta ada, hingga alam semesta dihamparkan dan dibimbing dengan bimbingan dan tuntunan pemeliharaan yang multi sempurna, sehingga alam ini berakhir. Dialah (Allah) Penguasa Tunggal tanpa ada awalnya dan tanpa ada akhirnya. Berbeda dengan seluruh makhluk yang pasti ada awal dan akhirnya. Namun Allah Sang Pencipta awal dan akhir maka Allah tidak terikat dengan kalimat awal dan akhir.

Dialah Abadi Swt Maha Tunggal, “laysa kamitslihi syai’un” tiada menyerupai-Nya dengan segala sesuatu. QS. Assyura : 11. Dan bersatu segala kesempurnaan kepada Nama-Nya Yang Maha Tunggal, Allah Swt sepanjang waktu dan zaman. Semakin manusia mempelajari apa – apa yang ada di alam maka ia akan semakin memahami rahasia Keagungan Illahi. Semakin ia memperdalam sunnah Sang Nabi saw pembawa rahmat maka ia akan semakin memahami betapa indahnya Allah Jalla Wa Alla dan ajarannya.


Dalam perkumpulan luhur ini, berkumpul sedemikian hamba yang kesemua jiwa mereka dilihat dan dipandang oleh Rabbul Alamin, Maha Melihat setiap perasaan yang terdalam, Maha Melihat semua yang telah kita lakukan, Maha Tahu apa yang akan terjadi esok dan Maha Mampu membolak – balikkan keadaan kita di masa mendatang. Dialah Tunggal, Allah Allah Jalla Wa Alla Yang Maha Abadi, Allah yang selalu dimuliakan dan selalu agung di alam semesta, mengatur kerajaan alam semesta ini dengan kesempurnaan.

Sampailah kita kepada hadits Sang Nabi, Sayyidina Muhammad Saw. Diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, satu hadits yang tampaknya remeh saja, akan tetapi justru membuka rahasia kemuliaan dan kesempurnaan serta kemutakhiran ajaran Sayyidina Muhammad Saw. Beliau bersabda “idza waqa’adzdzubabu fi syarabi ahadikum falyaghmishu tsumma liyanzi’hu fainna fi ihda janahaiyhi da’an wal ukhra syifa’an” jika jatuh seekor lalat pada minuman kalian maka benamkanlah, karena di salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang satunya terdapat penyembuhnya.

Tentunya kita bukan harus selalu berbuat demikian. Yang kita bahas disini, bahwa hal ini bukanlah seekor lalat jatuh di gelas dan harus dibenamkan, karena hubungan lebih jauh dari hadits ini bukan perintah, tetapi merupakan suatu hal yang bisa menetralisir air itu dari racun lalat. Hal ini dibuktikan oleh para ilmuwan kita, Sebagaimana mereka mempelajari daripada serangga – serangga yang ada dibumi.

Mereka menemukan dahsyatnya dan kehebatan serangga – serangga yang menakjubkan bahwa lalat itu mengepakkan sayapnya sebanyak 200 hingga 400X setiap detiknya. Dan setiap detik ia menggerakkan sayapnya 200 hingga 400X gerakan. Dan juga pada satu hewan yang disebut “Ganjur” bahkan sampai mengepakkan sayapnya 1000X setiap detiknya.

Para ilmuwan mempelajari 4 jenis serangga, mereka mendalaminya dan dikatakan kami baru mempelajari 4 macam serangga dan masih tersisa lebih dari 10 juta macam serangga di muka bumi. Dan tentunya juga, demikian banyak mereka melakukan penemuan – penemuan dan keajaiban pada serangga sehingga mereka mengatakan bahwa didalam setiap sayap seekor lalat itu ada daripada fungsi – fungsi elevator dan fungsi – fungsi depressor, yaitu fungsi mengangkat dan menurunkan sayapnya.

Dan itu bergerak 200 hingga 400X setiap detiknya dan gerakan lalat itu yang demikian sangat menakjubkannya itu selalu bergerak dalam bermenit – menit atau berjam – jam. Gerakan otot yang sedemikian cepatnya menggerakkan sayap seekor lalat yang sangat kecil.

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah (gambar) sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

BN akan mengumumkan calonnya esok.

UMNO MENUNGGU `WALI ALLAH' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Pembangkang di Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga merupakan Adun Kok Lanas mempertikaikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di dalam satu ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini. Di dalam ceramah tersebut, Tuan Guru yang merupakan MB Kelantan menyebut bahawa Umno bukan sebuah parti yang berlandaskan Islam dan tidak juga menyokong perjuangan Islam. Umno dikatakan parti yang mengasingkan ugama dari politik dan ini dapat dibuktikan dari beberapa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tunjangnya adalah Umno.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tersebut bukan kali pertama dalam sejarah pernah dikeluarkan, malahan dalam setiap ceramah beliau perkara ini tidak pernah dilupakan. Sudah beberapa kali Umno cuba untuk membuktikan segala yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah salah dan bertentangan dengan Islam, tetapi segala usaha Umno itu gagal kerana Umno hanya memiliki kuasa sahaja berbanding dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai hujah serta fakta dan kekuatannya adalah terletak kepada apa yang diajar di dalam Al-Quran dan Hadith. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat Allah, maka sesiapa pun tidak akan mampu mengalahkan kebenarannya. Inilah kekuatan Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau berpegang teguh dengan Al-Quran.

Apabila Umno sudah tidak mampu lagi berhujah, maka keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh Adun Kok Lanas yang menyatakan `Nik Aziz bukan Wali Allah'. Sila baca di sini. Apakah jika Tuan Guru Nik Aziz itu Wali Allah, maka Umno akan mempercayainya serta akan melaksanakan apa yang diajar di dalam Al-Quran? Lojikkah jika ajaran Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun Umno enggan mengikutinya, apatah lagi apa yang disampaikan oleh seorang `Wali Allah'? Apakah Umno menganggap Wali Allah itu lebih hebat dari Nabi? Saya tidak mengerti mengapa perlu Umno menunggu kehadiran `Wali Allah' untuk memperbetulkan Umno. Apakah Datuk Md Alwi ini kenal sesiapa yang dianggap sebagai `Wali Allah'? Mufti Perakkah ? Dato' Mohd Noh Gadutkah? Atau Mej Jen (B) Jamil Khir itu `Wali Allah' pada anggapan beliau?

Seandainya beliau berpendapat hanya `Wali Allah' sahaja yang layak bercakap tentang hukum Islam, maka lebih baik beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan satu anugerah seperti anugerah `Tokoh Maal Hijrah',iaitu dengan mengadakan anugerah tokoh `Wali Allah'. Tokoh ini nanti bolehlah dijadikan penasihat kepada Umno dan kerajaan. Kenyataan Adun Kok Lanas ini telah menampakkan kecetekan beliau di dalam ugama dan beliau cuba pula untuk menyesatkan orang lain. Setelah bertahun-tahun Tuan Guru menyebut perkara yang sama, baru sekarang Adun Kok Lanas berkata demikian kerana betapa rungsing dan gelabahnya beliau untuk menghadapi PRK Manek Urai nanti. Kita faham, Umno tidak akan sanggup di`telanjang'kan lagi apatah lagi Manek Urai adalah kawasan hampir 100% Melayu Islam dan Umno sebelum ini mengakui bahawa orang-orang Melayu sebenarnya masih bersama parti bersifat kebangsaan itu.

Kegelabahan Umno semakin ketara, sebab itulah semakin lama pemimpin-pemimpin Umno banyak bercakap merapu tidak ada hujung pangkal. Hujah untuk menentang Pas tidak diperolehi oleh Umno maka terpaksalah menggunakan cara dan kaedah lama yang kini ditolak rakyat. Tidak jadinya Pas untuk `meminang' Umno sebagai Kerajaan Perpaduan amat memalukan Umno. Semasa `pinangan' hendak dibuat, Pas mengharapkan `bakal tunangannya' itu berubah, tetapi malang sekali Umno tidak berubah malah lebih teruk lagi. Maka, `pinangan' dibatalkan sertamerta. Umno pun berkata, jika Pas tidak mahu `bertunang' dengannya sekali pun, Umno tidak kisah kerana Pas yang memulakannya. Benarkah tidak kisah? Tetapi saban hari di kaca TV dan akhbar kita lihat Umno mula meroyan umpama gila talak dibuatnya. Betapa Pas begitu diminati sekarang, dan beruntunglah PKR dan DAP kerana memiliki Pas.

Mahu atau tidak, malu atau tidak, Umno terpaksa `dikuburkan' juga di Manek Urai. Rakyat sudah mula menganggap selagi adanya Umno, Kerajaan Perpaduan mustahil akan dapat dilaksanakan. Kerajaan Perpaduan akan wujud, InsyaAllah, selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti diwaktu itu Umno telah pun berada di alam yang baqa'. Sampai bila lagi Umno harus menunggu `Wali Allah'? /wfauzdin.blogspot.com

Pengumuman Calon PAS N41 Manek Urai malam ini.

Pemuda PAS Kuala Krai

MANEK URAI, 26 Jun : PAS Kelantan akan mengumumkan calonnya pada malam ini di Markas UPU Manek Urai Lama oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Dalam majlis tersebut, orang ramai boleh mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB. Sdr. Saifudin Nasution (PKR) dan YB. Lim Kit Siang (DAP).

Majlis akan bermula jam 9.00 malam ini. Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai. Bersama-samalah kita membantu kempen PRK Manek Urai ini bagi memenangkan calon PAS yang bakal diumum pada malam ini.

9 minuman ringan yang aneh

Oleh : anuarani

Kebelakangan ini suhu udara memang mulai meninggi dan membuat kerongkongan kita merindukan cairan yang dingin dan segar, membelai dan membasahi kerongkongan kita. Minuman ringan yang segar dan manis seringkali akan jadi pilihan kita kan? Tapi jika minumannya seperti di bawah ini, apakah anda masih mau?

1. Gau Jal

Dibuat dari urine sapi, Pergerakan Nasionalis Hindu mengatakan bahwa minuman ini sedang dalam proses akhir pengembangan. Minuman yang terbuat dari urine sapi ini direncanakan akan diluncurkan pada 2009. Menurut kepala pengembang minuman ini, “Minuman akhirnya tidak akan berbau seperti urine, dan rasanya juga akan nikmat.” Gau Jal, nama yang direncanakan untuk minuman ini berarti ‘air sapi’. Menurut para pembuatnya, minuman ini akan dapat menyaingi Pepsi dan Coca Cola.

2. Placenta 10.000

Minuman yang satu ini sama sekali tidak halal. Minuman jelly drink ini dibuat dengan bahan utama placenta (ari2) babi, dengan tiap botol mencapai berat 10.000 mg! Placenta dipercaya memiliki kemampuan regeneratif, terutama untuk kaitan dengan kecantikan, dan akan dapat membantu diet anda! Minuman ini juga tersedia dalam ukuran 400.000 mg juga lho!

3. Pepsi Es Ketimun

Bener, es ketimun! tahun 2007, Pepsi meluncurkan minuman rasa ketimun ini di Jepang. Memang di botolnya ada tulisan kombinasi cola dan ketimun, tapi kenyataannya, hampir ga ada rasa cola dalam minuman itu, jadi rasanya sih antara manis dan rasa segar ‘buah’. Tapi yang jelas, rasa ketimun sangat mendominasi minuman ini

4. Bilk (Beer + Milk)

Hokkaido, Jepang, salah satu produsen minuman yang ada barusan melepaskan bir dengan kadal malt rendah yang dicampur susu. Ide aneh ini datang dari anak seorang pemilik industri produk susu. Produk ini dua pertiga adalah susu dan sepertiganya bir rendah malt. Rasa bir ‘baru’ ini mirip jus buah dan sangat pas mendampingi makanan manis. Diharapkan minuman ringan ini akan jadi populer di kalangan wanita.

5. Needs

Minuman satu ini dibuat dari keju! KEJU? iya!! Bahkan ada tiga rasa: biasa, blueberry dan jeruk yuzu. Pembuat minuman ini menggunakan proses khusus untuk mengurangi rasa manis dari minuman ini. Mungkin rasanya bisa dibandingkan dengan yoghurt, tanpa rasa asam khas Yoghurt

6. Air Rasa Salad

Ini ide coca-cola. “Salad Water” ini punya enam rasa lho! Jadi bukan sekedar main-main, walaupun sampai sekarang belum masuk ke negara kita untuk dibuktikan rasanya.

7. ASI!

Bukan asi(susu ibu) beneran kok, cuman minuman dengan rasa ASI. Memang masih belum jelas, untuk siapa minuman yang satu ini dibuat, tapi mungkin ini cara yang bagus untuk membuat kita yang dewasa bernostalgia sesaat menjadi bayi…

8. Air Diet

Dengan rasa seperti air biasa! (Ya iya lah.. emang apalagi), dan setengah kalori air biasa (ini yang gila, emang air ada kalorinya?), dan dengan harga lebih mahal (tapi laris….)

9. Kidsbeer

Bir anak-anak. Minuman ‘bir’ non alkohol ini laris luar biasa lho! ‘Bir’ ini memiliki bahan pokok Guarana, tanaman dari Amerika Latin. Minuman ini awalnya dijual dengan nama Guarana, minuman berbahan dasar cola. Minuman manis berkarbonasi ini kemudian diubah namanya menjadi ‘Kidsbeer’ oleh pembuatnya, dan langsung seketika jadi hit di Jepang!