17 Jun 2009

DUA SYED `BEREBUT KIPAS' DI HUJAH TV9

Oleh: WFAUZDIN NS

HUJAH di TV9 sempat saya tonton malam tadi yang menampilkan dua tokoh Umno dari puak Syed iaitu Syed Ali Al-habshee dan Syed Hamid Albar. Sepertimana biasa rancangan tersebut di Pengerusikan oleh Prof Agus. Cuma, yang tidak kelihatan adalah mana-mana tokoh dari pembangkang mahu pun tokok-tokok akademik atau pun penganalisa poltik. Hujah malam tadi adalah lebih kurang membincangkang tentang `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' yang sememangnya satu tajuk yang menarik dan panas ketika ini.

Oleh kerana tiadanya tokoh-tokoh Pas mahu pun pembangkang di dalam rancangan tersebut seperti lazimnya, maka tajuk hujah malam tadi amat `selesa' diperkatakan oleh dua orang tokoh yang dikenali ramai selaku `pengipas agung' dalam Umno. Syed Ali mungkin bernasib baik kerana ada sedikit peluang untuk maju dalam politik di dalam Umno, manakala Syed Hamid, bekas Menteri Dalam Negeri yang sering menipu dan putar belit sewaktu menjadi menteri itu mungkin tiada lagi masa depan di dalam parti yang hampir reput itu. Apa pun, sesekali pertanyaan spontan atau `gertakan' oleh Prof Agus menampakkan Syed Ali tergagap-gagap seketika untuk menjawabnya. Saya tidak dapat bayangkan jika YB Mahfuz atau YB Azmin berada di situ. Nescaya, kedua-dua orang Syed tersebut akan berpeluh di kepala masing-masing yang licin itu.

Saya cuba untuk memahami fakta dan hujah bernas dari kedua-dua Syed tersebut, tetapi malangnya hujah di antara kedua-duanya seperti menggunakan skrip yang sama. Mereka menyebut Perpaduan itu dituntut oleh Islam, Melayu mesti bersatu padu, jangan jadi macam negara Palestine dan bermacam-macam lagilah hujah mereka yang sering kita dengar di mana-mana ceramah politik Umno sehinggakan kita naik jemu dan meloya. Paling lucu bagi saya apabila Syed Ali cuba membaca terjemahan ayat Al-Quran tentang perpaduan, tetapi tersilap, tersangkut dan lintang pukang bunyinya walaupun beliau membaca dari nota yang beliau bawa. Begitulah bila lidah sudah jarang menyebut ayat-ayat suci, kecuali hanya untuk menegakkan benang yang basah.

Syed Ali mengambil kesempatan di dalam rancangan tersebut untuk menjadi `batu api' agar Pas menjauhi DAP. Beliau memberikan contoh mengapa di Perak, orang-orang Melayu berugama Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan PR di Perak dengan berbagai perhimpunan jalanan dan demontrasi, sedangkan kerusi Pas jauh lebih sedikit dari DAP. Hujahnya, beliau beranggapan DAP telah mempergunakan Pas. Betapa bebalnya pemikiran Ketua Umno Bahagian Ceras ini yang masih mempunyai minda perkauman yang menebal. Di zaman rakyat tidak memandang warna kulit dan keturunan, Syed yang seorang ini ketinggalan zaman walaupun menjadi pemimpin di kawasan maju. Syed ini mungkin keturunan dari Arab samada dari Arab Badwi atau pun tidak, mungkin membawa budaya pemikiran keldai atau unta.

Seringkali saya melihat Prof Agus selaku Pengerusi tersenyum meleret apabila mendengar hujah-hujah dari dua insan Syed ini dan saya faham apa yang tersirat di fikiran Prof Agus tersebut. Hujah dari Syed Hamid adalah hujah usang dan sebelum ini sering kita dengar beliau menggunakan hujah tersebut. Tiada satu pun hujah dari kedua-dua mereka yang boleh membantu kita menyokong untuk diadakan kerjasama Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Pas. Diharapkan TV9 di masa-masa akan datang boleh mencari tokoh-tokoh dari Umno/Bn yang mempunyai pemikiran dan idea yang bernas tidak seperti pemikiran Ketua Cawangan Umno. Kita juga berharap agar TV9 menjemput mana-mana tokoh dari PR yang mempunyai `authority' untu mengulas isu-isu yang diperdebatkan. /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

Ahmad Putra berkata...

Assalamualaikum

Saya tonton rancangan Hujah semalam. Prof Agus adalah seorang ahli akademik yang pintar dan berfikiran kritis. Saya banyak kali lihat beliau sinis dengan hujah pemimpin terutama dari UMNO yang kebanyakannya tak jauh berbeza dengan politik tahun 60an ke 80an.

Apapun, kedua2 tidak memberi hujah apa-apa, hanya menyatakan dakyah sahaja yang dah tentu tujuannya membodek pemimpin UMNO sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ada yang cakap

"HENTIKAN PERPECAHAN SESAMA UMMAH KUATKAN PERPADUAN DEMI BANGSA(TAK KIRA BANGSA APA PUN SALKAN ISLAM) DAN DEMI ISLAM."


tapi say acakap jangan lupa peristiwa Memali ya!

Suruh UMNO minta maaf secara terbuka (sebab cakap orang memali komunis) dan bayar pampasan dulu ya...

Sulaiman berkata...

Saya harap tindakan tv9 yg tidak memanggil wakil PR bukanlah kerana terlalu berkecil hati dengan tindakan Dato Husam tempohari. Mungkin tindakan Dato Husam agak mencalarkan sedikit persepsi pihak penerbit hujah terhadap pemimpin2 PR. Harap2 penerbit hujah bersikap profesional dgn melupakan perkara yg lepas dan memanggil pemimpin PR yg lain pula utk berhujah di masa akan dtg.

Manakala bagi pemimpin2 PR, jgnlah meletakkan keegoan anda sehingga melupakan tanggungjawab yg perlu ditanggung oleh pihak penganjur. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka. Sebagai contoh, apa perasaan anda sekiranya anda bertanggungjawab menganjurkan ceramah oleh seorang ustaz yg disukai ramai, tetapi tiba2 ustaz tersebut tidak dapat hadir dan anda pula tidak dpt menyediakan pengganti yg hampir setanding dgn populariti ustaz tersebut.. tentu malu dibuatnya.

Harus juga diingat, penerbit hujah tersebut juga adalah pengundi, dan mereka punya mulut sebagai iklan percuma dalam mempengaruhi rakan2 mereka yang juga pengundi.. jadikanlah supaya undi mereka menyebelahi kita kerana spt kata TGHH, kita pernah memerintah Kelantan hanya dgn 2 undi, mungkin 2 undi tersebut dtg drpd org2 spt ini...

Tanpa Nama berkata...

hmmmm... nasib baik hujah tak jemput sokrang lagi pengipas hebat "dulu, kini dan selamanya" huhuhuu

Tanpa Nama berkata...

dr agus memang merupakan tokoh akademik yang pintar dan bijak, saya masih ingat lagi waktu beliau menjadi panel pengulas semasa keputusan pilihanraya 2008 yang lepas, hujahnya bernas dan tidak menyokong mana2 pihak, sebaliknya menyatakan pandangannya secara beretika dan profesional, tidak seperti sesetengah doktor atau profesor lepasan universiti umno..

Tanpa Nama berkata...

makcik nak bagi pendapat tentang program hujah ni. aps salh nye kalau di panjangkan sampai sejam. ini pungung duduk tak panas lagi dah abis,ditambah pulak dgn iklan. bila masa nye nak keluar kan hujah2 yang bernas.

mat berkata...

Biasalah pemimpin umno, memang kaki kipas dan suka makan bontot ayam mulut pun macam jubur ayam, Kalau rajin baca quran dan solat tahajud kata-kata yg keluar mesti berisi dan berilmu macam tok guru, tp mulut jenis cakap pembohong kata-kata yang keluar pun macam tahi ayam jugaklah