22 Jun 2009

Muka tak malu, siapa nak bincang ?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Musatafa Muhamaad nampaknya sudah besar sudu dari kuah bila beria-ia sangat untuk berbincang dengan PAS dalam isu kerajaan perpaduan.

Nampaknya mereka ini memang muka tak malu dan siapakah yang sudi untuk berbincang dengan UMNO. Jauh sekali PAS Kelantan yang diketuai oleh TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak berbincang dengan Dato'Pa, tidak kah dia tahu apakah sikap sebenar Tok Guru dalam isu berkaitan, atau dia ada agenda seterusnya setelah kenyataannya itu.

Kononnya Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan Pas Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed.

"Kami menunggu lampu hijau daripada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) sebelum membuat sebarang langkah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program basmi kemiskinan peringkat Kelantan anjuran Giatmara, di sini petang semalam.

Beliau mengulas hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu yang mahukan perbincangan antara Pas dan Umno mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan Pas diminta supaya melupakan sengketa lama atas kepentingan membela umat Islam di negara ini.

24 ulasan:

kp cht ibol berkata...

bincang la, apa salahnya, tak kan bincang pun salah, Fanatik pada Allah dan Rasul Ka Fanatik pada sapa?
Saidina Umar pun boleh masuk Islam tak kan dato' Pa (keluarganya ramai orang Pas/tak tinggal solat/kuat bersedekah) tak boleh masuk Pas?

Tanpa Nama berkata...

"pas diminta supaya melupakan sengketa lama"-begitu senang sekali...,

kp cht ibol berkata...

pakat-pakat tolong baca kenyataan Dato' Harissani dalam Majalah @ blog Milenia Malaysia ( dia kata TGNA sokong Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak )
( Tolong saman kenyataan ini )

Siapakah pula yang Ustaz Ahmad Awang maksudkan dalam ucapannya dimukatamar baru ini , mungkinkah....TG..???

Tanpa Nama berkata...

umnongok nie depa nk pkai strategi pecah belah la plak tue,diaorg nk tunjuk yg depa bgs n kononnye depa nk kn perpaduan nnti bila pas x nk berbincang depa kata la pas xnk kn perpaduan,x nk berbincang psl rakyat lbh pentingkn parti,hahaha umnongok2 x abis2 main politik,aku yg muda nie pn blh phm org2 tua dlm umno nie bila la depa nk phm yer?

Unknown berkata...

itulah dia, umno dah nampak kerana polemik ug pas dah sedikit kelam-kabut, mereka umno tak mau perkara ini menjadi sejuk, sebab itulah lepas sorang-sorang dari mereka memperhangatkannya, prk manik urai tu dah dekat, lagi kelam-kabut pas lagi bagus buat umno !

rOe berkata...

Senang la macam tu,sesiapa yg buat jenayah,merompak,mencuri, merogol,merampas kuasa dgn segalanya cukup sekadar berkata "itu dulu,barang yg lepas jgn lah dikenang, kita buka buku baru", dgn tanpa dihukum dgn hukuman yg setimpal.Ini tidak adil!Tak hairan lah jenayah semakin meruncing sedangkan org sebegini masih diangkat sebagai pemimpin.Wahai pemimpin2 PAS,belajarlah juga melalui sejarah.org yg bertaqwa takkan jatuh lubang biawak berulang kali!

serupasekala berkata...

JANGAN LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI. ITU LAH HASRAT NIK AZIZ TAK MAHU .

WALAU PUN SEMBUH PARUTNYA MASIH ADA.

HARAP FAHAM FAHAM LAH...

ubatkuat berkata...

stop..kerajaan perpaduan tak perlu,,nak muzakarah walau apa jua perkara atau isu bawa bincang dulu dgn saf kepimpinan dan dimajukan ke dewan ulama utk dizahirkan isu tersebut samaada relevan ke tidak,,patutnya langkah2 tadi perlu diikuti,tapi malangnya usaha berdailog pun tak nak...tahu2 ada suara ghaib berkata kerajaan perpaduan dah dibincang dalam kelambu waktu malam,,mana tak menyirap darah tok guru???IBARAT MASUK MEMINANG TANPA ROMBONGAN DARI SANAK SAUDARA DAN ORANG TUA SENDIRI..
WALAH HU ALAM

pria malaya berkata...

bincang boleh, ngn sape2 pun boleh, Islam pn benarkan...yg orang tak nak skang ni, berunding untuk bergabung/sertai Umno...

selagi umno kekal tak berubah, jgn haraplah PAS nk bergabung ngn umno..suruh umno berbincang sesama dia dulu, nk ubah dasar dan matlamat perjuangan ke tak? nk buang pemimpin2 yg jelas korup/rasuah ke tak? nk wajibkan pemimpin wanita bertudung ke tak? ISA ape cerita? hiburan/konsert berni ke nk halang pasni? dan lain2..

kalau depa berani berubah untuk semua ni, baru panggil PAS nk berunding ke apa..amacam?

pria malaya berkata...

Ikhlaskah mereka?

Oleh kerana itu, media saban hari dilihat cuba memanaskan isu ini dengan kenyataan2 dari pimpinan2 umno yg kononnya mahu bekerjasama dgn PAS membentuk 'kerajaan perpaduan'...tetapi, langsung tidak dinyatakan mahu bekerjasama dgn parti Keadilan mahupun Pakatan Rakyat seluruhnya..tidak juga dinyatakan, apakah kerjasama yg mereka kehendaki, apakah mereka mahu PAS diberi peluang mentadbir negara mengikut acuannya? sudah pastinya tidak..

Apakah mereka mahu megembalikan hak kerajaan Kelantan berbilion2 yg dinafikan seblum ini? apakah mereka sanggup membubarkan DUN Perak demi kesediaan berpadu dgn PAS? apakah mereka bersedia mengubah halatuju dan dasar perjuangannya? apakah mereka telah bersedia membuang semua pemimpin2 yg jelas korup dan rasuahnya? jawapannya tidak, umno tidak bersedia untuk semua itu..buktinya, langsung tidak dinyatakan kesedian mereka untuk berubah kearah itu..

Kerana itulah, kenyataan mereka yg kononnya mahukan kerjasama/perpaduan antara PAS dan Umno, hanya berlegar disekeliling kalimah 'kerajaan perpaduan' shj, langsung tidak diperiincikan apakah bentuk dan harapan kerajaan perpaduan yg mereka mahukan..."umno sedia kerjasama dgn PAS".."umno harap kerajaan perpaduan menjadi kenyataan"..."umno sentiasa terbuka untuk rundingan kerajaan perpaduan" dan sebagainya...jelas disini, mereka hanya 'bermain' dan berlegar disekeliling perkataan 'kerajaan perpaduan PAS-Umno" sahaja..tidak langsung dinyatakan secara terang dan detail ttg apakah 'kerajaan perpaduan' yg dimaksudkannya..

baca seterusnya disini..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/lim-kit-siang-bantu-pas-kena-najib.html

alrid berkata...

Gua rasa tak payah berbincang atau bercakap tentang "UG". sepatut mereka dah belajar dari kesilapan tapi gua tengok tak jugak!
Kesilapan yang terakhir adalah bagi tiket IBRAHIM ALI bertanding atas tiket Parlimen, sepatutnya bagi dia bermula dari bawah,kalau nak bagi juga bagi jawatan sebagai ADUN sudah lah, bukannya dia ni popular sangat dan ramai penyokong, kalau dia takda dalam arena politik ni pun takda sapa yang ambil kisah kalau ada pun UMNO je, sebab dia pegawai perisikkan khas umno sampai mati. gua rasa TGNA yang dihormati oleh gua amnya lah, merasa kesal dan berhati-hati setelah apa yang mamat ibrahim ali dah buat pada PAS. TAULADAN pada rancangan UG oleh umno ni amat jelas dan sama perangai putar belitnya kalau kita lihat "PERANGAI IBRAHIM ALI".
KALAU LU NAK GUA SAMA KAN IBRAHIM ALI NI MACAM SAPA AH... JANGAN LUPA TENGOK CETA "JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK"! SALAH SATU PERANGAI ibrahim ali ADA DALAM SALAH SORANG DARI TIGA ORANG HANTU TU, BERMAKNANYA ADA LAGI DUA YANG SAMA PERANGAI DALAM UMNO TU....BOMOH TETAP ADO! HEHEHE.

sirat al-mustaqim berkata...

salam...alangkah mudahnya mereka menyuruh pas melupakan kezaliman yg mereka buat...umno masih tetap meneruskan aktiviti nenecah belahkan pas,mereka lagi nak suruh pas lupakan?dasar kurang ajar!!saya ada membaca kisah d zaman rasulullah..sebaik rasulullah membuka kota mekah,dtglah kpd baginda seorang lelaki..lelaki tersebut memohon maaf dan mengaku bahawa beliaulah yg telah membunuh saidina hamzah,dan kemudian membelah jantungnya...rasulullah memaafkan kesalahan lelaki itu,tetapi dgn syarat lelaki tersebut tidak lagi muncul d hadapan rasulullah...fikirkanlah

nora Othman berkata...

masalah UG dalam pas dah tunggan terbalik mu dak reti reti .namapakny dah nazak

nora Othman berkata...

masalah UG dalam pas dah tunggan terbalik mu dak reti reti .namapakny dah nazak

Sambal berkata...

terima kasih kpd ustaz idhamlim dgn tulisannya...semoga mendapat taufik

Tanpa Nama berkata...

Udah udahlatu cari cerita lain jangan dok sebok UG ni media umno dan pemimpin mereka mereka yang lebih lebih.Agaknya yang suka sangat buat komentar tu komentar ni pasal UG dan laga lagakan pemimpin PAS pencacai umno kot kat sini.

Matatech berkata...

Umno memang muka tak tau malu dah kutuk PAS matia-matian nak bincang pulak. ia umpama dah bunuh anak orang, nak bincang mintak maaf, jangan layan UMNO yang banyak muslihat ni, esok mati kita dibunuhnya. isu negeri perak cukup terang kita nampak.kalau nak layan jugak suruh dia bubarkan negeri perak, itu baru adil dan betul. orang perak dah tak lalu nak tengok muka Zambri MB UMNO lagi. Bagus tajol lagi.

Matatech berkata...

Jangan bincang dengan UMNO jika mau melayu peringkat bawahan selamat.

Tanpa Nama berkata...

Ambil pengajaran dengan apa kata ustaz azizan dam hal UG. "Saya orang bawahan...." & "biar presiden yang selesaikan. Ini banyak sangat orang nak bercakap, apa hal? Rasa dah bijak sangat ke.

Bagi saya, kata2 u.azizan tu menyidir pengulas2 tak rasmi tu...

Matatech berkata...

UG sebenarnya untuk modal kempen manik urai je,
semua orang dah dapat baca fikiran orang UMNO yang suka temberang untuk dapat mangsa. jadi orang PAS jangan risau sangat tentang UG. mereka orang UMNO sebenarnya lagi tak suka dengan UG. tengoklah MB PAS diPerak ditindasnya. itu dah cukup terang aku nak bagi tau yang orang UMNO tak suka UG, dan orang UMNO aku nak bagi tau jangan pandang rendah pada PAS, kerana Hadi dan TGNA ada perangkap istimewa untuk mu UMNO. jangan berani bagi bola tanggung kerap-kerap he..he..he..

Tanpa Nama berkata...

aku kata....runding/bincang dengan AHLI2 UMNO takpe, sbb itu dakwah.

tapi...bincang/runding dgn PARTI UMNO, tak payah le...itu 'KURANG BIJAK BERPOLITIK' namanya...bapak aku muda2 dulu AJK UMNO...sekarang dah jd AJK PAS..dia masuk PAS sbb dah tak percaya perjuangan UMNO. Tiba2 dia dengar PAS nak 'runding' dgn PARTI yg dia dah tak blh percaya...tak 'berbulu' ke bapak aku dgn idea tu.

kena bezakan AHLI UMNO dgn PARTI UMNO.

wallahua'lam.

ahmad,seremban(BUMIUMNOKUATBELASAHPAS)

PakMatTempe berkata...

Macamana tok guru nak setuju UG.Baca harakah hari ni ucapan YB Saifuddin. Walaupun orng luar berapi-api pertahankan minyak diKelantan. Zalimnya mereka dera orang Melayu yg 100% islam.Saya orang Trg pun malu dengan pemimpin Um No Trg sanggup kena tipu.

Tanpa Nama berkata...

mmng umno x fhn,dia mmng nkkn pktn rkyt berpecah belah.kalu btl2 umno nkkn perpaduan dia arah doh media yg pro kerajaan x siar berita2 yg mnimbulkn kekeliruan org dan buruk sangka org pd pktn rkyt.akan muncul ke perpaduan kalu PAS dan UMNO je bersatu padu tanpa peyertaan lain2 parti pembangkang.

ahmadz berkata...

kp cht ibol berkata...

bincang la, apa salahnya, tak kan bincang pun salah, Fanatik pada Allah dan Rasul Ka Fanatik pada sapa?
Saidina Umar pun boleh masuk Islam tak kan dato' Pa (keluarganya ramai orang Pas/tak tinggal solat/kuat bersedekah) tak boleh masuk Pas?

Datuk Pa tak payah nak bincang-bincang teruslah isi borang masuk PAS lagi baik,tak banyak kerenak dan lekok-lekok,Saidina Omar Khattab tak bincang-bincang, terus masuk Islam,kan keluarga tok Pa orang PAS.

Tok Pa boleh balik Bachok jadi wakil Parlimen PAS Bachok dalam PRU 13 nanti tak payah dok Jeli lagi,jeli wi kak re lain la pulak hehehe.