Naninu Sakun
ADAKAH GURU DINILAI DENGAN SEPATUTNYA? Fenomena ini sering bermain dilubuk sanubari seseorang guru tatkala keputusan siapa dapat APC( Anugerah Khidmat Cemerlang ) keluar. Ketika itu bermacam2 pendapat keluar sama ada guru sedemikian layak ataupun tidak? Teringat saya ketika era melintang dan menegak berlaku satu ketika dahulu sebelum skim ssm ini diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ada seorang guru pernah berkata kepada saya tahunni kena kerja semua cantik untuk dapat melintang menegak. Spontan saya menjawab, kalau nak harapkan demikian bermakna tidak ikhlas dalam mendidik anak murid kita. Mungkin cemerlang dan gemilang di dunia tetapi diakhirat kita tenggelam. Terkedu guru berkenaan.
Bukan niat nak jatuhkan beliau tapi nak menyedarkan dia erti perjuangan seorang guru! Ketika saya menuntut ilmu dahulu, saya memuji guru2 saya yang tidak pernah kenal erti jerih perih mendidik anak2 komando. Cikgu Wan, ya nama itu begitu sinonim dengan pelajar di kem Komando. Beliau dan beberapa orang guru lagi sehingga jam 10 malam mengajar kami. Sistem kem askar ketika itu, guru2 diberi rumah guru berdekatan dengan sekolah. Justeru, tidak timbul anak2 guru akan terkorban dalam menuntut ilmu.
Pergi sekolah, guru2 berjalan kaki bersama murid2. Asuhan mereka yang mempunyai berbagai2 pendekatan dapat mendidik kami menjadi insan yang berguna. Dari pendekatan keras hingga lembut semua ada tetapi bapa2 kami tidak pernah memaki hamun guru kerana mereka tahu guru2 di situ mengajar sebagaimana KOMANDO dilahirkan. Mungkin pendekatan ini boleh dipraktikkan sekarang. Namun. ini adalah cadangan bagi membendung gejala2 negatif sekaang yang begitu menular berlaku. Waktu itu melintang, menegak tidak ada, terlentang kita dibuatnya adala.
Para pentadbir kadangkala lebih mengutamakan guru2 perempuan yang cantik untuk cemerlangni. Minta maaf jika saya timbulkan isu ini. Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang dilalui. Didepan saya seorang guru perempuan, pagi2 lagi dah menunggu pentadbir datang ke sekolah dengan muka yang bermekap cantik semata2 hendak mengucapkan good morning sir! Nampakje pentadbir ambik cat terus mengecat dan bermacam2 lagi. Tahu apa beliau dapat bila keluar keputusan? Menegak! Walau UPSR merundum kerana bahasa Inggeris yang diajarnya dikelas UPSR, beliau masih mendapatnya.
Patutkah? Di sini dapatlah kita lihat apa yang dinilai oleh pentadbir sedemikian. Kadangkala perkara ini melemahkan semangat guru2 untuk mengajar. Ada positif dan ada negatifnya. Situasi yang lain disekolah yang lain, saya belajar melihat pengalaman seorang pentadbir yang ramai mengatakan beliauni seorang yang tegas. Saya suka menguji apabila bertemu situasi ini, kerana saya mengamalkan prinsip berani kerana benar takut kerana salah. Boleh rujuk rekod di JPN Melaka siapakah guru yang pernah buat laporan tentang karenah guru besar? Dah tentu saya. Sebab saya berpegang jika sekali maruah kita dipijak kita jangan biarkan orang terus memijak kita. Tahu kenapa saya buat laporan? Guru Besar tersebut telah memaki saya di depan anak2 murid saya dan guru kerana saya bagi idea sikit dalam perbahasan. Patutkah ini? Boleh rujuk etika perguruan kerana dengan membawa etika perguruan nilah saya membuat laporan ke JPN. Tahu apa yang dikata oleh orang JPN, kami tak percaya! selang beberapa bulan kemudian guru besar tersebut telah disaman oleh seorang guru kerana mengatakan dia MONYET!
Berbalik kepada pentadbir yang dikatakan tegas itu, atas nasihat presiden KPPK ketika itu, beliau menyuruh saya memahami dan menyelami diri pentadbir sedemikian dan cuba bertindak secara berhemah. Alhamdulillah saya berjaya. Bukan berjaya membodek tapi berjaya menegurnya mengeluarkan setiap hati para guru di bawahnya. Rupa2nya guru besar ini suka org bercakap dan meluahkan setiap yang terbuku kepadanya tanpa risau diambil tindakan negatif. Selama saya dibawahnya, saya lihat beliau sebenarnya cukup mengenali kaki2 bodek ataupun tidak. Walaupun beliau nampak tegas tetapi sebaliknya beliau menilai setiap kerja yang kita buat dengan penilaian yang positif. Akhirnya ramai guru2 mulai seronok dengan pendekatan yang dilakukan. Dia biasa berkata kepada guru2, cikgu2 buat kerja kita sebagai guru, kalau ada ibubapa atau org2 jabatan hendak menyerang cikgu, saya akan pertahankan kerana saya yakin guru2 saya adalah yang terbaik.
Perkara ini jugalah pernah saya lalui ketika di Sarawak apabila seorang bapa datang ke pejabat Guru Besar mengadu kepada pentadbir tentang guru yang memarahi anaknya. Tahu 1Malaysia apa yang dibuat oleh guru besar tersebut? Menulis satu surat dan di dalamnya mengandungi kata2 anak anda ditukarkan ke sekolah lain serta merta. Terkejut bapa tersebut. Tau apa kata guru besar berkenaan, SAYA PERCAYA GURU2 SAYA, MEREKA MENGAJAR NAK DIDIK MENJADI INSAN YANG BERGUNA..Merayu2 bapa pelajar tersebut tapi guru besar tersebut tetap dengan keputusannya. Seandai dan sekiranya setiap pentadbir mengamalkan kisah 2 pentadbir yang positif ini saya yakin setiap guru tidak akan rasa takut dalam mengajar anak2 didik mereka dengan lebih bersemangat lagi. TERIMA KASIH GURU2 YG IKHLAS. Anggap sahaja kita juga pejuang sempena Hari Pahlawan ini...
ANAK KOMANDO REJIMEN 1

22 ulasan:
Guru lebih gemar mengejar gaji, bukannya nak mendidik anak bengsa sangat pun. Jadi guru pun sebab tak ada kerja. Guru sekarang sekadar mengajar, bukannya mendidik. Guru hari ini, kencing berlari dah pasti melahirkan anak murid yang kencing melompat.
Cuma segelintir yang masih berjiwa pendidik tetapi tenggelam dek sistem yang ada dan terpinggir.
tahniah penulis,teruskan perjuangan dlm memaparkan realiti kehidupan.
adakah sistem yang menyebabkannya? atau sikap guru itu sendiri?
SISTEM KITA RASANYA YG MENYEBABKANNYA. TAPI INGAT BELUM TENTU SEMUA GURU DAH XDE PILIHAN BARU PILIH JADI GURU. MASIH RAMAI LAGI YG IKHLAS UNTUK MENJADI GURU
jangan terlalu memburukkan guru skarang, memang tidak di nafikan ada guru 25 haribulan.... tapi keadaan sekarang yg menjadikan begitu.... bukan saya defend yg salah. SALAH TETAP SALAH.pengalaman sy sbgai p'didik merumuskan bahawa guru skg byk dibebankan dgn PERKERANIAN bukan mengajar yg diutamakan.pengorbanan wang ringgit usahlah diTANYA..... bila APC datang maka muncullah calon yg xlayak dpt APC yg diketahui tidak myokong guru bahkan xmembantu gurupun......Why dia dpt ? kerana Guru Besar yag menentukan.......Ingat GURU BESAR !!!!
APC kini sudah tida relevan lagi.Masa kini anugerah tersebut seperti mengikut giliran, pentadbir akan mencari siapa yang belum dapat dan mengikut seniority. Bagi kalangan guru, anegerah tersebut tidak membawa erti lagi dan mesti dihentikan
saye setuju... saya juga seorang guru.. budak2 sekarang sudah pandai menipu dan melawan..pelbagai pendekatan digunakan tetapi ibu bapa masih salahkan guru sekiranya anak mereka tidak baik.. guru sekarang bukan seperti dulu, silap sikit kena saman, walaupun itu utk mendidik pelajar tersebut sedar kesilapan dan tak mengulanginya lagi.. guru sekarang dibebani pelbagai tugasan lain..kadang2 terpaksa berkorban wang dan juga masa untuk keluarga.. kami tidak mengeluh malah kami sanggup untuk membantu pelajar..harap kami cuma mahu melihat anak didik yang berjaya dan harapan lagi besar.. semoga tindakan kami mendidik disedari oleh ibu bapa.. ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka dirumah..cuba la sekali sekala datang ke sekolah melihat gelagat anak mereka sembunyi-sembunyi.. kamu akan lihat betapa kami guru-guru cuba segalanya untuk mendidik..jangan salahkan kami tanpa usul periksa
Ada orang gatal-gatal tangan menulis guru sekarang bukan pendidik dan sekadar kejar gaji, kepada yang menulis komen di atas, satu pertanyaan, dah berapa lama jadi guru? Kalau baru, anda tunggu lepas 10 tahun baru komen, kalau bukan guru lebih baik belajar tulis benda-benda lain yang boleh membawa kebaikan kepada anda dunia dan akhirat.
Saya dah lama jadi guru dah hampir 20 tahun tak pernah dapat APC sebab saya tau saya tak cemerlang tetapi satu hal yang pasti ialah saya telah selama ini cuba melaksanakan proses P & P dengan sebaik mungkin. Lain-lain tugas tu tengok keadaan sebab saya pun ada komitmen lain dalam hidup selain daripada di sekolah sahaja. Lagi satu saya tak pandai dan tak pernah cuba bodek mana-mana PK atau GB yang menilai saya.
Kalau dapat APC tapi kelas jarang-jarang masuk buat apa? sapa yang rugi. Tak dapat APC tak apa asalkan P & P saya buat. Tentang mendidik dan mengajar, kalau anda pandai sila buat definisi dan berikan perbezaannya. Yang saya tau kalau tak dimulakan dengan mengajar mana datangnya didikan tuh?????
Saya berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun...kerja dengan ikhlas hati mendidik anak2 bangsa Malaysia menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat....kerja bagai nak rak berjaga sampai malam siapkan tugasan...tapi tak pernah dapat melintang menegak atau APC...kelemahan saya takpandai bodek atau main wayang itu je....lebih menyedihkan saya belum lagi mendapat kenaikan pangkat DG44, sedangkan yg baru kerja 10 tahun dapat ! SAMPAI BILA HARUSKU MENUNGGU ?....
sebenarnya....jadi guru ni susah...
sebenarnya,...jadi guru ni banyak kerja...
dari ibu,kerani,tukang jahit,tukang taip, semua ada...kepada sesape yang pandai mengata guru...cubalah dulu jd guru,,,,baru hangpa tau penangannya....bukan mudah bagai disangka....
betul tu.. ramai cikgu ckp kena pandai main wayang.. kalo ditakdirkan diriku jd 41 aje smpai pencen pun xpelah, yg penting ikhlas dlm membuat sesuatu.. kat sek aku, ramai sgt berwayang2 ni, esp non-malays.. hmmm
Assalamualaikum.
Genap 1 Jan 2010 akan datang..genap 30 tahun Pak Teh sebagai guru.Mula sebagai guru sek rendah (kelulusan MPSAH,Kedah 1979/1980)belajar sendiri, masuk UPM..belajar lagi buat Drs. Sekarang guru DG 44 kat Kedah.Dah dapat offer kanan bahasa, tapi tolak dan beri peluang kepada seorang rakan yang bakal pencen tahun depan untuk jadi guru kanan.(Pak Teh lebih muda daripada dia,beri peluang pada dia dulu merasa, InsyALLAH rezeki Pak Teh kalau ada pada masa akan datang, Pak Teh akan terima.
Pak Teh pernah mendapat anugerah cemerlang(melintang) pada tahun ke-2 SSB dilancarkan. Alhamdullilah rezeki Allah bagi, rasa nikmat melintang hingga sekarang.Bila masuk SSM Pak Teh dapat lagi RM1000.00.Dan pada tahun 2007 dapat sekali lagi anugerah SSM.
Kawan2 Pak Teh dah ramai dapat DG48, tiga orang dah jadi pengetua.Jadi PPD pun ada..salah seorangnya PPD (boss) kat Sabah.Kat univ empat atau lima orang dah jadi Prof Madya.Pak Teh masih guru biasa hingga sekarang, guru kelas,setiausaha kurikulum,guru kembara dan penasihat edotorial majalah sekolah.
Pak Teh tak pernah merungut apa yang Pak Teh tak dapat macam mana kawan2 yang lain.Bagi Pak Teh semua tu adalah kerja Allah Taala. Pak Teh berpendapat sekiranya kita ikhlas Allah akan membalas budi baik yang kita sumbangkan. Kalau tak dapat kat kita, mungkin Allah beri kepada anak-anak kita.
Dek kerana dah hampir lebih 30 tahun jadi munsyi kat sekolah, Pak Teh ingin nasihat munsyi2 yang masih muda, tak usahlah merungut,merintih kerana tak dapat itu dan ini.
Denganh nama ALLAH Pak Teh ingin beritahu, semua anugerah yang dapat semasa SSB mahupun SSM tak ada langsung usaha melobi,merayu,mengumpan,membodek..dengan boss.Namun Pak Teh beranggapan, mungkin keikhlasan hati bekerja kerana Allah, maha pencipta akan menilai kita.Dan bukannya boss kita.
Petua: Kalau kita bangun pagi besok dan bersemangat nak ke sekolah. Itu tandanya hati kita ikhlas.Kalau sebaliknya, hati perlu dirawati.Ingat: Kalau kita tak nak guru-guru lain buat lebih kurang kat anak kita bila dia mengajar,kita pun serupa juga, jangan buat lebih kurang kepada anak orang lain.Kalau ada masa cuba baca balik sajak Guru oleh Usman Awang.
guru ibarat lilin....gb, pengetua?
Terima kasih Pak Teh.Kalau semua guru macam Pak Teh sebagai waris saya gembira.Kalau dah hampir 30 tahun,rasanya Pak Teh tak lama lagi akan pencen.Patutnya tak lagi sebagai guru biasa,sekurang-kurangnya pen. kanan atau pengetua.Kami sebagai waris sentiasa doakan supaya ramai insan guru macam pak teh.
Tahniah kepada penulis kerana sekal lagi berjaya membuka minda kita untuk menilai dan mungkin membuat persepsi yang baru tentang guru.
Pendapat kekacang sungguh menyimpang sangat dan sangat emosional,jangan jadi kacang yang lupakan kulit,kalau tanpa guru sapalah engkau,dulu pun cikgu di bayar gaji juga,dan janganlah banding zaman yang sebelumnya lagi,tuntutan materialistik pada ketika itu taklah sampai macam tahap sekarang saya pernah merasai tepung sekati 80 sen sahaja dan sekarang di sini{sarawak}sekilo rm2.60.
Betul seperti kata kawan-kawan di atas siapa yang tak jadi cikgu jangan memandai2 nak hentam sahaja.Guru sekarang banyak stress,saya tak menafikan dalam ketidaksempurnaan kita sebagai manusia sudah pasti ada juga cikgu yang culas terhadap tanggungjawab mereka.cuba nyatakan disini yang saudara kekacang nampak bidang pekerjaan yang mana pekerjanya betul perfect...politikus....lagi banyak hampes...cakap berubah-rubah.banyak rasuah...
Seperti kata Dr Fadhillah Kamsah,kita jangan risau apa yang dikatakan pada anak,tapi risaulah pada apa yang anak kita lihat.Dunia tanpa sempadan hari telah merubah segalanya.Akhlah murid sekarang cukup parah akibat nilai agama tidak lagi menjadi persoalannya.hari ini ada anak murid yang melawan cikgunya walaupun cikgunya ajak sembahyang,seperti yang pernah tersiar dalam dalam paper UM,ada kes di N9 dimana ibubapa marah bila anaknya diajak bersolat...apa dah jadi pada masyarakat kita pada hari ini.selagi gelombang hiburan ini tidak dibendung jangan persalahkan CIKGU,sukakan muzik berlebihan atau hedonisme inilah jarum2 yahudi yang sekarang ditanam kedalam urat darah anak-anak kita.sambung di bawah
sambung
berbalik kepada isu utama,apa yang saya nak sebut disini APC yang pada dasarnya memang nak galakkan cikgu supaya sentiasa dapat tingkatkan mutu pendidikan mereka.bagus lah, dapat seribu pun apa boleh buat dengan nilai tu sekarang ni,bukan dapat rm1000 tiap-tiap bulan pun.
Masalahnya ialah perlaksanaannya kerana kuasanya itu ada ditangan GB atau pengetua,oleh kerana ia dinilai bersifat sangat subjektif maka penyakit bias akan hadir.Kalau guru akademik mungkin dinilai dengan sebahagian markahnya dengan pencapaian UPSR tapi kalau dengan guru agama atau jqaf diapakai apa kayu pengukur pulak,dah menjadi kelaziman kebanyakkan GB sekular ni bukan nak tengok sangat guru agama atau jqaf ni.Guru agama ni gunanya jadi tukang baca doa majlis baca tahlil saja..
APC sangat tak adil kerana ramai pemain wayang gambar.Kalau ada cikgu kaki bangkang what can i say sorry yeaa.
Tentang pengorbanan guru dari pelbagai aspek jangan di soal....terlalu banyak guru berkorban...banyak program sekolah yang cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri....GB pula suka nak tunjuk SK atau sekolah dia hebat,lalu nak saing macam orang lain buat,,duit tara tapi nak buat macam perlaksanaan.PPD tengok dapat pujian...cepat naik pangkat...yang bertungkus lumus yang sebenarnya cikgu2 bawahan dia datang pantau saja macam YB pulak.Tak berjiwa rakyat.
Namun dalam pada itu kami tetap bersusah payah kerana kami takut akan amaran Allah Taala supaya tidak meninggalkan zuriat yang lemah.Mereka bakal mewarisi kita di hari muka.
APC = Anugerah Penggelap hati Cikgu dengan duit haram
Kesian kan, sy pun kerja bagai nk rak, mai apc nama org lain keluar, sy dh buat mcm2, hasilnya pun dh dibuktikan tp 11 thn keje masih tk dpt, downnn sgt, sakit hati pun ada
Sedih ttp ada pak teh..but at least rasa terubat sikit walau masih sakit. .bila suh kita bust keje bkn main lg mulut manis, bila umum apc..buat2 dekkk je..camni la..yg kuat membuli yg lemah, at least amik tahu..hargai guru bawahan..bkn mintak apc pun tp nilai kemsnusiaan tu. .perlu dijaga agar ads pihak tidak terguris bersengkang mata 2,3 pagi siapkan analisis sekolah, tp yg dpt tu kelas masuk ikut mood, jam 1 balik, pi buat bendang, Allah lebih mengetahui..yakin dan redha :'(
saya seorang guru yg mengajar di zon merah kalau anda masih ingat kes pencerobohan di Lahad Datu, ada 3 buah sekolah dalam zon merah termasuklah tempat saya mencurah ilmu. Sebagai guru biarlah kita cemerlang di sisi Allah. Saya pernah dapat Guru Cemerlang, tetapi ada yang tidak puas hati dan dalam mesyuarat guru, dia memberitahu kepada pentadbir sekolah agar anugerah itu diberikan hanya kepada guru yang betul-betul cemerlang... Allah Maha Adil.. Ku serahkan pada Nya

Jiwa pendidik kami dibunuh oleh undang2 yg tidak membela guru... Di marah pon tak boleh..mcm kes di atas nsb baik pengetua tegas dan membela guru...jd ibu bapa xberani.yg byk di sekolah skrg pengetua takut kena komplen..bila ibu bapa mengadu tanpa siasat terus diterjah cikgu.. Asal nk memdidik tp bila periuk nasi sendiri terancam tkt kita nk teruskn...sampi mrkh skt dpt bawah 80... Lbh baik diam dan buat xtahu
Catat Ulasan